Rabu, 31 Julai 2013

SATU LAGI MENGHINA PEMIMPIN ISLAM






Soi Lek: Noh Omar sudah gila
Presiden MCA  Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor  Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasamenyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepadaMalaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untukbalik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.... APA SUDAH JADI.... kah kah kah...

kah kah kah... CHUA SOI LEK SUDAH HINA PEMIMPIN ISLAM... kah kah kah.

kah kah kah.... NOR YACOB PEMIMPIN MELAYU ISLAM... kah kah kah..

kah kah kah.... CHUA SOI LEK TUDUH PEMIMPIN MELAYU ISLAM INI GILA...kah kah kah...

kah kah kah...INI MENGHINA MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah...INI MENGHINA ISLAM.... kah kah kah...

woit... MANA DIA BERAS JATI  HASAN ALI?..... kah kah kah


-------------

TAMAROD PANDANGAN PEMBACA





GULUANGAN MAKAN GAJI
Kalau cerita tentang kuasa dan ekonomi, sudah pasti tak semua pembaca akan faham maksud dan tipu muslihat kuasa dan ekonomi hidup dalam masyarakat. Aku percaya ramai yang masuk blog ini rata-rata kelas pertengahan dan bawahan. Ini memberi erti bahawa pembaca blog tukar tiub bukan dari kalangan orang kaya dan bangsawan. Mereka gulungan makan upah.

Selain dari itu setiap komen yang ditulis juga membawa maksud mereka kurang faham... Sama seperti aku. Cerita yang berlaku di Mesir adah serupa berlaku di Malaysia cuma jalan cerita dan pelakonnya saja yang berbeza. Isi cerita nya sama iaitu berkaitan dengan kelas, kuasa dan ekonomi. Oleh kerana kita dari gulungan makan gaji maka kita tidak tahu hidup sebagai orang kaya.

 Lihat cara hidup orang kaya di Malaysia dan kaji cara pemikiran mereka tentang kehidupan.... Apakah sama atau berbeza dengan pemikiran orang maka gaji ? Timbul satu pertanyaan dari orang makan gaji...mengapa orang kaya masih kekal mencari kekayaan sedangkan mereka sudah on PERJUANGAN ANAK MUDA - PERJUANGAN TAMAROD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:30 PM
 


KENAPA TIDAK BERDEBAT
Politik islam....kalau ikut ahlul sunnah politik islam kena ada demokrasi sama macam politik orang barat juga...betul ka islam ni mengikut kata ramai atau ianya mengikut ketetapan tanpa dolak dalik... Daripada dok tuduh orang tu betul orang ni salah....kenapa tak diadakan majlis debat...contohnya ahlul sunah dengan puak syiah ni...

kita buat debat laa...masing masing hantar wakil terbaik...masing masing boleh kemukakan hujah...ni tak yang satu menuduh lepas tu tak bagi yang satu lagi mempertahankan diri....pada aku islam tu benar...kalau dah betul pasti akan dibantu...jadi siapa yang mendapat bantuan dari-Nya itulah yang betul....baru adil dan saksama...


ni tak asyik kata puak yang satu tu salah dan silap...yang aku pelik negara saudi tak pentah pulak halang geng geng iran ni pi buat umrah atau haji.... Aku pentah baca ia buku bab debat syiah sunnah ni...jadi aku nak tengok yang secara langsung la pulak..sapa sapa boleh tolong anjurkan....siapa yang betul on PERJUANGAN ANAK MUDA - PERJUANGAN TAMAROD
Anonymous

at 6:01 PM


------------

TUJUH HARI LAGI KITA AKAN RAYA





 UCAPAN
SELAMAT BERBUKA PUASA
DARI CURVEY

PETANG INI 
petang ini aku terbaca berita itu
berita kau ditangkap
ditangkap kerana cinta mu pada yang maha esa
kerana cinta mu kepada semua makhlok
kerana cinta mu kepada bumi dan alam

aku tidak pernah mengenali kamu
aku tidak pernah melayari fb kamu
aku tidak tahu bahawa kamu wujud

kelmarin aku menonton video klip kamu
lalu kau ditangkap

aku menulis bait bait ini
untuk menyampaikan salam 
untuk bersetiakawan
dari jai
dari ezi
dari mami
dari siti 
dari curvey
dari sepang 
dari gate
dan dari aku

siti dan mami telah lari
kalau mereka tahu berita kau ditangkap
pasti mereka juga akan bersetiakawan 
marang telah arwah
rohnya pasti beritirehat
dan melihat apa yang sedang berlaku

lalu aku bertanya pada diri aku
apa yang harus aku lakukan
apa yang dapat aku lakukan

lalu aku sedar 
kau ditangkap
kerana terlalu ramai
orang orang baik
kerana terlalu ramai
orang orang jujur
tidak melakukan apa yang wajib dilakukan

aku tak tahu
dirumah pasong mana kau disimpan

petang ini bila azan berkumandang
aku harapkan berdering bunyi kunci pintu dibuka
petang ini bila azan terdengar
kau akan minum secangkir air

petang ini jika air  mata kau menitis
panas membasahi pipi 
kerana kau teringat
pada  yusni
pada golek
pada cikgu
pada oren dan ross
terimalah  babak ini sebagai istana persinggahan
dalam satu perjalanan hidup

dua puluh tahun dari petang ini
ketika  tangan kamu membelai semua yang disayangi
kau akan tersenyum puas
kerana hidup ini
kau layari saperti yang ingin kau layari

hidup kamu 
adalah milik kamu
aku hanya menumpang
dengan bait bait ini

SELAMAT BERBUKA PUASA





PERJUANGAN ANAK MUDA - PERJUANGAN TAMAROD




 


HARAPAN DAN CITA CITA
ANAK MUDA MESIR

CITA DAN HARAPAN DIBAJAK


Ketika tulisan ini dicetak angka warga Mesir yang gugur semakin bertambah. Jumlah yang gugur telah melintasi ratusan. Angka yang cedera parah dan masih dirawat pastilah mencecah belasan ratus. Tidak dapat tidak yang bertanggung jawab keatas pembantaian ini ialah tentera.

Tentera telah membajak cita-cita dan harapan anak muda. Tentera telah membajak TAMAROD – gerakan anak muda yang mahu membuka ruang demokrasi di Mesir. Tentera telah menutup harapan  84 juta warga Mesir  yang mahukan perubahan, mahukan agihan ekonomi yang adil dan keamanan.

Tentera – sama ada di Thailand, Pakistan, Korea Selatan atau di Indonesia – satelah merampas kuasa – pasti akan terus menerus ingin berkuasa.  Tentera dalam dunia ini tidak pernah dinobatkan sebagai pengembang keadilan, sebagai penyebar demokrasi atau sebagai pejuang hak asasi.

Dari sejarah kita telah mengenali General Haji Ahamd Suharto, General  Zia Ul Haq dan General Pak Chung Hee . Kita melihat apa yang telah dilakukan oleh tentera di Indonesia, di Pakistan dan di Korea Selatan.  Suharto diburu oleh Tamrod anak muda Jakarta.  Zia Ul Haq mati dalam letupan kapal terbang. Pak Chung Hee ditembak ketika mesyuarat kabinet.

Kini kita sedang mula berkenalan dengan General Fattah al-Sisi. Persoalan hakiki timbul dan kita akan terus bertanya apa kesudahan pergolakan politik di Mesir ini? Untuk meramalkan apa yang akan berlaku bukan satu yang mudah. Justeru kita wajib memahami  politik latar Mesir untuk membantu kita memahami apa kesudahan pergolakan ini.

Mesir adalah negara Arab yang paling besar dan paling berpengaruh di benua Arab. Tentera Mesir adalah yang terbesar di Afrika dan Timur Tengah.  Hampir satengah juta soldadu Mesir sedang bertugas dan satu juta lagi dalam simpanan.  Ini bermakna ada 1.5 juta soldadu Mesir dibawa pimpianan General Fattah al-Sisi.

Wajib diterangkan disini kerana Mesir memiliki sejarah berperang  dengan Israel maka telah diwujudkan apa yang dipanggil Supreme Council of the  Armed Forces (SCAF) atau Majlis Tertinggi Tentera. Majlis Tertinggi Tentera  ini akan muncul apabila berlaku perang atau darurat. Ketika  Revolusi Pertama 2011 dahulu, Majlis ini telah mengambil alih kuasa dari Mubarak dan mendirikan Kerajaan Sementara yang akhirnya menobatkan Morsi sebagai Presiden.

Dalam tulisan awal dahulu, saya telah menerangkan bagaimana tentera sebagai satu lembaga amat berpengaruh di Mesir. Tentera  memiliki 30% kepentingan  ekonomi dalam negara.  Tentera Mesir   terlibat dalam gedung peniagaan, pembinaan, pemaju, perkilangan keperluan harian dan perkilangan senjata. Justeru struktur tentera Mesir tidak sama dengan peranan tentera yang biasa kita fahami.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang akan mempengaruhi babak babak politik di negara Arab.  Limpahannya dari pergolakan ini pasti  akan membasahi negara-negara yang penduduknya beragama Islam. Ini hakikat realpolitik hari ini.

Justeru , kerana inilah maka Saudi Arabia, Kuwait, Qatar dengan cepat datang menaburkan berbilion dolar. Ini untuk memastikan Musim Bunga Arab akan berhenti di Cairo. Tamarod anak-anak muda di Mesir wajib dibendung agar tidak mempengaruhi anak-anak muda di Saudi Arabia dan Negara Telok.  Tamarod pasti akan mengancam rejim-rejim feudal di Timur Tengah.

Disini timbul satu persoalan hakiki.  Dalam tulisan awal  tentang  Syria dan Timur Tengah saya telah cuba membawa pencerahan dengan menunjukan  bahawa apa yang berlaku di Syria bukan perang antara Sunni dan Shiah. Sayangnya masih ramai lagi yang juling  dan rabun hinggakan gagal melihat hakikat yang berlaku di Syria.

Kerana ramai warga Malaysia yang masih juling dan rabun maka  saya menimbulkan soalan untuk mereka: kenapa berlaku pergaduhan di Mesir walhal penyokong Morsi bermazhab Sunni. Tentera juga bermazhab Sunni. Anak-anak muda Tamarod juga Sunni.  Kenapa Sunni dengan Sunni boleh  bergaduh dan berbunuh-bunuhan di Mesir?

Untuk merungkai  dan menjawab  persoalan ini saya mengambil pendekatan ekonomi dan kelas.  Jika tidak diusik dan tidak digarap ekonomi dan kelas  maka analisa terhadap apa yang berlaku di Mesir akan hanya menjadi  ‘ sorak-sorakan politik’.

Tuduhan gulungan penentang Mosri sebagai sekular dan menentang Islam menjadi ‘feshen’  tetapi gagal untuk menerangkan  kenapa al-Sisi yang warak ini mengambil alih pentabiran. Juga kenapa   berjuta juta warga Mesir Sunni yang tak tinggal sembahyang turut sama menentang Moris yang juga tidak tinggal sembahyang.

Telah saya nyatakan bahawa tentera Mesir adalah sebahagian dari elit ekonomi negara. Para General dan pegawai tinggi tentera mendapat kehidupan mewah dari keterlibatan dalam pelbagai bentuk perniagaan. Kesampaian Morsi pada awalnya memang dialu-alukan. Tetapi semua beralih dua tahun kemudian.

Dari menyokong Morsi dan kemudian menentang Morsi akan difahami melalui  pandangan kelas. Parti  Ikhwan Muslimin ini memiliki asas ekonomi sama saperti Parti Pas.  National Democratic Party milik Mubarak sama saperti United Malays National Organistion milik Najib. Penyokong Ikhwan adalah dari kelas bawahan – kaum tani dan kaum buruh. Ini tidak jauh bezanya dari  penyokong Pas.

Peniaga kecil dan sederhana yang warak berpayung dibawah Ikhwan. Peniaga besar berpayung dibawah National Democratic Party. Towkay dan cukong bersama United Malays National Organisation. Tuan empunya warong dan kedai makan akan bersamna Pas.

Dalam masa sama  dalam Ikhwan juga ada taikon dan pemodal besar. Pemimpin kedua Ikhwan, Kahirat El-Shater yang mahu menjadi calon Presiden ialah billionair pemilik gedung perabut dan pasar raya diseluruh Mesir. Mereka menyokong Morsi dengan harapan peluang perniagaan mereka yang melonjak luas. Perniaga sederhana juga berharap  Morsi akan membantu membuka peluang niaga yang lebih besar.  Ini tidak ada bezanya dari apa yang kita lihat dalam Pas di Kelantan atau di Terangganu.

Akhirnya kedatangan  Morsi dan Ikhwan dilihat sebagai mengancam kepentingan ekonomi  borjuis besar dan borjuis nasional. Peniaga besar borjuis nasional ini telah berjaya mengembang kepentingan ekonomi mereka dizaman  Mubarak. Kini saingan telah sampai dari peniaga dan pemodal  saf Ikhwan. 

Borjuis nasional, pemodal besar, borjuis pertengahan bersama dengan birokrat dan kaki tangan kerajaan  yang dipilihara oleh Mubarak merasa kepentingan ekonomi  dan gaya hidup mereka terancam.  Morsi dan Ikhwan dianggap musuh. Semua hujah menentang Morsi ini dibantu dan diperkukuhkan  pula oleh tindakan dan langkah kurang bijak  politik Morsi. Morsi  gagal menjadi Presiden Mesir tetapi menjadi Presiden Ikhwan Muslimin.

Jika Haji Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka Ananda, Syed Mokhtar, Vincent Tan , Yeoh Tiong Lay bersama dengan kaki tangan kerajaan  - Kemas, BTN, Perkasa dan dan akan bersatu untuk menjatuhkan Haji Hadi. Ini bukan omong kosong. Ianya telah berlaku di Perak apabila Najib merampas kuasa pada 5hb Febuarari 2009.

Analisa ekonomi dan kelas yang boleh merungkai kenapa Sunni dan Sunni berbunuhan di Mesir. Semua berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi.  Morsi memberi harapan kepada kelas bawahan yang menjadi penyokong tegar Ikhwan. Ekonomi Mesir yang menjunam jatuh dibawah Morsi menakutkan borjuis  nasional dan pemodal besar – lalu mereka bertempur.

Wajib diberitahu kepada pembaca bahawa dalam dunia ini ada dua  buah negara yang mendapat sokongan ketenteraan besar dari Amerika Syarikat. Pertama – Israel dan kedua Mesir. Mesir mula mendapat 1.5 bilion dolar setiap tahun semenjak tahun 1979. Dana ini adalah sebahagian dari perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amerika dengan Presiden Anwar Sadat. Tentera Mesir dibantu oleh Amerika kerana Sadat bersetuju untuk menandatangai Perjanjian Camp David. Antara lain Pejanjian Camp David  ini membuka hubungan diplomatik  antara  Mesir dan Isreal. Juga,  Mesir dan Isreal berdamai.

Amat jelas disini bahawa kuasa imperial Amerika memainkan peranan mengemudi arah dan tuju tentera Mesir. Ketika al-Sisi mengambil alih kuasa dari Morsi  , Rumah Puteh tidak menggunakan perkataan ‘rampas kuasa’. Apa yang digunakan oleh Obama hanyalah ‘tentera Mesir telah mencelah...’ untuk menerangkan tindakan al-Sisi. Ini dilakukan untuk memastikan Mesir akan terus menerima bantuan ketenteraan.

Jika Rumah Puteh mengtakrif  apa yang berlaku di Mesir sebagai rampasan kuasa maka semua bantuan ketenteraan akan dihentikan. Ini dasar pentabiran Amerika yang tidak menyokong rampasan kuasa.   Jika bantuan ketenteraan berhenti maka Amerikan tidak dapat lagi menambat hidung tentera Mesir dan al-Sisi.

Untuk meredakan keadaan dan menumpulkan kritikan, minggu lalu Amerika telah membatalkan penghantaran  4 buah kapal terbang penyerang F16 kepada Mesir. Ini kerana rakyat dunia semakin lantang menyuarakan tentangan terhadap rampasan kuasa al-Sisi. Malah ada elit politik Amerika yang  tidak bersetuju dengan tindakan tentera.

Pembantaian yang berlaku Jumaat lalu TIDAK  akan meredakan keadaan. Dana dari Saudi, Qatar dan Kuwait boleh membantu ‘mengapongkan’ Mesir buat sementara dari tenggelam dalam kemelesetan ekonomi yang menjerut leher kaum miskin. Kacau bilau ini tidak akan reda malah akan membesar. Gerakan bersenjata di Sinai , yang bukan dari kumpulan Ikhwan telah mula melancarkan serangan ke atas balai polis. Perang saudara akan pecah.

Maka  disini timbul satu persoalan. Arah mana kepentingan kuasa imperial Anglo-Amerika menghala. Apakah perang saudara saperti di Syria akan menguntungkan Amerika. Jika perang saudara  menguntungkan maka tidak dapat tidak kekacauan di Mesir akan merebak.

Tetapi jika perang saudara Mesir ini akan mengancam kepentingan ekonomi Anglo-Amerika maka pasti Rumah Puteh akan bertindak untuk memastikan satu jalan penyelesaian timbul. Kita tunggu dan lihat.

Pada ketika ini telah muncul satu lagi kumpulan yang memanggil diri mereka DATARAN KETIGA . Ini untuk membezakan diri mereka dari penentang Morsi di Dataran Tahrir dan  penyokong Morsi di Dataran Rabia al-Adawiya. Dataran Ketiga ini sedang berhimpun di Dataran Sphinx. Kumpulan ini menentang Morsi dan juga menentang tentera. Apakah garis Tamarod  di  Dataran Ketiga ini akan bejaya? Hanya masa yang dapat menentukan. (TT)



NOTA

tulisan ini telah disairkan
dalam  SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 - 92-21-10-45

-----------

POOOOORAH!



YANG INI
ISLAMIC FESHEN
BATAL KAN DEMO  KERANA
TAKUT PADA ROSMAH
POOOORAH
Courts Malaysia mohon maaf
KUALA LUMPUR 30 Julai - Courts Malaysia memohon maaf kepada semua pihak terutamanya umat Islam di negara ini ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Allard Sjollema berkata, pihaknya berterima kasih atas maklum balas dan teguran daripada pelbagai pihak yang membantu membawa perhatian syarikat atas penggunaan kaligrafi yang berlaku secara tidak sengaja di dalam risalah tersebut.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...YANG INI TAK HINA ISLAM?... kah kah kah..

kah kah kah.... YANG INI CUKUP DENGAN MINTA MAAF...kah kah kah..

kah kah kah... KALAU KAPITALIS BESAR  HANYA MINTA MAAF.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU BUKAN KAPITALIS DI GUDDAM.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU BUKAN KAPITALIS... TANGKAP MASUK LOKAP...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU KAPITALIS... BOLEH PULAK MINTA MAAF....kah kah kah

kah kah kah...POOOOOORAAAAH..... kah kah kah



YANG INI NAK TANGKAP MASUK LOKAP
KUALA LUMPUR 30 Julai - Individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh sehingga menimbulkan...





-----------

MEMBUAT AMAL JARIAH PADA BULAN PUASA




AMAL JARIAH  DI BULAN PUASA 

gambar ini dipaparkan
untuk
membunuh nafsu makan
dalam bulan puasa ini
walau pun setan telah diikat
tapi ingat ingatan  kepada makanan selalu datang

jika dahaga
jika terasa nak makan
lihat  dua gambar ini
pasti  nafsu makan akan musnah
kah kah kah

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



-------------

IQAQ IALAH TAMAROD



KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan hanya suka mendengar
mulakan tabiat  suka memiqraq
mulakan tabiat berilmu

pada bulan puasa ini
cuba baca kitab 
ali shahriati
untuk pencerahan

memiqraq itu ialah bertamarod


Syiah ancam keselamatan negara
PUTRAJAYA 30 Julai - Kementerian Dalam Negeri memperoleh bukti kukuh bahawa penyebaran ajaran Syiah di Malaysia bukan sahaja berbahaya kepada akidah umat Islam malah boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil siasatan dan pemantauan terhadap gerakan itu mendapati terdapat asas akan berlaku ancaman keselamatan sekiranya ajaran tersebut tidak dibendung.


KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  WOW WOW WOW.... kah kah kah..

kah kah kah... SHIAH  BAHAYA ANCAM KESELAMATAN NEGARA.... kah kah kah..
kah kah kah... KALAU BAHAYA PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN IRAN.... kah kah kah..

kah kah kah...PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN  IRAQ.... kah kah kah..

kah kah kah...PUTUS HUBUNGAN DENGAN BAHRAIN....kah kah kah..

kah kah kah...PUTUS HUBUNGAN DENGAN LIBANON.... kah kah kah....

woit... NEGARA NEGARA INI MAJORITI SHIAH.... kah kah kah...

kah kah kah... BARU BUKTI JAGA KESELAMATAN NEGARA.... kah kah kah


-----------

PROGRAM DI SANA SINI




 MALAM INI
DI UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
FORUM ANAK MUDA
SEMUA DI JEMPUT BUAT RAMAI
RADIO BANGSAR UTAMA
akan membuat
SIARAN LANGSUNG
UNTUK WARGA MALAYSIA 
DIMANA SAHAJA MEREKA BERADA


TAMAROD
HIMPUNAN HIJAU
sila 
LAYARI LAMAN HIMPUNAN HIJAU
sila
MENDAFTAR
sila
TANDA TANGAN

MALAYSIA ROSAK DAN RASUAH
KERANA TERLALU RAMAI ORANG JUJUR dan BAIK
 TIDAK MELAKUKAN APA APA

----------

AL- FATIHAH



KOMENTAR TUKAR TIUB
kita hanya membaca
kita hanya melihat
kita hanya bersimpati pada kaum keluarga
berat mata memandang
berat lagi dada yang ditembak


  • Balu: Hussain Najadi tiada musuh
  • NONEJenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini semalam, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara malam tadi.


PERNAH DI PENJARA
klu typo kat pakcik google,mesti jumpa wiki hussain najadi...korek lebih sikit dapat tau dia ada tulis buku the se and hill...dia bukan orang iran daaa..tapi orang bahrain dah..dlm buku biograph tu dia mengaku rebel...dia kena lokap 7 tahun d Bahrain gara-gara kutip hutang dari putera raja bahrain...woawowowowo...

agak menarik history orang ni...dia dtg malaysia bukan arab malaysian bank...kemudian dipaksa jual bank tu ngan bapak miss Nina...bro TT mungkin kah in kerja internationale syndicate...mungkin ka Hussain ni funder kepada Arab spring yang sedang melanda mesir dan hangat di bahrain juga...nampak tak??Mungkinkah hussain ni bapak segala Tamarod??nampak tak???

fuuuhhh...buat movie ni mesti sedaaappp....aku rasa arwah ni bukan syiah lah..dia ni pala otak mcm TT ni universal..pasal aku ckp mcm tu kena tembak pla depan tokong di bulan ramddan...tapi klu mmg betul lah dia d tembak oleh pembunuh upahan Raja Bahrain...arwah mati syahid....fuh kena2 lagi bulan al mubarrak...SOLUTE TO OTAI on KONGSI GELAP KERJASAMA DENGAN KONGSI TERANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/31/13





--------------

ANJING DAN ORANG MELAYU









KOMENTAR TUKAR TIUB
sila lihat apa pandangan ustaz ini
tentang anjing
tentang hadith
tentang hukum halal haram

Wan Ji: Hadiths and dogs



PROGRAM MALAM INI
DI UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
JALAN KEMUJA BANGSAR
RADIO BANGSAR 
AKAN MEMBUAT SIARAN LANGSUNG


---------

SIRUL DAN AZILAH MULAKAN TREND



Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,  Zaman Khan.

Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotifkan isu peribadi, dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.
Malah, beliau juga menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BUNUH GUNA PISTOL INI BETUL KE INI FENOMENA BARU?...... kah kah kah

kah kah kah ... BETUL KE PEMBUNUH UPAHAN INI FENOMENA BARU?.... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA MEMULAKAN?.... kah kah kah..

kah kah kah... ALTANTUYA DI BUNUH DENGAN PISTOL .... kah kah kah..

kah kah kah... SIRUL DAN AZILAH MENGAKU DI UPAH.... kah kah kah..

kah kah kah...ERTINYA YANG MEMULAKAN TREND INI IALAH NAJIB DAN RAZAK BAGINDA...... kah kah kah


-----------

Selasa, 30 Julai 2013

TUGAS POLIS BUKAN JADI BARUA SYARIKAT INSURAN





KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau polis kurangkan  buat road blok
kalau polis  kurangkan kerja jadi barua syarikat insuran
pasti  keadaan akan baik

Kerajaan Sedia Bantu Polis Perangi Jenayah Berat - PM

PUTRAJAYA:  Najib  Razak pada Selasa berkata kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAMPAK SANGAT NAJIB INI SUDAH BIOL.... kah kah kah...

kah kah kah... POLIS ITU  ADALAH KAKI TANGAN KERAJAAN.... kah kah kah...

kah kah kah... POLIS IALAH JENTERA KERAJAAN.... kah kah kah...
'
kah kah kah...POLIS BUKAN ORANG KAMPONG KUALA BESUT YANG PERLU BANTUAN... kah kah kah..

kah kah kah ...POLIS BUKAN PENEROKA FELDA SUNGAI LUI YANG PERLUI BANTUAN.... kah kah kah

woit... ADALAH TUGAS  KERAJAAN MENJAGA KESELAMATAN... kah kah kah

kah kah kah... ADALAH TUGAS POLIS MEMASTIKAN KEAMANAN...kah kah kah

kah kah kah...BUKAN TUGAS POLIS JADI BARUA SYARIKAT INSURAN.... kah kah kah



------------



HANYA SATU JAWAPAN TAMAROD





HANYA 
SATU JAWAPAN
TAMAROD

KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tunggu masa sahaja
harga akan dinaikkan

sengaja dipilih bulan puasa
kerana agak susah untuk berdemo 

tempat
tarikh 
dan bila diumumkan 
semuanya dirancang

lihat rundingan TPPA dengan imperialis amerika
di adakan dalam bulan puasa
dan diadakan di kota kinabalu
untuk memastikan tak ada demo

hanya satu jawapan : TAMAROD





'Ada usaha terancang naikkan harga diesel?'
Pemuda PAS kesal dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan diesel yang sudah berlarutan beberapa hari.

Malah, menurut Dewan itu, sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat atau diambil bagi menyelesaikan masalah itu.

"Di mana slogan 'rakyat didahulukan' apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?" kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Raja Yaacob (kanan).



-----------

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG




PETANG YANG BERJEREBU

lagi berapa hari nak raya?
mercun belum pesan - terlalai

tahun ini nampaknya
tak meriah
chow kit
batu road
kampong baru
tak meriah
mungkin kerana letih pru
mungkin kerana marah kena tipu
mungkin kerana  duit kurang

banyak warong kosong 
di down town kampong baru
sebelah batu road
down town ini jelas gagal

dua tahun dahulu berasak asak
antara kain baju dan kueh raya
tahun ini lapang 
tahun ini agak lengang

hujung minngu ini
kita tengok
harapkan tuan punya warong akan menuai

PETANG INI
nak pergi bangsar utama
nak tengok bazar ramadan
bangsar utama

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula hilang teruna
kah kah kah

selamat berbuka puasa





------------

KENAPA MUHYIDDIN YASSIN TERSENYUM





SOALAN HAKIKI



kenapa  malikul sembab
telah pandai tersenyum
apa yang  menjadikan
malikul sembab senyum
kah kah kah

KOMENTAR TUKAR TIUB
semua ini adalah perancangan licik
untuk beri tekanan pada najiob razak
agar berundur dengan baik

satu demi satu kesah scorpene akan dibuka
satu demi satu kesah altantuya akan dibuka

semua ini adalah tekanan untuk najib

Scorpene: Cynthia dakwa Jasbir bohong



KUALA LUMPUR: Jasbir Singh Charld tidak bercakap benar apabila membela beberapa pihak dalam kes pembelian Scorpean, dakwa bekas Pengarah Eksekutif (Suara Rakyat Malaysia Suaram) Cynthia Gebriel. 

Jasbir kata Cynthia telah dipecat dari syarikatnya dan selepas itu Abdul Razak Baginda mengambil alih syarikat itu.

Sementara itu, Suaram bakal merungkai segala persoalan berkaitan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di mahkamah Perancis, petang ini.


Suaram: Jasbir sorok fakta rundingan Scorpene

Jasbir Singh Chahl pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam Scorpene namun menurut badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram), beliau dipecat. Jasbir yang kemudiannya tidak berpuas hati memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak Baginda yang kemudiannya membuat penyelesaian di luar...
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... AKHIRNYA SEMUA TERBARAI.... kah kah kah...

kah kah kah...AKHIRNYA  ISU SIAPA BUNUH ALTANYUYA MUNCUL LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...AKHIRNYA SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA AKAN MUNCUL KEMBALI..... kah kah kah..

woit...MANA MAT MONGOL NAK LARI....kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH TERPERANGKAP KANAN DAN KIRI....kah kah kah..

kah kah kah.... ADA ORANG TERSUNYUM PUAS.... kah kah kah.....

MALAM ESOK
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

--------

KONGSI GELAP KERJASAMA DENGAN KONGSI TERANG



SIAPA DIA
TAN SERI TA TA 
GOOOD BAI GOOD BAI
KAH KAH KAH

  • 'Saya tak sangka mereka nak bunuh Sanjeevan'
  • Ketika Sanjeevan bertarung nyawa di Hospital Serdang selepas cubaan membunuh, pihak yang rapat dengannya pula dihurung kebimbangan berhubung soal keselamatan mereka.


Pengasas AmBank mati ditembak

1 Komen
Kuala Lumpur Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam. »

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... NAK CAKAP APA?.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK TULIS APA?.... kah kah kah....

kah kah kah...I REST MY CASE MY LORD..... kah kah kah


-----------

SURAT DARI SEORANG AYAH






KENYATAAN BERHUBUNG KEADAAN ANAK SAYA SRI SANJEEVAN A/L RAMAKRISHNAN

Dalam tempoh beberapa jam yang lalu saya mendapati adanya kenyataan-kenyataan berhubung keadaan anak saya Sri Sanjeevan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dan individu tertentu kepada pihak media. Walaubagaimanapun, ada di antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut didapati tidak tepat dan mengelirukan.

Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan dan kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan ini membuatkan kami sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.

Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain.

Saya juga meminta supaya pihak-pihak dan individu-individu yang tidak berkenaan untuk berhenti dari mengeluarkan apa jua kenyataan-kenyataan kepada media tentang keadaan Sanjeevan tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada masa ini, anak saya sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang tadi. Keadaan beliau, seperti yang dimaklumkan oleh pihak Hospital Serdang kepada kami sebentar tadi adalah walaupun kritikal, tetapi lebih stabil.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan doktor-doktor, pakar-pakar dan kakitangan perubatan di Hospital Jempol, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Serdang yang telah dan sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan anak saya Sanjeevan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kawalan keselamatan penuh terhadap Sanjeevan sementara dia dirawat di hospital sekarang ini.

Saya dan keluarga turut menghargai ucapan simpati dan kata-kata sokongan dari keseluruhan rakyat Malaysia serta doa mereka untuk Sanjeevan.

Sekian, terima kasih.

EN RAMAKRISHNAN PERIANAN
(BAPA KEPADA SRI SANJEEVAN A/L RAMAKRISHNAN)

29 JULAI 2013



-----------