Jumaat, 7 Julai 2017

TEORI UNITED FRONT TEPAT





SEMUA

BERMULA DG

DEKLARASI 

RAKYAT  DAN

TEORI UNITED

FRONT 

Mahathir sokong Anwar jadi PM

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR,  Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Mahathir, selaku individu yang menyekat perjalanan politik Anwar setelah memecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 berkata demikian, dalam temu bual dengan The Guardian semasa lawatan beliau ke London, baru-baru ini.

“Dalam kes Anwar, kita boleh menuntut beliau tidak dilayan dengan adil. Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi kerajaan.

"Saya fikir kerajaan baru dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

“Dengan itu, beliau dapat kembali berpolitik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak dapat tolak,” katanya dalam wawancara itu.

Pengerusi Bersatu itu juga berkata, beliau akan menyokong Anwar menjadi perdana menteri apabila dia dibebaskan kelak.

“Dalam keadaan dia   mampu terlibat kembali dalam politik dan jadi PM, saya tiada bantahan," katanya.

Mahathir yang merupakan perdana menteri sejak 1981 hingga 2003 berkata, beliau tidak pernah menjangka ada seorang perdana menteri yang bersedia 'melaksanakan undang-undang yang jauh lebih menekan berbanding zamannya'.

I REST MY CASE

NOTHING TO ADD

SO....KAH KAH KAH 






---------------------

Tiada ulasan: