Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam JHEAIPP, Yusoff Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, semakan itu dilakukan sebanyak tiga kali melalui aplikasi tersebut, namun gagal menemukan sebarang data perkahwinan, perceraian dan rujuk mengenai pasangan itu.