Sabtu, 1 Mac 2014

SUARA NASIONALIS SARAWAK







DARI FACE BOOK







-----------

SURAT DARI PENONTON






SURAT DARI TERESA KOK

Semalam saya menyaksikan pementasan Teater Bilik Sulit anjuran SUARAM dengan kerjasama Radio Bangsar Utama (RABU) di Dewan Theatrette Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Saya dijemput oleh Hishammudin Rais untuk menyaksikan pertunjukan ini. Saya difahamkan Ini merupakan kali kedua teater ini dipentaskan di Kuala Lumpur setelah pementasan pertama pada September tahun lalu.

Pementasan kali ini juga diadakan sebagai salah satu program Kempen RAKYAT BANTAH TAHAN TANPA BICARA.

Nama saya disebut beberapa kali oleh pelakon dalam lakonan mereka. Saya ketawa bersama dengan penonton di teater itu.

Selepas pertunjukan berakhir, saya ambil gambar bersama dengan pelakon Bilik Sulit dan beri derma kepada mereka. Saya berharap mereka teruskan usaha mereka untuk membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap Tahan Tanpa Bicara yang pernah dialami oleh saya pada tahun 2008.


28 Febuari 2014, 8.30 malam merupakan pertunjukan terakhir.

----------

MALAM INI DI BATU PAHAT




DEBAT ANAK MUDA 
malam ini
di batu pahat

radio bangsar utama
akan membuat siaran langsung
sila layari
stesen punk rock
terunggul di asia tenggara

SEMUA DI JEMPUT
BUAT RAMAI



------

TERIMA KASEH DARI BILIK SULIT






BILIK SULIT

TERIMA KASEH 
dari kumpulan teater bukan teater
dari tim bilik sulit
ucapan terima kaseh
kepada semua yang datang
menonton di dewan china

kepada semua penyumbang
kepada semua yang telah memberi derma
teater bukan teater
ucap terima kaseh

sokongan dari kawan kawan
sokongan dari penonton
sokongan dari anak muda
membolehkan bilik sulit
menjelajah united kingdom
untuk ditontonkan 
kepada mahasiswa di uk
kepada warga malaysia di uk
kepada penyokong gerakan hak asasi

terima kaseh
orang penaga
siang malam kami berjaga

terima kaseh
orang ketum
siang malam kami berlakon

terima kaseh
orang perlis
balik dari uk
mintak mintak tak jadi gagalis

--------

SIAPA BERAK DIA TERCIUM KENTUT





Zaid Ibrahim hanya lantang bersuara, tindakan masih ikut budaya Umno-BN »

rafizi_ramli
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang,  Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN. Kebelakangan ini,  Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan …

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. SAEKOR LAGI ADA DNA GEROMBOLAN...kah kah


SIAPA BERAK

DIALAH TERCIUM

KENTUT



--------

JADI TAMU ALLAH DAHULU







SIAPA BERAK
DIA LAH BAU KENTUT
kah kah kah


Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Nampaknya keretakan dalam PKR semakin meluas apabila Menteri Besar Selangor,  Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan malam ini akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, kempen untuk jawatan tersebut akan bermula selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, ia kerana beliau tidak mahu dilihat mengutamakan diri daripada parti
.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... BIJAK BIJAK BIJAK... kah kah kah..

kah kah kah.. TAPI SEBELUM BERTANDING... kah kah kah..

kah kah kah.. KENA PERGI UMRAH DULU... kah kah kah..

kah kah kah...MINTA AMPOOOON... kah kah kah...

kah kah kah.. BERSIHKAN DIRI DALAM KES RASUAH... kah kah kah..

kah kah kah... DAH SUCI... BARU BERTANDING... kah kah kah



-----------

MAT MONGOL JADI MAT KANG LONG





Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 28 Februari 2014

Selamat Datang Perdana Menteri. Sila Hapuskan Tol dan GST Demi Rakyat

Sempena Perdana Menteri Najib akan merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada hari Sabtu ini, saya ingin mengucapkan selamat datang Perdana Menteri serta menyeru beliau agar hapuskan Tol dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan membebankan rakyat.

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang memang dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat di antara benua dan pulau khasnya menerajui pembangunan ekonomi di negeri Pulau Pinang. 

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan dasar-dasar yang bakal dilaksanakan perlu mendapat sokongan daripada rakyat. Suara rakyat suara keramat. Kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat juga tidak boleh diabaikan, terutamanya apabila kos sara hidup dan tekanan hidup yang kian hari kian meningkat telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku.

Sementara kerajaan berusaha untuk membangun ekonomi negara seperti mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, malahan juga perlu berimbang dengan Tahap Kebahagiaan Rakyat (GNH - Gross National Happiness) pada masa yang sama.

Akibat daripada sistem kemudahan pengangkutan awam yang tidak lengkap, kos pengangkutan bagi setiap keluarga (minyak kereta dan tol jalan) telah menyumbang perbelanjaan yang tinggi. Walaupun kerajaan Barisan Nasional telah memerintah lebih 50 tahun tetapi tiada usaha untuk mansuhkan tol jalan malah menaikkan kadar tol.

Tahun lepas kerajaan BN cuba menaikkan kadar tol jalan untuk emapt belas (14) lebuhraya di Semenanjung Malaysia. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan penangguhan kenaikan kadar tol disebabkan oleh Pilihanraya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac, tetapi kerajaan juga terpaksa membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya.  

Kesemua ini merupakan taktik lama Barisan National untuk memberi “gula” pilihanraya untuk mengambil hati rakyat supaya dapat memenangi pilihanraya kecil. Namun demikian, saya percaya rakyat sudah bijak serta sedar akan hak asasi sendiri. Mereka tidak termakan tipu helah Barisan Nasional. Rakyat akan bersatu dan menggembleng tenaga untuk menentang pelaksanaan GST dan mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat secara mendadak akibat daripada siri harga barang naik.

Banyak demonstrasi telah diadakan di seluruh Malaysia untuk protes kenaikan harga yang membebankan rakyat. Saya mendesak agar Perdana Menteri dan semua pemimpin BN supaya mendengar suara bantahan rakyat serta mengutamakan kepentingan rakyat. Hapuskan tol lebuhraya dan GST yang akan memudaratkan kehidupan rakyat serta ekonomi negara.
  
LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang


------------