Sabtu, 1 September 2012

HIMPUNAN HIJAU BERDEMO DI RAUBH PAHANG





AHAD JAM 2:00 PETANG




HIMPUNAN HIJAU AHAD DI BANTAH - meloya

RAUB 30 Ogos - Lebih 300 penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Bukit Koman, di sini bersama 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Raub bagi membantah Himpunan Hijau yang akan diadakan Ahad ini.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu bermotifkan politik dan bukannya untuk membela kepentingan penduduk tempatan yang selama ini kononnya terdedah kepada bahaya bahan kimia sianida.

Pengerusi Persatuan Belia Taman Muhibbah Bukit Koman, Sheikh Salehuddin Sheikh Abdul Rahim berkata, perhimpunan itu yang didalangi pembangkang adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Walaupun mereka boleh mengadakan perhimpunan tersebut mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, kami meminta polis memantau perhimpunan itu supaya penganjur mematuhi syarat akta tersebut.

"Polis perlu bertindak tegas bagi memelihara ketenteraman awam dan mengelak berlaku kekecohan serta merosakkan harta benda awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan dan menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Hijau kepada Ketua Polis Daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Raub di sini.

Menurutnya, sejak Raub Australian Gold Mining (RAGM) beroperasi semula pada 2009 tidak ada penduduk di kampung berkenaan yang menghidap penyakit kulit.

Tambahnya, hanya terdapat satu kes penduduk berhampiran lombong itu yang dikatakan menghidap penyakit kulit beberapa tahun lebih awal sebelum RAGM beroperasi.

Sheikh Salehuddin memberitahu, berdasarkan laporan setakat ini, tidak ada seorang pun daripada 300 pekerja RAGM yang menghidap penyakit kulit akibat terkena sianida.

"Selain mewujudkan peluang pekerjaan, operasi RAGM sebenarnya membawa banyak rahmat kepada penduduk tempatan seperti perniagaan restoran dan kedai runcit.

"Jadi, perhimpunan Hijau anjuran pembangkang sebenarnya bertujuan mengelirukan rakyat untuk kepentingan politik," katanya.

Perhimpunan tersebut dijangka akan diadakan di padang Kompleks Sukan Raub dijangka bermula pada pukul 2 petang bagi membantah penggunaan bahan sianida oleh RAGM.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... LAGI DI BANTAH ... LAGI BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah... LAGI DI TEKAN.... LAGI DI LAWAN.... kah kah kah..

kah kah kah...LAGI DI FITNAH... LAGI RAMAI YANG BANGUN MELAWAN... kah kah kah..

kah kah lah... LAGI DI TOHMAH... LAGI RAMAI PENYOKONG DATANG...kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... KESIAN 55 TAHUN MEREKA TELAH DI BANGANGKAN.... kah kah kah..

kah kah kah...55 TAHUN JADI BANGKAI BENYAWA.... kah kah kah...

kah kah kah... TIDAK ADA LAH MANUSIA YANG BODOH SAPERTI MELAYU BODOH SUKA DO BODOHKAN..... kah kah kah




KEMPEN BUANGKAN JALUR TEMBELANG SEMAKIN MEREBAK





MELAWAN IALAH TINDAK REVOLUSINER









PERSENDA JALUR GEMILANG TINDAKAN BIADAP -malaysian insider

KUALA LUMPUR, 1 September — Tindakan sesetengah individu yang membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang sewaktu Himpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka padfa malam ambang Kemerdekaan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan tindakan itu juga turut disifatkan sebagai biadap.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, beberapa individu dan organisasi menyuarakan rasa kecewa dan marah dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membawa bendera seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia itu ketika perhimpunan tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said menyelar tindakan individu terbabit dan mempersoalkannya sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.


"Apa perlu kita ubah bendera? Apa niat yang cuba disampaikan? Kita selesa dengan apa yang kita ada dan membuat bendera bukanlah perkara mudah kerana ada rasional disebaliknya.


"Apakah kita ingin mentafsir semula negara? Itu tidak betul. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang. Ini gambaran sikap pembangkang yang ingin ubah semuanya? soalnya.

Sementara itu, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa, Wira Perkasa menyelar kumpulan berkenaan dan menganggap mereka tidak menghormati raja-raja Melayu.

"Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kami menganggap pihak itu tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu.

"Sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab ini kebudak-budakan. Apakah tujuan sebenar mereka? Adakah mahu negara ini menjadi republik?" soal Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Sementara itu, Tokoh Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hasan melihat tindakan itu sebagai kurang ajar, dan perbezaan fahaman politik tidak seharusnya mengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Demokrasi memerlukan rakyatnya matang menggunakan hak berfikir untuk melakukan sesuatu. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnyamengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.


"Amat melampau dan kurang ajar pihak yang bersungguh-sungguh mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera lain seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan sikap kumpulan terbabit menyemai rasa benci kepada negara amat menjijikkan dan ia merupakan perbuatan yang memalukan untuk diangkat sebagai warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak memberi sebarang arahan untuk membawa bendera lain untuk menggantikan Jalur Gemilang bagi menimbulkan provokasi.

"Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan sekumpulan remaja di Dataran Merdeka kelmarin.

"Oleh kerana ramai yang hadir untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya.

"Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita perlu hormat Hari Kemerdekaan," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap himpunan Hari Kemerdekaan dan Gabungan Janji yang berlangsung secara aman kelmarin.


"Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir, namun saya berpendapat kemungkinan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan spekulasi.

"Saya harap semua pihak tidak merosakkan suasana sambutan Kemerdekaan dengan spekulasi isu bendera ini," katanya lagi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BERITA BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA PALING CEMERLANG.... kah kah kah...

kah kah kah...JALUR TEMBELANG AKAN DI BUANG.... kah kah kah...

kah kah kah...INILAAA NAMANYA OMBAK ANAK MUDA.... kah kah kah...

kah kah akh...INI LAH NAMA SUARA ANAK MUDA.... kah kah kah...

kah kah kah... ADA APA PADA PATRIOTISMA.... kah kah kah..

kah kah kah.... YANG DI LAWAN ILAH PENIPUAN.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG DI KIBARKAN IALAH API PERJUANGAN..... kah kah kah


AHAD ESOK DI RAUB PAHANG





PROGRAM MELAWAN
esok di padang milo
raub pahang kita
berhimpun dan membantah
kita bangun melawan

jam 2:00 petang
sila datang buat ramai

tukar tiub akan bersama


MEMAHAMI SEMIOTIK DARI DUA IMEJ



SEMIOTIK - TANDA DAN MAKNA

semiotik ialah ilmu untuk membaca
tanda dan makna pada imej
imej sama saperti karangan memiliki nahu

kalau dalam tulisan ada nahu
dalam imej juga ada nahu
memahami nahu ini ialah ilmu semiotik

semua imej memiliki tanda dan makna
semua imej nahu untuk difahami
imej juga saperti karangan

ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH


IMEJ PERTAMA
anak muda memberakkan muka najib dan rosmah
ini adalah tindakan paling revolusiner
ianya menjadi revolusiner kerana dilakukan di malaysia
kalau imej ini di ambil di paris
kalau imej ini diambil di new york
ianya bukan imej revolisiner

imej anak muda ini menjadi revolusiner
kerana di malaysia sebuah rejim yang zalim
keberanin melakukan ini adalah tindakan revolusinari

anak muda ini memberakkan muka najib dan rosmah
kerana mereka benci terhadap dua malaoan ini
kenapa anak muka ini benci kepada najib dan rosmah
kerana najib dan rosmah adalah simbol kejahatan di malaysia
kerana najib dan rosmah adalah simbol kemunkaran

imej ini adalah imej perlawanan
imej ini akan disimpan diamalam maya hingga koamat
imej ini satelah dilihat tidak akan padam padam dari ingatan
ini samala saperti imej cool john lenon
ini samalah saperti imej cool che
ini samalah saperti imej mat indera

IMEJ COOL
imej memiliki nilai
nilai imej dipegang oleh si pelihat imej

anak muda ini akan di anggap wira oleh kumpulan
yang benci kepada najib dan rosmah
anak muda ini akan dianggap cool
untuk semua ank muda yang lain
anak muda ini telah melakukan sesuatu yang cool
anak muda ini melakar sejarah

pada tahun 1975 di melbourne australia
seorang anak muda telah membaling batu
ke atas kereta razak husin ketika pm malaysia
ini melawat austarlia - ini sesudah berlakunya
demo baling 1974 dan penangkapan beramai-ramai 1974

anak muada yang membaling batu ini
di nobatkan sebagai pejuang walau pun di melbourne
anak muda ini melakar sejarah
inilah swemangat anak muda yang berani melawan
walau dimana sahaja

TOHMAHAN
tohmahan lahir dari imej ini
jika yang marah itu tidak memiliki ilmu semiotik
mereka todak faham akan makna imej ini

kerana tidak faham maka
hujah moral di masukkan

imej bukan moral
imej ini bercakap bukan tentang moral

imej ini BERCAKAP TENTANG MORAL najib dan rosmah
imej ini bercakap tentang moral anak muda yang berani

dibelakang imej ini adalah semangat anak muda
yang berani bangun melawan

SEMIOTIK UNTUK GAMBAR KE DUA


GAMBAR KE DUA
gambar ini gambar membodek
gambar ini cuba memperlihatkan bahawa
najib dan rosmah ada sokongan

orang ramai tahu
bahawa semua yang datang bukan datang
dengan sukarela
kalau mereka pegawai kerajaan mereak dipaksa
kalau mereka pelajar mereka di paksa
kalau mereka anak muda mereka di upah

inilah makna imej ini

imej ini juga cuba menjadikan najib dan rosmah
sebagai raja dan pemaisuri

imej ini di rakam untuk membuktikan kepada najib
bahawa rais yatim wajib dijadikan calon
kerna telah berjaya mengumpul orang

imej ini juga cuba menipu bahawa orang ramai
bersorak sorai merayakan najib dan rosmah
di belajkang sorak sorai ini
ialah duit upah

imej ini cuba memperlihatkan bahawa rosmah disayang ramai
wal hal rosmah ialah ikon kebencian rakyat
wal hal rosmah adalah kebencian anak muda

sila tanya semua pegawai kerajaan
semua menyampah terhadap rosmah
imej ini cuba menayangkan bahawa rosmah
di sayangi

DUA IMEJ
dua imej ini membawa dua makna
yang jelas
dua imej ini berlawanan

imej revolusinari
dan imej reaksionari - imej membodek





JANJI DEMOKRASI ADALAH OMBAK RAKYAT ADALAH OMBAK JALAN RAYA



TERUSKAN KAN OMABAK JALAN RAYA






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca apa yang diucapkan
oleh perdana menteri yang mewakili
parti united malays national organisation

lihat dan baca
lihat dan fahami
apa makna kenyataan ini

dalam ucapan resmi
dalam ucapan sebagai perdana menteri

najib razak terpaksa menyebut JANJI DEMOKRASI

apa maknanya?

maknanya najib razak
sedang dihantui oleh
JANJI DEMOKRASI

mana buktinya?

buktinya dalam ucapan resmi
terpaksa menyebut
JANJI DEMOKRASI

inilah hakikat rejim yang nazak
inilah hakikat bahawa ombak rakyat sedang bergelora

jika JANJI DEMOKRASI tidak penting
jika JANJI DEMOKRASI tidak ada apa apa
maka apa perlunya di sebut dalam ucapan resmi

kalau JANJI DEMOKRASI tidak penting
pasal apa di sebut?

justeru inilah hakikat bahawa
gerakan ampoh sedang melanda
ini bukti bahawa ombak sedang melanda

NOTA:
sila ikuti radio bangsar utama
sila ikuti tukar tiub
untuk penguman program program melawan
untuk mengikuti program menghasut


ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH




HAMPUNAN GABUNGAN JANJI DEMOKRASI BUKAN MAJORITI ,KATA NAJIB
- malaysian insider

Najib Razak menegaskan bahawa perhimpunan Gabungan Janji yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi bukanlah himpunan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu menegaskan Himpunan 55 tahun Merdeka “Janji Ditepati” yang diadakan di Stadium Nasional di sini malam ini adalah himpunan majoriti rakyat yang cintakan tanah air.

“Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini malam golongan majoriti,” kata Najib ketika berucap sewaktu sambutan malam kemerdekaan merujuk kepada himpunan Gabungan Janji.

Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih telah menganjurkan Himpunan Gabungan Janji yang berlangsung semalam di Dataran Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 negara.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.

Sasterawan Negara A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.


AHAD ESOK KITA DI RAUB



NOTA:
jangan lupa
kita berhimpun
di pandang milo
di raub pahang

ini adalah ombak rakyat
ini adalah ombak jalan raya!



RADIO BANGSAR - SIARAN HARIN INI




STESEN PUNK ROCK BERANI LANGGAR










PENGUMUMAN RADIO PUNK ROCK

bermula jam 12:00 tengah hari
pada sabtu 01-09-2-12
akan disiarkan semua rakaman
JANJI DEMOKRASI yang telah
dirakamkan oleh wartawan rabu

ini akan diulangi setiap satu jam

sila layari untuk merasakan
apakah itu JANJI DEMOKRASI

sila layari untuk menghayati
pandangan anak semua bangsa
tyentang JANJI DEMOKRASI

NOTA:
sila ikuti terus stesen punk rock ini
untuk mengetahui program melawan terkini
untuk mengetahui program menghasut terkini









PENGUMUMAN PENTING
radio bangsar akan membuat
satu pengumuman penting
sila ikuti tukar tiub
sila layari rabu

KIBAR DAN SEMARAKAN SANG SAKA MALAYA













KENYATAAN MEDIA
31 OGOS 2012

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 55


Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Keharmonian dan kesepakatan yang wujud dikalangan rakyat harus kita martabatkan. Inilah kesedian kita untuk menjayakan merdeka dengan arus yang sama iaitu, Sebangsa Senegara Sejiwa.

Untuk sambutan Merdeka tahun ini, saya mengharapkan semua rakyat Malaysia akan dapat bersama-sama memaknai sejarah ini dan juga dapat melihat kembali apa yang kita telah kecapi selepas 55 tahun menjadi sebuah negara yang merdeka.

Rakyat Malaysia khususnya wanita dari generasi dahulu dan sekarang telah banyak memainkan peranan penting dalam membina bangsa dan negara. Kita tidak harus melupakan sumbangan besar mereka yang telah menjadi nadi dan tulang belakang pembentukan masyarakat Malaysia. Wanita di Malaysia yang ternyata berterusan memberi sumbangan untuk membangunkan pelbagai sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sukan dan keselamatan. Tidak lupa juga akan tugas-tugas mereka yang tidak berkesudahan sebagai seorang ibu di rumah.

KEADILAN melihat bahawa, kita perlu mempunyai satu komuniti yang lebih selamat, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Rukun Tetangga dan pelbagai NGO yang telah banyak membantu dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat di negera kita.

Dalam kita menikmati keamanan dan keharmonian yang kita ada di sini, dengan semangat dan jiwa yang merdeka, janganlah kita lupa akan rakyat Syria yang menderita dalam mencari erti kebebasan yang dizalimi manakala di Rohingya pula disembelih dan didera kehidupan mereka. Sebagai rakyat Malaysia, janganlah kita lupa bahawa dalam masa kita menyambut hari Merdeka, terdapat orang lain sedang melalui kesusahan yang teruk dan menderita.

Hakikatnya kemerdekaan itu adalah satu maruah yang mesti dipertahankan kerana maruah itu adalah seseuatu yang amat bernilai.

Justeru, saya mahukan semua rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka ini terus diberkati dan kekal bersatu sebagai sebuah negara untuk masa depan yang lebih selamat dan aman.

Selamat menyambut Hari Merdeka - Sebangsa Senegara Sejiwa

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat




TANDA TANDA TELAH MULA MUNCUL DALAM DUNIA



KALENDER INI TELAH MERAMALKAN






JAWATAN DALAM PARTI BUKAN TIKET UNTUK KAUT KEKAYAAN : ISMAIL SABRI - berita hairan

BERA: Ahli UMNO hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ismail Sabri Yaakob, berkata semua ahli parti sama ada ahli biasa mahupun berjawatan, perlu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. "Masih banyak lagi peranan yang perlu dimainkan UMNO dalam membela nasib bangsa Melayu dan rakyat.

"Jika kita menjadikan keahlian dan jawatan dalam parti untuk memburu kekayaan sendiri, malanglah bagi parti yang diasaskan para pejuang bangsa sebelum ini," katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di sini.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, sambutan kemerdekaan ke-55 hari ini perlu mewujudkan rasa insaf kepada semua pihak dalam usaha membangunkan negara ini.

"Kemerdekaan yang diperolehi dan dirayakan pada hari ini hendaklah dijadikan sebagai satu landasan untuk meneruskan perjuangan bagi membela bangsa dan rakyat," katanya.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH AKH


woit... MUNKEEE INI DATANG DARI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAK KEMUNKEEEIAN JELAS MENONJOL TERSERLAH.... kah kah kah...

kah kah kah...NAMPAK BANGANG YANG TERBANGANG.... kah kah kah..

woit... BILA AHLI GEROMBOLAN MULA BERJUANG UNTUK NUSA DAN BANGSA SATU NEGARA DALAM BAHAYA.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA GEROMBOLAN MASUK POLITIK BUKAN UNTUK BUAT DUIT... DUNIA DALAM BAHAYA.... kah kah kah..

kah kah kah...MENGIKUT KITAB KUNO ORANG MAYA INI TANDA DUNIA NAK KIAMAT.... kah kah kah...

kah kah kah...INI TANDA TANDA AKHIR ZAMAN..... kah kah kah


AHAD PETANG DI RAUB PAHANG



SESUDAH DATARAN
ahad petang jam 2:00
kita berhimpun di padang milo raub
kita mula menibai gerombolan
di pahang

sila datang buat ramai!