Rabu, 1 Disember 2010

RAJA GOPAL JANGAN TIPU MELAYU



RAJINDER SINGH BUKAN KAVITA SINGH






nota:
ini gambar sant rajinder singh ji maharaj
yang menjadi raja yang mengawal dan menjaga
Sawan Kirpal Ruhani bukan gambar kavita singh kah kah kah







RAJA-RAJA MELAYU PERLU BERTEGAS – IBRAHIM ALI
- melayau

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja dan keistimewaan Melayu dan tidak perlu lagi berlembut dengan pengkhianat bangsa.

Demikian permintaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang tidak ingin lagi melihat trend mempersoalkan keistimewaan orang Melayu berterusan kerana jelas membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Tegas mereka, kerajaan wajib menangani dan membendungnya termasuk menggunakan peruntukan undang-undang bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali berkata, sebenarnya dalam soal ini, raja-raja sendiri perlu bertegas kerana kuasa kepentingan Melayu terletak di tangan mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. BERAPA KALI NAK BAGI TAHU….kah kah kah..

woit… KETUANAN MELAYU TAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN…. kah kah kah..

kah kah kah… KONTREK SOSIAL PUN TAK ADA… kah kah kah…

woit… BERAPA KALI NA BERI TAHU DAAAAAA….. kah kah kah..

woit… LU PEKAK BADAK KE ?.... LU TAK PANDAI BACA KE?.... kah kah kah

kah kah kah…. RAJA GOPAL NAK BERTEGAS MACAM MANA?.... kah kah kah

woit… PERANGAI RAJA GOPAL PUN TAK SENENEH ARAH…. kah kah kah..

kah kah kah.. MAIN GOLF BUKAN BOLA HILANG TAPI CADDY HILANG... kah kah kah..

kah kah kah... GADUH DALAM KELAB MALAM... PAKAI PISTOLI... kah kah kah

kah kah kah… NAK ORANG MELAYU SOKONG MACAM MANA?.... kah kah kah..

woit... INGAT MELAYU BODOH MACAM TELOOO.... kah kah kah

sila baca di bawa ini:

KUASA RAJA : PEKARA 66 DI CADANG DIPINDA SEMULA
- melayau

SHAH ALAM 29 Nov. - Kuasa untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang oleh raja-raja dalam Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini telah dipinda perlu dikembalikan semula bagi memastikan sistem pemerintahan beraja di negara ini dapat dikekalkan.

Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, ini kerana perkara tersebut yang dipinda pada 1983 merupakan satu sistem yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlu dikekalkan sebagai kelangsungan survival Melayu sebagai penduduk asal.

Beliau berkata, ia juga merupakan identiti dan lambang bangsa Melayu.

"Jika kuasa itu dikembalikan ia dapat mengimbangi peranan penggubal undang-undang.
"Dengan kembalinya kuasa itu, raja-raja boleh semak dan imbang di situ," katanya .

Bagaimanapun kata Mohammad Agus, bukan mudah untuk mengembalikan perkara itu kepada yang asal (pinda semula Perkara 66) kerana ia memerlukan undi majoriti dua per tiga Ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan.

"Jadi saya rasa hanya raja-raja yang boleh meminta supaya kuasa itu dikembalikan kepada mereka dan saya yakin kalau raja yang minta pasti orang Melayu akan sokong," kata beliau.

nota:
apa dia perkara 66 dalam perlembagaan persekutuan?
pekara 66 ialah kuasa raja raja melayu
perkara 66 ini telah dipinda diperlembagaan psersekutuan pada tahun 1983

siapa punya kerja?

adalah pekara 66 ini dipinda oleh lim guan eng?
adakah pekara 66 ini di pinda oleh cik gu bard?
adakah pekara 66 ini dipinda oleh karpal singh ?

kenapa sejarah pekara 66 ini cuba ditutup
kenapa tidak diberi tahu siapa [unya angkara
apakah takut dengan ee kitu?
apakah takut dengan pm ee?

kenapa gerombolan tidak bising hal ini dulu?
kenapa ketuanan melayu tidak heboh?

untuk anak anak muda yang tidak tahu
apa dia pekara 66 – sila tanya lebai google
jangan malas – jangan jadi gerombolan melayu kah kah kah



GAJI CEO SYABAS 425 RIBU RINGGIT SEBULAN




AHAD 5 DISEMBER DI MASJID NEGARA




PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )

nota:
tulisan ini telah difaraidkan
untuk kebaikkan orang ramai

NOTA:
tukar tiub akan mencuba
memberikan laporan selari
pada hari ahad 5 disember nanti !

hanya TT pemecah berita !

KANTOI - PROJEK TIPU MELAYU




KETUANAN MELAYU KAH KAH KAH


nota dialok tenter pendek:
mamat: ini ketuanan melayu
minah: ketuanan apa?
mamat: ketuanan melayu laaa
minah: bila nama united malays national organistaion nak tukar?
mamat: gintil sikit boleh kah kah kah




TIADA ISTILAH KETUANAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN HANYA KETUANAN RAJA , KATA PAKAR
- minsider

Istilah ''Ketuanan Melayu'' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ''Ketuanan Raja'' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut ''Ketuanan Melayu'' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma ''Ketuanan Raja'' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… SIAPA PAKAR INI ? KURANG AJAR.... kah kah kah..

kah kah kah….. TANGKAP PAKAR INI!..... kah kah kah…

kah kah kah…. PENJARAKAN PAKAR INI!.... kah kah kah…

woit… GUNA KAN ISA UNTUK PAKAR INI!..... kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN BELIA BAHLUL BANGANG BODODOH DAN BIOL… kah kah kah..

kah kah kah... MANA BELIA BAHLOL SUDAH SENYAP... kah kah kah..

kah kah kah... TAN KAN SUDAH KAU TIM DENGAN PAKAR INI ?... kah kah kah..

nota:

sila baca perlembagaan bukan sahaja
tak ada ketuanan melayu - kontrek sosial pun tak ada
semua drama untuk tipu melayu
macam macam dibuat untuk
tipu melayu kah kah kah


CISSS PATAH KERIS KU


nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
bureet pun beli bureet china
kah kah kah



KE JALAN RAYA 5 DISEMBER




ANAK MUDA JADI BARISAN HADAPAN



nota:
perhatikan tarikh
ialah ahad - 5 disember
jam 12.00 tengah hari
tempat di massjid negara

nota:
pertama kalinya dam sejarah jalan raya
demi ini diatur dan disusun oleh sebuah kerajaan

nota:
mb selangor akan di barisan hadapan



AIR : MB SELANGOR YAKIN SOKONGAN RAKYAT
– harakah daily

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yakin rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air.

Sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.

“Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Najib supaya penswastaan air dihentikan.

"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.
Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.


PUSAT BELANKANGI RAKYAT ISU AIR DI SELANGOR – harakah daily

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

"Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion," kata beliau.

Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.

"Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.
"Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlaku kepincangan.


KE JALAN RAYA 5 DISEMBER !


KETUA MAJLIS AGAMA APA ?



ADA FATWA HARAM BERTANDING?




nota satu dailok teater pendek:
mamat: tak boleh bertanding?
minah: pasal apa?
mamat: ada fatwa?
minah: sapa tak boleh tanding?
mamat: ali rustam
minah: ali apa ? ali rustam kah kah kah
mamat: kenapa ketawa kah kah kah?
minah: dia nabi bani kami kah kah kah


PERWAKILAN PKR HINA ISLAM – berita hairan

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Ali Rustam membidas perbuatan pemimpin atau ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bukan Islam, membuat tafsiran ayat al-Quran secara tidak betul.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tindakan seorang perwakilan PKR membuat tafsiran ayat al-Quran dalam surah Ali-Imran itu adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

“Ini kerana, dalam ayat al-Quran itu sudah jelas disebut mereka yang beriman dan yang percaya kepada Allah. Jadi, bagaimana dia (perwakilan) hendak mengajar orang Islam yang percaya kepada Allah, sedangkan dia sendiri tidak beriman, tidak percaya kepada Allah.

“Jadi, kerana itu, isu agama tidak boleh dibuat main-main, terutama tafsiran dibuat terpesong daripada taksiran sebenar al-Quran.

“Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku dan ia berlaku kerana pembangkang seperti PKR dan PAS ingin mencari sokongan politik dan mereka membenarkan orang bukan Islam mentafsir ayat al-Quran secara salah bertujuan meraih sokongan politik semata-mata,” katanya ketika ditemui di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ALI RUSTAM?…. kah kah kah..

woit… ALI RUSTAM JADI PENGERUSI MAJLIS AGAMA?…. kah kah kah…

woit….. ALI RUSTAM …. KAH KAH KAH KAH KAH….. kah kah kah

kah kah kah… ALI RUSTAM….. KAH KAH KAH… BIAR BETUL…. kah kah kah

kah kah kah… NAMANYA PENUHNYA MOHD ALI RUSTAM…. kah kah kah..

kah kah kah… KETUA MAJLIS AGAMA APA?..... kah kah kah…

kah kah kah… INI BERITA BETUL KE….. SALAH CETAK?.... kah kah kah

nota:
kassim baba dan 40 orang penyamun
bila nak pakai ? kah kah kah

KENA TIPU OLEH GEROMBOLAN




TIDAK ADA PILIHAN






PETROL RON97 NAIK 15 SEN SELITER MULAI ESOK
– berita hairan

Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok berikutan harga pasaran minyak dunia semasa.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaranminyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…RAKYAT MALAYSIA PATUT BERSYUKUR....kah kah kah..

kah kah kah… BERSYUKUR KERANA MINYAK KITA LEBIH MURAH DARI SIAM…. kah kah kah

woit…PATUT BERSYUKUR KERANA DI SWEDEN HARGA PETROL LEBIH MAHAL DARI MALAYSIA… kah kahkah..

woit… BERSYUKURLAH KERANA HARGA MINYAK KITA MURAH BERBANDING DENGAN HARGA MINYAK DI SWITZERLAND…. kah kah kah..

woit… JANGAN LAH GUNAKAN MINYAK BANYAK BANYAK… kah kah kah

woit… MULA BERJIMAT CERMAT MENGGUNAKAN MINYAK PETROL..…kah kah kah..

kah kah kah…KALAU BERJALAN SEPULUH KILOMETER… NAIK MOTOR TUJUH KILOMETER…kah kah kah..

kah kah kah.. LAGI TIGA KILOMETER… TOLAK MOTORSIKAL ATAU KERETA ITU… kah kah kah..

woit.. KURANG KAN MENGGUNAKAN KERETA ATAU MOTOSIKAL … kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK KAN MERANGKAK KERANA INI BAIK UNTUK KESEHATAN… kah kah kah


nota:
padan muka
undi gerombolan kah kah kah


BELIA BANGANG TAK ADA ALAMAT




BELIA BERGERAK MAJU



nota:
belia empat b
bangang
boroi
benchut
botox
kah kah kah

KETUANAN MELAYU : BELIA 4B MAHU AZIZAH DIKENAKAN ISA - minsider

Pergerakan Belia 4B Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana mempertikaikan konsep ketuanan Melayu dalam ucapannya di Kongres Tahunan Ketujuh parti itu di Petaling Jaya Sabtu lepas.

Laporan dibuat Setiausaha Kehormat Belia 4B Selangor, Mohd Zaini Mohd Taha di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini pada pukul 3.30 petang tadi.
Kenyataan Dr Wan Azizah supaya ketuanan Melayu ditinggalkan adalah satu tamparan hebat dan penghinaan kepada orang Melayu yang dilakukan oleh bangsa Melayu sendiri, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

“Saya minta polis siasat kenyataan yang dikeluarkan, kalau perlu ambil tindakan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana membangkitkan kemarahan orang Melayu,” katanya.

Mohd Zaini berkata laporan polis yang dibuat oleh pihaknya adalah langkah-langkah awal sebelum tindakan susulan yang berlandaskan undang-undang diambil.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

nota:
mari kita cuba membuat perkatan bermula dengan huruf b:
bangang
bebal
bengong
bongngok
bodoh
bahlul
biol
kah kah kah ini sudah jadi belia 7B kah kah kah
lebih hebat dari belia 4B kah kah kah