Ahad, 9 Julai 2017

KHAIRY KENA TIBAI LAGI






KESIAN KJ

KENA TIBAI

LAGI

SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak ahli politik yang dilihat seperti hendak menjadi selebriti dan ahli sukan.

Menerusi satu posting Facebook, Tunku Ismail atau mesra disapa TMJ berkata, bila seseorang itu menggunakan platform ahli politik untuk menjadi ahli sukan misalnya, negara seolah-olah menghantar wakil yang salah dalam acara tersebut.

"Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan.

"Ini dilihat di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara," katanyanya yang juga merupakan Presiden FAM.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas sebarang kenyataan TMJ terhadapnya kerana tidak berasa ada sebarang kebaikan.

TMJ pernah memberikan reaksi terhadap menteri itu selepas Khairy tidak hadir dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang.

TMJ mengangap Khairy sepatutnya antara individu penting yang patut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

Kenyataan terbaharu ini juga dipercayai membabitkan Khairy yang akan menjadi salah seorang daripada 12 atlet negara yang disenarai pendek untuk acara polo berpasukan di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.


KAH KAH KAH

PADAN MUKA




------------------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Si Bangla dari Ghombau yg tak ponah den donga royak Nismilan ni .. kalau yo nak jadi ahli sokan boronti dari politik .. mcm kalau nak anak El-Tiduri .. lupokan botino lain.

Tanpa Nama berkata...

Laaa. Patutlah kj senyap membisu pasal najib dan siasatan doj. TT dengan teori kata kj sokong najib digolekkan berguling dan bermacam lagi. Semuanya fitnah. Baik TT dari jelebu turun beraya di rembau rumah kj mintak maaf. Di sini jelas sudah sebenarnya kj sangat sibuk di rumah setiap malam diurut guna teknik hempapan badak yang disyorkan najib sendiri, kerana punggung kj kematu tiap hari tunggang kuda. Maaf zahir batin kj.