Sabtu, 22 April 2017

BERPA MINIT BERFIKIR




F.B




Ada 14 wanita Tunisia sekarang ini, bersama anak-anak kecil mereka yang sedang ditahan di penjara di Libya.
Suami-suami mereka semuanya sudah mati berperang, meletupkan diri dan pelbagai kerja bodoh lain atas nama perjuangan IS di Libya.
Nak balik ke Tunisia, takut kena tangkap masuk penjara semula. Lagi lah kau merana kena bahan dengan bangsa sendiri. Nak terus tinggal di Libya, diorang pun dah malas nak tanggung makan minum kau. Negara Libya itu sendiri pun tak tahu untung nasibnya.
Pejuang-pejuang IS ni, semasa nak berjuang di Libya, dia angkut segala anak bini rupanya berpindah sekali. Buat taik secara berjemaah dengan ahli keluarga mereka di tanahair orang. Malah ada kalangan bini mereka yang menyumbang nyawa menjadi pengebom berani mati.
Sekarang, diorang sudah mati maka tinggallah anak bini masing-masing meneruskan hidup atas kebodohan bapa mereka. Duduk dalam penjara pun complaint lagi minta nak dilayan begitu begini, nak kena hantar balik ke Tunisia takut pulak.
Cuba lu bayangkan, berapa lama agaknya masa yang para lelaki itu ambil untuk berfikir dan membuat keputusan untuk berhijrah dan berjuang di negara orang dengan membawa anak isteri mereka? Sejam? Sehari? Sebulan? Dan berapa lama pula tempoh penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh orang yang mereka tinggalkan selepas mereka mati?
Begitulah dengan hidup kita ini, kadangkala kita terpaksa buat keputusan dalam tempoh yang singkat tapi punya kesan yang besar dan berpanjangan dalam kehidupan. Tapi ada masanya kita berfikir siang malam macam nak pecah kepala untuk buat satu keputusan, padahal impaknya sangat kecil dan seketika sahaja dalam hidup kita.
Agaknya, berapa lama masa yang manusia normal ambil untuk berfikir sebelum membuat keputusan nak pinjam duit lima ratus ribu ringgit dengan Along?


Atan Razal Paling power pinjam 500K tanpa perlu buat cagaran apa-apa.
LikeReply110 hrs
Zulhazry Mohd Yusoff Cagar bisnes kad print kat Pudu tu kot
LikeReply8 hrs
Hurairah Bin Tholpakar Bapo lamo la pulak along tu pikir...nak bg tak bg....nk bg tak bg....nak bg tak bg.....hmmm...
LikeReply8 hrs
Azman Hanif Abdul Aziz Dulu aku amik masa 5 minit je insihab madah.. nahh.. kesannya bertahun2 smpai ke sudah
LikeReply26 hrs
Zulhazry Mohd Yusoff kah kah kah ini power
LikeReply5 hrs
LikeReply4 hrs
Dino Rias Kita seharus nya punya ilmu.. Boleh berfikir dengan bijaksana. Mau pun balik semula keasal Uganda... Back to basic.. Ni ingatkan 
Ayat belum cuba belum tau
Dah cuba kena tipu.. Hahaha rasakan akibatnya....
LikeReply14 hrs




-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni la yg masuk malaysia book of records tuhari sebab menang gelaran johan pertandingan membaling boomerang sedunia, kira setaraf la dengan ulamak sedunia beb. Tengok la dia baling boomerang gergasi tu lintas libya sampai tunisia dah tu boleh lagi putar balik ampang kuikuikui