Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama.

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama.

“Pemilihan Presiden boleh di­samakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya hari ini.
Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik.

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas.

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya.