Kuala Lumpur: Ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya boleh mempengaruhi si anak kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah. 

Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA), Sabri Rahman, b erkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial, termasuk kes rogol di kalangan kanak-kanak dan remaja.