.

Sabtu, 7 Januari 2017

CADANGAN UNTUK FELDA










TIGA CADANGAN TUMPUAN PERHATIAN PENGERUSI BAHARU FELDA
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada YB Tuan Haji Shahrir Abdul Samad yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ke-8, menggantikan YB Tuan Haji Isa Samad yang akan kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV).

FELDA yang telah wujud sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi merupakan salah satu institusi utama pembangunan negara, terutama dalam aspek pembangunan orang Melayu di kawasan luar bandar. Hari ini, FELDA menjaga kepentingan dan kebajikan lebih 112,000 peneroka di lebih 300 rancangan.

Namun sejak kebelakangan ini, halatuju institusi ini kelihatan tidak memuaskan dan langkah-langkah perniagaan yang diambil pimpinan FELDA sering dipersoal umum. Ini termasuklah:

1) penubuhan FGV serta penerbitan saham-saham FGV yang bernilai RM4.55 sesaham pada 28 Jun 2012 (hari ia disenaraikan di Bursa Malaysia) yang pada hari ini hanya berada pada paras RM1.70 sesaham - penurunan nilai lebih 60%;

2) pinjaman RM3.5 bilion dari KWSP pada 2011, di mana RM1.5 bilion digunakan untuk membeli saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn Bhd. Pinjaman ini perlu dibayar balik sepenuhnya sebelum 2021; 

3) pembelian 37% saham PT Eagle High oleh anak syarikat FELDA, FIC Properties Sdn Bhd, pada harga RM2.26 bilion (173% lebih tinggi daripada nilai saham di pasaran) melalui pinjaman kerajaan.

Ini bermakna FELDA secara langsung dan tidak langsung telah menyaksikan peningkatan bebanan hutang sekurang-kurangnya RM5.8 bilion dalam masa 6 tahun kebelakangan ini. 

Ini bukanlah satu pencapaian yang membanggakan, lebih-lebih lagi kerana FELDA pada tahun 2000 sewaktu diterajui YM Raja  Muhamad Alias (Pengerusi FELDA ke-5) telah melangsaikan keseluruhan hutang FELDA kepada kerajaan 13 tahun lebih awal. Bukan sahaja itu, tetapi sewaktu Raja Alias meninggalkan FELDA pada 2001, rizab tunai FELDA mencecah RM4 bilion.

Maka saya berharap YB Tuan Haji Shahrir akan dapat mengembalikan FELDA ke zaman kegemilangannya, dan untuk itu saya mencadangkan agar beliau menumpukan perhatian kepada tiga perkara berikut:

1) adakan satu siri jelajah bertemu peneroka di rancangan-rancangan FELDA untuk mendengar sendiri keluh resah mereka terhadap halatuju FELDA, serta memperbaiki hubungan di antara peneroka dan pengurusan FELDA;

2) kembali kepada “perniagaan teras” (core business) rancangan-rancangan FELDA, iaitu pengeluaran minyak sawit dengan memberi tumpuan kepada usaha peningkatan produktiviti ladang sawit serta usaha meningkatkan kadar pengeluaran minyak (Oil Extraction Rate, OER) dari kadar purata 17-18% ke 20%;

3) henti dan kaji semula program pelaburan FELDA di pasaran saham, termasuk menghentikan pembelian PT Eagle High oleh FIC Properties Sdn Bhd, dan sebaliknya menyalurkan dana ke arah penanaman semula pokok-pokok kelapa sawit yang kini berusia lebih 15 tahun.

Saya percaya dengan usaha gigih semua pihak, YB Tuan Haji Shahrir akan dapat mengembalikan maruah, martabat, dan tumpuan FELDA seperti dahulu kala.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Januari 2017





-------------------

8 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Aku simpati ngan Ziana tu. Ziana cam kita semua, berkasta rendah .. bila masa boleh dikorbankan.

Ziana mungkin telah menjadi korban rakus nafsu binatang yang mementing pancutan kontol sendiri .. dah pancut baru rasa tenang .. baru boleh dapat idea, atur strategi lahap duit rakyat.

Aku harap Ziana bersabar .. aku pon minta tulong TT untuk lebih adil .. anak2 sedang memerhatikan gambar ibunye .. dan semakin faham apa yg diceritakan?

Tanpa Nama berkata...

Tabik kpd bekas pengerusi felda ym raja muhd alias. Anda drp golongan melayu yg betul2 profesional. Yg ada skrg melayu umno pemakan dedak yg menjahanamkan apa yg dibangunkan dahulu. Bangunlah warga felda dan tendang keluar makhluk2 perosak umno ni

Tanpa Nama berkata...

Putrak pukrak dia nak naikkan... Yg ak kenal sirambut putih nie reti buat controversy aje dari dulu smpai skang...

Tanpa Nama berkata...

Selagi dunia tak jahanam selagi tu lah imam Mahdi tak kluar... Tahniah najib dan barisan kepimpinan dan kerajaan nya.. tahniah sesangat2... Upkn lagi kejahatan korang dalam dunia nie. Gigih kan lagi, berusahalah smpai berpeluh2 jantan...

Tanpa Nama berkata...

Tukar ISA pd shahril sama mcm tukar tong taik..2-3hari bau busuk sama saja..On ISA shahril makan taik

Kamal berkata...

Misi mustahil utk shahril melakukannya kerana shahril juga orang politik
dari acuan yang sama iaitu umno... harap shahril lebih baik dati 2 tan sri pengerusi terdahulu...

Tanpa Nama berkata...

cadangan samdol budak darjah satu mana?

Tanpa Nama berkata...

Jual

Cadangan yang terbaek dan yang ter best ialah
Jual Felda kepada negara China
Apa yang susah sangat ni.
Janji Rosmah happy cukup lah.