Rabu, 22 Disember 2010

CERITAA DAYAK LAGI



YA AMPOOOOON !!!





note:
the state of sarawak has declared election opps... sorry erection!!





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

BILA MALIKUL SEMBAB BERSABDA




SYUKUR! INI PM KITA



nota:
lihat mukanya
daging berlebihan
melilit kepala tanda
terbaik untuk jadi perdana menteri !



PROGRAM 100 HARI TAK TELITI
-berita hairan

Rakyat tidak patut terpengaruh janji pembangkang: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin berkata Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang sebagai janji jika berjaya menawan Putrajaya dilakukan tanpa penilaian teliti serta kesan jangka panjang kepada negara.

Sambil meminta rakyat tidak terpengaruh dengan janji itu, dia berkata, pembangkang berupaya mengemukakan janji itu kerana mereka tidak ada pengalaman mentadbir kerajaan Pusat dan tidak perlu menimbang sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya asalkan menang pilihan raya.

“Itu janjilah bulan, matahari, bintang dan gunung-ganang...tetapi pokoknya ini adalah soal negara dan kerajaan, kalau mereka hanya membuat tawaran (dan) tidak buat perkiraan betul, adakah kemampuan untuk melaksanakan, ini satu pembohongan besar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SIAPA BILANG TAK BAIK UNTUK JANGKA PANJANG APA?.... kah kah kah..

kah kah kah… APA PASAL MALIKUL KATA TAK BAIK?... kah kah kah..

kah kah kah… ORANG RAMAI SUKA HATI …. kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA GEMBIRA BILA MADEY, SAMY VELLU, RAZAK BAGINDA, NAJIB RAZAK, TAJUDDIN RAMLEE , MUSA HASSAN.. GHANI PATAIL… SEMUA MASUK JIL… kah kah kah…

woit… TAK PERCAYA… SILA TANYA…. ORANGCHINA SUKA… MELAYU SUKA… BAJAU SUKA.. ORANG INDIA SUKA…. kah kah kah….

kah kah kah… ORANG PENAN LAGI SUKA…. SAMPAI NAK SARAWAK NAK MERDEKA… kah kah kah

kah kah kah…. KHIR TOYO PUN SUKA…. kah kah kah…..

nota:
malikul sembab pun suka
kerana malikul ada pengalaman mentabir negara
hingga habis tanah di johor terlelong - akan dicadangakan:

DENGAN NIAT YANG AMAT TELILITI MALIKUL AKAN DI NOBATKAN :

agar malikul dilantik sebagai perdana menteri yang bertugas
siang dan malam pagi dan petang hujan dan panas
untul megawal, menyelia, melihat, membantu, mengukur jabatan jabatan
kerajaan yang bertaraf antara bangsa yang ditubuhkan diserata daerah dan mukim
yang menggunakan bahasa melayu dan jawa dimana pm ini akan diberi
tugas untuk membacakan berita di kaki lima hinngga rosak motor kapcai
yang ada jual rojak dengan london dan bank negara ketika mina dan sir david
melawat iran ketika banjir di kedah dan pembaziran bik mama kah kah kah…

besar and penting tugas tan seri muhyiddin yassin kah kah kah !!!


PILIHANRAYA ? NAK PILIH APA?




TUNGGU DAN LIHAT CARA TIPU BARU




PULAU PINANG TAK AKAN BUBAR DUN JIKA BN PANGGIL PRU TERGEMPAR - minsider

Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya akan mengadakan pilihan raya negeri sekitar tahun 2013, bukannya lebih awal meskipun pentadbiran Najib disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun depan.

Pentadbiran Pulau Pinang mahu menggunakan mandat yang ada dengan sepenuhnya untuk melaksanakan projek pembangunan fasa kedua dan menafikan kecaman pengkritik.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman berkata, pihaknya masih yakin akan melepasi cabaran jika pilihan raya umum negeri diadakan kemudian, berasingan daripada pilihan raya nasional, walaupun ada pengkritik beranggapan langkah sedemikian tidak wajar dan boleh memerangkap mereka.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

“Buat masa ini kami mengatakan bahawa kami tidak akan memanggil pilihan raya negeri seiring dengan pilihan raya umum (nasional).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ZAMAN GEROMBOLAN AJAK MAIN GULI… KITA MAIN GULI SUDAH TAMAT…. kah kah kah..

kah kah kah…. ZAMAN GEROMBOLAN KETUK GENDANG KITA BERJOGET… SUDAH KHATAM…. kah kah kah..

kah kah kah…. KITA AJAK GEROMBOLAN MAIN KONDI KONDI…. kah kah kah..

kah kah kah… KITA AJAK GEROMBOLAN MAIN DEMO DEMO… kah kah kah..

kah kah kah…. GEROMBOLAN AKAN TIPU UNDI…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK CAYA NANTI DAN TUNGGU…. kah kah kah….

nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia
kah kah kah

KEKALAHAN JADIKAN KEMENANGAN




BERFIKIR MELAWAN !



POLITIK DAN PEMIKIRAN STRATEJIK


Ketahui diri mu
Ketahui musuh mu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan
(petikan dari buku Seni Perang oleh Sun Tzu )

Untuk mengambil alih kuasa bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah telah menunjukkan tentang satu gerakan Pak Tani berbaju hitam - yang sering diperlekeh oleh media Barat – tetapi telah berjaya mengalahkan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 2006 satu lagi kuasa bala tentera yang tercanggih dan terkuat di Timur Tengah telah dialahkan oleh anak anak muda dan Pak-Pak Lebai yang bergerila di Selatan Lebanon.

Apa yang ada pada Vietcong? Apa yang ada pada gerakan Hezbollah di Lebanon? Apa kekuatan mereka? Kalau dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa politik mereka bergerak melalui pemikiran stratejik.

Jangan silap anggap. Pemikiran stratejik ini bukan hanya bersabit dengan perang atau kuasa politik. Hukum dan syarat pemikiran stratejik yang sama boleh diguna pakai dalam hal perniagaan dan jual beli. Malah dalam semua hal kehidupan harian, kita memerlukan pemikiran stratejik.

Justeru , jika ada sesiapa yang berahi untuk mengambil alih kerajaan - keberahian sahaja tidak mencukupi. Kudrat dan tenaga kerbau tidak diperlukan sepanjang masa. Apa yang diperlukan ialah taktik dan strateji. Apa yang diperlukan ialah pemikiran stratejik. Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik memerlukan lebih dari jeritan – Reformasi atau takbir!

Dalam usaha gigih sebuah gerakan atau sebuah parti politik untuk mengambil alih kuasa ianya memerlukan garis politik yang tepat. Semua perjuangan memerlukan sahabat dan kawan. Ada sahabat berjangka pendek ada sahabat berjangka panjang. Ada setiakawan sementara dan ada setiakawan sepanjang masa. Ini hakikat perjuangan. Ini adalah taktik dan strateji untuk mengambil alih kuasa. Ini realpolitik – politik yang dieja dengan huruf K.

Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik wajib menghebohkan dasar yang ingin diajukan kepada orang ramai. Dasar-dasar ini wajib dilihat masuk akal dan berdiri di bumi yang nyata. Bukan dasar yang berterbangan dilangit atau di awang awang. Janji-janji yang tidak masuk akal akhirnya akan menjerut leher sendiri. Inilah politik – inilah hakikat realpolitik.

Hari ini telah terpadu satu perserikatan tiga buah parti politik - PKR- PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.

Kelahiran Pakatan Rakyat adalah hasil dari pemikiran stratejik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan perserikatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.

Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Perkasa dan Pekida boleh meloncat tunggang terbalik and terberak atas busut – ianya tidak akan mengubah hakikat ini.

Minggu ini satu tarikh pilihanraya kecil di Adun Tenang akan diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti Pas.

Dalam suasana sedemikianlah Pakatan Rakyat terutama parti Pas wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara stratejik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang stratejik. Ini realpolitik bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.

Jika Pas bertanding di Adun Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan Rakyat atau Pas tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi Pas. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sekali baca sahaja sesiapa yang waras akal fikrahnya akan bersetuju untuk bersependapat bahawa calon Pas akan bungkus. Ini tidak memerlukan pemikiran stratejik. Jangan tersilap baca dan berdulak dalik – bertanding dalam piliharaya bukan untuk berdakwah atau bertabligh. Atau hendak ‘ mencuba pasaran’. Bertanding dipilihanraya bertujuan untuk menumpaskan parti lawan dan mengambil alih kuasa. Ini realpolitik bukan angan-angan Mat Bunga yang baru jatuh cinta.

Pada tahap ini Pakatan Rakyat sedang diserang oleh media United Malays National Organisation. Jangan bersedih terbarai menangis sayu. Jangan berkata ini tidak adil. Ini tidak siuman. Ini satu kezaliman yang penuh dengan tohmah dan fitnah. Dalam pertempuran realpolitik apa yang dilakukan oleh media milik United Malays National Organisation ini adalah tugas suci mereka.

Dalam serangan ini PKR dan Pas telah dituduh menjadi barua kuda tunggangan DAP. Ini amat senang untuk difahami dan tidak memerlukan pemikiran stratejik. Ini sap sap soi. DAP adalah parti China maka apabila Pas dan PKR ditohmah sebagai kuda DAP maka dilihat PKR dan Pas ini menjadi barua parti China. Dengan ini diharapkan orang Melayu akan lari dari menyokong PKR atau Pas. Ini bukan pemikiran stratejik ini pemikiran ikan belukang yang mulut ternganga di tepi longkang.

Bayangkan jika minggu ini para pemimpin Pas bersidang dan berbincang. Mereka melihat Tenang dari kaca mata realpolitik. Membaca politik dengan pemikiran stratejik. Lalu mereka mengambil satu pendekatan yang amat stratejik.

Pemimpin Pas secara berbesar hati memulangkan kerusi yang menjamin kekalahan mereka ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama Pas akan menerangkan kepada ahli parti dan para penyokong bahawa dari kajian kependudukan , parti Pas berpendapat bahawa adalah lebih baik kerusi ini ditandingi oleh PKR.

Lihat reaksi umum. Seluruh negara akan gempar. Media United Malays National Organisation akan kering dakwat dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu ditohmah tentang Pas. Laman web dan blog pro Barisan akan menjadi ungka menyalak berpanjangan dalam rimba politik yang baru. Tetapi yakinlah langkah Pas ini adalah serampang dua mata.

Langkah stratejik Pas ini akan memaparkan Pas sebagai sebuah parti politik mendewasa dan bukan lagi parti kampongan dari Ulu Kelantan atau Seberang Takir. Pas dilihat cekal bertakwa dan sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Hadi Awang dan Nik Aziz akan dilihat sebagai penyelamat anak semua bangsa dan bukan kaum kerabat Taliban. Persepsi umum terdadap Pas sebagai Taliban akan pecah berderai-derai.

Besar kemungkinan - malah hampir pasti calon yang akan diletakan oleh PKR itu akan kalah. Disebalik kekalahan ini ada kemenangan yang amat besar di Tenang. Secara stratejik Pakatan Rakyat telah memusingkan satu kekalahan untuk dijadikan satu kemenangan. Kemenangan besar adalah propaganda dan persepsi kepada umum – orang ramai akan melihat dan membaca bahawa setiakawan antara tiga parti ini adalah kukuh, ampuh dan padu.

Kemenangan yang hakiki akan dimiliki oleh Pas. Parti ini akan dilihat sebagai sebuah parti yang berupaya untuk melihat politik berjangka panjang bukan politik ego Taliban berserban tinggi. Jika langkah stratejik ini diambil walau pun Pakatan Rakyat kalah di Tenang tetapi keyakinan orang ramai terhadap perserikatan ini akan bertambah kukuh.

Apakah yang dibaca ini satu mimpi? Jawabnya tidak. Apa yang ditulis diatas adalah pendekatan pemikiran stratejik dalam gerak langkah politik. Inilah yang dipanggil taktik dan strateji. Inilah satu-satunya cara yang membawa kemenangan kepada rakyat Vietnam. Inilah caranya kuasa imperial Anglo-Amerika akan dikalahkan di Iraq dan Afghanistan. Inilah juga pendekatan Hezbullah ketika mengepong zionis Isreal di Lebanon.

Harus kita sedari bahawa United Malays National Organisation sebagai sebuah parti tidak lagi memiliki sokongan ampuh dari orang ramai. Parti ini semakin terpinggir dan semakin terpencil. Lalu timbul persoalan jika gerombolan ini tidak mendapat sokongan kenapa mereka terus berkuasa?

Jawapan kepada soalan ini cukup senang. Gerakan dan parti politik yang cuba menumpaskan gerombolan ini masih lagi dibungkus oleh ego kepartian. Ego kepimpinan. Gagal melihat kepentingan orang ramai lebih penting dari kepentingan diri dan parti.

Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti ingin naik Haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon paspot. Akhirnya, sila bertanya kenapa agaknya Najib dan Rosmah melanggan Apco?(TT)

100 HARI JADI KERAJAAN - INI AKAN DILAKUKAN




INI BUKAN CERAMAH MAT MONGOL?



nota:
pernah gerombolan ada rapat umum
kalau buat bik mama menari bogel
pun tak pasti orang datang atau tidak
bagi duit pun belum tentu nak datang kah kah kah



10 PEKARA ASAS 100 HARI PAKATAN RAKYAT – harakah daily

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan


PEMBANGKANG TIDAK BERPAKSI KEPADA REALITI KEMAMPUAN SEBENARNYA : NAJIB - mStar

Najib Razak berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.

"Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci," katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia danIndia untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini, Selasa.

Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.

Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.


NAJIB GELISAH JANJI 100 HARI, MEMBAZIR 100 TINGKAT – harakah daily

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang diisytiharkan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 pada Ahad lepas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik.

Mereka, katanya mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

“PAS merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

“Apabila Najib hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir,” katanya lagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MAT MONGOL SUDAH GELABAH…. kah kah kah..

kah kah kah… TUDUH PAKATAN RAKYAT TAK TAHU HAL EKONOMI… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK BERPAKSI PADA REALITI… kah kah kah,..

woit… REALITI INI CUKUP SENANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. 100 HARI PAKATAN MEMERINTAH TAK PERLU MODAL… kah kah kah….

kah kah kah.. TAK PERLU PINJAM DUIT WORLD BANK... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUA BOLEH DILAKUKAN... kah kah kah

dalam masa 100 hari ini akan dilakukan:

1 - hapuskan isa
2 - hapuskan osa
3 - hapuskan uuca
4 – hapuskan akta cetak
5 – tangkap kembali razak baginda – kes bunuh altantuya
6 – tangkap mahathir muhamad – kes tipu undi ku li
7 – tangkap tajuddin ramlee kes tipu mas
8 - tangkap samy velu dan anaknya kes bunuh sujatha
9 - tangkap musa hassan – kes lepaskan kepala gengster
10– tangkap ghani patail – kes rasuah dalam ag chambers

semua tak kena apa apa belanjawan
tak perlu pinjam duit dari bank dunia
tak perlu jual bond
tak perlu jual tanah pada singapura
tak perlu minta apco beri nasehat

kita sebagai rakyat pastikan:
madey
razak baginda
tjuddin ramlee
samy vellu dan anak samy yang bernama s.vell paari
musa hassan
ghani patail
tidak melarikan diri


LAGI DAYAK KENA TIPU




YA AMPOON!!!



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



kah kah kah.... MAT MONGOL BAGI DUIT PADA DAYAK UNTUK BUAT ELECTION !!... kah kah kah..

kah kah kah.... MUKEEE DAYAK INI REMBAT DUIT BUAT ERECTION !!!.... kah kah kah..

kah kah kah.... SURAH BELAJAR BI TAK NAK.... kah kah kah...

TOLONG JANGAN TIPU - INTERNET SUDAH WUJUD !



LIHAT DAN TENGOK



nota:
kenapa sama dengan
zionis isreal?

kalau ori kenapa sama?
sama sama ori? kah kah kah.






PM KECEWA FALSAFAH SATU MALAYSIA DITUDUH CIPLAK - melayau

Najib Razak melahirkan kekecewaan apabila satu Malaysia dituduh sebagai falsafah yang diciplak daripada negara lain.
Sedangkan kata najib , satu Malaysia adalah hasil ciptaannya sendiri untuk memacu negara.
“Negara lain ada satu itu dan satu ini tetapi tidak ada negara lain yang ada satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,’’katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… LAGU TERANG BULAN DI CIPLAK…. kah kah kah..

kah kah kah… BENDERA DI CIPLAK…. kah kah kah..

kah kah kah… SATU MALAYSIA INI DARI ZIONIS APCO… kah kah kah..

kah kah kah… INI IDEA ZIONIS ISREAL… kah kah kah

tak percaya ?
lihat dan baca:

INI BUKTI DARI ONE ISRAEL





INI LAGI BUKTI ONE ISRAEL




CIPLAK DARI INDON



nota:
slogan rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan pun diciplak

sedarlah sikit inizaman internet
ini era wikileaks
hentikan lah projek membodohkan melayu
cukup lah - dah ramai melayu bodoh kah kah kah !

TAK HABIS HABIS UTUSAN NAK MENIPU




LIHAT APA KERAJAAN PAKATAN LAKUKAN DI TANJUNG !



nota:
macam macam utusan buat cerita
macam macam nak takutkan melayu tanjung
dari menyokong dap
bila melayu tanjung takut dap maka melayu akan
pulang kembali pada gerombolan
masaalah nya di tanjung
mesyuarat gerombolan dalam bahasa tamil kah kah kah


MAT BISUL KATA LEE KUAN YEW PAU MAT MONGOL




MAT MONGOL KENA PAU



nota:
jangan kita lupakan kes
pembunuhan altantuya
sentiasa kita ingat mengingatkan
satu sama lain

anak anak muda yang tidak tahu
kita wajib beri tahu
ini tugas negara

ingatkan nama nama ini:
najib razak
razak baginda
rosmah mansor
azilah dan lain lain



DAP TIRU STRATEJI PAP – melayau

Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

"Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PEJUANG ISLAM… BILA NAK PULANGKAN BALIK 15 RIBU RINGGIT…. kah kah kah..

woit… CAKAP ISLAM… MULUT BERBUIH BUIH BERZIKIR…. kah kah kah..

kah kah kah… TUNGGANG TUNGGIT…TAK HENTI HENTI… kah kah kah..

kah kah kah… POP PREK POP PREK CAKAP HAL ISLAM…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI SUKA MENIPU SEPANJANG MASA… kah kah kah..

woit…LEE KUAN YEW BUKAN SAJA PAU ORANG MELAYU SINGAPURA… kah kah kah

kah kah kah… ORANG MELAYU MALAYSIA PUN KENA PAU…. kah kah kah

woit… LEE KUA YEW SUDAH POW MAT MONGOL…. kah kah kah..

woit… LEE KUAN YEW BUAT SILAP MATA… kah kah kah..

kah kah kah… GAMBAR ALTANTUYA ADA DI SINGAPURA… kah kah kah…

kah kah kah… ITU SEBAB SINGAPURA DAPAT TANAH KTM… kah kah kah..

woit… MANA MUNASABAH … 400 EKAR TUKAR DENGAN 4 EKAR…. kah kah kah..

kah kah kah... ITU TANDA LEE KUAN YEW SUDAH PAU... kah kah kah..

nota:
mat bisul ini bila nak pulangkan 15ribu ringgit
dipinjamkan olek kawan dinsman kepada mat bisul
kerna mat bisul tak ada duit untuk bayar wang pertaruhan
semasa pilihanray yang lalu.

kalau tt buat fitnah sila bawa tt ke mahkamah
tak cukup mahkamah malaysia bawa ke
mahkamah dunia kah kah kah…