Selasa, 12 April 2011

CERITA CERITA DARI MIRI




DAYAK BANGUN MEMBERONTAK


Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Besih , baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai ‘melepas geram’. Cukup jelas watak kota sempadan ini.

Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Menginap disebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak- Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah anggkuh , gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang dirumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah ‘ China Kaya’. Jelas unsur politik Semenanjung disini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang dikiri dan apa yang dikanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku didalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah ! aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan ditepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap.Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang bayang sedang bertandak ditengah jalan.Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam.

Mata aku mencari arah musik. Wah ! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan:

Adik bergendang abang menari
Jangan lupa kepada kami
Bila PKR telah pergi
Adik tinggal seorang diri


Didalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri.Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

‘ Darik manak?’ perbualan kami yang terputus putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir.

‘ Apa Keadilan ini? ‘ soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang ‘ kawan saya main futsal’. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat dimata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggir kan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula . Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul iniah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya disinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal , aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku ditepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh ! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban disini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan.

Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh ! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini.

Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

‘Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban’ Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

‘Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami’ inilah kata kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat.Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

‘Ini kail.. tanda aku berani...’ Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat.Ini kesah Sarawak.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun dimana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani.(TT)

nota :
tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan khusus
untuk Sarawak yang sedang
dalam pasaran sekarang - sila pukul
talipon 03-22-72-40-45 untuk berlangan


BANGUNKAN NASIONALISMA DAYAK




LAWAN DAN LAWAN




DAYAK BANGUN BERONTAK

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan
mengundi PBB beerti mengundi Taib
mengundi SUPP beerti mengundi Taib
mengundi SPDP beerti mengundi Taib
mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib
kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

DAYAK BANGUN MEMBERONTAK




PADAN MUKA




DARI FACEBOOK ZUNR:

Najib terpaksa hentikan ucapan lebih awal di stadium tertutup MBKS semalam selepas orang ramai keluar stadium untuk berebut tupperware yg mengandungi makanan yg disediakan oleh BN. Ha, ha, ha Apara orang Sarawak niiii, lebih minat Tupperware dari PM

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



xxajma96a5sajh!!! kah kah kah

nota:
minta bik mama buat pole dance kah kah kah

TANDA TANDA DAN ALAMAT




PELIK TETAPI BENAR





HELIKOPTER TERHEMPAS LEPAS TURUNKAN ROMBONGAN TP
M - mikini

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu.

NOTA:
pelik tetapi benar
kenapa helikopter yang membawa
timbalan perdana menteri selalu nak jatuh?

adakah ini tanda tanda untuk beri tahu
kepad orang ramai bahawa : pakatan rakyat berkempen
naik kereta berjam jam
tetapi gerombolan datang dengan helikopter

DAYAK BANGUN MEMBERONTAK




BERITA DARI MIRI


rata rata dayak sedang bangun melawan
kiri dan kanan dayak sedang berontak
suasana sedang menyebelah pakatan
dimana mana pakatan sedang mendapat sambutan yang hangat

AWAS!


PERTAMA:
kerana tempat pengundian jauh maka
pekerja spr akan sampai awal ke willayah
pendalaman - mereka akan bermalam di rumah
panjang - mereka ini adalah orang iban yang murtad
malaoan ini akan berkempen secara senyap senyap pada malam
terakhir

KEDUA:
beer, whisky dan tuak akan datang
bertimbun timbun ke rumah panjang
warga akan berpesta - ini untuk melalaikan
warga yang mereka wajib mengundi
bila mabuk mereka gagal turun mengundi!

KETIGA:
agung akan bertukar tangan pada malam akhir
separuh kawasan hanya ada 7000 pengundi
ini amat senang untuk di bayar

NOTA:
apakah ombak dindraf ini dapat
diterjemahkan untuk menjadi undi?
ketika ini memang betul suhu kelihatan
mencanak menyokong pakqatan - kunci
kemenangan ialah di malam terakhir sebelum
membuang undi !!

KITA MAHU TAIB TERUS BERKUASA




DAYAK BANGUN BERONTAK






TAIB: SAYA AKAN BERUNDUR DALAM BEBERAPA TAHUN - mkini

Ketua Menteri, Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.

Ucapan itu disampai di depan Najib Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

NOTA:
suasana amat baik
kita wajib menyokong agar taib
akan terus berkuasa di sarawak
kita memerlukan taib untuk satu
penggal lagi - taib akan dijadikan
umpan untuk menaikkan kebencian
warga sarawak terhadap gerombolan

NOTA:
apabila najib mahu taib pergi
ertinya taib yang tidak pergi adalah
baik untuk kita - najib mahu selamatkan
gerombolan - kita mahu dayak bangun
melawan - suasana belum cukup ranum
kita perlukan taib untuk terus berkuasa

NOTA :
dayak sedang berontak tapi belum cukup lagi
banyaqk kawasan pendalaman masih ada dayak
yang boleh dibeli

NOTA:
kumpulkan pengalaman
tanya kenapa mat mongol mahu taib undur
ini samalah macam madey berundur
kalau madey tidak berundur pada pilihanraya 2004
telah lupus majoriti dua par tiga
pada tahun 2008 kita ke putrajaya

tetapi madey sedar lalu undur diri - hasilnya dolah
yg membawa undi terbanyak - satu sejarah -
untuk gerembnolan!

ini pelajaran untuk kita semua

NOTA:
jika taib pergi kemarahan warga sarawak
akan berkurang - rakyat sarawak akan merasa
ada perubahan - dan kita wajib menunggu 30 tahun lagi
sebelum satu lagi ombak dayak untuk berontak!!!