Rabu, 25 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA




PASAR CHOW KIT YANG AMAT TERKENAL





PASAR CHOW KIT

petang ni aku pergi ke pasar chow kit
udang sotong lala
terong bendir dan
tomato hanya 2rm sekilo
tak lupa beli belacan
yang tidak berjenama

satu masa dulu
aku seorang belacan kolektor
dah pencen dg hobi ini

BUAH DAN BUAH BUAH
ini tempat terbaik membeli buah
kawasan ini agak kotor
tapi inilah wilayah
dimana boleh membeli
dengan harga yang murah
3 kilo manga 9rm
3 kilo manggis 10 rm
18 biji apple 10rm
2 biji buah naga 6rm

PASAR BUAH CHOW KIT



BERBUKA PETANG INI
untuk mengingati perjuangan
anak muda arab
untuk mengingati
perjuangan bouazizi
aku beli kurma dari tunisia

aku juga mendapat sekotak kueh melayu
hadiah kawan yang anaknya meniaga kueh melayu


HANYA MELIHAT GAMBAR - AKAN DICARI






PALING SPESIAL
ialah gulai itik
ini masakan acheh
telah hampir 4 tahun
aku megikuti masakan itik ini
aku tidak makan ayam
tapi aku suka itik
itik yang dipanggang
itik yang disula
itik yang di rendang
itik oh itik

ini masakan oleh ali
tuan empunya kedai itik
aku telah lama kenal ali
ini kerana aku telah pernah
kenalkan ali kepada pembaca tapai
dalam off the edge


BURUNG YANG BERNAMA ITIK






KENAPA ITIK
itik ini adalah burung
yang tidak mungkin
dapat dibodohkan macam ayam
itik bebas berlari dan bermandi
tak mungkin itik duduk dalam sangkar

malah di peranchis
di china untuk mengemokan itik
dilakukan dengan ganas sekali
mulut itik dibuka
dan dipam dengan makanan

di malaysia itik masih lagi
lari berkeliaran

NOTA:
sesiapa tahu makanan spesial
untuk bulan puasa ini sila hantar
ke radio bangsar utama
mari kita berkongsi
mari kita bertukar rasa
mari kita sama sama
merayakan pesta kehidupan


hantar : radiobangsarutama@gmail.com


SELAGI SISTEM EKONOMI KAPITALIS WUJUD - SELAGI ITU PERANG AKAN BERTERUSAN











AKHIRNYA KE SINI JUGA

Ada satu pekara yang wajib diluruskan dahulu untuk memahami kesemua apa yang telah saya tulis tentang politik dunia dan khususnya tentang politik Timur Tengah. Pekara ialah cara kita membaca agar dapat memahami makna yang tersirat dari berita yang dibaca. Dan bagaimana untuk menghubung kaitkan semua berita-berita ini ke dalam satu peta untuk kita dapat memahami keadaan keseluruhan duduk pekara.

Adalah satu kesilapan besar jika membaca satu-satu berita itu secara terpencil - bersendirian. Misalnya, hanya membaca berita tentang Libya atau hanya membaca berita tentang Iran atau Iraq. Jika kita membaca secara terpencil dan terpisah-pisah maka kita akan gagal untuk memahami keseluruhan gambaran politik yang sedang berlaku.

Berita tentang kematian Gadaffy di Libya berkait dengan berita pemberian dana oleh Raja Saudi kepada rakyatnya, juga berkait rapat dengan berita pertemuan penjanjian baru antara Nato dengan Turki, juga berkait rapat dengan pertemuan putera Raja Saudi dengan Menteri Pertahanan Malaysia, juga berkait dengan berita tunjuk perasaan di Manama, juga berkait rapat dengan serangan bom oleh kapal terbang drones di Wazirtan, dan berkait rapat dengan tindakan Najib menjualkan tanah Felda kepada pemodal asing.

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Semua berita-berita ini ada hubung kait. Keupayaan fikrah kita ialah untuk menghubung kaitkan semua berita ini ke dalam sebuah peta untuk kita berupaya melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Berita-berita ini adalah menifestasi dari satu induk berita yang lebih besar.

Untuk memahami apa yang tersirat dalam berita-berita ini kita wajib mengetahui apa dia politik dunia hari ini. Apa jenis politik yang dominan dalam dunia hari ini. Tanpa memahami politik dunia kita akan gagal untuk memahami apa yang sedang belaku dalam politik Malaysia.

Sesudah tamatnya Perang Dingin politik dunia yang dominan ialah politik kuasa imperialis Amerika. Dengan sistem ekonomi kapitalis, Amerika telah meluaskan empirenya ke seluruh dunia. Mengikut laporan Pentagon tahun 2003 : Amerika pada hari ini memiliki 702 pengkalan tentera di 140 buah buah negara. Dalam negara Amerika sendiri terdapat 6,000 pengkalan tentera. Inilah empire yang terbesar sekali dalam sejarah dunia – berpuluh kali ganda besarnya dari Empire Iskandar Zulkarnain, dari Empire Napoleon, dari Empire Kublai Khan atau dari Empire Melaka.



Ekonomi dan politik dunia telah ikat mengikat. Tidak ada lagi wilayah dalam dunia ini yang terpencil. Dengan teknoloji yang wujud dan ilmu pengetahuan yang ada kita boleh menganggap dunia ini semakin mengecil. Pergerakan manusia dan penyebaran maklumat bagitu pantas sekali, justeru secara nisbah persepsi kita telah mengecilkan dunia ini.

Justeru ibu kepada politik dunia hari ini ialah politik Empire Amerika. Hegemoni politik dunia hari ini lahir dari kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial Amerika ini ialah kuasa bala tentera Amerika yang berselirat di sekeliling dunia. Kuasa ketenteraan ini bertujuan untuk memastikan kaum pemodal multinasional akan mendapat keuntungan maksima melalui pelaburan dan pemasaran. Empire Amerika akan memastikan melalui bala tenteranya yang sistem ekonomi kapitalis ini akan terus dipertahankan.

Kuasa imperial Amerika yang ingin mempertahan sistem ekonomi kapitalis telah dan sedang melahirkan gerakan politik diseluruh dunia hari ini. Sistema ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan maksima sedang melahirkan krisis yang maha hebat diserata dunia. Sistem kapitalis ini sedang dilawan oleh rakyat dunia dalam pelbagi bentuk. Ada yang mengangkat senjata melawan sistem kapitalis, ada buruh yang bangun melawan dengan mogok, ada yang melancarkan ‘occupy’ dan ramai warga Eropah Barat sedang turun bertempur dijalan raya untuk menentang sistem kapitalis.







Penentangan terhadp sistem ekonomi kapitalis ialah kerana sistem ini bertujuan untuk memusatkan keuntungan dan kekayaan dunia ini kepada satu kumpulan kecil. Kumpulan kecil ini akhirnya memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik. Dari laporan dan statistik resmi kerajaan Amerika kita mengetahui bahawa hari ini 10% warga Amerika memiliki 75% harta kekayaan manakala 25% lagi dibahagikan kepada 90% warga Amerika. Mereka yang 10% ini jugalah yang memiliki harta kekayaan dunia ini.

Justeru, kumpulan yang kecil inilah yang sedang mendominasi dunia. Kumpulan ini memiliki kuasa untuk menaik dan menurunkan Presiden di Rumah Puteh. Kumpulan ini ialah kaum pemodal tuan-tuan empunya industri persenjataan. Tuan empunya perniagaan industri senjata inilah yang sedang merancang dan mengarahkan gaya, lenggok dan wacana politik dunia hari ini. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang akan dapat membebaskan diri dari pengaruh dan campur tangan industri senjata ini.

Dengan ini kita sedar bahawa Gadaffy dibunuh kerana keperluan kaum pemodal industri senjata ini. Kita juga wajib sedar bahawa sekatan ekonomi keatas Iran juga adalah sebahagian dari strateji industri senjata. Industri senjata memerlukan perang. Tanpa perang kilang senjata ini akan ditutup. Jika tidak ada perang maka kapal terbang pengebom, kapal selam, kereta kebal, drones, roket berpandu , bom , peluru – tidak akan dibuat. Kilang senjata akan ditutup.

SELURUH SENJATA KE DADA ZIONIS



Mustahil ini akan berlaku. Sistem ekonomi kapitalis memerlukan perang untuk terus berkembang. Dengan adanya perang senjata akan dapat dimusnahkan dan yang baru akan dibuat.

Justeru Israel berperang dengan Arab adalah baik. Saudi membeli senjata dan memberikan pada gerila untuk membunuh rakyat Syria adalah baik. Saudi menyerang Iran adalah baik. Semua bentuk perang dan kacau bilau akan membawa keuntungan kepada industri senjata. Meniaga menjual senjata adalah perniagaan yang paling menguntungkan dalam dunia ini selain dari menjual agama. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan ketakutan dan keselamatan. Arab ditakut-takut kan dengan senjata Israel. Maka negara-negara Arab akan berlumba-lumba membeli senjata dari tuan punya kilang senjata.

Sabentar! Disini ingin membuka satu wacana yang mungkin dilihat jauh panggang dari api. Wacana yang ingin saya timbulkan disini ialah peranan industri perang dalam politik Malaysia. Ini bukan tentang Najib mendapat komisen kapal selam. Atau tentang berbilion ringgit yang akan dibelanjakan oleh Malaysia untuk terus menerus membeli senjata. Walau pun Malaysia semenjak wujud tidak pernah masuk perang.

BANGUN LAWAN IMPERIALIS AMERIKA

Wacana yang ingin saya beritahu pembaca ialah tentang 22,500 ekar tanah yang akan diambil alih dari 18 buah kampong dengan jumlah penduduk seramai 30,000 orang di Pengerang. Pada pembacaan saya Pengerang sedang dijadikan wilayah geo-politik oleh industri senjata imperial Amerika.

Mustahil? Apakah saya membuat lawak seram? Atau saya telah hilang akal? Jawabnya tidak. Tanah seluas ini akan dijadikan wilayah terbesar di Asia untuk menyimpan dan menapis minyak. Simpanan minyak ini bertujuan untuk bekalan bala tentera Amerika.

Mustahil? Ini fitnah. Ini tohmah dan khabar angin yang tidak bertanggung jawab? Untuk memahami apa yang saya nyatakan diatas kita diwajibkan memiliki keupayaan untuk membaca dan mengkaitkan semua berita-berita yang baru dilaporkan beberapa bulan yang lalu. Berita-berita ini kita jadikan peta agar kita dapat melihat gambar yang lebih besar.

Pada 30 May NST telah melaporkan dengan bangganya Najib Razak telah didatangi oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman. Apa yang dibincangkan tidak diketahui. Tetapi dunia tahu bahawa Lieberman ialah seorang pimimpin gerakan Zionis. Sebagai saorang senator Lieberman sentiasa siap mempertahan kepentingan Israel. NST memberitahu bahawa dua orang senator ini dalam perjalan ke Persidangan Pucak Keselamatan Asia di Singapura.

NYANYIKAN LAGU INTERNATIONALE


Sebelum persidangan berlangsung Hillary Clinton telah pernah menulis dalam majalah Foreign Affairs – majalah garis politik, dasar dan idealoji imperial Amerika. Hillary mengatakan bahawa bala tentera Amerika – darat, laut dan udara – akan berpindah ke Pasik. Hillary juga meminta negara-negara di Asia Tenggara jangan risau tentang berkembangan ini.

Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta turut sama dalam persidangan di Singapura ini. Ini satu persidangan yang amat penting untuk warga Asia. Kerana ini saya ingin memaklumkan kepada para pembaca bahawa telah ada perjanjian senjata antara Amerika/Singapura semenjak tahun 1990. Lapangan Terbang Paya Lebar boleh digunakan oleh Amerika. Pada tahun 1999 satu lagi perjanjian telah membolehkan Amerika menggunakan Pengkalan Tentera Laut Changi untuk kapal perang Amerika berlabuh. Tentera Amerika akan melatih tentera Singapura bermula pada tahun 2013.

Kuasa imperial Amerika sekali lagi telah dibenarkan oleh Siam dan Filipina untuk membuka pengkalan tentera dalam negara mereka. Pada hemat saya semua ini adalah persediaan Amerika untuk mengepong China. Dalam pembacaan imperialis Amerika China adalah negara yang berpotensi untuk menandingi dan melawan Amerika. China memiliki ekonomi kedua tebesar dalam dunia. Tidak lama akan dapat menundukkan kekuatan ekonomi Amerika.

Justeeru, dalam geo-poltik politik hari ini tanah di Pengerang - yang terbuka ke Laut China Selatan - cukup stratejik untuk menjadi wilayah pembekal minyak untuk bala tentera Amerika. Persoalan hari ini bukan lagi apa yang saya tulis ini saheh atau tidak. Persoalannya ialah apakah dasar Pakatan Rakyat dalam hal ini? (TT)







NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45






HOT PANAS TERKINI TERNOW - TERIMA KASEH KETUA PEMUDA PAS




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... HEBAT KETUA PEMUDA PAS INI.... kah kah kah..

kah kah kah...PADAI BUAT SPIN.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI DINAMAKAN SAIKOLOJI PUSING... kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH PUTAR... SUDAH REVERSE.... kah kah kah...

SUDAH KANTOI WAH MANTOI




NOTA:
kalau tak ada berita ini
tak ada siapa yang tahu
sekrang semua blog
sudah mainkan berita ini

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


TOLONG PADAM GAMBAR FATHUL BARI SEDANG BERSOLEK - harakah daily

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

INI GAMBAR NYA KAH KAH KAH


"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.







MALAM INI LAPORAN LANGSUNG
radio bangsar malam ini
akan membuat laporan langsung
forum menghasut dari dewan china
sila layari radio punk rock ini



SYABAS CUBA SABOTAJ TAPI SUDAH MAKAN BADAN SENDIRI




KOMENTAR TUKAR TIUB

umum mengetahui sekarang
najib amat penakut
malah rejim ini lebih tidoo
dari rejim pak laaa

maka anak anak muda
anank anak muda selangor
patut mula menyusun satu demo besar
untuk menakut-nakutkan lagi najib

isu air ini adalah paling afdal
isu air ini paling dirasakan
mandikan najib dengan politik jalan raya!



SATU LAGI DEMO AIR WAJIB




APA BERLALU KELMARIN DI IBU PEJABAT

sekali di perhatikan
rancangan cukup molek:

kacau air di selangor
kerajaan pakatan akan dilihat hodoh
akan dilihat gagal
maka rakyat selangor akan undi gerombolan kembali

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah




PERJANJIAN
tapi dalam perjanjian
ada tertera jika syarikat
tidak menjalankan tugas maka
syarikat ini akan dilupuiskan
kah kah kah

kerana itu tetiba
malikul sembab kata
tak ada catuan air

tetiba malikul batalkan
racangan jahat untuk catu air
kerana inilah yang sedang dinanti
oleh kerajaan selangor kah kah kah




KRONI GELABAH

petnag kelmarin ceo syarikat kroni ini
telah memberi taklimat
kepada semua pekerja
ini kerana ramai dari pekrja sayabas
amat bersimpati dengan kerajaan selangor
hingga maklumat paling intum pun dapat

contohnya beriat ini
telah di beritahu kepada tt
untuk buktikan bahawa para kroni
sedang risau tak tahu apa lagi
yang telah sampai ke tangan kerajaan selangor!


laporan terus menerus malam ini:






SIARAN LANGSUNG FORUM DARI DEWAN CHINA

malam ini tim radio bangsar utama
akan membuat siaran secara langsung
ini untuk memboleh kan warga di luar kl
sama sama mendapat pencerahan politik

juga agar warga diluar kuala lumpur
dapat di hasut sama untuk menumbangkan
kerajaan united malays natiobnal organisation!

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA UNTUK TANAH MELAYU



INI BENDERA MERDEKA KITA





KOMENTAR TUKAR TIUB


nakba ialah malapetaka dalam bahasa arab

pada 15 mei ilah hari nakba untuk palestin
pada 15 mei 1948 israel mula bertapak di palestin
pada 15 mei bermula lah malapetaka untuk rakyat palestin


malapetaka ialah nakba dalan bahasa melayu

pada 31 ogos ialah hari malapetaka untuk tanah melayu
pada 31 0gos 1957 british meninggalkan
pentabiran tanah melayu kepada gerombolan
pada 31 ogos bermulalah malapetaka keatas tamah melayu



TUKAR TEMA HARI KEBANGSAAN - JANJI DITEPATI - KEPADA TEMA LEBIH INKLUSIF - PAKATAN RAKYAT
- mStar


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat pada Selasa, menggesa kerajaan menukar tema Hari Kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" kepada tema yang lebih bersifat inklusif.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan pembangkang yang dipengerusikan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bersetuju bahawa tema tersebut tidak bersifat kemerdekaan.

"Kita minta kerajaan tukar tema tahun ini kepada tema yang merangkumi semangat kemerdekaan.

"Tema yang ditetapkan mestilah inklusif dan dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di bangunan ibu pejabat PAS, dekat sini, Selasa.

Hadir sama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah, Tian Chua dan Pengerusi DAP Teresa Kok.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... PERGI MAPOOOOOSLAAA DENGAN HARI KEBANGSAAN.... kah kah kah..

kah kah kah.... PUNDEEEK LAAA DENGAH HARI KEBANGSAAN.... kah kah kah...

kah kah kah...HARI KEBANGSAAN KEPALA BANA..... kah kah kah..

woit.... 31 OGOS BUKAN HARI KEBANGSAAN....HARI MALAPETAKA UNTUK SEMENAJUNG...kkah kah kah...

kah kah kah...16 SEPTEMBER IALAH HARI MALAPETAKA UNTUK SABAH DAN SARAWAK.... kah kah kah...

woit.... BRITISH IALAH PENJAJAH TANAH MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT BANGUN ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH.... kah kah kah..



kah kah kah...PELIK...GEROMBOLAN BUKAN LAWAN BRITISH.... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI LAWAN ORANG YANG LAWAN BRITISH.... kah kah kah

kah kah kah...31 OGOS BRITISH SERAH PENTABIRAN PADA GEROMBOLAN...kah kah kah..

kah kah kah... SEMENJAK 31 OGOS 1957 MALAPETAKA MENIMPA TANAH MELAYU.... kah kah kah

MALAM INI RADIO BANGSAR BUAT SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN CHINA













SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN CHINA
malam ini jam lapan malam
radio bangsar akan membuat
siaran langsung forum ruang demokrasi
dari dewan china kuala lumpur

untuk warga kuala lumpur
boleh datang ke dewan

untuk warga di luar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama
stesen punk rock
stesen counter culture
stesen radio melawan











ADAKAH RUANG DEMOKRASI DALAM NEGARA SUDAH BERKEMBANG SETELAH SETAHUN ?

PANEL:
YB Nurul Izzah ( MP Lembah Pantai),
Hishamuddin Rais( Aktivis),
Dr. Jeyakumar ( MP Sungai Siput & tahanan EO6),
Edmund Bon ( Peguam utk EO6 & Aktivis)

BILA : malam ini
MASA : 9 Malam
TEMPAT: KL & Selangor Chinese Assembly Hall, 1 Jalan
Maharajalela, 50 150 Kuala Lumpur

anjuran: psm

PENIPUAN PILIHAN RAYA PRESIDEN MEXICO





RAKYAT KELUAR KE JALAN RAYA KERANA PILIHANRAYA TIPU


pilihanraya presiden mexico baru selesai
Enrique Pena Nieto, 46, dari parti
institutional revolutionary party
telah menang melalui penipuan

parti IRP ini telah berkuasa
selama 71 tahun
12 tahun yang lalu kalah
dan kali ini parti tua ini
telah merancang dan menjalankan
penipuan untuk kembali berkuasa

penipuan undi ini telah menjadikan
rakyat mexico marah
rakyat mexico marah kerana presiden ini
memang dengan cara tipu undi

rakyat mexico telah mula keluar ke jalan raya
kerana tidak puas hati kerana pengundi
telah ditipu

KE JALAN RAYA BILA DITIPU















NOTA:
minah cun ini kata
demokrasi di mexico
adalah palsu
mexico bukan negara demokrasi
mexico dibawah ditaktor

minah cun ini
akan terus berjuang
untuk mewujudkan keadilan
dan menentang kezaliman





LANGKAH YANG TEPAT LAGI BETUL - RAYULAH KALAU BERANI




INI DIA SIKAP BERSIH PALING COOL







KDN TIMBANG RAYU KEPUTUSAN BATAL PENGHARAMAN BERSIH
- mkini

Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Hishammuddin Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.

IMEJ COOL BERSIH SEPANJANG ZAMAN


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALAU TAK RAYU ERTINYA MENTERI LIDAH PENDEK BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah...INILAH MENTERI PALING BANGANG SEKALI.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN TAKUT NAK MERAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK RAYU ERTINYA MAHKAMAH KATA MUNKEE INI BODOH... kah kah kah..

kah kah kah..RAYULAAA.... BARU ANAK MUDA SYIOK.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU BERSIH HARAM... BARU BERSIH COOL.... kah kah kah...

kah kah kah...BERSIH YANG HALAL INI DAH JADI BERSIH POYO.... kah kah kah...

8 TUNTUTAN KE JALAN RAYA