Kuala Lumpur: Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak wajar menghalang usaha melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Ahmad Maslan, berkata selain berstatus pertubuhan tidak sah, ANAK juga tidak mewakili suara peneroka.