Rabu, 3 November 2010

BERITA BERGAMBAR PETANG RABU





YANG INI BUKAN FITNAH



RATUSAN BERATUR DIPANAS TERIK UNTUK DAPAT RM100 – mkini

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini bukan beli undi
ini bukan rasuah

kerana apa?

kerana RM 100
dan bukan RM250

kalau RM250 saheh beli undi kah kah kah

tak caya sila baca berita di bawah kah kah kah


dari arkib 1/11/10

SPR ANGGAP PAS CUBA BELI UNDI – berita hairan

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika terbukti menyalahi akta berkenaan, kemenangan calon parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu boleh dibatalkan menerusi petisyen pilihan raya.

“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAK MAIN BOLA ATAU NAK MAIN GULI... kah kah kah

ALI RUSTAM DAN LIM KIT SIANG




LAWAN JANGAN TAK LAWAN





DAKWAAN UMNO KAFIR: LIM SAMAN ALI RUSTAM, BH
– mkini

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Berita Harian dalam laporannya semalam membidas Lim dan DAP yang didakwa semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir.

Akhbar itu memetik Ali Rustam sebagai berkata tindakan DAP mengkafirkan Umno itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orangMelayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” Ali Rustam dipetik oleh Berita Harian.

Malah lebih mendukacitakan kata Lim, Pemuda Putrajaya Umno membuat laporan polis ke atasnya berhubung laporan palsu itu.

Sehubungan itu, Lim berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, Lim berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga hadir pada sidang media ini menuntut Berita Harian menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf.

“Tiada pemimpin DAP yang kata Umno kafir. Kita bukan Islam macam mana nak tuduh orang lain kafir?” soalnya.

Ditanya sama ada parti itu akan menuntut bayaran ganti rugi atau pampasan daripada akhbar berkenaan, Guan Eng berkata perkara itu membabitkan maruah dan bukannya kerana wang.

nota:
panas terik petang ini
hinggakan tak dapat
hendak mengeluarkan
pendapat terhadap
tuduhan tudihan ini
kah kah kah



APA SUDAH JADI DENGAN BANI MELAYU





DULU TAK SUKA RAJA GOPAL






TINDAKAN KIT SIANG TUDUH UMNO KAFIR MELAMPAU – berita hairan

2010/11/02

GUA MUSANG: DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ali Rustam, berkata tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Katanya, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu dibuat di hadapan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” katanya ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, dekat sini, petang kelmarin.

Mohd Ali berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.

Beliau berkata, gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang kerana mendapat restu PAS untuk mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Katanya, pengundi di DUN Galas patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula seolah-olah direstui PAS.


KIT SIANG REJECTS GUA MUSANG ‘SEDITION’ ACCUSATION
- minsider

KUALA LUMPUR, Nov 3
— An outraged Lim Kit Siang today denied uttering seditious remarks during a ceramah in Sungai Terah, Gua Musang, saying that he was not even present at the function.

“This is a slanderous accusation...I never said this and I was not even there (at the ceramah). This is a twisted and irresponsible plot to spread racial and religious hatred,” Lim told reporters.

Umno-owned daily Berita Harian, in a news report dated yesterday had accused Lim of saying “orang Umno kafir” (Umno members are infidels) during a PAS ceramah in Sungai Terah, to “influence Malays to vote for PAS” for the Galas by-election.

The article quoted Mohd Ali Rustam as saying that Lim’s alleged remarks were made in the presence of PAS spiritual advisor Nik Aziz Nik Mat and PKR de facto leader Anwar Ibrahim during a ceramah in Sungai Terah.

“What is said is that when Lim accused Umno Malays of being 'kafir', PAS members greeted his remarks with shouts of 'Allahuakbar'. Should we support this party which has deviated from Islam’s true teachings?” said Ali Rustam during a function in Kampung Baru Hulu.

Lim said today that since the “false” news report, Umno Youth Putrajaya had lodged a police report against him.

“I myself will lodge a police report in Gua Musang and will instruct my lawyer to take action against Ali Rustam for defamation,” said Lim.

NOTA:
sila baca dua berita ini.
dan mari kita tanya diri kita sendiri
apa sudah jadi kepada orang yang
mengakui diri mereka pemimpin bani melayu ini
kerja mereka saban hati hanya menipu, makan rasuah,
salah guna kuasa dan membohong
kemudian berserban berumarah bernaik haji
agar dilihat putih dan suci.

bila china dan india menolak mereka
mereka mengatakan china dan india
kaum pendatang tak pandai berterima kaseh

tetapi kelakuan , peranagi dan tindak tanduk
mereka tidak melayakkan mereka jadi pemimpin
malah mereka ini menyempitkan dunia kita
dan mengotorkan oxygen dengan tempias air liur basi
dan cakap cakap bohong dari mulut mereka


INI BERITA FITNAH - JANGAN PERCAYA




TERPERANGKAP OLEH LENDIR CHINA DOLL




TUDUHAN RASUAH : ADUN LENGGENG DIARAH BELA DIRI
- mikini

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memerintahkan ADUN Lenggeng, Mustafa Salim supaya membela diri terhadap tiga tuduhan menerima rasuah.

April lalu, Mahkamah Sesyen Seremban telah membebaskan Mustafa, 51, daripada tuduhan tersebut tetapi pihak pendakwa merayu terhadap keputusan tersebut.

Mustafa dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kontraktor M Manimaran, 37, bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Nasfy Yassin berkata pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie terhadap ADUN tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TOLONG JANGAN BUAT FITNAH…. kah kah kah..

woit… JANGAN BUAT TOHMAH… kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU HAL PASIR INI MESTI DI SELANGOR…. kah kah kah..

kah kah kah… MUSTAHIL DI NEGERI LAIN HAL JUAL BELI PASIR…. kah kah kah..

kah kah kah… MUSTAHIL … CUBA TENGOK PETA… LENGGENG INI MESTI DALAM SELANGOR… kah kah kah….

nota:
jangan hairan berita ini tidak akan
dilaporkan oleh media gerombolan

nota:
sila ambil perhatian kes ini hanya
akan selesai sesudah bulan april 2011
kes adun kedah yang muflis
kes anwar ibrahim – semuanya akan selesai sesudah april 2011

kenapa?
senang sahaja jawabnya – untuk mengelakkan
dari diadakan pilihanraya kecil.

untuk bani melayu a la perkasam ini salah
satu pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh madey
sesudah piliharaya kecil di johor baharu dimana shahril samad
meletakkan jawatan dan bertanding kembali sebagai calon bebas.

geromboan kalah – lalu perlembagaan di pinda dimana tidak perlu
diadakan piliharaya kecil jika kerusi kosong seudah 3 tahun dari
tarikh pemilihan.

ini bukti perlembagaan BOLEH DIPINDA !

ada lag dalam pindaan perlembagaan ini:
para yb yang letak jawatan tidak boleh bertanding selama 5 tahun

tak percaya lagi ?
itu pasal gerombolan suka ajak bola
kerana dia kontrol padang
masih nak main guli juga kah kah kah



RAJA KAKI MENIPU



INI TIDAK BOHONG



nota:
dapatkan segera roti najib
sebelum ianya diharamkan
kah kah kah





LITTLE INDIA GAH DI MATA DUNIA – NONG CHIK
- malayau

Little India di Brickfields kini telah menjadi salah satu simbol kebanggaan negara dan mula gah di mata dunia.

Ini terbukti apabila ramai pelawat dari seluruh dunia telah menjadikan Little India sebagai tumpuan utama untuk dilawati apabila melancong ke Kuala Lumpur.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
yaaaa ampoonnnn tolong lah jangan bohong
yaaaa ampooooon jangan jadi pembongak
yaaaa ampoooon jangan jadi mat lebong
yaaaa ampooon tolong lah jangan tipu melayu

tak betul brickfields - little india ini gah di mata dunia
belum sampai sdatu minggu di istiharkan sebagi little india.

jangan lah tipu orang kampong
jangan lah bodoh mak cik felda
jangan lah bangang kan minah kilang
jagan kelenting mat dispatch

kalau ada mat saleh di sana ada dua sebab:
pertama: kerana ada kl sentral tempat naik
keretapi/ bas ke lapangan terbang
kedua: kerana ada hotel murah dan berhampiran
dengan stesen keretapi

anak anak muda – bangla/indon/melayu/burma/vietnam
berligar diwilayah ini diwaktu petang dan malam
kerana banyak rumah merah dan rumah
urut happy ending – ini membuatkan brickfields begegar budayanya

sila jangan buat bohong. sila jangan tipu rakyat malaysia. hari
hari dibodohkan dan dibohongi. ini pun nasib baik kerana arwah
romald reagan – kita ada internet – kalau tidak pak cik dekat felda
chemomoi akan percaya cerita malaon bangang ini.


APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI BRICKFIELDS SEKARANG:

warga disini naik marah kerana perubahan jalan raya
telah menimbulkan masaalh kesesakan yang amat berat.
kawasan persekolahan, masjid, kuil, gereja yang dulunya jauh
dari jalan besar tetiba jalan kecil mereka telah dijadikan jalan besar.

bayangkan hingar bingar – sesak mesak


peniaga di brickfield naik bengang kerana asakan kereta yang bayang
telah menjaukan lagi para pelanggan mereka.

tak percaya sila pergi tanya sendiri.



MENGIPAS API PERKAUMAN



SILA BELI BUKU INI



nota:
sebagai warga kita juga
wajib tahu hak kita
kita boleh membaca
maka kita baca
untuk mengetahui
asas hak asasi kita

kalu tidak hidup kita kena buli sepanjang masa

polis tahan minta kad pengenalan
pak gad minta kad pengenalan
majikan senang-senang nak buang kita

majlis tempatan tak pasal pasal cukai kita
harga minyak tetiba naik

semua hak kita ada tercatit dalam pelembagaan
sila baca supaya kita tidak ditipu setiap hari


BANTAH DASAR KERAJAAN DAP - melayau

Berang dengan dasar-dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering menindas dan tidak menghiraukan pandangan rakyat, lebih 200 anak jati negeri ini mengadakan bantahan di depan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar); pemilik tanah di Kampung Genting, Balik Pulau; ahli Parti Cinta Malaysia (PCM) dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.

Perhimpunan itu menyebabkan pekarangan DUN di Lebuh Light di sini yang selalunya tenang, bertukar menjadi kecoh apabila mereka mula berteriak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

nota:
lihat bagaimana utusan melayu memainkan dan menjual
rasisma secara amat halus.

tajuk berita itu ialah -bantah dasar kerajaan dap
ini bohong ini di pulau pinang bukan kerajaan dap
ini kerajaan pakatan rakyat
sama seperti di selangor tidak boleh dikatakn kerajaan
pkr kerana ada dap dan pas bersama sama dalam kerajaan
bagitu juga di pulau pinang.

juga lihat pengunaan perkataan – anak jati – apa makna anak jati
disini – pasti bukan anak kayu jati – perkataan jati ini untuk memisahkaan apa yang
dipanggil kaum pendatang yang membawa makna china – bila perkataan china muncul
maka china ini ialah dap.

walau apa pun kita mesti menyokong hak ' anak jati' untuk keluar berdemo

kita jangan sekali-kali menentang hak sesiapa sahaja untuk turun ke jalan
raya. hak untuk menunjukkan persaan ini - ramai orang tidak tahu dan tidak
sedar - ada tercatit dalam pelembagaan malaysia.

hak ini sama setaraf dengan artikle 153
yang selalu di heboh hebih kan itu.

dalam perlembagaan ada ditulis dalam artikle 10: menjamin hak untuk berkumpul….
kalau tidak percaya sila baca perlembagaan dan jangan jadi malas.



PERNIPUAN YANG DI RANCANG




HILANG LAYAK UNDI AWAM TERAMAI DI NEGERI PAKATAN
- mkini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

nota:
lihat – nama pengundi hilang?

kenapa ini berlaku?

berapa banyak sedang berlaku?

sesiapa yang membaca berita ini
sila selidik untuk mengetahui apakah
alamat anda masih di tempat yang selamat

lakukan sekarang. jangan buang masa. penipuan
sedang diuruskan secara rasmi.

di pilihanraya kecil hulu selangor ramai pengundi
yang nama mereka hilang di makan hantu komkom
cari punya cari letih tak jumpa
justeru kita mesti bersedia.

yakinlah gerombolan akan melakukan apa sahaja
untuk memastikan mereka terus berkuasa.


JANGAN LUPA UNTUK DATANG


nota:
program bersih di dewan sivik petaling jaya!
hari rabu 10/11/2010

tukar tiub akan buat komidi/stand up
tetang erection kah kah kah

dijemput datang!


PADAN MUKA - TAKUT DENGAN CLINTON





APA JADI SUDAH KENA BERI AMARAN





SELEPAS JUMPA CLINTON , MALAYSIA IKRAR KEADILAN BAGI ANWAR
– mkini

Menteri Luar, Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… HINA SUNGGUH NEGARA INI JADINYA… kah kah kah….

kah kah kah… KERANA BERI AMARAN BARU NAK BERLAKU ADIL… kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN HANYA BERJANJI NAK BERLAU ADIL TAPI BERIKRAR …. kah kah kah..

kah kah kah…. PADAN MUKA…. DEPAN AMERIKA KECUT TELOOO…. kah kah kah..

kah kah kah…. KENAPA TAK TUDUH CLINTON CAMPUR TANGAN… kah kah kah..

kah kah kah… BERI AMARAN JANGAN CAMPUR TANGAN DALAM HAL UNDANG UNDANG.. kah ah kah..

nota:
itu pasal madey marah
amerika sudah masuk lubang
zaman madey amerika ke
semua tak berani kah kah kah

MASIH NAK MAIN BOLA LAGI




TAK SEDAR SEDAR



nota:
kalau pilihanraya ini boleh
mengubah apa apa - pilihanraya ini
telah lama di haramkan kah kah kah





SPR: BAYARAN RM20 BUKAN RASUAH
- mkini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

KAH KAH KAH

woit.. MEMANG BETUL RM20 BUKAN RASUH… kah kah kah …

kah kah kah… 160 JUTA RINGGIT BUAT RUMAH DI GUA PUN BUKAN RASUAH….. kah kah kah

kah kah kah… 5 JUTA RINGGIT DARI MALIKUL BUKAN RASUAH…..kah kah kah

kah kah kah… YANG AKAN DIANGGAP RASUAH IALAH 250 RINGGIT SAHAJA.… kah kah kah..

kah kah kah.. DUIT INI AKAN DI TANGKAP –JIKA IANYA HANYA RM250.. kah kah kah

woit… TAPI KALAU RM251. 43 SEN… IANYA BUKAN RASUAH….kah kah kah..

nota:
gerombolan ajak main bola di padang mereka
kalau bodoh akan ikut saja
kalau bijak ajak gerombolan main gasing kah kah kah