.

Isnin, 9 Januari 2017

LAGI TUAN TUAN HAJI PUTAR ALAM






8 Jan 2017

Batalkan Pembelian Eagle High Bukti Shahrir Samad Tidak Gadaikan FELDA

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan perlantikan Pengerusi FELDA yang baru Tuan Haji Shahrir Abdul Samad dan seruannya untuk mengembalikan matlamat asal penubuhan FELDA.

AMK berpendapat satu kayu ukur  yang cukup penting untuk menunjukkan keikhlasan serta keazaman Tuan Haji Shahrir supaya menumpukan kesejahteraan peneroka dan matlamat asal FELDA adalah pendirian beliau terhadap pembelian Eagle High Plantation (EHP) Indonesia.

Sedia maklum bahawa pembelian EHP berjumlah RM2.26 bilion ini diselubungi misteri dan keluarbiasaan. Bukan sahaja harga pembelian 3 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran, bahkan FELDA tidak mempunyai kawalan pengurusan langsung selepas penguasaan 37% saham EHP.

Shahril pasti sedar bahawa FELDA yang sudah berhutang RM6.1 bilion pada tahun 2014, dan baki tunainya hanya berparas RM685 juta pada tahun 2015 tidak lagi mampu membeli syarikat EHP. Satu-satu jalan adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan FELDA.

Pada masa yang sama, Tuan Haji Shahrir tidak boleh mengetepikan kritikan Pengerusi CIMB Tuan Haji Nazir Razak yang menggesa lembaga pengarah supaya mewajarkan sepenuhnya pengambil alih dan penilaian tersebut. Selain itu, penganalisa turut mencadangakan agar peruntukan itu disalurkan kepada Felda Global Venture (FGV) kerana nilainya lebih menarik berbanding dengan EHP.

AMK berpendapat Tuan Haji Shahrir sebagai pengerusi FELDA baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu mampu dan wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal FELDA untuk membela nasib rakyat dan peneroka. Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan FELDA dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan.

YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan
ADUN Semambu






--------------

2 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

hehhehe...budak pun tahu kalau nak beli sesuatu..itu dia punya...dan kalau nak beli sesuatu mesti pakai duit sendiri..bukan pakai duit sadek serigara....kakakkakaka

Tanpa Nama berkata...

ko dah gila nak batalkan. sharir adalah antara penerima wang dari 1mdb ketika dlm kelab penyokong tegar umno.mustahil sharir kan batalkan..mustahil bangsa johor ni ada telur..kalo berani, batalkan juga saham2 felda di bskl..penipuan dirancangan dan direka di bskl..