Rabu, 21 Mac 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA





BERSIH SABTU 28 APRIL - BERSEDIA!





KE JALAN RAYA SEKALI LAGI

Menurut Najib, beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi(Malaysiakini)

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – (Malaysiakini).

Bila pilihan raya akan diadakan? Tidak berhenti-henti pertanyaan ini akan kita hadapi. Sebenarnya jawapan untuk soalan ini cukup senang. Pilihan raya ke 13 hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memenangkan United Malays National Organisation telah dipasang.

Mungkin ada para pembaca yang akan menganggap jawapan saya ini sebagai lawak. Sebenarnya ini bukan lawak. Ini hakikat. Malah inilah pekara yang mahu saya lontar dan jeritkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya ingin melontarkan pandangan tentang pilihan raya dan bagaimana gerombolan United Malays National Organisation merancang untuk memastikan kemenangan.

Biar saya bawa para pembaca ke alam pencerahan untuk memahami politik dan politik terkini tanah air kita. Sayugia saya ingatkan sekali lagi kepada semua pembaca bahawa penyokong, pengundi dan kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan bangun melawan parti United Malays National Organisation dalam PRU13 ini.

Kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan melawan parti Ketuanan Melayu ini. Jangan kita silap baca. Jangan silap hitung. Jangan silap analisa. Jika kita silap congak maka jawapanya pasti salah. Jawapan yang salah akan membawa kepada kegagalan.

Adalah saya maklumkan disini bahawa parti United Malays National Ogansiation itu telah lama wafat. Wafat ertinya mati. United Malays National Organisation ini telah lama mati. Yang tinggal hanya tunggul-tunggul. Kalau yang tinggal hanya tunggul maka siapa sebenarnya yang ditentang dan dilawan oleh kaum kerabat dan penyokong Pakatan Rakyat.

Biar saya terangkan disini bahawa yang sedang dilawan dan cuba dikalahkan oleh kaum kerabat Pakatan Rakyat ialah struktur dan sistem daulah yang telah diwujudkan oleh British. Sebelum berundur pada tahun 1957 dahulu British telah menyediakan struktur-struktur atau jentera-jentera daulah.



Struktur daulah ini pula disokong kuat oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya struktur, sistem dan jentera daulah ini hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi British tetapi satelah lebih dari 50 tahun ianya telah berubah bentuk. Pelbagai penyesesuaian dan penambahan telah dilakukan. Tetapi asas induknya masih sama dengan apa yang telah dilakar oleh penjajah British 50 tahun dahulu.

Biar saya jelaskan apa makna sistem dan struktur ini. Mengetahui apa itu sistem dan apa itu struktur bermakna kita memahami dan sedar apa yang kita lawan. Pemahaman ini amat penting kerana sebelum turun bertempur kita wajib mengetahui siapa musuh kita. Tanpa mengetahui musuh yang sebenarnya ada kemungkian kita akan tertikam sahabat dan kawan atau juga berkemungkinan tertikam kaki sendiri.

Dalam perkataan yang senang Pakatan Rakyat bukan melawan United Malays National Organisation sahaja tetapi melawan jentera dan lembaga-lembaga daulah seperti: Kumpulan Utusan, Media Prima, Polis Cawagan Khas, Ketua Polis Negara, Badan Kehakiman, Kemas, BTN, Jakim, Para Mufti, JKK, Pegawai Tinggi Kementerian, MCMC, AUKU, OSA, EO termasuk PLKN.

Yang tertulis di atas hanya sebahagian lembaga-lembaga yang diketahui umum. Sebenarnya ada beribu-ribu macam badan dan persatuan yang akan disokong dan dipilihara oleh polis dan badan kehakiman. Jentera daulah ini memastikan United Malays National Organistaion akan terus selamat. Tidak percaya?



Kalau tak percaya sila tanya kenapa penyerang dan pengganas di Ceramah Jalan Kebun tidak didakwa? Kenapa penyerang wartawan yang telah mendapat 8 jahitan luka di kepala ketika membuat laporan Anti Lyanas di Pulau Pinang tidak di dakwa? Atau kenapa Mamat yang memecahkan kereta Anwar Ibrahim tidak ditangkap. Atau kenapa Mamat yang hendak menumbok Nurul Izzah tidak di dakwa?

Para pembaca sekelian pun tahu bahawa nama-nama orang jahat ini diketahui umum. Gambar dan rupa orang jahat ini amat jelas tersebar luas dalam alam maya. Tetapi tidak ada tindakan. Justeru inilah bukti bahawa kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan hanya melawan gerombolan United Malays National Organisation tetapi melawan jentera daulah yang menjadi benteng.

Lembaga dan jentera daulah adalh tembok pertahanan yang berkait rapat dan akan bekerjasama pula dengan lembaga Agama dan lembaga Raja–Raja Melayu. Ertinya kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh United Malays National Organisation boleh dihalalkan oleh lembaga Agama dan Raja-Raja Melayu.

Jika pembaca telah memahami setakat ini maka saya ingin membawa pembaca menyedari bahawa pelbagai rancangan sulit telah, sedang dan akan diatur untuk memastikan gerombolan United Malays National Organsiation akan menang di PRU13 nanti.

Mungkin ada yang terperanjat apabila membaca berita bagaimana nama MB Selangor – Khalid Ibrahim - telah beralih dari mengundi di Petaling Jaya ke Lembah Pantai. Saya tidak terperanjat. Apa yang amat memerajatkan saya ialah adanya pemimpin Pakatan Rakyat yang terperanjat dan tidak sedar tentang ajenda penipuan ini.


Mustahil untuk saya terperanjat kerana saya amat sedar bahawa Suruhajaya Pilihan Raya ( SPR) adalah sebahagian dari struktur dan jentera daulah. SPR ini sedang bekerja keras untuk memastikan gerombolan United Malays National Organisation menang dan terus berkuasa.

Isu nama beralih ini bukan satu yang pelik. Ianya menjadi berita kerana namanya Tan Seri yang juga seorang Menteri Besar. Berpuluh ribu - Dolah bin Sudin dan Jamilah binte Maarof - penyokong dan kaum kerabat Pakatan Rakyat yang tempat mengundi mereka telah diubah tanpa kebenartan dan pengetahuan mereka. Dolah dan Jamilah ini tidak menjadi berita kerana mereka bukan Tan Seri dan bukan MB.

Selain dari mengalihkan tempat mengundi tanpa pengetahuan Si Pengundi - SPR juga sedang menghilangkan nama-nama pengundi. Ini Juga adalah sebahagian dari taktik SPR untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.

Parti yang mahu menang dan berkuasa wajib ramai pengundi. Pengundi baru wajib didaftar. Tentang pekara ini warga Sabah memahami dengan jelas. United Malays National Organisation dapat terus berkuasa di Sabah mendaftarkan banyak pengundi baru i.e pendatang haram telah didaftar dengan banyak untuk mengundi Barisan Nasional.

Di Sabah isu pendatang haram ini sedang membakar semangat. Ini kerana tetiba warga asal Sabah kini menjadi telah menjadi minoriti di tanah air mereka sendiri.


Hari ini taktik memberi kad pengenalan kepada pendatang haram telah merebak ke Semenanjung. Justeru, umum mengetahui bagaimana usaha gigih tetapi sulit telah dijalankan untuk mendaftarkan pendatang asing. Warga asing telah diberi Kad Pengenalan. Warga asing ini akan dipastikan mengundi United Malays National Organisation dalam PRU13 nanti

Disini saya ingin memberi ingatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak ‘ besar kepala’ dan menipu diri sendiri. Disini saya berani meramalkan bahawa negeri Selangor akan dirampas kembali oleh United Malays National Organisation.

Saya berani mengeluarkan kenyatan ini kerana Daim Zainuddin seorang ‘taiko’ telah memberi amaran kepada Najib Razak. Jika Najib Razak gagal mengambil Selangor dan gagal mendapat kemenangan besar maka Najib akan di Dolah Badawikan. Ini bukan dari labon Lebai Desas bin Haji Desus. Ini wawancara Daim Zainuddin dalam akhbar China – Sin Chew Daily – dua minggu dahulu.

Semua yang saya tulis tentang lembaga daulah, tentang kerenah SPR, tentang pendatang asing sebagai pengundi bukan lagi rahsia. Ini telah terbukti. Ini telah diketahui oleh orang ramai.


Sayugia diingatkan kepada pemimpin dan aktivis Pakatan bahawa rakyat telah berpuluh kali membaca berita-berita penipuan SPR ini. Orang ramai telah membaca berita ini di Malaysia Kini, dalam Suara Keadilan, dalam Harakah dan dalam Roket. Orang ramai juga tahu tentang taktik dan cara yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation menang.

Lalu timbul persoalan yang hakiki: Apa langkah dan tindakan Pakatan Rakyat terhadap semua penipuan ini.

Pakatan Rakyat dan orang ramai tidak memiliki banyak pilihan. Malah kita tidak perlu membuang masa dengan menghantar memo, membuat sidang akhbar atau menimbulkan pekara ini d Parlimen. Semua ini sebenarnya telah dijalankan tetapi tidak berhasil.

Justeru satu lagi demonstrasi besar-besaran wajib diadakan. Rakyat wajib diajak kembali turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. Dengan jelas wajib diterangkan bahawa tujuan kita ke jalan raya ini ialah untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil dan telus.

SPR yang wujud hari ini tidak lagi dipercayai. Lembaga ini wujud sebagai pekakas United Malays National Organisation. Percaya dengan SPR samalah seperti kita percaya yang Rahim Tambi Chik boleh menjadi guru tadika. Meminta SPR menjalankan PRU13 dengan adil samalah saperti meminta Raja Bersiong menjaga Bank Darah.

Masa mendengar, membaca berita dan berlabon tentang penipuan pilihan raya wajib ditamatkan sekarang. Masanya telah sampai untuk bergerak. Kita ke jalan raya dahulu sebelum kita ke pilihan raya. Hanya jalan raya yang akan menggagalkan tipu helah gerombolan United Malays National Organisation untuk terus berkuasa.(TT)



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45








ANAK MUDA BERSEDIA - SABTU 28 APRIL DATARAN MERDEKA




TUNTUTAN ANAK MUDA






SIVARASA GESA PSC SIASAT PEMINDAHAN PENGUNDI SECARA HARAM – keadilan daily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: KEADILAN mendesak Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihanraya menyiasat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung pemindahan kawasan mengundi Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tanpa pengetahuannya.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan SPR bertentangan dengan Akta Pilihanraya 1958 yang melakukan persempadanan semula sebelum tempoh yang ditetapkan.

“Suruhanjaya tidak dibenarkan mengubah sempadan bagi negeri dan Parlimen melainkan dilakukan persempadanan semula selaras Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan dilaksanakan lapan tahun sekali.

“Dalam tempoh lapan tahun pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi sempadan kawasan negeri atau Parlimen seperti terjadi kepada Menteri Besar Selangor,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Kawasan mengundi Abdul Khalid Ibrahim ditukar tanpa pengetahuannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAh

woit...CAKAP PADA SIVARASA JANGAN BUAT KERJA BODOH.... kah kah kah..

kah kah kah..NAK SIASAT BUAT APA?.... kah kah kah..

kah kah kah...MINTA PENYAMUN TANGKAP PENCURI... kah kah kah..

kah kah kah...MINTA PEROMPAK SIASAT KES PECAH RUMAH.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK TIPU DIRI SENDIRI..TERUSKAN.... kah kah kah..

woit... TAPI... JANGAN TIPU RAKYAT...kah kah kah...

woit... RAKYAT NAK TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah






NOTA:
semua dimita bersedia
sabtu 28 april
sila nantikan pengumuman resmi!

SELAMAT TAHUN BARU - SELAMAT MENYAMBUT NOWRUZ



MERAYAKAN KESAMPIAN MATAHARI













EID-EH SHOMA MOBARAK

Nowrūz (Persian: نوروز‎, IPA: [nouˈɾuːz], ertinya tahun baru. Ini kalender Parsi. Hati ini dianggap Hari Tahun Baru untuk Iran.

Nowruz juga di sambut in Asia Tengah, Pakistan, Afghanistan, China dan di Balkan.

Nowruz ialah permulaan musim bunga untuk Iran dan wilayah disekelilingnya. Nowruz menyambut kedatangan cahaya matahari yang selama ini hilang dimusim salju.

Pada 21 March ini adalah hari cuti umum semenjak zaman berzaman. Dari zaman Zoroastrian lagi warga Parsi telah menyambut kedatangan Nowruz - kedatangan cahaya mata hari.

Hari ini - 21 March - disambut kerana malam dan siang jumlah waktunya sama.

Marilah kita sama menyambut dan merayakan Nowruz. Marilah kita merayakan cahaya yang membawa pencerahan.

Dihari ini jiran dan kaum keluarga akan dihidangkan dengan makanan yang enak-enak

Hari ini juga kaam keluarga - Minah dan mamat akan menghadiahkan sesama sendiri benih-benih gandum atau benih padi yang telah mula bercambah.

Hadiah ini adalah tanda kegembiraan untuk menyambut kesampaian musim bunga.

Hadiah ini juga sebagai tanda menyambut matahari yang akan bersinar untuk menghidupkan bumi ini.


BERTERIMA KASEH KEPADA MATAHARI




NOTA:
ini samlah
macam 14 febuari
sambutan hari valentine
kah kah kah


GUGURNYA INSAN YANG BAIK - AL- FATIHAH




AL-FATIHAH DARI PEMBACA TT




DARI FACEBOOK CHIN HUAT WONG

via Peter Chew Klg: "【Update on 10.25pm: Timur Laut Deputy OCPD of Penang Police Contingent Supt Ahmad Bakhtiar Kassim(pic, second from left), passed away after having heart attack during a badminton game this evening. He was trying to stop the assailants from distrupting the public during anti Lynas rally in Esplanade, Penang on 26th Feb 2012. He didn't wear police uniform when performing his duty to protect the people. He died at the age of 54." Al-Fatihah.

PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOKRASI





PENCERAHAN FIKRAH PEMBACA



Salam, Kepada para penggemar TT dan isu2 tulisan beliau yg kritikal..saya juga salah seorang peminat tegar TT sehinggakan selepas bersiap utk pergi kerja TT yg saya buka dahulu. Tuan TT berhak memberi ulasan serta komen beliau kerna mungkin dia ada agenda sendiri yg beliau dan ALLAH swt shj yg tahu niatnya. Lgpun ini kan blog beliau. cumanya kita sbg pembaca Tegar atau tidak..perlu bertanggung jawap dgn isu TT dan sedar bahawa kita akan di pertanggungjawapkan dgn komen kita.

Saya ada di bumi ini kerna dikehendaki oleh ALLAH untuk beribadat kpd NYA. Suka atau tidak saya WAJIB taat kpdnya dan peraturan NYA..FAILING which..saya adalah KUFUR kepada ALLAH serta NiKMAT yg tidak terbalas walau apa kebaikan yg saya perbuat kpd diri sendiri..org lain..semut..ikan lumba2..lembu yg di sembelih atau di pancung..dugong..flora..dan segala bentuk nafsu kita semua!

Saya tidak MAKSUM seperti Rasulullah..(s.a.w) terkadang cuai dan alpa dlm perintah ALLAH dan insha'ALLAH sering memohon AMPUN dari NYA! kerana alam ini bukan diciptakan oleh makhluk yg saya dan anda semua boleh nampak..di sentuh atau teori yg separa bongok ciptaan manusia ini! MAKA kalau syaitan itu di LAKNAT kerna enggan tunduk kpd Nabi ADAM..apakah kita lebih baik kerna kita adalah terang terangan KUFUR pada ALLAH yg mencipta segala sesuatu di dunia ini. -kranken_kopf-
By Anonymous on PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOPKRASI on 3/20/12





aku dah kata hishamudin rais @ tukar tiub dan sekutu-sekutunya adalah ejen komunis, diaorang ni hentam umno-bn cuma nak tarik perhatian orang kemudian secara halus menyebarkan dakyah komunis,marxis,sosialis serta atheist(tak percaya agama dan tuhan),

aku pelik hishamudin rais ni dah dapat suaka politik dari kerajaan Belgium dan hidup senang kat Eropah kenapa nak balik semula ke Malaysia mesti ada udang disebalik mi, pembaca tukar tiub yang budiman fikirlah apa hala tuju blog
By pro rakyat on LAGI PENCERAHAN DARI PEMBACA UNTUK PEMBACA on 3/20/12



BERITA TEPAT LAGI SAHEH




YAHUDI DARI ISRAEL BERDEMO





RAKYAT ASING SERTAI DEMO PENGERANG DAKWA AZALINA
- mkini

Anggota parlimen Pengerang Azalina Othman hari ini mendakwa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia Petronas di tempatnya disertai rakyat negara asing.

Bekas menteri perlancongan itu berkata, setelah membawa laporan di Internet berhubung peristiwa itu, belia turun menyaksikan tetapi mendapati tiada rakyat tempatan terlibat.

Dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Azalina berkata, perkara itu dapat dikesan melalui kereta yang menggunakan nombor pendaftaran negara asing.

Tanpa mahu menamakan negara itu, anggota parlimen BN itu berkata ia daripada negara jiran.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..MEMANAG BETUL APA KATA PURTAN INI.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG ORANG LUAR DATANG BERDEMO.... kah kah ka..

kah kah kah...ADA YAHUDI DARI ISRAEL.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA MAT SALEH DARI AMERIKA..... kah kah kah..

kah kah kah..YAHUDI DARI ISRAEL DATANG NAK BAGI DUIT.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT SALEH DARI AMERIKA... NAK AJAR RAKYAT TUMBANGKAN KERAJAAN....kah kah kah...

NOTA:
apakah dia yang dipanggil purtan





BOIKOT JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN






KENYATAAN MEDIA
20 Mac 2012

KENYATAAN MEDIA MEMAKLUMKAN YB KETUA PEMBANGKANG ANWAR IBRAHIM [PERMATANG PAUH] DAN YB LIM KIT SIANG [IPOH TIMUR] TIDAK AKAN MENGHADIRI JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN YANG AKAN BERSIDANG RABU 21HB MAC 2012

Sejajar dengan pendirian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi menolak usul kerajaan mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant dalam Dewan Rakyat pada 20hb Mac 2012, makanya YB Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] dan YB Lim Kit Siang [Ipoh Timur] tidak akan menghadiri Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang bersidang pada hari Rabu 21 Mac 2012.

Berikutan itu tiga anggota daripada Pembangkang tidak akan diaju dan dinamakan untuk menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.


ABD MALEK BIN HUSSIN
Penyelaras Hal Ehwal Parlimen
Pejabat Ketua Pembangkang