Selasa, 26 Ogos 2014

APA YANG BENAR



 
APA YANG BENAR
AlQuran itu benar. Islam itu benar.. ahli PAS benar.. PEMIMPIN UG PAS, dinar!!!!

on MEMAHAMI KRISIS SELANGOR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:17 PM


KAH KAH KAH

i' rest my case

my lord
 


----------

KELAB PALING EKSLUSIF




KELAB PALING EKSLUSIF
di Malaysia sekolah paling esklusif
satu ketika dulu ialah mckk
kini kelab paling ekslusif
di malaysia
ialah kelab akta hasutan
hanya yang bijak
hanya yang pandai
hanya yang berani
hanya yang cekap menghasut
mungkin...mungkin
boleh melamar untuk
menjadi ahli kelab ini


INI BUKAN KELAB AKSLUSIF
-----

PECAH BERITA SEDUNIA





KHALID 

DIPECAT

khalid bukan mb selangor
lagi
sultan mahu
nama


-----------

MEMAHAMI KRISIS SELANGOR







SIAPA JANTAN INI

APA MAKNA KRISIS SELANGOR


Apa yang dapat kita fahami dari apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang? Pada hemat saya apa yang berlaku dihadapan mata wajib kita fahami untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Untuk ini saya ingin membawa pencerahan. Saya ingin menerangkan tanda dan makna babak-babak dibelakang tabir agar ilmu politik kita berkembang mendewasa.

Pertama-tama – awal wahid – jangan sekali-kali kita lupa bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga. Negara Dunia Ketiga memiliki watak, perangai dan pola-pola tersendiri. Malaysia bukan United Kingdom. Justeru kita ada mendengar atau membaca pandangan tentang krisis Selangor dari pakar undang-udang, dari pakar perlembagaan atau pandangan Doktor Politik yang berjela-jela ijazahnya. Semua pandangan ini memang boleh dibaca dan enak didengar tetapi semuanya hampeh.


Saya mengatakan hampeh apabila pandangan-pandangan ini TIDAK berdiri dibumi nyata. Tidak berlangitkan awan Malaysia. Tidak berasaskan real politik Malaysia. Tidak berpandukan kepentingan ekonomi dan kelas. Dan melupakan gajah dihadapan mata - bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga.

Memang betul pandangan Pakar Perlembagan bahawa Sultan dalam negara berParlimen hanya menerima keputusan ramai. Memang tepat Sultan tegak sebagai neraca – tanpa berat ke kri atau ke kanan. Memang betul Sultan hanyalah simbol negara berParlimen.

Tentang peranan Sultan di Malaysia ini kita boleh dibaca dari buku. Boleh didengari dari Kuliah Fakulti Undang-Undang - dari mulut pensyarah dan pakar undang-undang. Tetapi semua ini hampeh. Satu habuk tak boleh dipakai kerana Malaysia negara Dunia Ketiga.

Hakikatnya jumlah kerusi Adun Selangor ialah 56. Hakikatnya Khalid Ibrahim TIDAK lagi mendapat sokongan dalam Dewan Undangan Selangor. Hakikatnya dua minggu lalu 30 Adun telah menyokong Dr Wan Azzizh sebagai Menteri Besar baru. Ini bermakna 30 Tanda Tangan Bersumpah menyokong Dr Wan Azizahh - jumlah majoriti. Hakikatnya yang mendapat sokongan majoriti wajib dilantik untuk menjadi MB.

Para profesor dan pakar undang-undang boleh melompat dan menonggeng mengatakan bahawa Khalid wajib kosongkan kerusi MB. Para Pemikir dan Pemerhati Politik boleh membuktikan yang Khalid tidak ada sokongan. Peguam berkeliber boleh membebel – membuat rujukan apa yang telah berlaku di Perak – Dr Wan Azizah ada hak untuk menjadi MB.

Hakikatnya ketika tulisan ini digarap ( Isnin 25 Ogos 2014) Khalid Ibrahim masih TIDAK mengosongkan kerusi MB. Khalid Ibrahim masih mengakui dirinya MB Selangor. Semua media cetak dan leteronik TIDAK mempersoalkan kedudukan Khalid Ibrahim dari sudut undang-undang atau Perlembagaan. Tidak mempertikai undang-undang dan hukum hakam yang dilanggar oleh Khalid. Semua ini berlaku kerana Malaysia adalah negara Dunia Ketiga.

Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia - apa yang wujud ialah prosedur demokrasi. Prosedur ini bermakna ada rakaian tindakan yang wajib dijalankan untuk mendapatkan hasil dan keadaan yang sama. Prosedur ini diwujudkan untuk melicinkan pentabiran. Prosedur ini dijalankan oleh lembaga-lembaga yang 'dianggap' bebas dan berwibawa agarnya ianya dilihat adil dan saksama.

Contohnya : sebelum tertubuhnya sesebuah kerajaan wajib ada pemungutan suara i.e pilihan raya. Pilihan raya wajib dijalankan oleh satu lembaga yang bebas. Sesudah pilihan raya wajib dihitung parti mana yang memiliki suara majoriti. Parti majoriti akan menubuhkan kerajaan. Semua ini adalah prosedur yang molek saperti yang tertulis dalam Perlembagaan. Tetapi hakikatnya semua ini hampeh kerana Malaysia ini negara Dunia Ketiga.

Negara Dunia Ketiga – termasuk Malaysia – diwujudkan oleh penjajah. Malaysia ini adalah projek British. Malaysia lahir sebagai satu rancangan British yang tidak mahu kepentingan ekonominya di Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu jatuh ke tangan rakyat tempatan. Maka negara yang yang dipanggil Malaysia ditubuhkan. Maka segala lembaga yang diwujudkan oleh British ini adalah lompong dan pura-pura. Semua lembaga ini hanyalah satu sandiwara untuk meneruskan kepentingan ekonomi British.

Perlembagaan, undang-udang dan lembaga-lembaga yang wujud di Malaysia ini memang indah tertulis. Molek lagi cantik. Tetapi hakikatnya semunya lompong, kosong dan hampeh.
Apa yang berlaku di Selangor ini seharusnya telah memberi pencerahan dan pengajaran untuk kita semua. Telah terbukti bahawa Dr Wan Azizah mendapat sokongan majoriti. Tetapi masih ada suara lantang yang mahukan Sultan membuat keputusan. Sultan dikatakan boleh menerima atau menolak cadangan dari majoriti suara Adun. Sultan akan membuat keputasan muktamad.

Disini jelas dilihat bahawa pilihan raya, Akuan Bersumpah – suara majoriti, bilangan kerusi DUN semuanya tidak memiliki apa apa makna. Justeru - kenapa kita membuang masa, berkempen, berpolitkk dan menjalankan pilihan raya – walhal akhirnya Sultan yang akan membuat pilihan. Hampeh.

Kenapa hampeh saperti ini berlaku? Bagaimana ianya menjadi bagini? Jawabnya : semua ini berlaku kerana kerana Malaysia negara Dunia Ketiga. Dalam Malaysia Perlembagaan, Undang-undang, hukum hakam, lembaga daulah – diwujudkan untuk membantu kelompok peningglan British – United Malays National Organisation - terus berkuasa hingga hari kiamat. Hukum hakam dan lembaga daulah hanya boleh digunakan jika ianya membantu kelas yang berkuasa. Jika ianya TIDAK membantu dan TIDAK menguntungkan kelas yang berkuasa maka Perlembagan, segala macam undang-undang – semua dihampehkan.

Contoh terbaru yang masih segar dalam ingatan – KES PERAK 2009. Nizar Jamaluddin – Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat - mahu Dewan Undangan dibubar dan pilihan raya baru diadakan sekali lagi. Sultan Perak enggan membubarkan kerana United Malays National Organisation mengikut hisab Sultan memiliki sokongan majoriti Adun. Lalu MB baru dilantik. Walhal dalam Perlembagaan Sultan hanya mengikut nasehat MB. Ini tidak berlaku di Perak. Sultan beraja di Gamuda.

Di Selangor kes terbalik kut – Pakatan Rakyat ada majoriti. Tetapi Dr Wan Azizah TIDAK dilantik. Justeru inilah bukti jelas bagaimana jika hukum, precedent dan undang-undang menyebelahi United Malays National Organisation maka undang-undang atau peraturan itu akan dipakai. Tetapi jika kepentingan United Malayas National Organisation lupus maka hukum dan undang-undang itu dihampehkan.

Budaya politik hegemoni Ketuanan Melayu ini bukan hanya diguna pakai oleh United Malays National Organisation. Kita lihat bagimana budaya kong kali kong – budaya dulak dalik United Malaysa National Organsiation ini menyerap masuk ke dalam badan politik Pas. Dua minggu dahulu pemimpin Pas bersidang. Secara kolektif Pas mahu terus bersama Pakatan, bersetuju dengan Dr Wan Azizah tapi ada tambahan nama Azmin Ali untuk calon MB.

Azmin Ali secara terbuka menolak untuk menjadi MB Selangor dan memusatkan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Fakta ini jelas dibaca oleh satu dunia. Tetapi Malaysia negara Dunia Ketiga. Kesepakatan awal Pas itu tidak dapat dituntaskan. Pas pagi ini ( 25 Ogos 2014) bermesyuarat sekali lagi.

Apa sebenarnya berlaku? Sama saperti di Perak dibelakang tabir ialah kontrek MRT yang bernilai berbilion ringgit. Di Selangor juga ada projek berbilion ringit. Lihat bagaimana peguam KES PERAK ini diberi 'upah' dengan Projek Kidex yang juga bernilai bilion ringgit. Di Selangor selain dari Kidex ialah Langat Dua – loji dan empangan air yang juga bernilai berbilion ringgit. Siapa pemilik dan bagaimana hubungan Tuan Pemilik Langat Dua ini dengan keputusan siapa MB Selangor masih belum jelas.

Apa yang jelas ialah dibelakang Krisis Perak (2009) dan Selangor(2014) ialah projek. Projek bermakna dinar dan ringgit. Projek bermakna untung dan laba. Islam, Melayu, Hadis atau Kitab Suci – semua ini hanyalah permainan dibibir politikus. Apa yang berlaku dua minggu ini adalah kuliah terbaik untuk memahami bahawa Islam dalam politik itu hanyalah bertujuan untuk mengoalah persetujuan pengundi. Ini bukan bermakna saya mempersoalkan ketakwaan pemimpin Pas atau ahli-ahli Pas. Tidak. Saya yakin mereka adalah sosok-sosok yang warak.

Tetapi dalam real politilk. Dalam sistem politik moden. Dalam politik undi mengundi , dalam, sistem demokrasi berparlimen – undi seorang pelacur sama nilainya dengan undi seorang Pak Lebai. Justeru - cakap-cakap tentang agama dan Islam dalam real politik akan ditenggelamkan oleh dinar dan ringgit. Dan ini sedang berlaku dihadapan mata kita semua.

Ini bukan hanya bermakna gaji kepegawaian syarikat PKNS yang lumayan. Bukan hanya bermakna peluang hidup lumayan walau pun pekerjaan hanya membaca doa. Lebih dari itu. Negeri Selamgor yang terkaya di Asia Tenggara ini bersedia membukakan peluang 'membuat duit' dengan jalan pintas. Projek-projek jadi kaya bersepah-sepah.

Ketika tulisan ini digarap kita telah membaca bagaimana Parti Pas telah melanggar setiakawan dalam Pakatan. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang menghairankan. Apa yang telah berlaku adalah satu lagi kuliah politik yang amat baik untuk kita semua mengenal – siapa musuh siapa kawan. Siapa kawan dan siapa musuh dalam kelambu.

Apa yang berlaku di Selangor ini wajib memberi pengajaran kepada kita semua untuk memahami real politik. Politik dalam Dunia Ketiga bukan politik Raja Berparlimen dan bukan politik Raja Berpelembagaan saperti di United Kingdom.
Buku dan kitab-kitab kajian tentang Perlembagaan Malaysia wajib dibaca dan kuliah undang-undang wajib diikuti. Jika niat ingin lulus pereksa. Tidak lebih dari itu. Apa yang tertulis dan apa yang berlaku adalah dua pekara yang berbeza-beza.

Dalam Dunia Ketiga - Emperor, Maharani, Ratu, Radin, Raja, Al-Malik , Shahan Shah, Sultan – semua sebahagian dari daulah. Raja Berperlembagan dalam Dunia Ketiga adalah juga Raja Projek. Malah sosok-sosok ini diwujudkan untuk memaggari elit yang berkuasa. Sosok-sosok ini pula digaji dan dilumayankan oleh elit yang berkuasa.

Betulkah ini yang berlaku? Saheh. Kalau tidak betul makan negara ini namanya bukan Malaysia. ( TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45


.











-----------

BAHAYA WARGA NIGERIA






KOMENTAR

warga nigeria
adalah warga yang
banyak bawa masalah
bukan sahaja di malaysia
malah di afrikasendiri
bukan sahaja di afrika
masalah juga dibawa
oleh warga nigera ke uk
ke eropah dan ke amerika

jalan paling baik
hentikan pemberian 
visa bila sampai
hentikan beri visa pelajar
mereka datang ke malayaia
bukan untuk belajar
tapi buat kacau

NOTA
kita bukan tak suka
kerana dia hitam
ambiga pun hitam
sivarasa pun  hitam
surendran pun hitam
kita beri penghormatan

yang kita tidak suka
bukan kulit
tapi perangai yang dibawa

tukar tiub tak pernah tibai
warga kenya
warga uganda
semua ini hitam

NOTA
mana mana ngo
atau individu
yang tuduh ini rasis
sial jemput warga nigeria
duduk sebelah rumah mereka

Pelajar Nigeria ditahan miliki 3.2kg syabu
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seorang pelajar kolej warga Nigeria yang dipercayai menjadi anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa diberkas dalam serbuan di sebuah rumah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini...


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Muka_Hadapan#ixzz3BSw1hs93
© Utusan Melayu (M) Bhd 




DISTRICT 9 - ialah filem yang dibuat oleh pengarah afrika selatan
lihat bagaimana filem ini menggambarkan perangai dan watak
warga nigeria
















----------

SATU LAGI AMANAT



NOTA

ada lagi amanat
satu lagi amanat
tak abis abis
dengan amanat

Amanat buat penjawat awam
SHAH ALAM 25 Ogos - Menteri Besar,  Abdul Khalid Ibrahim membayangkan beliau akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi apabila menyatakan misinya untuk membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan...


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Muka_Hadapan#ixzz3BStYSuu4
© Utusan Melayu (M) Bhd 



  • KAH KAH KAH

    betul ke
    kata pendita zaaba
    manusia  bebal
    suka tinggal
    amanat

    KAH KAH KAH
    -----------

    TUKAR TIUB TEPAT






    Kes saman Khalid terhadap SPRM selesai

    KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kes saman , Abdul Khalid Ibrahim terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Abu Kassim Mohamed dan kerajaan berjaya diselesaikan hari ini.



    KAH KAH KAH

    betul tak
    cakap tukar tiub
    kes paling cepat selesai
    semua bersih
    hanya tukar tiub
    lapor tepat

    KAH KAHH KAH



    -----------

    SILA JUMPA FAEKAH





    PARTI FAWAJA


    Ibrahim mungkin tanding PRK jika ada parti

    Presiden PERKASA Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

    Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.



    KAH KAH KAH

    dinasehatkan
    sila jumpa
    faekah husin
    di shah alam
    darul faekah
    untuk mendapat
    watikah dari
    parti fawaja

  • Khalid bakal tubuh parti baru - Faekah Husin - Pilihan Anda

    pilihan-anda.blogspot.com › POLITIK
    Translate this page
    Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala ...
    Missing: party
  • Khalid bakal tubuh parti baru - Faekah Husin | Pen Tak ...

    pentakpatah.blogspot.com/.../khalid-bakal-tubuh-parti...
    Translate this page
    Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid ... kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
    Missing: party
  • Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah..!! - Bloglist ...

    bloglist-malaysia.blogspot.com/.../khalid-bakal-tubuh-...
    Translate this page
    by Jeebond BLM - Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid ... kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
  • --------

    SELAMAT MASUK KELAB MENGHASUT


    LOGO KELAB

    Khalid Samad akan didakwa menghasut esok

    11:24PM Aug 25
    Ini ekoran kenyataannya berkaitan sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebelum ini.



    KOMENTAR


    mengalu-alukan
    yb kahlid samad
    menjadi anggota
    baru kelab pennghasut

    antara ahli kelab:
    adam adly
    safuan anang
    haris ibrahim
    thamrin ghafar
    hishamuddin rais
    cik gu bard
    yb tian chua
    yb nizar jamaluddin
    yb teresa kok
    yb surendran
    yb nik nazmi

    kelihatan ahli kelab
    semakin rancak bertambah
    lagi dekat pru14
    lagi ramai yb yang
    akan menjadi anggota kelab

    ---------------