BN tidak gugup berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-13 berlangsung, Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz.

Katanya,  Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.

"Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.

"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awa. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri lagi.