Isnin, 9 Januari 2017

TUAN HAJI MENIPU LAGI








KENYATAAN MEDIA

RM700 juta Projek Gajah Putih: Datuk Bandar Perlu Perjelas, Pembayar Cukai Perlu Lebih Representasi Dalam DBKL

Laporan berita di The Star hari ini yang bertajuk “From monuments to failures”[1] pasti memeranjatkan warga Kuala Lumpur dan membangkitkan semula pandangan perlunya reformasi untuk menyelamatkan DBKL.

Sepuluh projek "gajah putih" yang dilaporkan bernilai antara RM200,000 (belon amaran banjir di Kampung Kasipillay, pada 2013) dan RM365 juta (ITIS, sewaktu ia dilancarkan pada 2002), dianggarkan berjumlah RM700 juta. (Secara purata, ini bermakna RM47 juta dibelanjakan setiap tahun selama 15 tahun untuk projek-projek "gajah putih" yang tidak mendatangkan manfaat yang sepatutnya.)

RM700 juta ini mungkin boleh diguna untuk membina sepuluh buah sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah dengan menggunakan Industrialised Building System (IBS), seperti yang disebut Menteri Pendidikan Tuan Haji Mahdzir Khalid Ogos lalu[2].

Jumlah ini juga lebih dari mencukupi untuk mengganti kesemua lif di 62 PPR dan PA di seluruh Kuala Lumpur pada harga RM500,000 sebiji[3].

Malah potongan bajet penyelidikan RM60 juta yang dialami Universiti Malaya juga boleh diatasi[4].

Persoalannya adalah bagaimana 6 orang Tuan Haji Datuk Bandar yang dilantik antara 2002 dan 2016 boleh membenarkan jumlah yang begitu besar ini dibelanjakan sebegini? Di mana kebertanggungjawaban terhadap penggunaan wang ringgit rakyat?

Bagaimanakah Lembaga Penasihat Bandaraya yang mempunyai 15 ahli yang tidak dipilih dan yang dipengerusikan Tuan Haji Datuk Bandar boleh membenarkan projek-projek "gajah putih" ini berlaku tahun demi tahun? Tidakkah mereka berasa mereka bertanggungjawab kepada rakyat?

Saya sedih tetapi tidak terkejut sekiranya orang ramai tidak mendengar pengumuman perletakan jawatan beramai-ramai Lembaga Penasihat Bandaraya apabila laporan berita ini keluar.

Maka saya menggesa Tuan Haji Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya untuk segera memberi penjelasan penuh terhadap projek-projek "gajah putih" yang dilaporkan ini, serta mengumumkan projek-projek "gajah putih" lain yang mungkin belum kita ketahui.

Kita juga perlukan pertanggungjawaban yang lebih tinggi daripada mereka yang mentadbir Kuala Lumpur. Sekiranya Tuan Haji Datuk Bandar dan Putrajaya tidak setuju dengan cadangan pilihanraya untuk jawatan Tuan Haji Datuk Bandar atas sebab "percanggahan" dasar negeri dan pusat[5], maka saya ingin mencadangkan agar prinsip "tiada cukai tanpa perwakilan" dipakaiguna sekurang-kurangnya dalam melaksanakan proses pemilihan bagi 11 dari 15 Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya, yang dipilih terus oleh pembayar cukai yang tinggal di 11 kawasan parlimen di KL. Saya bersedia bekerjasama dengan pihak DBKL serta semua pihak lain yang berminat untuk merealisasikan matlamat ini.

Saya percaya bahawa warga Kuala Lumpur mahukan suara mereka didengar dengan lebih jelas di dalam struktur organisasi DBKL, dan hanya dengan cara ini suara rakyat akan lebih dihormati dan proses semak dan imbang dalam DBKL dapat diperkukuh.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
9 Januari 2016





------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cube selak kertas gajah putih tu betul2... Kot ade name roti man ke, nan sebatang ke... menteri nan ke... Mane la tau... Esok2 ksu luar bandar tu ade la geng nak bersembang... Boleh la alih isu SRC lg, alih isu pegawai sprm berenti...

Tanpa Nama berkata...

bila tengku freud dan dbkl akan turunkan cas parking di kawasan org miskin...nape org kaya bayar parking murah..tak cukup lagi ke projek gajah puteh resort di pulau tioman utk kerusi di putarjaya...