.

Rabu, 14 Disember 2016

PERUT GENDUT HIDUP MEWAH




HIDUP MEWAH
Baru saya faham kenapa Tuhan Hindu dan Buddha perut dia boyot kerana ianya melambangkan kemewahan hidup on BERPERUT BOYOT
Publish | Delete | Spam
kiedentech
at 5:45 PM





-------------

KES BERTAMBAH BERAT









BERITA

INI SUDAH

TIGA HARI

KHAIRY TIDAK

NAFI DAN TAK

BERI KOMEN

JENG JENG JENG

KJ Dedahkan Najib Rasuah Pak Arab RM20 Juta Suruh Mengaku Sebagai Pederma 1MDB - Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah,  Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Najib.


Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.

“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.

“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.

Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.

“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.

Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.

“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno,) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.

“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.

“Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu. Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu,” katanya lapor Sinar

Read more: http://malaysianewsss.blogspot.my/2016/12/kj-dedahkan-najib-rasuah-pak-arab-rm20.html#ixzz4SrlgZjL2




KENAPA KJ

SENYAP

TAK NAFI

TAK KOMEN

ERTINYA INI

BERITA SAHEH

ERTINYA KES

NAJIB DALAM

PARTI MAKIN

TAMBAH BERAT


----------------

BACA AYAT PUN TAK GUNA







INI CADANGAN

BETUL TAPI

JANGAN SILAP

PAS BUKAN

PEMBANGKANG

PARTI PAS

SUDAH JADI

PENASEHAT

NAJIB ROSMAH
AYAT HADIS

SEMUA TAK

MAKAN KERANA

KUASA DEDAK

LEBIH KUAT

Pembangkang tiada 

pilihan selain 

bersatu tumbangkan BN
Semua parti pembangkang dalam negara ini tidak mempunyai pilihan selain bersatu hati jika benar-benar berhasrat menumbangkan Umno BN.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Dr. Hassan Baharum membawakan satu dalil jelas melalui sepotong hadis Nabi Muhammad SAW: "Ma la ya'timul wajubu illa bihi, fahuwa wajib", tidak dapat ditegakkan sesuatu yang wajib itu kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib.
"Jika tidak dapat menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim itu melainkan dengan parti-parti pembangkang itu bersatu, maka menjadi kewajipanlah parti-parti pembangkang itu bersatu," katanya di majlis ceramah sempena Maal Hijrah anjuran Amanah Kawasan Tangga Batu di Bertam Malim, Melaka malam tadi.

MUSTAHIL

TAK SEDAR

MUSTAHIL

TAK TAHU

PERANAN

PARTI PAS

SEKARANG!


-------------

BERPERUT BOYOT




BERPERUT BOYOT
Rezeki x susah dlm Islam. Xdak rezeki, bermakna ko puasa la. Kalo xdak rezeki selama 10 tahun, ko posa la siang malam selama 10 tahun. Easy, easy..so easy. 

Sbb tu ramai ostat2 PAS berperut boyot. Berperut boyot adalah status penting yang maha wajib bagi setiap ahli agama. Dicantikkan lagi dengan serban. Ini dikira AAA dlm melaksanakan sunnah nabi. Jika kurus keding, ostat itu amatlah ceroi. 

Sama seperti orang2 tertinggi agama lain, semuanya berwajah hodoh dan berperut boyot ini bermaksud amat dikasihi Tuhan. Gamaknya Tuhan juga disini sama berperut boyot. Sebab itulah orang2 agama menjadikan berperut boyot ini wajib dilantik menjadi ulamak dan tok kutua. on LARI DARI KELANTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/14/16




---------------

PARTI KETUANAN MELAYU DITIPU CHINA TEMBAM




CHINA TIPU KETUANAN MELAYU
Parti ketuanan kena tipu kena songlap kaw2 oleh cina apek tak mandi pagi kapir harbi sebab parti ketuanan suka guna dukun pawang bila nak cari/mula projek. Sebelum cina apek tak mandi pagi kapir harbi tu dapat meloloskan idea jahat dia, parti ketuanan dah terlebih dulu dibuka laluan dan dibolosi sang bomoh melayu atau jawa. 

Jadi parti ketuanan dah kira kena lanyak dp la, ataupun gangbang. Bayaran dukun untuk turut main tu murah je, seribu dua ke 10, 50 ribu je, sebab pawang tu terus je dengan lifestyle kampung dia lepas tu, takde pulak dia nak up diri dia laki bini ada istana toyol ada ferrari ada private jet ada bot mewah. Tapi cina apek tak mandi pagi kapir harbi takkan adanya nak teruskan gayahidup lama duduk serumah 5-6 orang dengan emak bapak walaupun sendiri.

dah kawin ada anak, makan kat meja kayu bulat atas bangku bulat takde.tempat sandar, kaki.sebelah bersila atas bangku, sebelah lagi mencangkung atas bangku, hirup mi sup babi dengan gelojoh tak sampai 5minit licin semsngkuk. on KETUANAN MELAYU DITIPU OLEH CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/14/16






------------

PAS AKAN BERTANDING DI PEKAN?







f.b


PAS tak nak bertanding di Pekan kerrr....ingin bertanya ajerr.....
Comments
Idris Khalid Pas tanding d Pekan dan kg
Junaidi Hj Ariffin Razali Abd Ghafar .. mna bley lwn boss .. hehe .. jgm ambil hati, hanya gurauan 


Wan Azharan barua ,anjing,babi ,sebagaimana kata kata itulah akhlaknya ,ulamak akhir zaman, akhlak serupa orang jahil



-----------------

DARI TINGKAT 14 KE LOKAP







DARI TINGKAT 14 KE LOKAP

Minggu lalu saya menulis bagaimana seorang Pegawai Polis ASP - telah membawa saya dari Tingkat  7 bangunan IPK Kuala Lumpur ke Tingkat 14.

‘ This is very rare… jarang OKT dibawa ke sini…’ .Ini kata-kata ASP Pengiring yang saya tidak tahu namanya.

Betul - memang betul. Keluar sahaja dari lift saya merasakan saya disatu wilayah yang lain dari yang lain. Amat bebeza dari Tingkat 7 - dimana rupa bentuk, perabut dan peralatan sama saperti di Rumah Pasong yang biasa kita lihat.

Tingkat 14 - kemas, teratur dan dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘slick’. Dari kiridor menuju ke ruang induk telah dapat saya rasakan ini tingkat  istimewa. Tidak ada iklan terkoyak atau tertampal tertempel yang menggangu mata. Tidak ada kain langsir koyak didinding koridor. Semua cantik tertur dengan penuh estetika.

Masuk saja ke ruang induk - saya rasakan saya sedang masuk ke bilik CEO Petronas atau bilik CEO syarikat multinasional. Saya lihat perabut dari kayu yang baik. Apakah perabut  dari Itali? Hanya pertanyaan. Pertanyaan ini timbul kerana bilik ini amat-amat berlawanan dengan semua bilik-bilik rumah pasong yang telah pernah saya lawati.

Bilik ini - besar sadikit dari bilik darjah - mungkin dua kali bilik darjah. Ada empat baris meja panjang tersusun. Antara meja dengan meja ada ruang kerusi. Diatas meja panjang  terletak komputer satu persatu. 

Di hadapan setiap komputer kelihatan saorang pegawai polis. Pegawai polis ini tidak ambil pot  ketika saya masuk. Mata mereka memandang komputer. Saya ternampak beberapa orang polis wanita tetapi tidak ramai. Rasa saya lebih dari 30 orang pegawai polis dalam bilik ini. Ada dua tiga pegawai polis tegak berdiri dan berjalan. Semua dalam bilik ini memakai  uniform - kecuali saya yang baru masuk. 

Pada hemat saya ini bilik operasi. Apakah ini  Bilik Ops Bersih atau bilik operasi untuk seluruh Kuala Lumpur. Walah hu alam bissawab.

Saya duduk dihujung meja panjang barisan pertama. Di permulaan meja panjang baris kedua saya ternampak seorang Pegawai Polis. Saya nampak Si Polan ini pegawai tinggi. Tetapi dalam hal pangkat memangkat ini saya kurang arif. Yang  saya amat kenal hanyalah Sang Koperal dan Tok Sarjan. Ini saya kenali dari pengalaman dua tahun duduk  di Kem Kamunting.

Si Polan ini  saya yakin berpangkat besar. Saya ternampak cahaya paku dan bintangnya diatas bahu. Mungkin inilah sosok Ketua Pengarah  OPS Bersih. Saya memerhatikan mukanya dari jauh. Saya tidak kenal.

ASP Pengiring yang membawa saya mengarahkan saya duduk. Pegawai Penyiasat saya masih belum sampai. Saya masih lagi menunggu. Ketika menunggu Si ASP Pengiring terus bertanya beberapa pekara tentang BERSIH. Saya tahu ini juga pertanyan risikan. Tetapi Si ASP ini tidak menuliskan apa-apa yang saya cakapkan. Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia tentang Bersih yang saya miliki. Lalu kami bersembang.

Tetiba masuk sosok yang di tunggu-tunggu - ASP  Tan Shyong Shan dari IPD Dang Wangi. ASP Tan  duduk disebelah kanan. Kini saya diapit oleh dua orang pegawai polis. ASP Tan membuka komputer bimbit. Dia membaca borang yang telah diisi awal tadi di Tingkat 7.

Ketika ASP TAN membaca Pegawai Polis Berbintang memandang kepada arah kami. Pegawai Berbintang mengangkat botol air mineral. ASP Pengiring disebelah kiri bangun dan bergerak keluar. Saya tidak tahu apa yang disignalkan oleh Pegawai Berbintang. 

ASP Pengiring hilang sabentar. Kemudian muncul dengan dua botol kecil air mineral. Satu untuk ASP Tan dan satu diagihkan untuk saya OKT - Orang Kena Tuduh. Wow - ini berbeza dari zaman REFORMASi 1999.

Maka saya bertambah  yakin bahawa  Pegawai Berbintang itu pastilah berpangat tinggi. Hanya dengan mengangkat botol air mineral Si ASP Pengiring telah bangun dan menjalankan tugas. Tanpa apa-apa perkataan. Ini pasti Big Boss.

Satelah air meneral diberikan kepada kami - dua ASP ini bercakap dalam Bahasa China. ASP Pengiring  bangun untuk beredar. Sebelum  beredar kami bersalaman. 

Kini soal siasat saya bermula  dengan ASP Tan. Ini sabenarnya hanya formaliti. Nama dan butiran lain telah daimbil. Soalan yang lain - yang bersangkutan dengan Bersih - saya akan jawab di Mahkamah.

Jawab di Mahkamah -  ini adalah pekara yang wajib diketahui oleh semua aktivis  dan bakal aktivis yang mungkin satu ketika nanti akan ditangkap. Nama dan tarikh lahir tidak perlu dirahsiakan.  Selain dari itu semua pertanyaan saya jawab -  akan dijawab di mahkamah. 

Saya  amat  pergengalaman dalam hal ini. Kali pertama saya di tangkap pada bulan September 1974 di hadapn banguan Setiusaha Kerajaan Johor. Saya ditahan dan dimasukkan ke lokap Johor Baru sebelum di reman satu minggu di Penjara Air Molek. 

Kalau saya ini seluar jean Levis - saya telah ’seasoned’ - lusuh terpakai dan cool. Masuk keluar lokap dan penjara satu pekara biasa.

Tidak sampai satu jam di Tingkat 14 - kami beredar untuk turun kembali ke Tingkat 7.  Dari dinding tingkap kaca saya nampak Kuala Lumpur. Hujan renyai renyai. Jam telah lewat. Saya ternampak bayangan kecil beberapa anak muda berbaju kuning berjalan di Jalan Pudu mengarah ke Hospital Tong Shin. Pada hemat saya BERSIH5 telah selesai.

Di ruang masuk saya terserempak dengan Fahma Reza.  Dia juga ditahan. Lalu saya bertanya dimana dia ditangkap. Untuk beberapa minit Fahmi bercerita. Dia ditangkap di KLCC satelah demo BERSIH5 selesai. Saya bertanya - betul ke Dr Mahathir ada sama.

‘ Ada Mahathir berucap tadi di KLCC…. “

Wow. Jawapan saheh dari Fahmi ini menjadikan saya berfikir sekali lagi. Apakah makna temu bual saya dengan Dr Mahathir untuk Radio Bangsar itu? Apakah temubual itu satu ‘decoy’ yang dijalankan secara licik oleh Mahathir? Wallah hu  allam bissawab.

ASP Tan meningglkan saya kepada pegawai polis Tingkat 7. Dia beredar dan minta saya menunggu. Saya merasa bahawa walau pun semua siasatan telah selesai - saya yakin malam ini saya akan bermalam dilokap. Persoalannya- lokap yang mana?

Saya dibawa masuk ke sebuah lagi bilik. Ini kelihatan saperti bilik rehat kerana saya ternampak satu sosok sedang tidur diatas sofa.

Saya duduk bersendirian. Seorang pegawai polis datang menanya sama ada saya mahu makan atau tidak. Tanpa menunggu jawapan dari saya dia telah meletakan satu bungkusan nasi ayam. Sekali lagi nasi ayam.Ini jauh berbeza dari zaman REFORMASI.

Sedang saya makan tetiba sosok yang terbaring tadi datang duduk disebelah saya. Dia memperkenalkan diri.  Saya panggil dia Amin. Dia tinggal di Keramat. Mengikut Si Amin ini dia telah 37 tahun berkhidmat. Dan tahun depan dia akan pencen.  Bayangkan  hampir keseluruhan hidupnya adalah polis. Si Amin ini bertugas dalam bahagian Jenayah.’

Bila terdengar yang dia dari Jabatan Jenayah saya amat suka hati. Inilah yang saya cari-cari. Saya amat suka mendengar kesah curi, rompak dan tipu daya. Semua ini bahan kreatif untuk saya.

Si Amin bertanya tentang saya. Saya terangkan saya ini menulis. Dia juga ada niat untuk jadi penulis. Tetapi belum mencuba lagi. Saya katakan bahawa saya amat  gumbira dapat bertemu dengan sorang polis  yang telah berkhidmat selama 37 tahun.

‘ Anak berapa orang?’ Soalan biasa yang saya terima disetiap balai polis dan disetiap soal siasat.

‘ Tak ada anak…”

‘ Tak ada rezeki… Isteri dimana?’ Saya mengeleng kepala.

‘ Dah meninggal…’ Saya menggelengkan kepala lagi.

‘ Saya tak ada isteri’

Mata Amin memandang dengan wajah yang tidak percaya. Lalu saya menyelesaikan masalah dengan membuka surah sedih bagaimana isteri saya seorang wanita Sweden. Tetapi saya tidak sanggup membawa Sang Isteri pulang ke Malaysia. 

Manakala saya juga  tak sanggup tinggal di Sweden.

‘ Di Sweden tak ada petai. Saya tak sanggup tinggal disana..”

Si Amin mengucap bila saya selesai bersurah.  Dia percaya betul tentang surah saya ini. Tapi inilah jalan pintas untuk saya menyelesaikan persolaan kenapa Hishamuddin Rais - terus solo hidup bersaorangan.

Si Amin ini tidak tahu sangat siapa saya dan apa latar belakang saya. Ini menjadi perbualan kami lancar. Dia berkesah tentang kehidupan yang susah. Gaji yang kecil. Sewa rumah yang mahal. Membesarkan anak anak ke sekolah. Ini suara hati rakyat biasa.

‘Alhamdulliah… anak anak saya tidak gagal.  Rezeki saya bukan wang haram. Rezeki dari titik peloh saya. Amin berkesah bagaimana dia bersusah payah memastikan anaknya sampai ke universiti.  Bila Amin mengeluarkan ‘rezeki halal ‘ maka saya faham bahawa maknanya ramai anggota polis menerima wang ‘haram’.

‘Kau tahu… saya ini telah berjaya. Kejayaan seorang 
polis bukan pangkat. Kejayaan seorang polis  bukan harta yang dikumpul. Kejayaan seorang polis ialah dia berpencen sebagai anggota polis..’

Wow.  Pada awalnya saya tidak faham apa yang dimaksudkan. Bila saya ulangi kata-kata itu maka saya sedar bahawa Si Amin ini  amat banyak pengalaman dan tinggi  falsafahnya.

Sedang sedap bersembang tetiba saya dipanggil ke luar. Di ruang hadapan Fahmi Reza sedang bercakap dengan seorang  China berseluar hitam dan berbaju puteh dengan tanda Majlis Peguam tergantung dileher. Ini pasti peguam kami.

Tetiba YB Howad Lee muncul dari bilik yang lain. Kami difahamkan oleh Peguam yang kami akan ditahan. Esoknya akan pihak polis mahu mereman kami. Saya terangkan semua telah selesai. Kenyatan bertulis telah diambil. Malah gambar saya pun telah digamkan ke dinding sebagai bahan sejarah. Lalu kami semua ketawa.

Saya menoleh ke dinding dan nampak muka - Nik Nazmi, Pak Samad, Tian Chua, Arman,  Ivay Josiah - apakah muka-muka ini telah ditahan?

Sedang saya mengamati gambar ini muncul Datuk Arman Baju Merah. Ini musuh Baju Kuning. Kami semua tersenyum dan bersalaman sekali lagi.

Peguam kami beredar. ASP Tan muncul dan  memberi arahan bahawa kami turun dan dibawa ke  Rumah Pasong Dang Wangi.  Kami naiki  sebuah van yang pintunya amat susah untuk ditutup. Berakali-kali cuba ditutup tetapi gagal.

‘ Arman.. inilah contoh bujet tak cukup…’ saya melepaskan kata. Semua ketawa. Arman Baju Merah ketawa sama.

Pintu van akhirnya dapat ditutup dan kami begerak. Di Pintu Besar IPK Kuala Lumpur kelihatan beberapa aktivis berdiri memberi semangat setiakawan. Saya ternampak juga beberapa orang Peguam.

Perjalanan ke Dang Wangi tidak susah. Magrib telah lama selesai. BERSIH5 telah tamat. Semua halangan polis telah ditarik kemballi.

Kami tidak digari tapi diiringi oleh ramai polis. Kami masuk ikut pintu belakang.  Kemudian dibawa di bilik lokap. Ditepi pintu lokap saya ternampak seorang lelaki berambut  panjang memakai Baju Kuning Bersih 5 sedang tersadai. Siapa kelaki ini? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45








---------------------------

LARI DARI KELANTAN




RAMAI LARI DARI NEGERI ISLAM
pemimpin pas ini memang layak sekali..perintah kelantan begitu apa yang nampak? pimpin terengganu apa yang nampak? pimpin kedah sepenggal apa yang dapat? retorik demi agama...hudud al quran hadith surah...

hakikatnya ramai muda mudi hijrah ke kl penang selangor cari kerja dan makan...time raya ramai balik...nak cari makan kena gi negeri lain kah kah kah...kalau pun pas menjadi presideng malaysia...apa akn jadi dgn raja sultan kerabat...adakah islam benarkan melutut menyembah cium tangan kaki....

kah kah kah cunt fuse...tepuk dada tanya sotong hadi...mana lebih penting...agama atau pulus???? dah nampak pulus mengatasi agama kah kah kah... on APA JENIS OTAK ORANG PAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/12/16

--------------------

FAHAM ATAU TIDAK










FAHAM

ATAU TAK

APA MAKNA 

BERITA INI


 

13,700 di Singapura diberhentikan, paling tinggi sejak 2009

 | December 13, 2016
Jumlah pemberhentian itu merupakan yang tertinggi sejak krisis kewangan 2009, kata kementerian tenaga manusia
PETALING JAYA: Sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun, lapor Channel NewsAsia.
Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran buruh suku tahunan, menandakan kenaikan jumlah pekerja yang diberhentikan berbanding 10,220 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Angka itu dikatakan yang tertinggi sejak 9 bulan pertama tahun 2009 yang menyaksikan 21,210 orang diberhentikan kerja.


GWA TAK

MAHU KOMEN

KALAU LU

TAK FAHAM

APA MAKNA

BERITA INI

LU PERGI

CIUM CIBAI

OPSS... CABAI


------------------