Isnin, 16 Mac 2015

CUBA SELIDIK





SIASAT

 & 
k
CARI
siapa
ganesan tanga vellu
bani melayu
wajib sedar
siapa sosok ini


-----------

SATU PERKEMBANGAN DI BATU




KOMENTAR
ini langkah hebat
ini langkah beani
ini langkah jujur

satu tindakan 
yang telah lama mengeram
hanya menunggu masa untuk pecah

berapa ramai agi agaknya
bahagian dan cawangan PAS
yang akan mengikut kawasan BATU


PAS Batu berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi


Ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu mengumumkan untuk bermufarakah (berpisah) dengan kepimpinan pusat selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gagal menyelesaikan isu berbangkit di dalam parti.
Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti.
"Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-batu-berpisah-daripada-kepimpinan-pusat-kecewa-dengan-hadi#sthash.YYrQDgmY.dpuf




----------------

LEVI STRAUSS DAN LEBAI DERUS







KAH KAH KAH

levi strauss 
meniaga seluar jean
dia jadi kaya raya



lebai deraus
tangkap dan jual jin
pun jadi kaya raya

sama sama kaya
kah kah kah



-------------

SIAPA BOCOR SURAT INI





KAH KAH KAH

woit 
siapa bocoran surat ini
ini  soalan semua nak tahu
ada ajen pkr dalam
jabatan perdana menteri
kah kah kah

semua maklumat bocor
najib sudah kantoi
lagi kes curi duit
kah kah kah



----------------

LAGI AHLI KELAB HASUT





4 lelaki ditahan hasut rakyat Sabah, Sarawak keluar Malaysia


Empat lelaki didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 di Kota Kinabalu hari ini kerana membuat pungutan suara mengajak penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia, lapor The Star Online.
Pungutan suara itu dikatakan mempunyai kaitan dengan laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang menggalakkan kedua-dua negeri Borneo itu meninggalkan persekutuan Malaysia, menurut portal berita berkenaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/4-lelaki-ditahan-hasut-rakyat-sabah-sarawak-keluar-malaysia#sthash.7tNvUKlh.dpuf


KAH KAH KAH


woit 
kah kah kah
tak sangka 
gwa tak sangka  orang sabah ini
kah kah kah
beani nak merdeka
kah kah kah

pasal apa
pasal apa taku suka
kah kah kah


hasut jangan tak hasut

APA PUNYA TUUUR



-----------

HASUT JANGAN TAK HASUT





KOMENTAR


selamat datang
ucapan
pada nurul izah
diterima menjadi ahli
kelab paling ekslusif
 dalam dunia
kah kah kah


Nurul Izzah kena tahan kerana menghasut


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, susulan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata:"ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-kena-tahan-kerana-menghasut#sthash.04n8W9L0.dpuf

KAH KAH KAH


hasut jangan tak hasut
kah kah kah
gwa ada geng baru
kelab ada ahli baru
hasut terus hasut



--------------

ROMPAKAN TERBESAR



ROMPAKKAN TERBESAR



KAH KAH KAH

----------------

DARI MANA DATANG DUIT





PENTADBIRAN  NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU

 
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Najib  Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru.

Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.

Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran  Najib  Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.

Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Najib Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-----------

GWA DI CHULIA STREET





GWA DI CHULIA STREET

pulau pinang
tak jauh dari line clear
cuaca panas berangin

tadi ipad gwa tak jalan
gwa ingat bateri abis
rupa rupanya
mordem ipad gwa hilang
tu pasal gwa kat masuk masuk 
ni dalam kedai internet
kah kah kah

kah kah kah



----------