.

Isnin, 9 Januari 2017

SANDIWARA ULANG TAYANG








SAEKOR LAGI

TUAN HAJI

DITANGKAP

TAPI INI

SANDIWARA

LAMA 

DIPENTAKAN

SEKALI LAGI

DALAM USAHA

UNTUK TUTUP

KES RASUAH

NAJIB

SPRM tahan bekas CEO TEKUN disyaki terima rasuah

Seorang bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah.
Menurut sumber SPRM, suspek berumur 62 tahun itu ditahan di kediamannya pada 5.15 petang di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
"Suspek dipercayai menerima wang suapan berkenaan sebagai dorongan untuk membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,000 pada 15 Januari 2015.
"Bagaimanapun, daripada jumlah itu (RM360,000), suspek hanya mengambil 10 peratus iaitu sebanyak RM36,000 daripada hasil kutipan 'Hutang Lapuk Tekun Nasional' bagi November 2014," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada masa sama, suspek yang memegang jawatan berkenaan telah melantik syarikat pemungut hutang dari tahun 2008 hingga 2014 yang dikatakan memungut hutang yang tidak dibayar oleh peminjam lebih daripada dua tahun.
Pada 15 Januari 2015, suspek pernah ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang tersebut daripada pemilik syarikat pemungut hutang berkenaan.
Suspek juga pernah disiasat oleh SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas kesalahan meminta suapan bernilai RM36,000.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Tuan Haji  Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk pertuduhan esok.
Ini merupakan penahanan kedua SPRM minggu ini selepas kes penahanan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tua Haji Mohd Arif Ab Rahman atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.
Turut difahamkan, Tuan Haji Mohd Arif sebelum ini pernah menjadi Ahli Lembaga TEKUN Nasional dan SPRM sedang menjalankan siasatan sama ada kedua-dua individu tersebut mempunyai hubung kait dalam isu rasuah yang melibatkan kementerian.
INI TEATER

UDAH PENTAS

TAPI PERLU

DIPENTAS 

SEKALI LAGI

AGAR KES SRC

KES 1MDB 

TIDAK 

DIBINCANG





----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji aje yg kena...Tuan Haji Jho Low bila nak kena?

DIDI KOTA BELUD berkata...

heheheheh...melayu tuan.

nak makan...sudu kena bayar..pinggan kena bayar...tangan kena bayar..siku minta bayar..masuk mulut kena bayar..kunyah kena bayar..tak cukup duit...tak sempat telan..kena luah balik...sambung pulak..siapa nal makan hasil luahan tu...ieeeeeew...gelik aku....mesti ada juga yg sanggup makan tu..mmaaaaakakkakakakakakkaaaahaaaaiiiii

Tanpa Nama berkata...

kalo nak tipu,

tipu BESAR-BESAR!



sebab kes kechil, kena jerat!