Sabtu, 27 April 2024

GARIS POLITIK KIT SIANG



DAP pilih orang Nga di Kuala Kubu Baharu selepas berputus asa dengan pengundi Melayu?

Pemilihan pembantu Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu akan datang dibuat selepas kepimpinan parti menolak rancangan awal meletakkan calon Melayu, sumber kanan DAP Selangor memberitahu MalaysiaNow.

Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon, selepas beberapa nama disenarai pendek oleh DAP, dalam apa yang dilihat mengukuhkan lagi pengaruh Nga dalam parti itu.

Sumber itu memberitahu MalaysiaNow, kepimpinan parti itu menolak nama Syed Hidayat Syed Hassan, seorang ahli majlis lantikan DAP dalam Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Ketika dihubungi, Syed Hidayat berkata beliau tidak mengetahui namanya telah disenarai pendek.

Beliau mengalu-alukan pencalonan Pang, menyifatkan keputusan itu dapat memastikan sokongan padu pengundi Cina ketika pengundi Melayu berpecah.

"Disebabkan perpecahan itu, meletakkan calon Cina lebih baik dari Melayu," kata Syed Hidayat.

Sementara itu, MalaysiaNow juga dimaklumkan, beberapa pemimpin PH di Selangor mengharapkan DAP akan meletakkan calon Melayu.

"Kawan-kawan kami di PH mahukan seorang calon Melayu, supaya jika kami menang, sekurang-kurangnya bilangan Adun Melayu dalam parti pemerintah boleh ditambah," kata sumber DAP itu yang enggan disiarkan namanya.

Pilihan raya negeri tahun lalu menyaksikan wakil rakyat bukan Melayu membentuk majoriti dalam blok pemerintah Selangor, situasi yang pertama kali berlaku dalam tempoh yang lama, merumitkan usaha PH-BN untuk melawan persepsi bahawa kerajaan gabungan mereka tidak membawa suara Melayu.

Kali terakhir bukan Melayu mendominasi DUN Selangor ialah pada pilihan raya 1969, apabila Umno yang memimpin Parti Perikatan ketika itu kalah di tangan DAP dan Gerakan, dua parti dikuasai Cina, yang bersama-sama calon bebas memperoleh bilangan kerusi sama 14-14.

Tanpa mengambil kira kerusi Kuala Kubu Baharu, hanya 16 daripada 33 ADUN PH-BN di Selangor kini berbangsa Melayu. Manakala 22 Adun Perikatan Nasional (PN) membentuk blok pembangkang Melayu terbesar dalam sejarah Selangor.

Pang bakal menentang Khairul Azhari Saut dari Bersatu, membuka jalan kepada suatu pertandingan di mana latar belakang kaum calon memainkan peranan.

Kuala Kubu Baharu, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Hulu Selangor di mana Melayu merupakan majoriti, terdiri daripada 46% pengundi Melayu, 30% Cina dan 18% India.

Sumber DAP itu berkata, walaupun calon Melayu pada mulanya "dipertimbangkan dengan serius", kepimpinan parti merasakan sentimen anti-kerajaan di kalangan orang Melayu kini berada di kemuncaknya di sebalik pelbagai isu seperti kenaikan harga barang dan kenaikan harga petrol yang akan dilaksanakan kerajaan.

"Walaupun orang Melayu membentuk majoriti, adalah dirasakan sia-sia sahaja meminta mereka mengundi calon DAP."

Pemilihan calon yang dikaitkan dengan Nga juga satu keputusan "sengaja", kata sumber DAP itu lagi.

"Nga dilihat sebagai wajah yang 'sangat Cina' dalam DAP, maka menjadi harapan mereka pengundi Cina memberi sokongan padu kepada calonnya, lebih-lebih lagi apabila dirasakan tiada peluang untuk meraih undi Melayu di kawasan itu."

Nga, yang juga pengerusi DAP Perak, terpalit dengan pelbagai kontroversi berhubung kenyataannya yang mengundang kemarahan kumpulan Melayu.

Ini termasuk kenyataanya menyerang tindakan memboikot syarikat makanan segera tertentu, iaitu sebahagian daripada kempen umat Islam sedunia yang menyasarkan barangan AS untuk menghukum bantuan ketenteraan AS kepada Israel dalam kempen ketenteraan di Gaza.

Nga turut mencetuskan beberapa kontroversi lain sebelum ini.

Pada 2016, beliau mencetuskan kemarahan Umno kerana cuba menggambarkan amalan duit Raya sebagai satu bentuk rasuah.

Pada 2019, Nga disiasat atas catatan di akaun Facebook dikaitkan dengannya, yang menggesa kaum Cina menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada Sultan Selangor kerana arahannya supaya papan tanda jalan di negeri itu tidak lagi menggunakan tulisan Cina.

Pada tahun yang sama, semasa kempen pilihan raya kecil di Tanjung Piai, beliau melabelkan PAS sebagai parti pelampau, sambil menyindir pemimpinnya yang berjanggut panjang dan berpakaian jubah.

Dalam kempen pilihan raya umum 2022 pula, beliau melabel PAS sebagai parti "Taliban" dan berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan sekiranya PN berkuasa.

Baru-baru ini, Nga sekali lagi dikritik selepas menggunakan konsep "feng shui" yang diamalkan Cina bagi menjelaskan pengumuman mengejut projek kerajaan bernilai RM5 juta di Kuala Kubu Baharu

WOIT

APAKAH MELAYU

MASIH MELIHAT

DAP SEBAGAI

MUSUH SEJATI ?

AMIN

DALAM DAP ADA

YB & ADUN MELAYU

AMIN

BUKAN DAP YG

WAJIB DIBENCI

DAN DI LAWAN

AMIN

TAPI GARIS POLITIK

KIT SIANG

GARIS GUAN ENG

GARIS NGA & NGEH

DAN YG SEWAKTU

DENGAN NYA

AMIN 

DAP INI SEDANG

LARI DARI ZAMAN

CHINA JENIS

KIT SIANG

KHALAS

LAGI BUKTI MALAPETAKA IKLIM


Telur ayam mengecil, kematian ternakan akibat cuaca panas

MANILA – Panas melampau yang melanda Filipina, dijangka melebihi paras berbahaya pada Mei ini, bukan sahaja mengorbankan manusia, tetapi juga haiwan.

Berdasarkan kajian “Kesan Tekanan Haba terhadap Fisiologi Haiwan, Metabolisme, dan Kualiti Daging: Satu Tinjauan” dalam Science Direct, “tekanan haba adalah salah satu peristiwa yang paling menekan dalam kehidupan ternakan dengan mengakibatkan bahaya untuk kesihatan haiwan, produktiviti dan kualiti produk”.

Kajian yang ditulis oleh Paula Gonzales-Rivas, Surinder Chauhan, Minh Ha, Narelle Fegan, Fran Dunshea, dan Robyn Warner mendedahkan ruminan, babi dan ayam itik mudah terdedah kepada tekanan haba kerana kadar metabolisme dan pertumbuhan yang cepat.

Malah tahap pengeluaran yang tinggi dan ciri khusus spesies seperti penapaian rumen (bahagian pertama usus), kemerosotan peluh dan penebat kulit adalah faktor yang perlu juga dipertimbangkan.

Minggu lalu, Presiden Persatuan Lembaga Telur Filipina, Francis Uyehara memberitahu, “pengeluar ladang sudah pun mengalami masalah kerana panas melampau”, yang menjejaskan pengeluaran telur akibat kurang pengambilan makanan.

Akibatnya, telur semakin mengecil.

Menurut kajian “Impak Tekanan Haba terhadap Pengeluaran Ayam” yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat, tempoh tekanan haba 12 hari menyebabkan pengurangan pengambilan makanan harian sebanyak 28.58g setiap burung, menghasilkan 28.8 peratus pengurangan pengeluaran telur.

Para penyelidik merujuk kepada kajian terdahulu berkata, penurunan 31 peratus dalam penukaran makanan menyebabkan penurunan 36.4 dan 3.41 peratus dalam pengeluaran dan berat telur.

Malah ketebalan kulit telur dipengaruhi oleh haba yang melampau.

Bagi daging, kajian “Kesan Tekanan Haba terhadap Fisiologi Haiwan, Metabolisme, dan Kualiti Daging: Satu Tinjauan” menyatakan tekanan haba akut sejurus sebelum penyembelihan boleh mengakibatkan daging pucat, lembut dan mengalami radang akibat pengambilan air yang rendah.

Tekanan haba kronik pula boleh mengakibatkan daging gelap, padat dan kering. Tekanan haba juga membawa kepada tekanan oksidatif, pengoksidaan lipid dan protein, serta mengurangkan jangka hayat dan keselamatan makanan kerana pertumbuhan bakteria.

Berdasarkan Pelan Tindakan Nasional El Nino 2023 kerajaan, fenomena itu boleh menyebabkan pelbagai akibat ke atas pertanian seperti penurunan dalam pengeluaran makanan, kenaikan harga makanan dan penurunan dalam pendapatan ladang. – Agensi


WOIT

INI BUKTI 

MALAPETAKA 

IKLIM

AMIN

PANAS DI MANILA

AKAN SAMPAI

JUA KE KLUMPO

AMIN

MALAPETAKA 

SEDANG MELANDA

BUMI MANUSIA

KHALAS

1960 VIETNAM 2024 PALESTIN



1960 VIETNAM

2024 PALESTIN

KHALAS 


Unknown commented on 
"SISWA AMERIKA 
BANGUN SOKONG PALESTIN"

siswa amerika bangkit lawan israel, penguasa canselor2 UM bawa masuk prof pro israel..apa kejadah bani melayu bani keturah ni bro..

TAPAI WINE ISLAM BUDAYA



TAPAI IALAH

WINE & BEER

ISLAM BUDAYA

KHALAS

Unknown commented on 
"PERANG IALAH INDUSTRI"

betul tu.bila nak boikot amerika, arab saudi, britain, jordan..asyik boikot mcd kfc starbuck je..lebai nak boikot mercedes pun susah..mula2 beer baik utk kesihatan bani melayu bani keturah, bila dah tua nak mampos baru la kata beer menguntungkan english dan mohon ketum dilepas bebas..raja petra minum beer ke ketum?sakai cakap bolak balik..oren jirat china ada lagi ke?

KENALI MUSUH UTAMA


DALAM 

UNITED FRONT

KENALI MUSUH

UTAMA

KHALAS 

Unknown commented on 
"TANGKAPAN ISA - 
KERAJAAN WAJIB MINTA MAAF"

takyah minta maaf la..lu jadi jutawan pun kerana ISA. sekrang, lu sendiri sedang mengolah persetujuan dan front united dgn bapak ISA mahatir mohammad yg lu gelarr eeee madey anak kutty.lu kata madey adalah golong mamak eee yg nak merosakkan tanah melayu..lu dgn madey dah berdamai utk jatuhkan anwar madanon,

takyah nak minta maaf..gua ingat teater bilik sulit.dasar sakai merakam projek langkah sheraton yg digerakkan oleh madey,hj hadi dan dr samsuri teknorat ganu gaza direstui raja petra mckk raja melayu mabok di kota london.

SISWA & PELAJAR


SISWA & PELAJAR

SABTU 27 APRIL 2024
PERANG GAZA MENIMBULKAN
KESEDARAN BARU
MENIMBULKAN POLITIK BARU

KINI  BANYAK KAMPUS
DI AMERIKA
SEDANG BERGOLAK
SISWA DAN PELAJAR
TURUN KE JALAN

DARI KAMPUS ELIT SEPERTI YALE
PARA PELAJAR TURUN BERDEMO
ANTI PERANG GAZA
ANTI ISRAEL

TAHUN 60'AN
ANTI PERANG VIETNAM
TAHUN 2024
ANTI PERANG GAZA

SEMANGAT INI
TELAH MEREBAK KE PARIS
PELAJAR DI PARIS
TELAH KELUAR BERDEMO
INI   KEMBALI PADA
SEMANGAT 68 
BILAMANA PELAJAR DI FRANCE
BERDEMO MENYOKONG
PERJUANGAN RAKYAT
VIETNAM LAWAN AMERIKA

GAZA
37 JUTA TAN
BANGUNAN RUNTUH
AKIBAT KENA BOM
AKAN MENGAMBIL MASA
14 TAHUN UNTUK DIBERSIHKAN

AMERIKA
BERI ANCAMAN SEKATAN
PADA CHINA JIKA CHINA
BERI BANTUAN  SENJATA
PADA RUSIA

ASIA
INDIA BANGLADESH
FILIPINA  DAN SIAM
SEDANG DIBAKAR PANAS
KEMARAU PANJANG
AKAN SAMPAI

IRAN
PAK LEBAI DI IRAN
MULA MENTAL BILA MELIHAT
RAMBUT PEREMPUAN
KOTE MULA NGANG
LIHAT RAMBUT

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
PANAS DAPAT DI RASA

KL & KL SENTRAL BERKABUS
LANGIT KELABU KELAM

TERKUKUR BERLAGU
YANG LAIN SENYAP
MUNGKIN BELUM BANGUN
KAH KAH KAH

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
MUNGKIN RAMBUTAN
MASIH ADA DI PASAR BUAH

BRO
SENYUM
KITA SENYUM GUMBIRA
MEMBUKA HARI BARU

BRO
JIKA LU SEGAN BERTANYA
INI LU MALU 
NAK BELAJAR

BRO
JANGAN BERI NASEHAT
YANG TIDAK DI MINTA

BRO
KURANG SOPAN 
MELARANG MAT BEBAL BERSUARA
TAPI  SATU JENAYAH
JIKA LU BENARKAN

BRO
DENGAN BELAJAR 
LU BOLEH MENGAJAR
DENGAN MENGAJAR
LU TERUS BELAJAR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI