Selasa, 8 Mei 2012

MALAM INI JAM 9.00 DI RADIO BANGSAR UTAMA













RADIO BANGSAR UTAMA - RABU

RADIO PROGRAM MALAM INI JAM 9.00 MALAM


Malam ini di Radio Bangsar Utama akan mewawancara dua peserta Himpunan Bersih 3.0. Mereka ialah :

1 - Adam Adli - Aktivis Mahasiswa / Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
2 - Fadhil Murabbitun - Exco Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

RABU akan membincangkan pandangan orang muda & mahasiswa tentang Himpunan Bersih 3.0 serta pendapat tentang tuntutannya. RABU juga akan membawakan pendapat pemastautin Kuala Lumpur tentang budaya demonstrasi. Apakah ianya sesuatu yang asing dalam masyarakat kita, atau sesuatu tradisi. Post pandangan anda ke -

facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama

“Berani kerana Radio Bangsar Utama, kalau takut pergi kawan dengan Bik Mama"

kah kah kah
kah kah kah

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

berita-berita Bersih
berita-berita Melawan



MALAM INI DI RABU



CALON CALON UNTUK BARISAN NATIONAL

shahrizat jalil dari lembah pantai
akan bertukar ke parlimen mengelembu ipoh perak

shafie afdal akan pulang
ke sabah dan bertanding di parlimen menggatal

dan dari sumber jati
nasaruddin mat isa
akan di baling kan ke kedah


WAHAI HASAN ALI ! MANA DIA VIDEO MELAYU MURTAD ITU?




MENUNGGU KLIP MELAYU MURTAD







HASAN ALI ENGGAN ULAS FATWA DEMO QARADHAWI
- mkini

Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Hasan Ali berkata beliau tidak dapat mengulas pandangan ulama disegani Yusuf Al-Qaradhawi yang menyebut bahawa perbuatan menyertai demonstrasi sebagai satu perkara harus bagi orang Islam.

Namun, beliau berkata pandangan Qaradhawi itu tidak hanya terhenti setakat mengharuskannya sahaja.

Ditanya lanjut, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu kerana beliau bukan ahli fuqaha.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..BILA VIDEO MURAD INI NAK SIAPA?.... kah kah kah

woit... BERAPA LAMA LAGI KENA TUNGGU... kah kah kah..

kah kah kah...TAK SIAP SIAP.... kah kah kah...

kah kah kah.... HANTAR EDIT KE HOLLYWOOD KE?...ATAU HANTAR KE BOMBAY?.... kah kah kah..

kah kah kah..POST PRODUCTION LAMA SANGAT.... kah kah kah..

kah kah kah...DULU BUKAN MAIN HOT.... SATU MACAM PUNYA KERAS... kah kah kah..

kah kah kah... TAK PANCUT PACUT....SEKARANG SENYAK DAH LEMBIK.... kah kah kah..

woit...INI MACAM KES KOTAK MAT EZAM KE?..... kah kah kah


NOTA:
tahu kah pembaca
ada berapa lagi klip video
yang ditunggu-tunggu

nala kurap pan janji ada video
klip video azmin ali
satu lagi klip video anwar

malaysia menjadi pengeluar
porn yang tertop sekarang
kah kah kah











JAM 9.00 MALAM INI



APA ITU RABU : RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal

layari sekarang:
www.radiobangsarutama.blogspot.com

pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus
tentang bersih

dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini


dari rabu akan berkumnadang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

sesekali lagu mat bunga
sesekali lagu mat jiwang

NOTA:
untuk mengiklankan program
untuk berhubung
untuk membuat bantahan
untuk memberi komen
untuk mengutuk
untuk mencaci
untuk membodek
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE




PROGRAM MELAWAN DISANA SINI




DENGAN HORMATNYA DIJEMPUT MENGHADARI


Majlis Pelancaran Buku
Membina Bangsa Malaysia

karya Abdul Aziz Bari, Ooi Heng, Aida Idris, Dinsman, Abu Hassan Hasbullah, Syed Ibrahim Syed Noh

dilancarkan oleh A. Samad Said, Sasterawan Negara

Tarikh: 12 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 2.30pm
Tempat: K.L. Selangor Chinese Assembly Hall.
Anjuran: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)



DIIKUTI DENGAN DISKUSI

Diskusi: Pasca 428, Ke Manakah Arah Pembentukan Bangsa Malaysia?

Panelis: A. Samad Said, Dr. Wong Chin Huat, Safwan Anang

Terima kasih

SABTU INI DI DEWAN CHINA






JEMPUTAN UNTUK PEMBACA TT


sila lihat tarikh dan tempat
semua ini adalah program melawan
semua ini adakah program untuk menumbangkan
kerajaan united malays national organisation

semua ini adalah jemputan terbuka

dari sungai rokam ipoh
dari batu tiga shah alam
dari dewan annex suk shah alam
dari besut terangganu

mari kita bangun melawan
jangan ditipu dalam pilihan raya!


JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA



















NOTA:

sila lihat tarikh dan tempat
semua ini adalah program melawan
semua ini adakah program untuk menumbangkan
kerajaan united malays national organisation

semua ini adalah jemputan terbuka

dari sungai rokam ipoh
dari batu tiga shah alam
dari dewan annex suk shah alam
dari besut terangganu

mari kita bangun melawan
jangan ditipu dalam pilihan raya!























sila layari radio bangsar utama untuk program melawan:





MELIHAT KE BELAKANG UNTUK MAJU KE HADAPAN



EPILOK


para pembaca tukar tiub yang budiman
secara tidak sengaja kelmarin saya
terserempak dengan tulis lama saya

ini ditulis lebih dari 10 tahun dahulu
ketika itu saya telah cuba menerangkan
sejelas mungkin tentang penipuan dalam
sistem pilihan raya di malaysia

10 tahun adalah masa yang lama
saya rasa agak lambat sekali para pembaca
dan orang ramai memahami apa yang saya tulis

ketika tulisan ini ditulis
tidak wujud blog
tidak wujud you tube
tidak wujud faceboook
tidak wujud tukar tiub
tidak wujud mysapce
tidak wujud friendster
tidak wujud radio bangsar utama

internet mahal
pakai dail up

ini menjadikan tulisan saya
agak susah untuk tersebar
pandangan dan teori yang saya ajukan
tidak meluas dan mengampoh

saya hanya menulis seminggu sekali di malaysdiakini
malah jumlah warga yang ada internet pun terhad
ketika itu malaysia kini baru berumur satu tahun

dalam tulisan ini saya mengajukan
- pilihan raya atau pilihan jalan raya -
ini adalah slogan dan laungan saya ketika itu

ketika itu
amat payah
amat susah
untuk membuka mata orang ramai
untuk orang ramai menerima hakikat:

bahawa jalan raya adalah metod
bahawa jalan raya adalah cara
untuk membuka rung demokrasi
bahawa hanya jalan raya
yang membawa kemenangan demokrasi

hari ini saya merasa senang hati
demo telah menjadi budaya
hari ini saya senang hati
kerana semakin ramai warga
yang melihat pilihan raya ini satu penipuan

buktinya:
bersih satu
bersih dua
bersih tiga

inilah perjalanan sejarah
ini buktinya jika idea itu betul
lambat laun ianya akan mengembang dan mengampoh

hari ini - 8 may 2011
saya telah mengembangkan teori -pilihan raya atau pilihan jalan raya
teori itu telah saya panjangkan
hari teori saya ialah: kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya

jika kita tidak ke jalan raya
maka kita akan terus ditipu
rancangan licik untuk menipu telah tersedia

untuk para pembaca tukar tiub
saya ucapan selamat membaca

NOTA:
dari tulisan ini
muncul buku saya pertama
dengan nama yang sama
di cetak oleh malaysiakini
ketika saya dalam penjara kemunting
buku - pilihan raya atau pilihan jalan raya -
tidak ada lagi dalam pasaran

sekarang ini saya sedang menyediakan buku:
ke jalan raya sebelum ker pilihan raya
sila tunggu


PILIHAN RAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA





TURUN KE JALAN RAYA UNTUK PILIHAN RAYA ADIL

Dari arkib Malaysiakini: Hishamuddin Rais
12:01PM Mar 9, 2001

Perkembangan dan arus perbincangan politik mutakhir ini cukup segar. Penahanan Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda Keadilan, pada petang menjelang Hari Raya Korban telah membuka satu wacana politik yang wajib diteliti oleh orang ramai, aktivis politik dan pucuk pimpinan parti-parti terutama komponen Barisan Alternatif.

Agenda telah terhampar luas di hadapan mata iaitu konsep dan pemahaman tentang apakah maknanya pilihanraya dalam konteks demokrasi yang wujud di Malaysia hari ini.

Untuk menilai konsep ini, maka para pemimpin politik, aktivis parti, aktivis sosial, intelektual rakyat dan orang ramai wajib melihat dan membaca kembali sejarah dan makna 'satu kepala satu undi.'

Dalam sistem demokrasi berparlimen tidak ada satu sistem yang lebih telus, adil dan baik untuk memilih kerajaan melainkan dengan cara membuang undi. Sistem ini telah, sedang dan akan terus dipakai di semua negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Dalam konsep demokrasi berparlimen, sistem pilihanrayalah yang terbaik dan idea ini tidak mungkin boleh dinafikan oleh golongan demokrat, orang komunis, orang agama, orang liberal ataupun oleh kumpulan anarcho-libertarian. Tetapi sebelum sistem pilihanraya ini diterima pakai sebagai sistem pemilihan kerajaan, wajib wujud beberapa ciri, syarat dan hukum-hukum yang akan membantu untuk melahirkan ketrampilan sistem ini.



Rukun pertama dalam pemilihan wakil rakyat dan ketua negara ialah: Pilihanraya wajib dikendalikan oleh badan bebas dan badan bukan dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Hanya dengan badan yang bebas barulah pilihanraya itu dilihat adil, telus dan boleh dipercayai.

Rukun pertama ini kelihatan tidak wujud di Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang dilihat sebagai 'budak suruhan' kepada parti yang memerintah. Bukti yang paling senang dilihat ialah penetapan tarikh pilihanraya. Tarikh ini seharusnya ditetapkan oleh SPR dan bukan oleh parti yang sedang memerintah. Penetapan tarikh pilihanraya oleh parti yang sedang berkuasa akan memberikan 'keuntungan' awal kepada parti tersebut.

Stesen TV, radio sendiri

Bukti kedua, dalam piliharaya umum 1999, jelas membuktikan bagaimana SPR telah menjadi alat kepada parti yang memerintah. Tiga tuntutan rakyat menjelang pilihanraya itu: Menghapuskan undi pos, menerima pemilih baru seramai 680,000 dan mencalit dakwat hitam di jari mereka yang telah mengundi - adalah tuntutan rakyat yang adil dan jujur. Tiga tuntutan ini bertujuan mengukuhkan lunas-lunas demokrasi, bukan untuk menggulingkan demokrasi.

Semua tuntutan ini boleh ditunaikan oleh SPR dengan senang jika lembaga ini sebuah badan yang bebas. Tetapi sayangnya, SPR bersilat lidah dan bordolak- dalik untuk tidak melakukan apa-apa terhadap tuntutan ini.

Rukun kedua dalam sistem pilihanraya 'satu kepala, satu undi' ialah keperluan mewujudkan ruang-ruang demokrasi. Ruang demokrasi bermakna orang ramai bebas berkumpul, berceramah dan berkempen. Ruang-ruang ini pula wajib disokong oleh lembaga media yang bebas - tetapi ia bukan pula bermakna Barisan Alternatif mahu liputan adil daripada Utusan Malaysia, RTM atau New Straits Times. Liputan media pro-Mahathir ini tidak lagi diperlukan kerana tidak lagi mempunyai apa-apa kewibawaan dan tidak dipercayai oleh orang ramai.

Apa yang BA perlukan ialah kebebasan untuk menjalankan jaringan media sendiri tanpa undang-undang yang menghalang dan menindas. Ini bermakna setiap parti politik boleh menerbitkan akhbar sendiri, boleh memiliki stesen radio sendiri atau mengendalikan stesen televisyen sendiri - selagi mereka ada kemampuan. Semua bentuk lesen yang bersangkutan dengan pengekangan media wajib dilihat sebagai antidemokrasi dan antipilihanraya.

Kenapa semakin ramai pengundi dan anak-anak muda yang bakal mengundi tidak lagi percaya kepada pilihanraya yang dikendalikan oleh lembaga SPR?

Jawapannya cukup senang: Pilihanraya hari ini tidak adil dan tidak bergerak atas lunas-lunas demokrasi.



Contohnya, pilihanraya untuk majlis perbandaran tempatan semenjak zaman awal kemerdekaan hingga ke tahun 1960-an tidak pernah dimenangi oleh Parti Perikatan yang memerintah. Akhirnya kerajaan Perikatan yang sentiasa kalah itu telah mengharamkam pilihanraya di peringkat majlis tempatan.

Sejarah penghapusan pilihanraya majlis tempatan adalah bukti terbaik bahawa jika pilihanraya itu boleh dimenangi oleh pihak lawan, maka pemilihan itu sendiri akan dhapuskan. Dalam wacana demokrasi dan pilihanraya, sejarah penghapusan majlis tempatan ini wajib terus dipaparkan kepada orang ramai sebagai ilmu politik dan kecacatan demokrasi di Malaysia.

Walaupun menghadapi pelbagai tekanan, beberapa parti politik yang menggunakan keadah 'satu undi, satu kepala' beberapa kali berjaya mara ke hadapan untuk mencabar dan menyingkir Perikatan (kini Barisan Nasional).

Diktator tumbang, demokrasi subur

Apabila kejayaan dicapai pencabarnya, Umno melalui lembaga SPR akan mewujudkan undang-undang baru untuk menyekat kemaraan tersebut. Suruhanjaya pilihanraya akan menggubal syarat-syarat, hukum, kawasan dan undang-undang baru untuk memastikan pilihanraya seterusnya akan terus di menangi oleh Barisan Nasional dan kemaraan parti lawan dapat ditumpaskan.

Sistem pilihanraya seperti yang wujud di Malaysia hari ini pernah berjalan di Iran di zaman pemerintahan diktator Shah, di Filipina di zaman diktator Marcos dan di Indonesia di zaman diktator Suharto. Akhirnya rakyat di negara-negara ini memilih jalan raya untuk menyelesaikan penindasan yang mereka hadapi sekian lama.

Bantahan atau demonstrasi adalah satu daripada lunas-lunas demokrasi berparlimen. Berdemonstrasi di jalan raya untuk menunjukkan bantahan atau sokongan merupakan sebahagian hak-hak rakyat negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak berdemonstrasi juga diiktiraf oleh piagam hak asasi manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Masyarakat dunia hari ini melihat kegiatan berdemonstrasi sebagai asas perjalanan demokrasi yang sihat.



Jadi tidak timbul isu sama ada demonstrasi ini budaya Timur atau budaya Barat. Sama seperti elektrik yang berasal dari Amerika Syarikat, kereta yang berasal dari Britain, alkohol yang berasal dari Mesir atau almari yang berasal dari Portugal - objek-objek ini telah menjadi hak milik manusia sejagat.

Begitu juga budaya tunjuk perasaan - di London, New York, Moscow, Dubai, Baghdad, Nairobi, Santiago, Beijing atau di Kulim - hak berkumpul dan menunjukkan perasaan adalah hak asasi sejagat yang demokratik.

Sebagai contoh di Indonesia, para demokrat, anak muda, mahasiswa dan orang ramai telah bangun untuk menjatuhkan Suharto. Mereka berjuang di jalan raya kerana Suharto telah memperkayakan anak-beranak, kaum keluarga dan kroni-kronnya selama lebih 30 tahun.

Harta dan wang rakyat telah dirampok oleh anak-beranak Suharto. Rakyat bangun di jalan-jalan raya dengan kemarahan yang amat sangat. Tetapi tindakan ini bukan bermakna tidak ada pilihanraya di Indonesia.

Pilihanraya memang dijalankan di Indonesia. Tetapi ketika pentadbiran Suharto, pilihanraya demi pilihanraya diadakan, hanya parti Golkar (ketuanya Suharto) berjaya memenanginya. Untuk mencapai kemenangan ini, diktator Suharto melakukan pelbagai cara: menangkap pemimpin parti lawan, mengharamkam media bebas, menghalang parti lawan agar tidak berupaya menyusun gerakan, menghalang rakyat daripada berkumpul atau mengeluarkan pendapat.

Jurdil - jujur, telus, adil

Kemenangan Golkar secara terus-menerus sebelum ini telah dipastikan oleh lembaga suruhanjaya pilihanraya yang dilantik oleh Golkar dan Suharto sendiri.

Keadaan ini merangsang rakyat untuk menumpaskan Suharto melalui jalanraya dan bukan melalui pilihanraya.

Ini bukan pula bermakna para demokrat seperti Amien Rais, Gus Dur, Gunawan Mohamed, Megawati Sukarnoputri, Arief Budiman, anak-anak muda, mahasiswa dan orang ramai di Indonesia tidak menghormati pilihanraya.



Menjatuhkan Suharto melalui jalanraya itu adalah syarat utama untuk melahirkan sistem pilihanraya baru di Indonesia yang memakai prinsip 'jurdil' - jujur, telus dan adil.

Jelaslah di sini bahawa pilihan-jalan-raya yang diambil di Indonesia, di Iran atau di Filipina itu merupakan satu jalan demokratik untuk memperluaskan dan mengukuhkan lagi lunas-lunas demokrasi.

Demokrasi di sini bukan hanya bermakna membuang undi. Jangan salah anggap jika kita memiliki tayar bermakna kita sudah memiliki sebuah kereta. Untuk sebuah kereta meluncur maju, ia memerlukan lebih daripada sebuah tayar.

Selepas kejatuhan Suharto, selain pilihanraya yang 'jurdil', media bebas dibenarkan dan tiada lagi permit penerbitan yang menghalang. Parti-parti dibenarkan wujud dengan memakai apa-apa ideologi, bukan seperti sebelumnya parti baru dilarang dan parti sedia ada diwajibkan menganut Pancasila.

Penahanan Ezam Isnin lalu akan memperluaskan wacana mengenai dua pilihan yang sedang kita hadapi sekarang - sama ada 'pilihan-raya' atau 'pilihan-jalan-raya' (demonstrasi).

Soalan-soalan yang wajib ditimbulkan ialah: Apakah masuk akal sistem pilihanraya 'satu kepala, satu undi' yang wujud di Malaysia hari ini? Apakah kita hanya boleh menentang kezaliman dan penindasan lima tahun sekali sahaja walhal kezaliman itu berlaku setiap detik?

Apakah masuk akal bahawa kita hanya boleh menegakkan keadilan lima tahun sekali sahaja - dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 5.30 petang (kerana inilah masa yang ditentukan oleh SPR untuk membuang undi)?

Dan selama 4 tahun 364 hari kita harus taat setia tunduk merelakan kepala kita digodam, diinjak, ditindas dan ditipu oleh penguasa?

Kezaliman dan penindasan di Malaysia berlaku setiap saat. Maka terpulangkan kepada kita sebagai rakyat biasa untuk membuat perhitungan: 'pilihan-raya' atau 'pilihan-jalan-raya.'(TT)









RADIO BANGSAR UTAMA
layari radio bangsar utama
radio internet ulung
radio internet berani melawan
radio unternet yang menyokong politik jalan raya

hanya dari radio bangsar utama
pendengar dapat mendengar suara melawan




PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA




SILA CAM DAN KENALI GAMBAR MUKA INI






MEMINTA BANTUAN ORANG RAMAI


dibawah ini adalah gambar muka muka
orang yang dipercayai telah mengganas
ketika duduk bantah 28 april yang lalu

orang ramai diminta camkan muka-muka ini
perhatian betul betul
perhatikan dengan baik baik
kenali betul betul
muka siapa dalam gambar ini

orang awam dinasehatkan berjaga jaga
tuan empunaya muka muka ini dikatakan bersenjata
dan berkemungkinan memngganas lagi

sila kenali mereka
cari dan kenali alamat mereka
dan hantarkan maklumat ini
ke :

email : adu@anakmudamalaysia.com

website : www.anakmudamalaysia.com

sms : 018-923-50-83

segala kerjasama dari orang ramai
di ucapkan terima kaseh


LAYARI RADIO BANGSAR UTAMA SEKARANG



MALAM INI JAM 9.00
radio bangsar utama juga
akan bersama sama orang awam
untuk mengenal pasti muka muka
yang tertera di atas

hanya radio bangsar utama
yang berani melaporkan
keganasan polis keatas para demonstran

hanya radio bangsar utama yang
menemu bual mangsa keganasan polis

hanya radio bangsar utama
yang menemu bual wartawan
magsa kegasnasan polis

hanya radio bangsar utama yang
menenemu bual peguam yang
membantu mangsa keganasan polis

radi bangsar utama
akan menemu bual adam adli

radio bangsar utama
laporan jelas - berani langgar!


BERITA DARI FACE BOOK - ROSMAH DAN ISTERI TAK DAPAT SAMBUTAN





SEDIH HANYA KERUSI YANG DATANG








DARI FACE BOOK BEBAN NEGARA

Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri!

Dengan pendedahan ini berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia di Taman Gelora baru-baru ini, maka ramailah yang menuduh kenyataan ini hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya.

Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan. Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih.

Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, dapat kita membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahang seantero dunia untuk menilainya.




PELAYAR RADIO TUKAR TIUB MAKIN BERTAMBAH







MALAM INI JAMK 9.00

malam ini jam 9.00 siaran langsung
malam ini rabu akan menemui bual adam adli

adam adli aktivis anak muda
adam adli aktivis pelajar
adam adli pentibai najib

hanya radio bangsar utama yang berani melawan
hanya radio bangsar utama yang melawan gerombolan

radio bangsar utama - laporn jelas - berani langgar

MAJLIS FAK WA BER ZAKAR LAGI




MAJLIS FAK WA KAH KAH KAH





HORMATI PATUHI KEPUTUSAN MAJLIS FATWA MENGENAI DEMONSTRASI - berita hairan

KUALA TERENGGANU: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetuskan huru-hara perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom, berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh mereka yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan setiap keputusan dibuat tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

"Majlis fatwa sudah putuskan (haram menyertai demonstrasi yang mencetuskan huru-hara). Jadi, kita serahkan kepada Majlis fatwa kerana ia (jawatankuasa) dilantik oleh raja-raja," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... PERGI LANCHOW LAAAA.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MAJLIS FAK WA.... kah kah kah...

woit... BER MU ZAKAR PANJANG KE?... kah kah kah..

kah kah kah... ATAU BER MU ZAKAR PENDEK?.... kah kah kah...

woit...APA HUKUMNYA PAKAI DUIT ZAKAT UNTUK KES MAHKAMAH?... kah kah kah..

kah kah kah.... BILA NAK BERZAKAR LAGI?.... kah kah kah..

woit..KELUARKAN FAK WA...RASUAH ITU HALAL.... kah kah kah...

kah kah kah..KELUARKAN FAK WA...BUNUH ALTANTUYA ITU WAJIB.... kah kah kah


NOTA:
raja gopal dengan agama islam
samalah macam vincent tan jadi imam



sila layari radio bangsar utama:




NOTA:
jam 9.00 malam ini
radio bangsar utama
akan temu bual dengan adam adli
sila layari radio bangsar utama sekarang



DAKWA POLIS YANG GANAS





SIAPA KENAL PENJENAYAH INI?








SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)
DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA BERSIH 3.0

SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :

1. PDRM tampil memberikan penjelas mengenai

a. kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.

b. bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2. PDRM harus melakukan siasatan

a. Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3. Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :

a. Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.

b. Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.

c. Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain

d. Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.

e. Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.

f. Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.

g. Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.

h. Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.

i. Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.

j. Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4. Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.

a. Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.

b. Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.

c. Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.

d. Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mopbilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.com
website : www.anakmudamalaysia.com
blog : http://chegubard.blogspot.com

Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group


MALAM ESOK JAM 9.00 MALAM RADIO BANGSAR UTAMA

radio bangsar utama akan temubual
dengan adam adli tentang gerakan pelajar
tentang perjuangan menentang hutang
dan keterlibatan anak muda dalm bersih 3.0