Jumaat, 30 Januari 2015

DISELAMATKAN OLEH LOCENG







APA 

MAKNA LOCENG



DI SELAMATKAN 

OLEH 

LOCENG
dalam sukan tinju
ada konsep diselamatkan 
oleh loceng
saved by the bell

anak lelaki iskandar kutty 
sedang menyerang najib
najib dipukul
kiri dan kanan
najib sedang nazak

apakah
najib akan diselamatkan
oleh
bunyi loceng



-----------

JAGA TEPI KAIN ORANG






KOMENTAR
ketika ini anak lelaki iskandar kutty
berada diluar kawasan
akan pulang satelah di jepun
sekembali dari jepun
perang merebak dan merebak

apakah najib mati tegak
atau rosmah mati tegak

dalam streateji anak iskandar kutty
sirul akan memainkan peranan penting

kita lihat dan tunggu



Najib mahu Palanivel, Subramaniam cari jalan perdamaian

KUALA LUMPUR 30 Jan. -  Najib Razak berharap dua pimpinan tertinggi MIC yang kini bertelagah,  G. Palanivel dan S. Subramaniam dapat mencari jalan perdamaian.

KAH KAH KAH


woit
pelik mat mongol ini
jaga tepi kain orang
kain sendiri  koyak
kena tibai oleh madey 
tak lama kena bungkus
mustahil tak sedar
kah kah kah

APA PUNYA  TUUUR



-------------

LAGI TIPU MELAYU






SIAPA JANTAN INI?


Pengguna Twitter disiasat polis sifatkan 

kehilangan MH370 satu konspirasi 

Akibat menulis tweet mengatakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu 'konspirasi' dan bukannya kemalangan, seorang pengguna Twitter kini di dalam siasatan pihak polis selepas postingnya dipetik ketua polis yang mengarahkan siasatan dijalankan.


KAH KAH KAH

woit
konspirasi atau tidak
bukan penting
yang penting mana
isi kotak hitam MH17
napa tak muncul muncul
kotak hitam air asia
dah muncul
pasal apa MH17 
tak muncul
ini bukan konspirasi ke?

PROJEK

TAKUTKAN MELAYU



-----------

PROJEK TIPU MELAYU





HARGA RON95 TANPA SUBSIDI RM1.62 SELITER, RM516 JUTA CUKAI DIKUTIP BAGI JANUARI 2015

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 28 Januari 2015 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam ke harga hanya RM1.31 seliter pada 28 Januari 2015.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.39 seliter pada 28 Januari 2015 (tanpa jamin keuntungan).

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Januari 2015 adalah jauh lebih rendah dari yang terpaksa dibayar rakyat. Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional ini.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.63 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.91 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.62 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.93 seliter.

Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), Barisan Nasional mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

Perkiraan cukai petrol dan diesel tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Dalam bulan Januari 2015, rakyat membayar sebanyak RM307 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM209 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Januari 2015 ialah RM516 juta tanpa diketahui oleh rakyat. Jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip sejak penetapan harga terapung dikawal (managed float) dilaksanakan iaitu dari 1 Disember 2014 hingga kini adalah RM1.149 bilion.

Berdasarkan harga purata RON95 dan diesel bagi Januari 2015, maka harga bagi Februari 2015 yang sepatutnya diumumkan oleh Barisan Nasional pada 31 Januari 2015 tidak boleh lari dari harga berikut:

RON95 ditetapkan pada harga RM1.62 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga RON95 hanyalah RM1.32 seliter.

Diesel ditetapkan pada harga RM1.65 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga diesel hanyalah RM1.35 seliter.

Sekiranya harga yang diumumkan Barisan Nasional berbeza dari harga ini, menteri yang terbabit perlu menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan kerana pengiraan yang dibuat KEADILAN setakat ini menggunakan formula Barisan Nasional sendiri dan harga pasaran MOPS yang diterbitkan.

Saya juga menyeru  Najib  Razak menjawab isu-isu berkaitan harga minyak yang dibawa selama ini iaitu:

1.      Menghentikan cukai tersembunyi yang dikutip di atas pembelian petrol dan diesel yang sehingga kini telah mencecah RM1.149 bilion

2.      Menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi RM1.149 bilion yang telah dikutip untuk digunakan pada masa harga petrol dan diesel kembali naik


3.      Menyemak harga pasaran terkini petrol dan diesel pada setiap minggu untuk mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu


4.      Mengarahkan syarikat-syarikat minyak supaya stok petrol dan diesel dijual secara stok konsainan (consignment stock) kepada stesen minyak untuk mengelakkan kerugian yang berterusan setiap kali ada pertukaran harga


5.      Menghentikan cukai jualan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh sektor pengilang dan industri seperti yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2015 kerana itu meningkatkan kos industri dan seterusnya menghalang harga barang diturunkan


Sehingga kini tidak ada seorang pemimpin BN pun yang menafikan perkara-perkara ini lantas mengesahkan ia adalah benar. Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Najib Razak.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

30 Januari 2015






------------

PEMGUMUMAN TUKAR TIUB






PENGUMUMAN

adalah diberi tahu
kepada saentero alam
bahawa
senarai poyo dan cool
ditangguhkan untuk
sementara waktu

ada juga di berithau
bahawa 
mesyuarat pertama
jawatan kuasa GAGALIS
telah bersidang awal minggu ini
keputusan:

1 - pecalonan masih dibuka
2 - satu pesta gagalis akan diadaka
3 - tabung dana gagalis TEGAR dicadangkan


justeru kepada para pembaca
sila beri cadangan 
sila beri pandangan
siapa gagalis tegar
siapa gagalis baru muncul
dan 
siapa di tendang dari senarai
dan 
siapa di senaraikan kembali

HIMPUNAN 
GAGALIS MUDA

-------------

PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN






KOMENTAR

tunggu dan pasti
kalau di amerika ada 9/11
kalau di paris
ada charlie hebdo
nanti dan lihat




Malaysia kongsi kebimbangan Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan pengganas


Malaysia berkongsi kebimbangan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung peningkatan ketara serangan pengganas di seluruh dunia - 

KAH KAH KAH

ini namanya
mengolah persetujuan
untuk lulus
undang undang ISA BARU

APA PUNYA TUUR


--------------

MANA KOTAK HITAM MH17






KOMENTAR
bila rakaman
kotak hitam MH17
boleh didengar
kotak hitam air asia
dah dapat didengar
apakah teknoloji
indon lebih hebat
dari teknoloji UK?

MH370: Kesemua 239 orang dianggap meninggal dunia

4:32PM Jan 29
Perisytiharan itu dapat membantu para waris untuk kemuka tuntutan ganti rugi




--------------

APA ITU HINA




HINA INI APA?

ISMA INI SIAPA?
"Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, lukisan berjudul 'Kenapamu, Malaysia?' karya Leong itu bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam. Katanya, ini kerana agama Islam di negara ini berada di bawah bidang kuasa raja-raja. 

“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa raja juga boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?" Ini contoh paling klasik seorang yang berpandangan jauh...lukis agong terbalik sama dengan hina Islam...hahahahahaha ISMA ni sapa? Pundek ka? on PEMGUMUMAN TUKAR TIUB
Publish | Delete | Spam
Kiram Shah
on 1/29/15




----------------