Ahad, 2 April 2017

PROGRAM TOK AJI DIBATALKAN




HAM

DUL


NOTA

kalau tak batal

madey hanya

akan tanya

satu soalan

siapa beri arahan

pada sirul 

pada azilah

bunuh altantuya


Tindakan Polis Batal Kelulusan Debat Adalah Sekatan Kebebasan Bersuara

Pulau Pinang – ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengkritik tindakan polis yang membatalkan kelulusan acara debat di antara Dr Mahathir dan  Tuan Haji Nazri Aziz dalam masa 24 jam. Tindakan polis tersebut adalah tidak wajar serta menyekat kebebasan bersuara dan menindas hak untuk mengetahui.   
Sinar Harian sebagai penganjur debat telah hadkan kehadiran 450 orang atas jemputan sahaja. Tempat acara tersebut adalah di premis persendirian serta tempat tersebut telah pernah mengadakan beberapa kali dialog dan perbahasan. Kini, pihak polis menggunakan sebab terdapat bantahan daripada penduduk serta risikan menunjukkan bahawa pihak tertentu akan membuat kekacauan sekiranya acara tersebut diteruskan untuk membatalkan kelulusan tanpa keterangan lebih lanjut tentang kriteria kelulusan ditarik balik.

Lee berpendapat bahawa tindakan polis adalah satu kes terdahulu yang buruk di mana persatuan dan parti yang ingin mengadakan program sebegini pada masa akan datang juga akan disekat dengan alasan yang tidak munasabah ini.

Dijangkakan debat di antara Dr Mahatir Mohamad dan Tuan Haji Nazri Aziz akan menyentuh isu-isu penting seperti 1MDB, dasar kerajaan serta urustadbir kerajaan yang merupakan isu kepentingan orang awam. Disebabkan dalam keadaan ketelusan maklumat yang amat terhad, debat ini akan membolehkan rakyat terdedah kepada pendirian menteri terhadap isu-isu penting ini serta membuka maklumat tersebut kepada orang ramai.

Lee tanya, siapakah penduduk yang bantah perbahasan ini? Adakah ini cuma alasan rekaan polis untuk membatalkan perbahasan ini? Kenapa pihak yang ugut untuk membuat kekacauan tidak diambil tindakan oleh polis malahan polis seolah-olah tunduk kepada pihak yang cuba mengacam ketenteraman awam tersebut? Ini juga merupakan kali kedua polis cuba batalkan perbahasan tersebut.

Lee menegaskan bahawa pihak polis harus memainkan peranan neutral dan menjaga ketenteraman awam. Polis tidak mewakili pendirian parti politik tertentu atau menjadi hakim untuk memutuskan samada debat tersebut boleh dijalankan atau tidak. Tanpa mengira siapakah pembahas yang akan ambil bahagian, hak bersuara dan ekspresi mereka perlu dijamin.

Oleh yang demikian, Lee mendesak polis keluarkan permit kelulusan agar debat tersebut dapat dijalankan seperti yang ditetapkan demi  mengembalikan kredibiliti dan imej neutral pihak polis. Hentikan usaha untuk menyekat ruang kebebasan bersuara yang semakin sempit.
  
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola 
Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang







--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skrg 1 malaysia dan 1 dunia tahu siapa pondan tua yg halang debat/dialog antara nazri dan dr m.

Tanpa Nama berkata...

Mat LOL tuh power tak koman

SAPUMAN the great

TUN pun mengalah

Setan biasa lah

Dah masok KUBOR baru tau tinggi rendah langit

Kepala Otak !!!!!