Isnin, 15 November 2010

WARGA KERDAU MENUNGGU BERITA BAIK




KALAU LEPAS APRIL TAK MASUK KIRA





ADUN KERDAU SEMAIN STABIL
- melayau


TEMERLOH 15 Nov. – Keadaan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang dimasukkan ke hospital di sini untuk kali kedua kerana masalah darah tinggi baru-baru ini, kini semakin stabil.

Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas),Dr. Bahari Awang Ngah berkata, sejak dirawat di hospital itu, Zaharuddin semakin sihat dan akan dibenarkan keluar bila-bila masa.

NOTA:
tidak adalah pengorbanan yang paling dimuliakan
untuk para adun dan para yb
lihat bagaimana waraga di galas mendapat pasir bertimbun
rumah baru akan siap
orang asli dapat sekolah dan rumah
jalan diturap
anak anak dapat komputer riba
semuanya kerana pengorbanan seorang adun

lihat pula di batu sapi
berapa banyak yang warga terima

malah dengan tetiba orang sabah di hornati
cerita-cerota tentang halangan mereka
menggunakan kalimah mereka menjadi senyap
inilah kerana pengorbanan seorang yb.

syabas para yb
inilah pengirban yang ditunggu
lakulan lah sebelum bulan april tahun depan
pengorban selepas tidak boleh lagi diguna pakai

i.e : nak mati mati sekarang kah kah kah
kalau tidak diharapkan akan sehat walafiat
dan kesehatan bertambah baik.


MENTERI CUKUP BANGANG !




INI KAPITALIS




nota:
kapitalis tak ada bangsa
kapitalis tak ada agama
kapitalis tak ada negara
kapitalis hanya menyembah satu tuhan
tuhan kapitalis ialah keuntungan maksima !


KERAJAAN KESAL HARGA BARANGAN DINAIKKAN SEMASA BANJIR - mkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan peniaga menaikkan harga barang keperluan semasa banjir melanda Kedah baru-baru ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan rakyat di negeri ini sedang menghadapi kesusahan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI KENYATAAN CUKUP GILA…. kah kah kah..

kah kah kah… KERAJAAN KESAL HARGA NAIK KERANA DI NAIKKN WAKTU BANJIR…. kah kah kah..

woit… ERTINYA KALAU WAKTU TAK BANJIR OKAY?.... kah kah kah..

woit.. KALAU TAK BANJIR NAIK HARGA KERAJAAN TAK AKAN KESAL... kah kah kah

woit… KEPALA BANA PUNYA MALAON…. kah kah kah..

woit… CAKAP IKUT IDUNG … TAK FIKIR LANGSUNG…. kah kah kah..

woit… KERJA KAPITALIS MESTILAH CARI UNTUNG…. BANGANG !... kah kah kah..

kah kah kah… MASA TITANIC NAK TENGGELAM.. . RAMAI TOWKAY JUAL PELAMPONG…. kah kah kah..

kah kah kah… DI PADANG PASIR …. RAMAI TOK ARAB JUAL AIR…. kah kah kah…

kah kah kah… NAK TAHU DI MANA PERNIAGAAN DADAH TERMAHAL…. kah kah kah..

woit… BUKAN DI KELAB… TAPI DI PUSAT SERENTI DAN DI PENJARA…. kah kah kah…

woit… INI KERJA KAPITALIS…. MENANGGUK DI AIR KEROH… kah kah kaj…

MARI KITA KETAWA ISNIN INI




KETAWALAH KAMU SEBELUM KAMU DI KETAWAKAN!




nota:
lawak berdiri/stand up comic ini di dewan sivik mmpj
pada rabu 10/11/2010 yang lalu

lawak berdiri bukan genre budaya baru
tok selampit tukang karut tukang cerita dalam
budaya melayu klasik termasuk dalam tradisi ini

humor politik pun bukan baru
sila lihat mak yong atau wayang kulit
atau dikir - lihat lawak yang disadur
dengan politik dan kuasa kah kah kah !


ZAID AKHIRNYA KELUAR PKR SEPERTI DI JANGKA - minsider

Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.

Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
sila rujuk stand up diatas
lebih awal memecah berita kah kah kah

KENAPA ORANG RAMAI TAK PERCAYA !




TENGOK MUKA DAH KENAL !




nota:
susah nak percaya
bila mak janda mengaku dara
kah kah kah





BANCIAN : 47.6% TIDAK YAKIN DENGAN ETP NAJIB - mkini

Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Najib Razak.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…MANA NAK FAHAM NAMANYA ETP … kah kah kah..

kah kah kah… TAPI SEBUT PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI… kah kah kah..

woit… MACAM MANA PTE JADI ETP…. ITU PASAL MAK CIK FELDA TAK FAHAM… kah kah kah..

woit… YOU WANT TO USE ENGLISH… USE ALL IN ENGLISH…. kah kah kah…

woit… YOU MI SPIK INKLIS… YOU TALK MALAY MALAY MALAY…. kah kah kah..

kah kah kah... YOU KAN TALK SO KAN WEE...YEW KAN FART... SOH KAN WEE... kah kah kah

woit… FAT FAT SHORT SHORT DARK DARK FACE ROUND ROUND …. kah kah kah

kah kah kah... MACAM MANA RAKYAT NAK YAKIN.... kah kah kah...

kah kah kah... TENGOK MUKA NAMPAK ALTANTUYA.... kah kah kah...

kah kah kah.... TENGOK MUKA NAMPAK BALA... kah kah kah..

kah kah kah... ORANG RAMAI TENGOK MUKA NAMPAK BIK MAMA... LARI LINTANG PUKANG..kah kah kah

TEKNIK REMBAT TANAH KERAJAAN




JANJI OH JANJI !!!



nota:
untuk mereka yang muda pasti terlupa
sejarah ini:

seorang towkay china telah menembak
dirinya dalam rumah datuk mansor
menteri besar negeri sembilan

pasal apa? kerana ada janji dengan cukong
cukong tuntut janji
nasib baik ketika itu internet belum ada maka
semua kesah mati sahaja -

tak percaya? sila selidik dan tanya
oldtai negeri sembilan - semua tahu
kesah towkay china bunuh diri dalam
rumah resmi MB negeri sembilan kah kah kah


PERTIKAI PEMAJU PAGAR TANAH KERAJAAN
– melayau

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Penduduk Desa Tasik di Sungai Besi di sini mempertikaikan tindakan sebuah syarikat pemaju yang memagar satu kawasan berhampiran sebuah tasik di situ yang dikatakan bakal dimajukan sebagai kawasan rekreasi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Desa Tasik Fasa 6B, Noor Azam Salleh berkata, walaupun pemaju itu dikatakan sudah memohon mendapatkan tanah tersebut tetapi belum ada sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Sehubungan itu, katanya, syarikat itu tidak sewajarnya melakukan apa-apa di atas tanah itu walaupun ia bersambung dengan tanah milik mereka yang sudah dibangunkan.
Katanya, penduduk difahamkan bahawa sebahagian daripada tanah itu sebelum ini adalah milik pemaju tersebut tetapi telah diserahkan kepada kerajaan apabila kawasan Desa Tasik dibangunkan.

Noor Azam berkata, berdasarkan surat daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWP), permohonan kali ketiga pemaju itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKT).

nota:
inilah cara cukong mengambil tanah kerajaan
cara nya cukup senang – mula mula pagar
kemudian dirikan bangunan kemudian tanam pokok
lepas itu cari pengawai tanah – lihat kawasan – cari ahli
majlis – beri china doll – kalau tak lulus juga cari yb
kalau yb tak dapat luluskan caro menteri – tunngu masa
pemilihan kerna menteri/yb perlu modal -

tak pecaya: pergi mapooslaaaa kalu tak percaya kah kah kah


PERPADUANG MASIH ADA LAGI




BENDERA PAS





UMNO TERUS AJAK PAS BERSAMA BN, BUKAN GANTIKAN UMNO-BN
- minsider

Umno terus mengajak PAS agar bersama parti teras Barisan Nasional (BN) itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah Umno juga mendakwa kedudukan PAS akan lebih baik jika komponen Pakatan Rakyat (PR) itu bersama BN daripada terus berganding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS.

“PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS,” kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Suara dan pandangan agar Umno-PAS terus kedengaran sejak selepas pilihan raya umum 2008 yang mana PAS bersama DAP dan PKR menafikan kedudukan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan selepas pentadbiran lima negeri jatuh ke tangan PR.

Sehubungan itu, Ahmad juga mengingatkan PAS supaya mengkaji dahulu kedudukan mereka dalam PR dan Parlimen sebelum membuat keputusan untuk menggantikan parti Melayu terbesar itu.

Malah, Ahmad berkata Umno-BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara sambil menjelaskan pilihan raya umum ke-13 masih belum diketahui bila akan diadakan.
“Kita belum kalah lagi, pilihan raya pun kita belum tahu lagi bila.

“Lagipun yang memerintah sekarang adalah Umno-BN, pilihan raya lambat lagi iaitu kalau ikut tarikh adalah pada 2013.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK HABIS LAGI NAK BERPADU PADU… kah kah kah..

woit…. BUKAN PAS TAK NAK…. kah kah kah…

kah kah kah… MEMANG PAS NAK BERPADU PADU…. kah kah kah..

kah kah kah…. DENGAN SATU SYARAT SAHAJA…. kah kah kah…’..

kah kah kah…ISTERI BIK MAMA KENA UNDUR DIRI… kah kah kah..

kah kah kah… KERANA RAMAI ANGGOTA PAS TAK SANGGUP TERIMA TUDUHAN.… kah kah kah..

woit.. TUDUHAN TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA… kah kah kah

woit… LAGI PUN MAKIN RAMAI RAKYAT YANG MELUAT MELIHAT ROSMAH… kah kah kah…

kah kah kah… KALAU SYARAT INI DITERIMA… MAKA BOLEH BERPADU PADU… kah kah kah

woit… TAK PERCAYA…SILA BACA JAWAPAN PAS… kah kah kah..



PAS TIDAK AKAN NAIK KAPAL BOCOR
– harakah daily

Parti Islam Semalaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN.
PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.
Perjuangan yang hanya mementingkan ”perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.

Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh.

PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad.

Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang? Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa.

Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah. Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.

PAS tidak akan izinkan Umno, mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula.

PAS wajib ganti Umno.

nota:
gerombolan memasang niat mahu bawa pas masuk barisan
kalau pas dalam barisan maka pakatan akan pecah
bila pakatan pecah maka gerombolan akan kenduri kendara
sekali lagi kah kah kah


INI DIA RAJA GOPAL




MAIN SAMPAI MENANG - BUKAN KIRA SAMPAI MENANG





RAJAGOBAL MAHU BEN WILLIAMS BUAT RAWATAN PERUBATAN
- melayau

GUANGZHOU, China 14 Nov. – Jurulatih bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal menyuruh pengadil Australia, Ben Williams mendapat bantuan rawatan perubatan selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara di Sukan Asia, kelmarin.

Malaysia tewas 3-0 kepada China dengan hanya lapan pemain di padang sahaja selepas Mahuli Jasuli dan kapten pasukan, Safiq Rahmin dibuang pada minit ke-25 diikuti pemain, S. Subramaniam pada saat-saat terburuk.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. INI DIA RUPA RUPANYA…. kah kah kah..

kah kah kah… LAMA KITA MENCARI… SEKARANG BARU BERJUMPA… kah kah kah..

woit…TAPI AWAS ! …INI RAJAGOBAL BUKAN RAJAGOPAL…kah kah kah..

kah kah kah… INI ADIK RAJAGOPAL… kah kah kah..

woit… ADIK KE… ABANG KE… PAK SAUDARA KE … TAK PENTING… kah kah kah..

kah kah kah…YANG PENTING BOLEH MENGOPAL SIANG DAN MALAM… kah kah kah