Khamis, 1 Mac 2012

ZIONIS JENIS EEE




SEMBAH YA AMPOOON!






NOTA:

dalam senyap senyap
rupa rupa eee ini
telah berhubung dengan zionis
ini untuk memastikan eee ini selamat

ingat tak?
mahfuz kena tangkap
salehuddin ayub kena tangkap
pak cik amajal kena tangkap

kenapa mereka di tangkap?

kerana madey buat kerenah
bawa zionis main cricket di kuaala lumpur


NOTA:
lepas ini tanya pula
perjanjian rahsia
antara malaysia dengan amerika
ini dibuat masa madey jadi pm

apa isi penjanjian ini?


PENDEDAHAN SURAT MAHATHIR KEPADA PM ISRAEL

Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada 3 Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.

Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.

Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

Sikap ini diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka. Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin. Ini membuktikan kerajaan UMNO-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan KEADILAN selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. KEADILAN akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT



BERRAPA SEKILO HASAN ALI JUAL?



NOTA:

tidak lama lagi akan ada
syarikat untuk:

ambil upah sembahyang
ambil upah puasa
ambil upah zakat
ambil ucap buat kebajikan

bila melanggan semua ini
upah mengucap akn diberi percuma!

sila ambil perhatian






PENCERAHAN PEMBACA

Saya seorang penganggur. Sudah 5 tahun menganggur dan sekarang terpaksa bawa isteri dan anak menumpang di rumah mertua. Sangat memalukan. Jadi jika ada sesiapa yang nak menjual agama, saya tak mampu nak beli. Apa yang saya perlukan ialah pekerjaan untuk menyara anak isteri.

Kalau ada orang Kristian atau Hindu atau Buddha atau atheist yang nak menderma wang kepada saya atau membantu saya, saya akan ambil wang itu dan menerima bantuan mereka.

Saya tak hirau apa yang Harussani atau Hassan Ali atau Ibrahim Ali nak cakap. Mereka ini semua cakap banyak! Sekejap nak jaga Islam lah...nak jaga Melayu lah....nak jaga Raja lah.... ARRRRGHHHHH! BOLEH PERGI BELAH LAH! RAJA DAH KAYA RAYA! BUAT APA NAK JAGA MEREKA????!!! BANGANG BETUL BETUL BANGANG SI HASSAN ALI & HARRUSANI NI!!!! MENGAPA TAK NAK JAGA ORANG MISKIN MACAM SAYA?????

Yang penting bagi orang miskin macam saya ialah bagaimana nak pelihara anak bini di rumah. Kalau nak cakap pasal akhirat, kita boleh bincang besok. Yang paling penting bagi saya ialah MASA SEKARANG!!!!!
By Lelaki Miskin on JUAL AGAMA - SDATU PERNIAGAAN PALING TUA on 2/25/12


NOTA:
penjual agama
sedang ke hulu ke hilir
dengan road show
mencari pelanggan
menakut nakut kan orang ramai
berwaspada
kah kah kah



PAS HILANG IDENTITI AKIBAT PARASIT: HASAN ALI – Mstar

KOTA BAHARU: Hasan Ali mendakwa PAS sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam Rabu.

Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.
Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu. - TIEWNAMA


PEREMPUAN AKAN BERDEMO




MI SPIK SHEET SHEEET SHEEEEET











PERKASA ANCAM BOIKOT STAR GANTUNG EDITOR
- mkini

Pertubuhan pro-Melayu PERKASA mengancam untuk menjalankan kempen boikot ke atas akhbar bahasa Inggeris milik MCA, The Star sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas akhbar berkenaan atas dakwaan menghina Islam.

Ketua pergerakan pemudanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, PERKASA akan mengadakan program jelajah untuk memboikot akhbar tersebut sekiranya tindakan itu tidak dijalankan Kementerian Dalam Negeri.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... HANYA SATU SOALAN.... kah kah kah..

kah kah kah... AHLI PERKASA INI BOLEH KE BACA DALAM BAHASA MAT SALLEH?.... kah kah kah..

kah kah kah.. FAHAM KAH MEREKA BAHASA INGGERIS?..... kah kah kah..

woit...I REST MY CASE MY LORD.... kah kah kah








SATU KES GAGALIST - JANTAN LOOOOSER





NOTA:

kalau bini minta cerai
ini tanda jantan loooser
kah kah kah



JANTAN LOOOOOOSER PUKUL BINI!




ISTERI DIKAIT KHALWAT DALAM PROSES CERAI - meloya


KUANTAN 29 Feb. - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut jurucakap mahkamah, sebutan pertama kes berkenaan telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus di dalam kamarnya Isnin lalu sebelum wanita itu memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan berhubung kes khalwat dengan pemimpin PKR berkenaan.

''Permohonan dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Darul Makmur," kata jurucakap itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...DAH NAK MINTA CERAI JANUARI DULU...kah kah kah

woit... INI RUPA RUPANYA KES INI....BARU JELAS... kah kah kah...

kah kah kah..BETUL LAA KATA KATA USTAZ BADRUL...PEREMPUAN INI MINTA TOLONG...kah jkah kah...

kah kah kah...SAHEH SUAMI INI JANTAN GAGALIST.... kah kah kah..

woit..CIRI GAGALIST IALAH .BILA ORANG PEEMPUAN TAK NAK ...DIA BUAT ONAR...kah kah kah

woit.... JANGAN BUSUKKAN ORANG LAIN...kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN LAAA PERANGKAP ORANG LAIN...kah jkah kah..


NOTA:
ustaz badrul
sila mulakan saman
ketua jabatan agama pahang



SOKONG TURUN BERDEMO




JANGAN LUPA SIAPA BUNUH ALTANTUYA




SILA INGATKAN KAPAL SELAM INI




TENTERA DARAT JALANI PROSES MODENISASI - berita hairan

KUALA LUMPUR: Tentera Darat dalam memperkasakan pertahanan negara kini melalui proses modenisasi dalam aspek sumber manusia dan kelengkapan persenjataan dengan peruntukan RM7.5 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata proses modenisasi itu bertujuan menambah keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pertahanan negara dan menjaga kepentingan ekonomi serta keselamatan negara.

Katanya, selain daripada perolehan aset moden terkini, tentera juga sedang memajukan sumber modal insan anggotanya dengan menggalakkan penambahan ilmu serta pengambilan graduan yang mempunyai informasi terkini.

“Sekarang ini (sebagai mencapai rancangan itu) kita tidak kurang sumber tenaga kerja yang dapat memahami sistem, aplikasi dan sebagainya (dalam aspek persenjataan tentera moden).


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah

woit... TUAN JENERAL... RAKYAT YAKIN AKAN TENTERA...kah jkah kah..

kah kah kah...JANGAN RISAU...kah kah kah..

kah kah kah...HANYA RAKYAT TAK YAKIN.... PADA MAT MONGOL DAN BIK MAMA....kah kah kah..

kah kah kah...HANYA RAKYAT TAK YAKIN... INI PROJEK BELI SENJATA UNTUK REMBAT DUIT...kah kah kah...

kah kah kah... RAKYAT FAHAM ..BELI SENJATA INI SEBAGAI CARA REMBAT DUIT...kah kah kah...

kah kah kah...TAK KAN RAKYAT LUPA...BELI KAPAL SELAM...kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN RAKYAT LUPA BELI... JET SUKHOI DARI RUSIA.... kah kah kah..

woit...MODENISASI INI JADI MOH DEN NAK KASI.... kah kah kah

kah kah kah...MOH DEN NAK KASI KRONI DEN... kah kah kah


PEREMPUAN AKAN BERDEMO PULAK!



LEMBU BUKAK SUPERMARKET DI SINGAPURA







SKANDAL NFC:KENYATAAN NFC MEMPERTAHANKAN OPERASI PERNIAGAAN DI SINGAPURA TIDAK MASUK AKAL

Saya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk “NFCorp Justifies Its Expansion Into Singapore” bertarikh 1 Mac 2012.

Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta. Beliau memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.

Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta.

Berdasarkan sumber rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di laman web dan sasaran pengeluaran daging yang ditetapkan kepada NFC, perbandingan berikut boleh dibuat:


Sasaran Rasmi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pencapaian NFC
(2008 hingga 2010)


Output pengeluaran daging mentah menjelang 2009
50,000 tan setahun

Purata 400 tan setahun (berdasarkan purata 1,914 sembelihan setiap tahun, berat bersih daging 200 kg setiap sembelihan)


Peratusan pencapaian berbanding sasaran yang ditetapkan
-
0.8%

Jumlah lembu yang perlu disembelih oleh NFC untuk memenuhi sasaran 40% permintaan daging tempatan
800 ekor sehari
(berdasarkan berat bersih daging 200 kg setiap seekor lembu, 300 hari operasi setiap tahun)


Purata 6 ekor sehari

Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian NFC setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi.

NFC tidak ada hak untuk bercakap mengenai pasaran baru diluar negara selagi ia tidak memenuhi sasaran 40% permintaan tempatan kerana itulah tujuannya NFC ditubuhkan. Malah, kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia.

Saya masih menunggu kenyataan rasmi dari NFC dan kerajaan untuk menjawab kenapa sejumlah wang rakyat dibenarkan dilaburkan dalam aktiviti perniagaan di luar negara yang tidak ada kena mengena dengan tujuan pembiayaan RM250 juta diluluskan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 MAC 2012




TEATER JALANAN DI KUANTAN - TEATER BUKAN TEATER



NOTA:


lihat kumpulan teater bukan teater
sedang memainkan teater jalanan
teater jalanan adalah satu budaya baru

teater ini bukan teater bodek
teater ini bukan teater ampoo
teater ini teater melawan

teater jalanan adalah
sebahagian dari unsur politik
teater jalanan ialah teater agitprop

kembangkan teater jalanann ini sebagai satu budaya politik
sama saperti demonstrasi yantg kini telah menjadi budaya kita



ZIONIS TEMPATAN LEBIH BAHAYA DARI ZIONIS DI ISRAEL




SATU ISRAEL DENGAN APCO MALAYSIA




PENCERAHAN DARI PEMBACA

ramai yg terlepas pandang mengenai asal usul dan juga connection antara nabi muhammad saw dan nabi isa as. kedua-dua nabi ni asal dari nabi ibrahim as. selepas nabi ibrahim, semua nabi yang Allah utuskan adalah berasal dari keturunan nabi ibrahim as. secara ringkasnya, nabi ibrahim mempunyai dua isteri, isteri pertama melahirkan nabi ishak dan isteri kedua melahirkan nabi ismail.

dari nabi ishak dtg lah nabi isa dan dari nabi ismail dtg lah nabi muhammad saw. maknanya, semua adik beradik. saya bersetuju dgn tuan tt bahawa bangsa yahudi bukanlah bangsa yang patut disalahkan. ramai org yahudi yang beragama judaism menentang pembentukan negara israel. menurut mereka, pembentukan negara israel adalah menyalahi agama mereka. dan di palestine, sebelum tahun 1948, mmg org yahudi dan arab palestine telah hidup bersama tanpa apa-apa masalah.

di bandar jaffa umpamanya, telah wujud kerjasama ekonomi antara org2 arab palestine dan org2 yahudi. mereka mengeksport buah oren jaffa. jaffa ialah bandar yg terkemuka dan juga dikenali sebagai bandar yang memberikan kerja kepada org2 egypt dan mediteranean timur. sila tgk dokumentari pasa jaffa orange kalau nak tahu lebih lanjut. bukan bangsa yang patut di salahkan tetapi org yang membawa ideologi yang patut di salahkan. dan ideologi ini di bawa oleh sesiapa yang percaya kepada ideologi ini tak kira bangsa apa pun. kira macam agama jgklah..tak kira bangsa apa pun sebab agama adalah cara hidup.
By Anonymous on LAWAN ZIONIS TEMPATAN on 2/29/12



PROGRAM- PROGRAM MELAWAN BULAN INI




















NOTA:
demo orang kurang upaya
17 march ini
semua orang celik
semua yang sehat
di jemput datang sama








DEMO PEREMPUAN 18 MARCH