Presiden Umno,  Najib Razak - ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: 

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.