Jumaat, 27 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




UBU MELAKAR SEJARAH BANGSA





SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI


selamat bertemu dengan anak anak muda
sepuluh tahun dahulu muda dan bergaya
sepuluh tahun dahulu kacak manis dan beriya

sepuluh tahun dahulu mengacung genggam tangan ke udara
sepuluh tahun dahulu membakar semangat membara
sepuluh tahun dahulu menjadi tombak maju mara
sepuluh tahun membara mendobrak untuk masa depan negara

sepuluh tahun kemudian
kini berbini bersuami dan beranak
tanggung jawab sebagai ayah ibu dan emak
menetek mengopek susu dan lampin
jadilah ayah dan ibu yang setia
untuk melakar sejarah anak anak semua bangsa

lalu ingatan itu datang kembali
bagai semalam berjabat tangan
bertanya nama
bertegur sapa
sebelum turun ke jalan

lalu ingatan datang lagi
bagaikan gambar di hadapan mata
anak anak muda yang berani nya tiupan sangka kala
anak anak muda meredah alam semesta
anak anak muda masa depan dunia

salut untuk anak anak muda
salut untuk yang berani
salut untuk ubu

KALAU ADA RINGGIT SEMUA BOLEH KEPIT



BEST HAKIM MONEY CAN BUY





BEST HAKIM CAN BUY GOD



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH...


woit... INI LAH MALAYSIA BOLEEEEEH..... kah kah kah..

YANG TINGGAL HANYA SELAM




TAZKIRAH DI SURAU : SAYA IKHLAS ,KENAPA DIPERMAINKAN
- mkini

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan 'kontroversinya' ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

Lawatan ke surau Al Huda adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya

Ketika dihubungiMalaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan rumah ibadat itu.

Beliau juga mendakwa tidak tidak menyentuh langsung soal politiksebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selango


Kebanyakkan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

“Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.


KOMENTAR TUKAR TIUB


sila baca berita ini. ini kerana pemahaman agama
bagitu cetek. kalau di perhatikan tahap pemaham agama
islam kita di malaysia ini masih lagi di tahap halal dan haram.
heboh seheboh heboh nya.

tapi kedai jual bangkai ayam
dan kedai jual bangkai daging – mak donald dan kentuki –
tidak berani pulak di katakan menjual barang haram walau pun
bahan jualan dari kedai kedai bangkai bangkai ini telah terbukti
memudaratkan ummah.

kalau di perhatikan hari ini - ada baik sadikit dari satu dekad dulu
telah naik sadikit dari tahap perbincangan kentut batal ayer sembahyang.
dari tahap korek tahi hidung batal puasa.
agama islam yang muncul 1500 dahulu telah merobah dunia dengan
falsafah dan pandangan ilmiah – orang melayu yang islam masih
lagi di tahap pengenalan halal dan haram.

mereka selalu berlabon tentang g sejarah tamadun arab/islam
tetapi sejarah dan falsafah yang di bawa oleh intelektual islam
tidak di baca – hanya sesekali dengar nama.

yakin lah orang melayu ini amat malas befikir – lazy thinker
mereka malas mengkaji
mereka malas membaca
mereka amat suka mendengar

satu ciri nya ialah mereka amat suka kalau ada orang puteh masuk islam
kerana itu hebohlah mereka bercerita tentang micheal jackson masuk islam
tapi mereka tidak membaca apa apa tentang micheal jackson - hanya mendengar

inilah perangai melayu yang hanya tinggal selam

melayu yang sudah islam ini tidak ada keupayaan mengoncang dunia
kerana malas membaca dan malas berfikir. mereka tidak ada keupayan
berdiri dengan dunia. musik mereka, buku mereka, cinema mereka, falsafh mereka
semua nya kong kalikong

bila china cakap hal islam marah pulak
katakan china tak sunat
tapi sendiri tidak membaca dan mengkaji
tidak berfikir dan malas berfikir

ini berlaku kerana islam di malaysia ini sedang di perangkap
oleh dua parti politik - united malays national organisations
dan parti islam – pas. kedua dua ini mengajukan pandangan islam mereka.
mengajukan pandangan islam dari sesiapa pun tidak salah
kerana kita semua menusia memiliki akal dan fikrah. apa yang mencelarukan
islam di malaysia ini ialah ianya bukan menjadi rujukan hidup tetapi
alat propaganda untuk menang pilahanraya – ini realpolitik.

maka hasilnya kita lihat lah apa yang berlaku sekarang
para politikus cuba menjadi lebih islam dari kapal selam
lilitan serban lebih tebal dari guni basah
ilitan kain tudung lebih lekat dari super glue
songkok mereka lebih tinggi dari tiang lampu jalan
bila memulakan ucapan cakap arab mereka berjela-jela dari berbuka hinnga ke sahur

mereka memaksa kan islam mereka ke atas warga
kerana itu islam gerombolan boleh menuduh ayah pin ajaran sesat
boleh menuduh al- arkam ajaran sesat
boleh menuduh wahabi ajaran sesat
boleh menuduh ahmaddiah ajaran sesat
seoalah olah gerombolan boleh menalipon yang maha esa

sebenarnya di sebalik ini ialah kuasa
sebenarnya di sebalik ini ialah duit dan harta
ini realpolitik – politik yang di eja dengan hurif k.

nota:
agaknya islam siapakah
yang mempermain main kan kedatangan
wakil rakyat ini ke surau untuk bersedekah?


ISLAM DAN ISLAM BODEEK



IBNU RUSHD





KHATIB ZAKARIAN : SAYA TAK BUAT SALAH, TIADA SEBAB PERLU MOHON MAAF
– minsider

Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah berkata, beliau berpendirian tidak perlu memohon maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu doa khutbah.

“Saya tidak akan memohon maaf sebab saya pasti yang tidak melakukan apa-apa kesalahan, tiada sebab untuk meminta maaf pun,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya tidak akan tunduk desakan itu, saya tidak perlu buat demikian,” kata beliau lagi sambil menambah, isu itu diperbesarkan oleh pemimpin politik.

KAH KAH KAH..

woit… MENGIKUT AJARAN ISLAM GEROMBOLAN…. MESTI DOAKAN RAJA GOPAL… kah kah kah..

woit… MENGIKUT AJARAN ISLAM GEROMBOLAN… MESTI DOAKAN KAVITA SINGH… kah kah kah..

woit.. MENGIKUT AJARAN ISLAM GEROMBOLAN ..MESTI DOA BOOKIE BOLA... kah kah kah..

woit... MENGIKUT AJARAN ISLAM GEROMBOLAN... BUKAN SAJA DOA DI MALAYSIA... MESTI DOAKAN RAJA GOPAL MASA MAIN JUDI D LONDON... kah kah kah..

woit… PERGI MAPOOOOOS LAAA….. kah kah kah

kah kah kah… INI KHATIB YANG MENGIKUT AJARAN ISLAM…kah kah kah..

woit… BUKAN ISLAM PAKATAN… BUKAN ISLAM PAS… BUKAN ISLAM HADARI…kah kah kah..

woit… KHATIB INI BUKAN ISLAM KAKI BODEEEK…. kah kah kah..




baca yang ini pulak:

TIDAK WAJAR KETEPIKAN DOA KEPADA AGONG
-melayau

Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah solat Jumaat tidak sewajarnya mengetepikan doa kepada Yang di-Pertuan Agong kerana baginda merupakan ketua negara serta ketua agama Islam.

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor, Mohd. Zamri Mohd. Shapik berkata, dalam keadaan umat Islam yang masih belum memahami sepenuhnya ilmu fikah, membaca doa untuk bukan Islam secara terbuka seperti ketika khutbah Jumaat perlu dilakukan di platform berlainan.

Ini ujar beliau, sebagai langkah mengelakkan salah faham berlaku di kalangan umat Islam.

"Namun begitu, pihak persatuan berpendapat adalah tidak wajar khatib solat Jumaat bertindak meninggalkan doa kepada Yang di-Pertuan Agong.

KAH KAH KAH..

woit… …INI ISLAM AJARAN GEROMBOLAN. kah kah kah…

kah kah kah… INI ISLAM AL BODEEEKI… kah kah ka..

woit… INI ISLAM AL KAVITA SINGGIIII… kah kah kah…

nota:
irag hapuskan raja raja
iran hapuskn raja raja
libyahaouskan raja raja
syria hapuskan raja raja
mesir hapuskan raja raja

semua ini negara arab
quran dalam bahasa mereka
mereka tahu apa yang ada dalam quran
tak kan mereka salah bila hambat
raja raja yang mengabiskan boreh

ini kita d malaysia
buku sejarah melayu pun tak tamat baca
buku hikayat hang tuah pun tak pernah jumpa
mana nak baca buku falsafah ibnu rushd
mana nak baca buku falsafah al-kindi

bila dengar nama socrates
mereka ingatkan jenama beg tangan
bila dengar nama aristotle
mereka ingatkan ini kereta jerman yang baru sesudah honda kah kah kah


paling hebat baca utusan melayau kah kah kah

KAMBING HITAM DARI KEDAH




HITAM BIN LEGAM BUKAN CIRI ORANG REMBAU




KHAIRY JADIKAN PEKASA ALASAN TAGIH SIMPATI -malayau

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengugut untuk meninggalkan parti dianggap sebagai cubaan mencipta helah dramatik bagi memancing simpati ahli-ahli UMNO dengan menjadikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai 'kambing hitam'.

Ibrahim Ali membidas kenyataan Khairy dengan menyifatkan, tindakan itu menonjolkan sisi 'tidak cerdik' Ahli Parlimen Rembau tersebut bagi menutup kekecewaannya kerana tidak dilantik dalam Kabinet.

"Kenyataan itu jelas memperlihatkan kekecewaan Khairy yang sudah sampai ke kemuncak kerana tidak diberi perhatian pucuk pimpinan UMNO.

"Jadi sekarang beliau cuba jadikan Perkasa sebagai alasan dan alat untuk menagih simpati," katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, Ahli Parlimen Rembau itu bebas membuat keputusan untuk keluar dari UMNO kerana ia adalah hak individu yang tidak boleh dihalang oleh sesiap

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Muhammad Zahid Md. Arip turut membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan Khairy sebagai seorang manusia yang gagal dan kecewa dalam politik.

Menurutnya, UMNO adalah wadah perjuangan bangsa Melayu, bukannya tempat untuk mengadu domba dan mengugut mahukan jawatan.

"Ini merupakan kali kedua beliau cuba menarik perhatian ramai termasuk pucuk pimpinan kerana sedar cara kepimpinannya semakin ditolak oleh UMNO.

KAH KAH KAH

nota:
jangan lupa tahun lalu sebelum adanya pekasam
menantu dolah ini pernah mebuat kenyataan “ kerana kita lemah
maka orang lain ambil kesempatan” - kenyataan ini merujuk kepada
tuntutan mca . sesudah kenyatan ini di buat menantu dolah ini telah
ditibai oleh mca. hanya dua bulan ini saja menanti dolah ini mula
‘rebranding’ ini bila cukongh mca di tibai oleh pekasam maka menantu
dolah ni nak jadi hero cukong pulak.

pakatan rakyat secara senyap senyap telah beterima kaseh
kepada menantu dolah ini kerana dipilihanraya yang lalu calon calon
telah di pilih oleh menantu dolah – semua calon ini bungkus kah kah kah

nota:
dalam budaya adat perpatih menantu dolah
bukan orang rembau – ibunya bukan orang rembau
ayahnya orang rembau. adat pepatih condong ke sebelah ibu
menantu dolah ni orang kedah dia menyamar orang remaau
dia tak berani jadi calon kedah - jamin bungkus
dia bukan asli rembau - dan bukan asli nogori

menantu dolah ini orang kedah kerana itu dia hitam
itu pasal beraheng panggil dia kambing hitam kah kah kah


PECAH DAN PERINTAH



KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

26 OGOS 2010


Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
PAS


KENAPA WARGA FELDA MARAH




SURAT DARI WARGA FELDA KEPADA PEMBACA TUKAR TIUB


kesah sedih bapaku yang ditipu oleh FELDA... pada tahun 1977 bapaku masuk ke felda jegka masa itu aku berumur 1 tahun belum kemal ape2 pun hanya tahu menangis mungkin kerana sedih tahu bapa ku akan di perah dan ditipu Tiap bulan bapaku dipotomg gajinya untuk tujuan membayar tanah yang diduduki dan untuk tanaman semula bila kelapa sawitnya tidak lagi produktif...selepas 25 tahun menuai kelapa sawit tiba masanya untuk ditanam semula setelah sekian lama ditipu gred belian sawitnya... Namun bapaku bukanlah peneroka tegar yang hanya menharapkan jualan sawitnya untuk menyara keluarga...otak bisnes...mampu berlari sendiri setelah sekian lama Bapaku tidak mengharapkan FELDA untuk menanam semula kerana bapaku tidak mahu lagi berhutang dengan FELDA untuk tujuan tanaman semula walaupun ada modal terkumpul sebanyak RM17K itu telah ada dalam kantung FELDA setalh potongan gaji dibuat 25 tahun dulu namun dia nekad untuk menanam sendiri...tidak mahu lagi berhutang dengan felda. Bapaku berjaya menanam semula...namun dibenaknya ingin mendapatkan kembali haknya dalam kantung felda sebanyak RM17K...haknya...haknya...haknya...sebelum mati haknya mesti dituntut...(Sedih Siut)...Celaka F...... Hasil tanam semula telah pun berhasil 2-5tan senag2 dapat tiap bulan...tapi haknya belum di kembalikan...kini bapaku dilabel Peneroka Bukan Bersama Felda....sial...Duit raya RM150...Peneroka Bersama Felda RM300...Diskriminasi yang dibawa oleh Pemimpin Negara....sedangkan hasil sawitnya hanya dibenarkan dijual di Kilang Felda....Sial...dtipu lagi grednya.... Bpaku dan rakanya cuba membawa ke mahkamah namun dimomokan sehingga berpecah belah rakannya...sial... Setelah hasil sawitnya hanya dibenarkan dijual di kilang felda...bayaran pula hanya melalui pejabat felda...hasil peneroka tidak bersama felda ini berlipat ganda dari peneroka bersama felda...kerana baja dibeli dari luar...ditabur sendiri atau dipantau sendiri...hasil dikait sendiri...dipunggah sendiri ke kilang...peneroka bersama felda...goyang kaki di kedai kopi kerana telah menerima RM1500 sebulan....hasil di kutip oleh bangla...baja dari felda yang sering dijual oleh mandor kepada peneroka tidak bersama felda...baja ditabur tidak sekata...hasil keluar sedikit saja... Celaka.... bila bapaku kini menerima berita yang hasil jualannya ke pada felda itu akan di potong untuk Tanaman semula untuk 25thn akan datang...polisi celaka apa ini....Potongan untuk 25tahun lepaspun masih belum dipulangkan...mahu potong lagi....celaka...cukup celaka... bantahan aman dibuat sehingga keluar surat khabar...Siapa tak marah dahlah duit dahulu yang dipotong tidak dipulangkan...kini hendak dipotong lagi....sudahla Dilabel Peneroka Tidak Bersama Felda...tapi masih menharapkan ehsan jualan sawit bapaku...dahlah gred ditipu...malah insentif jualan terbanyak untuk mrnghargai jualan terpaksa kepada kilang felda pun tiada....Dirayu dipujuk untuk bersama Felda...tidak berpaling bapaku....cukuplah yang lepas2... Terkini mereka berjanji kepada bapaku untuk memulangkan kembali duit tanaman semula yang terkumpul dulu...jika dihitung secara kasar ada RM17k....janji diterima...namun janji lain menjelma....RM8k sahaja yang lain tu akan dibayar dalam bentuk baja untuk pokok yang diusahakan sendiri oleh bapaku...benihya dibeli sendiri oleh bapaku....baja dibeli bergered tinggi oleh bapaku....racun rumpai di beli untuk tahan lebih lama oleh bapaku....peneroka gila aje yang tak marah...peneroka buta sahaja yang berdiam...peneroka dungu aje yang selamber....tp bapaku bukan gila dan buta dan bodoh....yang pasti sering ditipu.... Sebelum bapaku jasatnya disemadikan...sebelum terkubur dimamah cacing....sebelum tinggal rangka ...sebelum...sebelum...dan dan sebelum...Dia merayu agar Felda memulangkan kembali haknya... harap jagan ditipulagi untuk kesekian kalinya Anak Peneroka Tidak Bersama Felda.

nota:
tidak di sunting
tidak di tambah
tidak di tokok
ini bukan lebong
ini kesah benar kah kah kah


BERITA TIPU MELAYU




LEBAI GOOGLE DENGAN NAJIB BUKA PUASA



nota:
klik untuk membesarkan imej

PM DI MAJLIS RAHMAT RAMADAN BERSAMA RIBUAN WARGA FELDA - melayau

JEMPOL 26 Ogos - Najib Razak tiba di sini untuk bersama-sama ribuan warga Felda dalam Majlis Rahmat Ramadan dan Berbuka Puasa di Masjid Bandar Seri Jempol petang ini.

Ketibaan beliau disambut Mohamad Hasan serta para pemimpin negeri.

Pada majlis berkenaan, Najib turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga Felda.

KAH KAH KAH


woit… BETUL KE BERIBU RIBU YANG DATANG…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK NAMPAK PUN BERIBU ORANG… kah kah kah..

kah kah kah…LAPORAN AWAL KATA BERATUS ADALAH…. kah kah kah..

kah kah kah… NAMPAK ADA A 300 ORANG YANG HADIR …kah kah kah.

woit… INI PUN KIRA DAH TERER DAH LEBIH KOUTA …. kah kah kah…

kah kah kah… INI PROGRAM BIDAN TERJUN….kah kah kah..

kah kah kah… INI DI BUAT KERANA PENEROKA SERTING SUDAH SAMAN FELDA … kah kah kah..

kah kah kah… KES TIPU PENEROKA DI KELANTAN DAH MENANG… kah kah kah…

kah kah kah… KES TIPU PENEROLKA SERTING MASIH BICARA… kah kah kah…

kah kah kah… TU PASAL NAK SEDAP KAN HATI WARGA PENEROKA…. kah kah kah

DEMO MELAWAN MALINGSIA



MALINGSIA INI APA BENDANYA





BENDERA MALAYSIA DIBAKAR, DILUDAH DALAM DEMONSTRASI DI JAKARTA
– berita hairan

Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lalu.

Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.

KAH KAH KAH..

woit… BIJAK ANAK MUDA INDON INI…. kah kah kah…

kah kah kah… PARA KONTREKTOR KELAS F DI MALINGSIA CUKUP GUMBIRA BILA MEMBACA BERITA INI….. kah kah kah..

kah kah kah… UNTUK KONTREKTOR KELAS F …. SEMUANYA PROJEK… kah kah kah..

woit…ADA CADANGAN AGAR SEMUA BENDERA MALAYSIA DI BUAT DARI PLASTIK….kah kah kah…

kah kah kah…. SUSAH UNTUK DI BAKAR… KALAU KENA LUDAH CEPAT KERING… kah kah kah

kah kah kah…. CADANGAN … SEMUA RUMAH DUTA MALAYSIA DI LUAR NEGARA ADA PAIP KHAS…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA ADA TAIK DI BALING DENGAN SERTA MERTA AYER AKAN KELUAR DARI PILI. kah kah kah

woit… CADANGAN PINTU PAGAR RUMAH DIPLOMAT MALAYSIA MESTI ADA LETERIK…kah kah kah…

kah kah lah….. BILA PEGANG SAJA MEREKA AKAN TERKENA KAREN… kah kah kah

nota:
ludah, bakar, baling taik
semua ini berpotensi
semua ini jadi projek untuk
warga malaysia
meleleh air liur kontrektor
bila melihat demo ini kah kah kah

nota:
musuh kepada musuh kita
adalah kawan kita kah kah kah