SOFIA: Pemimpin Bulgaria merayu kepada rakyat supaya tidak panik dan mengeluarkan simpanan mereka apabila bank dibuka hari ini, berikutan insiden dua bank kehabisan wang sehingga membangkitkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan negara Balkan itu.

Perkara yang menimpa Corporate Commercial Bank (Corpbank) dan First Investment Bank, peminjam keempat dan ketiga terbesar Bulgaria, memberikan cabaran hebat kepada negara miskin Kesatuan Eropah itu.
Bank pusat negara itu menyatakan terdapat usaha sengaja dan sistematik untuk menjadikan sistem perbankan Bulgaria tidak stabil dan berikrar akan mengambil segala langkah perlu untuk melindungi simopanan rakyat.

Menurutnya, pegawai penyiasat sudah memulakan siasatan mereka. - Reuters