Jumaat, 10 Disember 2010

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!




TIGA DI TAHAN - LAPORAN DEMO DI PUTRA JAYA

Dua pelajar telah di tahan. Kini berada
di IPD Putra Jaya

Mereka ialah Ahmad Syukri Abdul Razak,
Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli dan
Mohd Ridzuan Othman.

Mereka ini telah memimpin
dan mengambil bahagian
berdemo sesudah sembahyang Jummat tadi.

Lebih dari 100 orang
pelajar dan anak muda dari pelbagai kampus
telah berdemo untuk menghantar
memo bantahan kenaikkan harga gula dan
bahan bakar minyak kepada Najib Razak.

Hingga kini belum dapat diketahui
sama ada dua pelajar ini akan
menghadapi apa apa tuduhan. (TT)

MELAYU KENA TIPU LAGI



LANUN BARU LEBIH GANAS!





ANWAR DEDAH AHLI UMNO DAPAT PROJEK RM2 BILION
- mkini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.
Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… HIDUP KETUANAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… HIDUP KETUANAN DUA BILION RINGGIT.. kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN TEKLAH BERJAYA MENIPU MELAYU… kah kah kah..

nota:
ketika kuasa imperial portugal, sepanyol
dan british datang menjajah latin amerika
dan afrika – anak-anak tempatan dan orang asal
telah diberikan kitab injil. untuk gantiknya
penjajah telah mengambil tanah dan galian mereka.

di malaysia united malays national organisation
datang meminta undi. untuk undi ini orang
melayu telah dihadiahkan ketuanan melayu

hari ini orang melayu melopong dengan ketuanan melayu
yang tak boleh dilihat atau di gulai
sekurang-kurangnya hari ini warga afrika dan amerika latin
ada kitab injil yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca
kah kah kah


RAYA KAN HARI INI - HARI HAK ASASI MANUSIA




HAK ASASI DI PULAU PINANG



nota:
tukar tiub akan berada di tanjung
untuk melnacarkan buku diskopi
buku anak muda yang wajib di baca
oleh anak muda dan old tai

penulisan yang cool
penulisan avant garde
penulisan melawan
penulisan yang anti bodekisma

dapat kan sekarang !


nota:
program ini disokong
olejh kerajaan pakatan rakyat
pulau pinang - pasal itu
boleh gunakan dewan seri pinang
dan bukan lancar buku dalam kedai
nasi kandar !



SALUT UNTUK YANG BERANI


nota:
salut untuk yang berani
salut untuk yang berkorban
salut untuk semua anak muda
yang mula bangun melawan !



SEPULUH DISEMBER HARI HAK ASASI MANUSIA

Liu Xiaobo lahir pada 28 December 1955 adalah seorang pengkritik sastera, penulis, professor dan paling penting aktivis hak asasi manusia di China.

Liu menentang hebat penindasan yang dilakukan oleh rejim China tehadap warga China.

Liu ada sosok yang bertanggung jawab melahirkan Charter 08. Charter ini adalah manifesto tentang hak asasi manusia.Charter ini telah ditanda tangani oleh 350 intelektual, pemikir dan aktivis hak asasi di seluruh China.

Pada ketika ini Liu dalam penjara. Dia telah ditangkap pada 23 December 2009. Liu dijatuhkan hukum penjara selama 11 tahun atas tuduhan menentang kerajaan.

Ini adalah kali ke empat Liu ditahan dan dipenjara.

Pada tahun 2010 ini Hadiah Nobel Keamanan telah dianugerhklan ke pada Liu sebagai tanda setiakawan. Sebagai tanga menyokong aktiviti beliau yang menentang kezaliman dan penindasan.

Hari ini adalah hari istiadat penganugerahan Hadiah ini dari Sultan Norway kepada Liu Liu. Hanya keluarga yang rapat sahaja yang boleh menerima hadiah ini.

Kerajaan China yang zalim lagi ganas dalam beberapa hari ini telah menangkap lebih dari 250 orang aktivis hak asasi manusia di seluruh China. Isteri Liu telah ditahan sama. Para aktivis telah ditahan untuk mengagalkan mereka pergi ke Oslo untuk bersama merayakan anugerah ini.

Dalam masa yang sama kerajaan China telah menekan kerajan Pakistan, Iran, Russia, Kazakhtan, Colombia, Tunisia, Saudia Arabia, Serbia, Iraq, Vietnam, Afghanistan, Pilipina, Mesir, Ukraine , Cuba dan Moroko untuk jangan hadir di istiadat penganugerahan Hadiah Nobel ini.

Kesemua kerajaan ini memiliki rekod yang buruk dalam hal hak asasi manusia.

Marilah kita bersama-sama rakyat sedunia merayakan hak diri kita sebagai manusia
yang bebas dari semua bentok kongkongan !

PETANG INI LEPAS SEMBAHYANG JUMAAT





LAWAN KENAIKKAN HARGA BARANG




nota:
mahasiswa dan anak muda
telah mula bangun melawan
ini tanda tanda baik
ini tanda bahawa negara kita
memiliki masa depan yang cerah gilang gemilang

apabila anak muda sedar
maka masa depan kita semua terjamin

apabila anak muda dijadikan tua
maka malap lah tamadun bangsa !




HIMPUNAN MAHASISWA BERSAMA RAKYAT

TARIKH : 10 DISEMBER 2010 (JUMAAT)
MASA : SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT
TEMPAT : MASJID PUTRAJAYA ( masjid kubah merah)
TEMA : HITAM
ANJURAN : MAHASISWA & ANAK MUDA MALAYSIA

Untuk lanjutan sila hubungi:
Ahmad Shukri Kamarudin - 013-36- 76 124


NOTA:
menjemput semua pelajar, mahasiswa,
anak muda, punk rocker, mat rempit
sila pakai baju hitam tanda bantahan
dan ingin dilihat cool !

MANA MALAON INI HILANG ?



RAJA YANG TAK ADA RAKYAT




nota:
cuba teka
agaknya berapa cukong beri
untuk runtuhkan surau ini?

nota:
tetiba malaon ini hilangkan diri
talipon padam
dulu bukan main janji
pada orang kampong

sudah masyuuuk kah kah kah


TINDAKAN DBKL MAHU ROBOHKAN SURAU DIKESALI– harakah daily

Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan surau Madrasah Al-Falah Kampung Kerinchi, di sini yang berusia lebih 12 tahun amat dikesali oleh PAS, memandangkan tindakan itu jelas gagal memahami perasaan orang ramai terutama dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Pihak DBKL tidak seharusnya mengambil semudah itu, memandangkan ia melibatkan tempat ibadat umat Islam yang telah dibina sekian lama oleh penduduk tempatan dan dengan wang ringgit serta titik peluh mereka sendiri.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika menyuarakan kekasalan itu berkata, lagikan rumah ibadat penganut agama lain termasuk Kristian, Buddha dan Hindu pun tidak boleh diperlakukan sebegitu mudah, apatah lagi dengan tempat ibadat umat Islam, sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurut beliau, DBKL sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu berhubung perkara itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… JANGAN LAH JADI BARU CUKONG…kah kah kah..

woit.. HABIS TANAH ORANG KAPONG DI REMBAT CUKONG DI PANTAI DALAM… kah kah kah..

woit… HABIS TANAH ORANG KAMPONG TERGADAI….kah kah kah..

woit… INI SURAU PULAK…. kah kah kah..

woit… CUKUP LAH…. BUAT LAH KERJA YANG BAIK…. kah kah kah..

kah kah kah… RUNTUH KAN KUIL… RUNTUH KAN TOK PEKONG… RUNTUHKAN SURAU BUKAN KERJA BAIK…. kah kah kah..

kah kah kah… LAWAN CUKONG… LAWAN NAJIB ROSMAH ..ADALAH KERJA SUCI… kah kah kah..

woit… TAK MALU KE DBKL… TIAP PETANG MINTA MINTA 3 TAU 4 RINGGIT DARI PENIAGA JALAN PETALING… kah kah kah…

woit… BUAT LAH KERJA YANG HALAL… BUKAN RUNTYH SURAU… kah ah kah..

nota:
ini pasti arahan raja yang tak ada rakyat
raja yang tidak dipilih
raja beli sekilo kah kah kah


MELAYU DUA KALI DI BODOHKAN




BANGUN MENENTANG PENSWAATAAN




NAJIB : KERAJAAN SETUJU TARIF ELEKTRIK DINAIKAN - mkini

Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Dia berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH KAH


woit… PADAN MUKA…. kah kah kah..

kah kah kah…. BARU SEDAR KE… KERAJAAN NAJIB ROSMAH INI KERAJAAN LANUN…kah kah kah..

kah kah kah… NAIK HARGA UNTUK MEMASTIKAN PARA CUKONG PEMBEKAL LETERIK DAPAT UNTUNG… kah kah kah..

nota:
dulu kita ada lembaga leterik negara LLN
ada jana kuasa
lln bakar minyak
lln bakar arang
semua milik kerajaan
ertinya milik orang ramai
tujuan bukan cari untung tapi khidmat pada rakyat

nasib malaysia jadi cilaka
datang eee firaun – swastakan LLN jadikan TNB
tetiba wujudkan orang tengah
TNB kena beli kuasa dari orang tengah
orang tengah ialah para cukong dan kroni
ini lah sebabnya leterik naik

nak bagi cukong kaya
nak bagi kroni kaya

cukong dan kroni kemudian
beri gerombolan duit untuk beli undi

nampak tak melayu kena bodohkan
duit beli undi duit orang ramai
orang rami kena dua kali tipu

nak terus jadi bodoh?

nak tahu siapa punya jana kuasa?
tanya ee firaun
tanya cukong yang rembat tanah sentul

nak tahu siapa pembekal arang batu
tanya kj
tanya mirzan

sampai bila melayu teris kena tipu
kenapa tak sedar sedar
ketuanan melayu bukan boleh di gulai kah kah kah


INI SATU LAGI SANDIWARA




ADA GEROMBOLAN YANG SEDAR



nota:
ini geromboan yang sedar
peranan sprm
kesian toyo ada juga prnyokong
simpati kah kah kah



KEPUTUSAN DAKWA KHIR TOYO BUKAN SANDIWARA ,KATA NAJIB
- minsider

Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata BN dan Umno tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu “mainan” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

“Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. JANGAN LUPA...MACAM MANA CARA MEMBACA MEDIA GEROMBOLAN ?.... kah kah kah..

kah kah kah… KALAU DI NAFIKAN ERTINYA BETUL..kah kah kah..

kah kah kah…INI TERBUKTI SANDIWARA… BUKAN KES RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… BELI TANAH HARGA MAHAL… KEMUDIAN JUAL MURAH…INI KES BODOH BUKAN KES RASUAH…. kah kah kah..

kah kah kah… KES INI DI LAYAN UNTUK TIPU ORANG MELAYU… kah kah kah

kah kah kah… KES INI DIPENTASKAN UNTUK PANCING UNDI… kah kah kah..

woit… ADA BANYAK KES RASUAH TOYO…. APA PASAL PILIH KES BODOH… kah kah kah..

kah kah kah… TOYO DI JADIKAN MANGSA… KESIAN TOYO… kah kah kah

nota:
betul ke kerajaan najib rosmah mahu lawan rasuah?
kalau betul yang kena tangkap dulu ialah najib
lepas itu suami najib yang bernama RM a.k.a ringgit malaysia a.k.a rosmah mansor


APA CAKAP MAHFUZ




INI DIA PENGUNDI MUDA



nota:
parti mana memenangi hati anak muda
parti itulah yang akan mara
kehadapan

parti yang mentuakan anak muda
parti itu akan ditolak



TUMPU KALAHKAN UMNO BN DAHULU
– harakah daily

Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

"Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru ) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.

"Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab.

NOTA:
ini betul dan tepat
seharusnya semua kerja
semua gerakan hanmya memiliki
satu tujuan – mendobrak untuk
menjatuh dan menngalahkan kerajaan najib rosmah

jadi pekara pekara-pekara yang tidak
menjurus kepada tujuan ini harus dielakkan.

nota:
apakah menentang konsert inul satu cara
untuk memenangi udi? kah kah kah

nota:
kalau pusingkan pas ini senang saja
tiap tiap bulan bawa konsert kah kah kah


baca ini dan dengar apa kata pak janggut !


MAHU UBAH KUASA , FAHAMKAN ANAK MUDA – SAMAD SAID
– harakah daily

Golongan muda perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara, tegas Sasterawan Negara, A. Samad Said.

Menurutnya, harapan tidak banyak boleh diletakkan kepada kalangan dewasa kerana mereka sudah bersikap dan selesa dengan keadaan itu seperti menjadi pengundi Umno atau bukan.

Sebaliknya, jelas beliau lagi, golongan muda merupakan faktor perubah kuasa negara kerana selain ramai, mereka masih belum mempunyai pegangan politik taksub seperti kalangan dewasa