Khamis, 3 November 2016

MAHU HUTANG LAGI








Sembilan tahun  Najib jadi Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia.
 
3 November 2016

Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB  Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara.

Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Najib? Adakah hutang tersebut “sustainable” atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan “rating” negara?

Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana bebanan kewangan negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Pertama sekali, kami meninjau dari segi hutang kerajaan. 

Pada tahun 2008 apabila Najib menjadi Menteri kewangan, Hutang negara hanya berjumlah RM 266 bilion, pada 2Q2016 hutang negara telah mencecah RM655 billion. Pendek kata di bawah 9 tahun beliau menjadi Menteri kewangan, beliau telah meminjam RM389 bilion lebihan hutang, lebih banyak daripada semua menteri kewangan sejak kemerdekaan.

Kedua, kami mengkaji semua projek-projek raksasa yang diumumkan oleh beliau. Dari segi projek-projek rel yang diumumkan adalah seperti berikut:


1.    MRT 1 Sungai Buloh-Kajang               RM 23 Bilion

2.    MRT 2 Sungai Buloh-Putrajaya          RM 32 bilion

3.    LRT 3 Bandar Utama-Klang                RM 9 bilion

4.    LRT extension atau Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya              RM 8 bilion

5.    Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru       
RM7 bilion 

6.    Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (High Speed Rail)                                        RM50 bilion

7.    Projek landasan kereta api baru East Coast Rail      
RM55 bilion
  
Jumlah Projek-projek rel atau rail projects yang diumumkan oleh Pentadbiran Najib ini telah berjumlah       RM 184 bilion.


Ketiga, kami mengkaji semua projek mega highway yang diumumkan oleh beliau:

1. Lebuhraya DUKE Fasa 2                                       RM 1.18 bilion 

2. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)                RM 3.74 bilion

3. Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX)           RM 2.4 bilion

4. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)      RM 4.2 bilion

5. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)          RM 1.6 bilion

6. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat                                        RM 6 bilion
(West Coast Expressway)

7. Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway                   RM 5.3 bilion

8. Lebuhraya Pan Borneo                                         RM 29 bilion

Jumlah  projek-projek lebuhraya yang diumumkan oleh PM adalah RM 53.42 bilion.

Pinjaman YAB PM tidak berhenti di sana sahaja. Keempat, kami mengkaji projek-projek mega dalam sektor pembinaan.

Projek Menara Warisan KL118          RM 3.4 bilion

Projek Taman Tugu                            RM 600 juta 

1MDB                                                 RM 50 bilion.

Jumlah projek sektor pembinaan adalah RM 54 bilion.

Maka jumlah hutang yang telah dipinjam, sedang dipinjam dan akan dipinjam oleh pentadbiran Najib akan mencecah RM 681 bilion!

Secara kasar, kerajaan membiayai tanggungan hutang tersebut melalui 4 cara:

1.    Hutang Kerajaan (Government Debt)
2.    Government Guarentees (Contingent Liabilities)
3.    Bail out.
4.    Jual aset negara

Boleh dikatakan kesemua projek mega di atas adalah dibiayai secara PPP (Public-Private-Partnership). Tetapi akhirnya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membiayai tanggungan hutang tersebut.

Contoh seperti 1MDB, di mana kerajaan memberi surat sokongan atau letter of guarantee, kemudian SPV akan meminjam duit daripada pasaran bond negara atau luar negara. Jika projek gagal, kerajaan perlu tanggung hutang tersebut melalui bail out. Itu sebab kerajaan telah menjual aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan penjana elektrik kepada negara China.

Satu lagi contoh adalah Pembiayaan projek-projek MRT/rel melalui pihak swasta akan memindahkan hutang negara kepada hutang syarikat swasta. Cara in dipanggil “off budget”. Ia akan “mencantikan” bajet kerajaan, tetapi hakikatnya, hutang syarikat swasta akan ditanggung oleh kerajaan melalui government guarantee loan yang merupakan contingent liabilities. 

Untuk Projek-projek lebuhraya, walaupun bukan diklasifikasikan sebagai contingent liabilities, tetapi ia akan mengenakan tol dan bebanan rakyat. Jika tidak mencapai traffic volume yang ditetapkan, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi daripada bajet kerajaan Kementerian Kerja Raya.

Oleh kerana kesemua projek tersebut perlu meminjam duit, ia akan meningkatkan beban hutang negara dan bebanan rakyat.

Kesimpulan daripada kajian kami, cara pentadbiran kewangan  Najib sebagai Menteri Kewangan sangat membimbangkan. Bebanan RM 681 bilion perlu ditanggung rakyat Malaysia sehingga cucu-cicik kita. 

Sim Tze Tzin 
MP Bayan Baru





-----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini bebende senang saja

Yang di bela BEWAk apa ke hal

Melayu Melayu lah BODOH

Bukan salah BEWAK kan

Cuba pikir balik

Itu lah Melayu Melayu LAHAP DEDAK sampai tak tahu jadi orang dah

Bahalol

Padan muka

Tanpa Nama berkata...

ni semua tak penting..yang penting kj beri tempat menteri kbs kpd dato jamal..