KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia boleh mengambil tindakan terhadap kontraktor terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Imbi yang runtuh jika didapati mereka cuai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata sekiranya ada kecuaian, kita minta CIDB ambil tindakan.
CIDB merupakan badan yang mengawal selia syarikat-syarikat kontraktor pembinaan dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkenaan.