Khamis, 1 Jun 2017

TIDAK PERLU PUTAR PUTAR






JELAS

TAK PERLU

PUTAR


Buakan ceramah politik di masjid: “Ini sahaja yang berlaku”


Tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu, kata R Sivarasa

KUALA LUMPUR: Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu. Perkara ini telah disalahertikan.
Demikian kata R Sivarasa susulan laporan yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen Subang itu memasuki Masjid An Nur Kampung Melayu Subang mewakili Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam ruang dewan solat.
“Saya ingin membetulkan beberapa laporan media yang telah memberi gambaran tidak tepat saya, pada hari Rabu yang lalu, telah memberi ceramah politik di Masjid An Nur di
Kampung Melayu Subang. Ada juga yang laporkan secara tidak betul bahawa saya hadir sebagai wakil Menteri Besar Selangor.”

“Malah saya tidak hadir sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dikatakan dalam beberapa laporan media. Saya juga tidak pada bila-bila masa pun diminta untuk mewakili beliau untuk majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Naib Presiden PKR itu lagi, majlis yang hadiri itu adalah majlis pemberian sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di kawasan DUN Kota Damansara yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Damasara, Radzlan Jalaludin.
“Saya hadir selepas dimaklumkan berkenaan majlis penyampaian sumbangan itu.
Ujar beliau, penganjur tidak bila-bila pun menjadualkan untuk memberi apa-apa ceramah dalam majlis itu.
“Walaubagaimanapun, sebelum dijemput menyampaikan sumbangan bersama dengan Penyelaras DUN Radzlan Jalaludin, saya dijemput oleh pengara majlis untuk memberi sepatah dua kata kepada lebih kurang 70 wakil-wakil surau-surau dan masjid- masjid yang akan menerima sumbangan Ramadan,” katanya sambil menambah Radzlan juga telah memberi ucapan ringkas sebelum beliau.
“Sebagai tetamu yang dijemput memberi sepatah dua kata, tidak elok kalau saya menolak. Justeru, saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam ramadan kareem kepada para hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan negeri Selangor untuk terus bimbing institusi surau-surau dan masjid-masjid di Selangor.”
“Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai Ahli Parlimen berkenaan lawatan- lawatan saya ke surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Subang dan macam mana lawatan tersebut telah membantu saya mendalami fahaman saya berkenaan Islam dan masyarakat Islam.”
Kata Sivarasa lagi, tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu.
“Sumbangan yang diberikan malam itu berjumlah RM 71,000 yang diagihkan RM 1,000 setiap surau dan RM 1,500 setiap masjid. Saya hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. Bagi saya adalah wajar untuk seorang wakil rakyat untuk memberi sokongan penuh kepada institusi agama Islam di kawasan saya. Itu sahaja yang berlaku,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Sivarasa juga menyatakan akan menulis sepucuk surat peribadi kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan tentang perkara ini.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Sivarasa susulan tindakannya menyampaikan ceramah politik di masjid tersebu
SEMENJAK 

BILA PULAK

TAK BOLEH

CAKAP POLITIK

DALAM MASJID

TIAP JUMAAT

TU APA?

BUAT LAWAK?







------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perangai camni la membuatkan sentimen bukan islam terhadap islam makin teruk.ni tak lain umngok and the gang la ni dok propa macam2.suka sangat melalut2 pasal rasis2 ni.ntah apa2

Tanpa Nama berkata...

Ini sangat mendukacitakan beta!! Ini amat mustahil!! Sivarasa sepatutnya lari keluar negara bila beta murka dan parti2 politik akan bertelagah membakar api kebencian sesama kaum dan sesama sendiri mencurah petrol hingga habis musnah terbakar!! Apa yg telah berlaku? What is the because? Why nobody afraid of me anymore? WHY???

#kahkahkah #rakyatmalaysiasudahmatang #nomoretheothers

Nazrio berkata...

Sivarasa rasaih vs obama
on nationaL mosQue
Masjid negara. ..
Darah arabiyaH
di kaki Obama
Tuk tik tuk tik tuk tik toK tik
Pijak Lantai nationaL mosQue
Aminnnnn Amennnn