Isnin, 6 Mac 2017

TUAN HAJI AUDI PUTAR LAGI







PUTAR JANGAN

TAK PUTAR


'...saya berfikir untuk Malaysia secara umumnya'

Banyak pihak bertanya tentang kunjungan (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS) Tuan Haji Mohd Khairuddin Aman Razali ke kediaman saya. Apakah isi yang dibincangkan.

Beliau sebagai sahabat secara peribadi memohon maaf atas perkataan yang kurang sesuai. Katanya, ia ketika dalam satu 'suasana'.

Saya menegaskan, seperti yang saya jelaskan dalam artikel sejak sekian lama, bukan isu sebat zina, qazaf dan arak. Isu yang dibangkitkan ialah 30 tahun dan 100k denda.

Ini kerana di bawah mahkamah syariah kesalahannya terbatas. Sebahagiannya bersifat undang-undang yang boleh dipolemikkan dan boleh bersifat sektarian.

Ini seperti poligami tanpa izin, ceramah tanpa tauliah, pandangan agama yang menyanggahi fatwa negeri dll. Banyak lagi undang-undang baru yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa agama.

Setiap negeri ada kuasa tersendiri dan tidak seragam. Di beberapa sudut, ia tidak sama dengan cara parlimen menggubal undang-undang.

Hal ini boleh disalahgunakan jika tidak berhati-hati. Maka, kenapa jika betul nak buat hukum yang ada secara jelas dalam Quran dan hadis; perlu ditambah 30 tahun penjara dan RM100,000 denda?

Tuan Haji  Khairuddin secara umum bersetuju hak mengkritik dalam hal tersebut.

Saya jelaskan kepadanya jika hanya untuk kepentingan peribadi, saya suka dengan pindaan itu secara yang PAS cadangkan. Ia boleh menambahkan kuasa saya di sudut undang-undang. Namun saya berfikir untuk Malaysia secara umumnya.

Soal debat saya dengan beliau tidak timbul seperti yang beliau sebutkan. Namun beliau bersetuju secara umum meneruskan dialog ataupun muzakarah dengan Dr Rozaimi jika perlu.

Diolog saya dengan Presiden PAS tidak dibincangkan. Pertemuan dalam suasana sahabat dan ukhuwwah.

DR ASRI ZAINUL ABIDIN adalah Mufti Perlis. Artikel ini ialah pendirian penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.


'Saya sayang unta opps.. saya sayang anta atau say saya AudiQ7'


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Tuan Haji Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap isu debatnnya dengan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin tidak lagi berbangkit, selepas pertemuan empat mata di Kangar pagi tadi.
Khairuddin berkata, Asri menjelaskan bersetuju dengan cadangan pindaan PAS tetapi “mempunyai pandangan tersendiri berhubung cadangan pindaan lain”, lapor BH.
LAGI LEBAI

LAGI BIJAK

MEMUTAR 

CUKUP DENGAN

NAS DAN HADIS


---------------

3 ulasan:

Dragonfly berkata...

Nak muntahlah pak haji

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha

Ada MASYOOOOKKKKKKKKKKKKKKKK

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ketua penerangan, amanah paling utama dan termulia yang saya dipertanggungjawabkan oleh jutaan ahli, penyokong, pengundi dan tukang simpati parti dalam dan luar negara, dan tugasan yang saya sendiri tawadduk dan penuh iltizam berserta tawakkal memikul, melaksana dan menyempurnakannya, adalah tiada lain kecuali menerangkan dengan seterang-terangnya dengan fulus, eh, dengan tulus. Um... walaupun perlu putar.