.

Isnin, 9 Januari 2017

SATU INGATAN PADA PAKATAN HARAPAN








PRU14 SAMPAI
pakatan harapan 
jangan mimpi
jangan angan angan
akan menang dalam PRU14

walau pun najib terbonggeg
walau pun kes 1MDB heboh sedunia
walau pun kes bunuh altantuya
walau pun kes bunun kevin
walau pun parti gerombolan pecah
walau pun mahathir lawan najib
walau pun muhyiddin lawan najib
walau pun pengundi china 
tak sokong najib
walau pun FELDA hancus
walau pun sham FGV punah
walau pun peneroka ditipu
walau pun nilai ringgit jatuh
walau pun barang naik harga
walau pun rosmah dibenci
walau pun rosmah rasuah
walau pun DOJ tuduh najib
walau pun  najib rembat duit
walau pun  rosmah bersubahat
walau pun majoriti rakyat menyampah
benci pada 
united malays national organisation
benci pada ketuanan melayu

dalam pru14
najib rosmah
tetap akan menang besar
ingat ingat ingat
malaysia negara dunia ketiga
dalam dunia ketiga
bila pilihanraya dijalankan
yang menjadi kunci
bukan berapa ramai penyokong
atau
berapa banyak undi dapat

yang menjadi kunci ialah:
siapa mengira undi
siapa menjalankan pelihanraya

tidak pernah dalam sejarah
tidak pernah berlaku
dalam negara dunia ketiga
dalam negara zalim
dalam negara ganas
dalam negara yang rasuah
dalam negara dimana pemimpin
terlibat kes bunuh
peralihan kerajaan dibuat 
melalui pilihanraya

pakatan harapan
parti parti pembangkang
jangan berhujah
mereka kalah kerana
 mereka berpecah
 mereka tidak sekepala
mereka tikam menikam
parti islam  pas belot
atau
mereka tak ada media
mereka tak ada dana
maka
 kerana semua ini
 maka pakatan kalah
ini hujah tidak betul
ini hujah salah
ini hujah musuh
ini hujah  yang sengaja
disebarkan oleh najib rosmah

sedarlah
yakinlah
pakatan kalah 
kerana
SPR telah lama merancang licik
untuk 
memastikan najib rosmah
akan terus berkuasa

semua jentera daulah
semua lembaga daulah
akan digunakan untuk
memastikan najib rosmah
akan terus berkuasa

mustahil tidak faham
mustahil tak sedar
amin 



----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


tok tt ade doa mustajab tak untuk peti undi tipu nie terbakar ke, te-rosak ke...

nnati nak mintak lobai2 kat umah nie bacakan... kot la istiqomah dalam perjuangan dari dulu sampai sekarang...


Tanpa Nama berkata...

absolutely rite sir TT.. nok oyak buwi sket.. TITM bertanding di dun jengka.. majoriti rakyat jengka undi TITM.. tp tuang brahim kaloh.. sbb Allah nk TITM kalah.. berserah bulat2 tanpa tindakan.. vangang.. yg sebenarnye tuang brahim menang.. tp tangan ghaib telah memindahkan 800 org pengundi dr jerantut mengundi di dun jengka.. kalo totok pas x sedor diri lg aku x taw la.. seterusnye ape tindakan anda.. kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Melayu Melayu semua tuh

Melayu mana takut tuhan pun

Kalau takut tak LAHAP DEDAK lah

Apa mau pusing pusing ????

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah buat semua betul kat peringkat awal atau peringkat bawah, peringkat pertengahan, sampai lah ke penghujung pun, tapi tukang putus final paling terakhir kata no, maka takde la. Macam main bola la, goalkeeper bagus, defense bagus, midfield bagus, tapi kalau scorer tak dapat bolos, tak jugak menang. No prosecution means no case, Rahman tells Bahri
Rahman Dahlan, terimokaseh bagitau yang obvious. Sekarang soalan berikutnya, kenapo macc yang buat siasatan menyeluruh kata ado kes dan rekomen dakwaan, tapi takdo pulak pendakwaan? Kenapo ya??