Ahad, 21 Mac 2010

BAI BAI BABY BAI BAI



SURAT KHABAR BUAT BUNGKUS NASI LEMAK




92 PERATUS RAKYAT MALAYSIA PERCAYA MEDIA BARU - malaysiakini

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan,” katanya yang terkenal dengan kajian masa depan melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies.

KAH KAH KAH...


woit.... HABISLAAAA.....TV TIGA SUKU.....kah kah kah..

kah kah kah....HABISLAAAA.... MELAYAU.... kah kah kah...

kah kah kah... HABISLAAAA.... RTM.... kah kah kah...

woit... PATUTLA ... SEMUA ORANG MUDA ADA FB.... kah kah kah..




BUAT KERJA JAHAT - SENYAP SENYAP




ROBOH GERAI MELAYU , KENAPA TAK MELALAK SEPERTI DI PULAU PINANG ?
– harakah daily

Tulisan :ANAK LABU

Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.

Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.

Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.

Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?

Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)

Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?

Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.

Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.

Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?


nota:
inilah cara gerombolan buat kerja.
kalau di Pulau Pinang atau kerjaaan pakatan
heboh macam nak rak
kalau mereka buat kerja yang lebih jahat
menikus senyap





SPY DI CARI



SIAPA NAK JADI JAMES BOND ?





SAKSI AKUI PEMBAYARAN KELULUSAN CALLING VISA UNTUK DANA POLITIK
- mStar

Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Wahid Md Don memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran ke atas kelulusan 'calling visa' pekerja Bangladesh adalah untuk dana politik.

Ahli perniagaan Zulkafli Maulud, 53, berkata beliau mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh Low Chang Hian dan apa yang difahamkannya, wang itu untuk seorang Menteri.

Sebelum menyatakan wang itu untuk dana politik beliau juga menyebut ia sebagai sumbangan politik kepada orang yang sama.

Ditanya oleh peguam V. Sithambaram yang mewakili Wahid dalam pemeriksaan balas, sama ada beliau pernah berhubungan dengan adik ipar menteri terbabit yang dikenali sebagai Syed Abdullah, Zulkafli berkata: "Tidak pernah."

Pada perbicaraan lepas, seorang broker Burugabudeen Mohamed Ismail, 50, memberitahu mahkamah bahawa Syed Abdullah pernah menerima wang daripadanya sebagai upah mempercepatkan permohonan 'calling visa' untuk pekerja asing pada 2008 dan ia adalah untuk dana politik.

Mengikut pertuduhan, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.


KAH KAH KAH...

woit... SAPA NAK JADI JAMES BOND ?.... kah kah kah..

woit.... SILA TEKA.... MENTERI MANA?.... kah kah kah..

woit.... DARI BERITA INI .... ADA TANDA TANDA MENTERI ITU....kah kah kah..

kah kah kah.... SIAPA PANDAI CARI NAMA MENTERI ITU....kah kah kah..

nota:

pemenang yang betul meneka
akan dapat bercuti di bangladesh
kalau nasib baik boleh bermalam
dirumah sharifah kah kah kah