Jumaat, 22 Jun 2012

KITA BERDEMO LAGI - HUJUNG MINGGU DI PANTAI BALOK




HUJUNG MINGGU INI

semua dijemput
untuk buat ramai
anak anak muda
malam esok
ada gig underground
ada ceramah
ada pameran
ada mandi laut


NOTA:
sila buat persediaan
untuk berpesta di laut
towel mandi
seluar mandi


NOTA:
juga khemah
untuk bermalam


NOTA:
semua warga kota yang bosan
semua warga kota yang sesak nafas
sila ke balok
kita berpesta


MARI KITA BERDEMO LAGI






PELBAGAI ACARA DI HIMPUNAN BALOK-GEBENG - harakah dailay

KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai ‘Duduk Bantah Balok-Gebeng’ pada 23 dan 24 Jun ini.

Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.

Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.

Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.

“Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

“Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.

DI BALOK/GEBENG


“Pada esoknya pula bermula pukul 9 pagi peserta akan bertolak ke Gebeng di mana terletaknya kilang Lynas. Perarakan akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu,” jelasnya.

Menurut Nasrun, jarak di antara Balok ke Gebeng ialah 11 kilometer jadi orang ramai boleh menyertai konvoi dengan berkereta, motosikal atau berjalan kaki," kata Wong.

Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan demi menunjukkan bantahan dengan operasi kilang Lynas seperti dua perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang.

“Jika boleh kami mahu program ini disertai tidak kurang daripada perhimpunan terdahulu iaitu tidak kurang daripada 20,000 orang,” katanya.





Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang ketiga selepas perhimpunan pada 26 Februari lalu di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 9 Oktober tahun lalu di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Baru-baru ini jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang diketuai Datuk Seri Khaled Nordin mengesyorkan

Lynas Corp diberi Lesen Operasi Sementara (TOL) kerana menurut kajian mereka kilang yang dianggap kontroversi itu selamat.

Bagaimanapun penduduk tetap tidak berpuas hati dan membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas kerana menganggap PSC hanya membenarkan tindakan menghalalkan lynas oleh pihak kerajaan sebelum ini.

layari untuk punk rock:




LAGI PROJEK TIPU MELAYU




HITAMKAN MACAM INI BARU BETUL





SYARIKAT TERLIBAT RASUAH AKAN DISENARAIHITAM SPRM - mStar

KUALA LUMPUR: Syarikat yang didapati bersalah memberi rasuah akan disenaraihitam dan nama syarikat berkenaan akan dicatatkan dalam pangkalan data pesalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehingga kini, senarai pangkalan data SPRM mempunyai 900 nama individu yang didapati bersalah kerana rasuah.

Nama mereka akan kekal selama tempoh tiga tahun daripada tarikh sebaik sahaja didapati bersalah oleh mahkamah. Senarai tersebut sentiasa dikemaskini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamad berkata terdapat sekurang-kurangnya dua syarikat multinasional dan sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerabat diraja akan turut disenaraikan.

Beliau berkata demikian kepada The Star bahawa sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan secepat mungkin “bagi memudahkan mereka yang ingin menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara.”

Menurutnya, pihaknya mahu mereka yang terlibat dengan perniagaan atau projek yang melibatkan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyemak senarai tersebut sebelum membuat sebarang penawaran.

BARU BETUL!


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BETUL LAWAK... kah kah kah..

kah kah kah...SYARIKAT BUKAN ORANG...kah kah kah..

kah kah kah...SYARIKAT BUKAN INDIVIDU.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK ABIH BOREH BUAT APA SENARAIHITAMKAN.... kah kah kah...

kah kah kah... SYARIKAT AKAN TUTUP DAN BUAT YANG BARU.... kah kah kah..

kah kah kah..LIHAT MANA BUMI HIGHWAY YANG KANTOI MRR2?.... kah kah kah..

kah kah kah...LIHAT MANA SYARIKAT PEWAJA SEJARANG?.... kah kah kah..

kah kah kah...LIHAT MANA SYARIKAT PERIMAKER SEKARANG?.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA SYARIKAT CARRIAN YANG REMBAT DUIT BANK BUMI SAMPAI BANGKRAP?.... kah kah ka

woit...MEREKA BUAT NAMA BARU.... kah kah kah..

woit...JANGAN LAH NAK TIPU MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...MELAYU INI DAH BODOH... MISKIN PULAK.... kah kah kah..

kah kah kah...DAH LAAA MISKIN KENA TIPU PULAK....kah kah kah..

NOTA:
hanya melayu
yang tipu melayu


MALAM INI DI RADIO BANGSAR



NOTA:
jangan lupa malam ini
jam 9 nik jidan
penyanyi lagu melawan
akan di temu bual di rabu








AHAD BERDEMO DI BALOK




MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA





MALAM INI RADIO BANGSAR

dengan nik jidan
suara lagu protes
lagu melawan
lagu menentang
lagu anak muda


ini lah contoh seni yang lengkap
ini lah contoh seni membuka jalan

inilah contoh seni non bodek
inilah contoh seni bangun melawan

inilah contoh seni jalan raya






MALAM INI RADIO BANGSAR UTAMA



NOTA:
seni tak melawan adalah seni hampeh
seni tidak menentang adalah seni bodek

radio bangsar utama menentang seni bodek
seno bodek adalah musuh utama seniman


DEMO DI BALOK



JENG JENG JENG --- APA MAKNANYA













KOMENTAR TUKAR TIUB

apa makna berita ini?
kenapa baru sekarang timbul?

selain dari singapura siapa lagi?


pada hari itu ada pegawai keduataan amerika
pada hari itu ada pegawai dari france
pada hari itu ada pegawai dari negara eropah
pada hari itu ada senator dari australia
pada hari itu ada pegawai dari uk

kenapa mereka hadir?

kerana hendak menilai kekuataan rakyat
hendak menilai komposisis bangsa bangsa

penilaian ini akan dihantar pulang
untuk membuat dasar

justeru

kini dilihat ajenda rejim change semakin kencang
kempen anti najib semakin keras
kempen didalam dan di luar negara

berita besan dabn menantu najib
adalah sebahagian dari kempen ini
berita najib akan di bawa ke paris
adalah sebahagin dari kempen ini

desas desus semakin kuat
mengatakan najib telah di nasehatkan berundur

mantranya cukup senang:
kalau najib sayangkan gerombolan
najib perlu mengundur


tidak lama lagi kita akan lihat
perdana menteri baru

jika najib undur sebelum pilihan raya
pakatan akan kalah terok


NOTA:
wakil diplomat singapura turun untuk
melihat keadaan dan untuk merancang
bila seharusnay gambar altanuya dibocorkan
kah kah kah


CULT SEPANJANG ZAMAN


PEGAWAI HADIRI BERSIH 3.0 ATAS KAPASITI PERIBADI: PESURUHJAYA TINGGI SINGAPURA - mStar

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan menghadirinya untuk menyokong penunjuk perasaan, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong.

Beliau menjelaskan mengenai ketiga-tiga pegawainya iaitu timbalan beliau, Ariel Tan dan setiausaha pertama (politik), Regina Low dan Philomena Aw hadir atas kapasiti peribadi dan bukan atas sebarang tugasan rasmi.

Beliau berkata, tarikh 28 April itu merupakan hari Sabtu, maka pegawai terbabit menggunakan hujung minggu mereka untuk ke perhimpunan.

Beliau menafikan kesemuanya memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning.

“Ramai diplomat dari negara-negara lain turut hadir ke perhimpunan itu tetapi kenapa hanya membangkitkan tentang pegawai-pegawai kami sahaja? Saya berasa sangsi terhadap motif itu.

MARI TURUN BERDEMO ANTI LYNAS



SATU LAG KEJAYAAN SPRM MEMBENTRAS RASUAH



YANG INI REZEKI BUKAN RASUAH





BERI RASUAH RM20 DIDENDA RM5,000
- berita hairan

SEREMBAN: Seorang pemotong rumput warga Pakistan dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas mengaku salah memberi rasuah RM20 bagi mengelak ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu, Mac lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap Gohar Ali, 29, dari Taman Alamanda, Senawang dekat sini dan turut memerintah tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Gohar dituduh memberi wang itu kepada Lans Korperal Muhammad Hafizuddin Wahab dari Balai Polis Sikamat, sebagai dorongan supaya tidak menyamannya kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran tiang elektrik TMAJ F3 2/6, Jalan Sikamat dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam, 5 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Fairuz memberitahu mahkamah tertuduh tidak menafikan langsung fakta rasuah berlaku dalam kejadian itu.

“Perbuatannya ternyata memandang rendah integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran supaya tertuduh menghormati undang-undang negara ini, " katanya.

Gohar ketika rayuan pula memohon hukumannya diringankan kerana sudah insaf dan sebelum ini tidak pernah melakukan kesalahan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI KES HEBAT....klah kah kah..

kah kah kah...INI KEJAYAAN SPRM YANG MAHA HEBAT.... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH HEBAT DARI BUNUH TEO BENG HOCK.... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH HEBAT DARI BUNUH SARBINI... kah kah kah

woit... DI MANA KESILAPAN MAT PAKISTAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah..DIA MEMANDANG RENDAH INTEGERITI PDRM.... kah jkah kah..

kah kah akh...ERTINYA MENGHINA PDRM.... kah kah kah...

kah kah kah...PANDANG RENDAH DAN MENGHINA MACAM MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...KERANA HANYA BERI DUA PULUH RINGGIT..... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU BERATUS RIBU RINGGIT TAK HINA...TAPI PENGHORMATAAAN... kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KES INI SATU PENGAJARAN... kah kah kah..

kah kah kah...LAIN KALI JANGAN BERI MAT KAMPAO INI 20RM... kah kah kah..

kah kah kah...NAIKKAN LAAA ... KALAU RATUS RATUS JAMIM TAK HINA.... kah kah kah


PROGRAM MELAWAN MALAM INI



MARI BUAT LAGU UNTUK JALAN RAYA





PENGUMUMAN

adalah dijemput
anak anak muda
untuk membuat
lagu lagu turun ke jalan raya

lagu lagu ini adalah
persediaan kita
apabila kita ingin
turun ke jalan raya

untuk pertama kalinya
pertandingan lagu jalanan
tujuan untuk melahiran
bakar baru yang menrayakan
budaya berdemo dijalan raya


BUAT LAGU UNTUK BERDEMO













PERTANDINGAN LAGU UNTUK BERDEMO
Roketkini bersama radio rasmi Radio Bangsar Utama kini sedang menganjurkan sebuah pertandingan lagu jalanan yang telah bermula 1 Jun yang lalu dan akan tutup pada 24 Jun ini

Sejumlah RM12,000 sedang menunggu para finalis yang terpilih.

Lagu-lagu yang ditonjolkan harus bertemakan yang berikut :

Perpaduan
Demokrasi
Hak Asasi
Anti-Rasuah dan/atau
Kerajaan Adil


Sekiranya ingin mendapat maklumat lanjut, bolehlah melayari:
www.pestalagujalanan.com.my

atau laman Facebook di:
www.facebook.com/pestalagujalanan

atau emailkan pertanyaan kepada pestalagujalanan@gmail.com


radio bangsar adalah radio resmi pertandinagn ini:




SATU LAGI PENIPUAN YANG DI RANCANG




BALOK DEMO SABTU INI



KENYATAAN AKHBAR : Tuduhan RM 3 Bilion terhadap Anwar tidak berasas dan tiada bukti.

Saya merujuk kepada laporan NST 21 Jun 2012 berkenaan tuduhan palsu terhadap saudara Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki harta sebanyak RM 3 bilion. Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa Anwar telah mengarahkan seorang bekas pengarah BPR untuk membuat Kenyataan Bersumpah supaya namanya dibersihkan. Jelas bahawa akhbar milik UMNO ini telah sekali lagi membuat dakwaan palsu dan memburukkan Anwar tanpa memberikan sebarang bukti yang kukuh.

Kenyataan bersumpah itu telah dibuat secara sukarela oleh bekas pengarah BPR iaitu Abdul Razak Idris pada 2009. Adalah tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab bagi NST untuk mendakwa bahawa Anwar pernah menyuruh Abdul Razak berbuat demikian pada 2009. Bahkan dalam laporannya pada 21 Jun yang lalu, NST mengakui bahawa tiada pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar kerana ketiadaan bukti yang membolehkan beliau didakwa. Akuan yang sama turut dilaporkan dalam muka depan NST yang bertarikh 12 Jun 2012.

Namun begitu, NST dan media UMNO lain secara tidak bertanggungjawab telah mengulangi dakwaan yang mengaitkan Anwar kepada perbuatan salah laku. Walaupun serangan ini telah berlangsung dalam media kepunyaan UMNO selama berminggu-minggu, tidak ada satu pun bukti yang boleh dipercayai telah dikemukakan untuk menyokong dakwaan bahawa Anwar memiliki RM 3 bilion.

Di bawah arahan dan galakan UMNO, Ketua Pembangkang ini telah dihadapkan dengan pertuduhan hanya berasaskan kepada khabar angin dan rekayasa dalam media milik UMNO. Kenyataan yang tidak berasas, mengelirukan dan tanpa bukti telah diberikan liputan muka depan dengan tajuk yang bersifat fitnah. Dakwaan ini kemudiannya diulangi dalam media elektronik yang dikawal oleh BN tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk mempertahankan dirinya.

Oleh kerana mendapat perlindungan dan sumber yang banyak daripada kerajaan, media UMNO-BN terus menekan dan menyerang peribadi Anwar walaupun berdepan dengan dakwaan fitnah. Dalam masa yang sama adalah mustahil untuk memikirkan bahawa tindakan oleh media milik BN ini tidak mendapat restu peribadi daripada Perdana Menteri.

Kempen yang diinspirasikan oleh Najib ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan bertujuan untuk mencalarkan imej dan membunuh peribadi ketua pembangkang. Kami menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk menghentikan serangan peribadi yang tidak berasas yang sedang dilakukan oleh media milik BN ini, seterusnya berdepan secara langsung di televisyen dengan Ketua Pembangkang untuk berdebat tentang dasar dan isu nasional.

N SURENDRAN
TIMBALAN PRESIDEN
KEADILAN
21 JUN 2012


layari sekarang untuk punk rock: