Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan,  Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.

"Jika (royalti) dinaikkan syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara," katanya.