Menteri Kewangan II, Tuan Haji  Johari Abdul Ghani berkata, ketidaktentuan ekonomi semasa juga tidak ada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan juga pertelingkahan antara Perdana Menteri dengan bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin.

“Kita jangan terpengaruh de­ngan cerita orang yang tidak faham ekonomi kerana cerita sebenarnya ialah Bank Dunia telah mengunjurkan pada 2016 ekonomi dunia akan jatuh daripada 3.4 peratus kepada 3.1 peratus.