Khamis, 21 Januari 2010

PEMECAH BERITA = BREAKING NEWS



KOTAK MAT EZAM TINGGAL KOSONG




MACAI MAT EZAM LARI MENINGGALKAN TUAN

Panas: Malam ini Nazree GERAK Umum Masuk PKR?

Nazree Yunus yang menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Pengerusi Gerak akan umumkan beliau masuk PKR malam ini di program di Puchong.

Pengumuman ini diatur Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Nazree pada satu ketika dahulu selalu heboh dengan lembu dan tayar kereta.

Dari apa yang difahamkan Nazree juga telah bersedia untuk membocorkan
peranan Ezam dalam beberapa kelentongan yang terdahulu.

nota:
taubat taubat
lari cepat
nanti kena rembat
kah kah kah




PERHATIAN PROGRAM AKAN DATANG



POPULAR FRONT FOR THE LIBERATION OF PALESTINE




LAWATAN KAMARADE SALAH -AL SALAH DARI PALESTINE

Bekas pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine (PFLP) akan datang ke Kuala Lumpur.
Satu perbincangan/forum terbuka sedang di rancang. Sila ikuti iklan seterusnya untuk mendapatkan maklumat terkini.

PFLP adalah gerakan revolusi Palestine yang berhaluan kiri.
PFLP tidak menyokong Perjanjian Oslo.
PFLP tidak membuat apa apa perjanjian dengan zionis Isreal.
PFLP meneruskan perjuangan untuk membebaskan Palestine.

Kawan Salah al-Salah adalah bekas pucuk pimpinan PFLP. Aktif di Seria
dizaman mahasiswa untuk membangunkan
basis anak-anak muda.





SELAMAT JALAN JOHNNY BIKIN FILEM



AL-FATIHAH ANUAR NOR ARAI




AL-FATIHAH DR ANUAR NOR ARAI

Pengkaji dan pensyarah filem terkenal, Dr Anuar Nor Arai, meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Selangor, di sini, petang tadi.

Beliau yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Zaharah Ibrahim serta dua anak perempuan dan menantunya kira-kira jam 5.20 petang.

Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Seksyen 19, di sini dan dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini, hari ini.




SILA TEKA - NEGARA JIRAN MANA ?



KANTOI ! INI DIA BUKTI LORI SELUDUP PASIR DALAM PADANG PASIR




SELUDUP PASIR : 34 DITAHAN KERANA RASIAH TERMASUK HABUAN SEKS -mStar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 34 orang di lima negeri termasuk dua ahli politik dan kakitangan awam kerana rasuah wang tunai dan seks, sebahagian langkah membendung aktiviti perlombongan pasir haram.

Kesemua mereka dijangka didakwa di mahkamah hari ini.

Dengan penahanan 34 mereka, SPRM percaya telah berjaya mematahkan sindiket menyeludup pasir ke sebuah negara asing.

Bagaimanapun SPRM tidak menamakan negara jiran itu.

KAH KAH KAH…

woit… SELUDUP KE NEGARA JIRAN?... KE NEGARA JIRAN?... kah kah kah..

kah kah kah… AGAKNYA NEGARA JIRAN YANG MANA NI?... kah kah kah…

kah kah kah… INI MESTI JUAL PASIR KE JEPUN…. kah kah kah..

woit… INI MESTI DAPAT UPAH JAPANESE DOLL…. kah kah kah..

woit… JANGAN BODOH.. JEPUN BUKAN NEGARA JIRAN .. kah kah kah..

kah kah kah… MESTI JUAL PASIR PADA BANGLA… kah kah kah..

kah kah kah… DAPAT SAREEE DOL…. kah kah kah..

woit… BANGLA PUN BUKAN NEGARA JIRAN… kah kah kah…

kah kah kah… INI MESTI JUAL PADA INDON…INDON NEGARA JIRAN… kah kah kah..

kah kah kah…MESTI DAPAT DAPAT HADIAH SHARIF DOL….kah kah kah…



JADIKAN SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH DAN KELANTAN BEBAS RASUAH!



LIPAS DALAM BRA NAMPAK - ANAK BADAK TAK NAMPAK




SPRM SERBU PEJABAT EXCO SELANGOR – malaysikini

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

woit… INI TERBAIK…SYABAS SPRM… CEKAP DAN PANTAS…kah kah kah..

woit… SERBU SAMA MEREKA… SIASAT…JANGAN TAK SIASAT… kah kah kah..

woit… KALAU BOLEH SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah

kah kah kah… DUA RATUS RINGGIT TIGA PULUH LIMA SEN PUN SIASAT… kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN BAGI PELUANG PAKATAN MAIN RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… BIAR KERAJAAN PAKATAN BERSIH.. SEBERSIH GIGI PALSU…kah kah kah..

woit… TAPI…APA JADI DENGAN LAPORAN MAT ASAN BAWA LARI 10 JUTA…kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN 12 BILION DI REMBAT DI PELABUHAN KLANG…kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN LAPORAN KOMISEN BELI KAPAL SELAM…kah kah kah..

woit…TAK KAN KERANA BANYAK SANGAT DUIT… SUSAH NAK KIRA… kah kah kah..

kah kah kah... NGOOOOOK ! ...kah kah kah



SATU L:AGI SANDIWARA



KAPAL TERBANG JET HILANG DIMAKAN OLEH IKAN INI




SIASATAN BERMULA DENGAN BAU KURANG MENYENANGKAN - malaysiakini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet tu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jeneral i Rodzali Daud.

"Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja," kata Pengerusi PAC Azmi Khalid kepada pemberita selepas esyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

nota:
tunggu dan lihat
dengar dan baca

akhirnya :
berak dan ketawa kah kah kah


SILA IKUTI TULISAN DARI MERDEKA REVIEW

Enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

*Tulisan Lim Hong Siang Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.




KEPALA BANA PUNYA MALAON



TANGKAP SEMUT INI SOROK GULA DALAM LUBANG




BERTINDAK WALAU PUN NAIK 5 SEN - melayau

Bertindak membuat laporan segera walaupun 5 sen! Demikian gesaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Hasim Rusdi kepada pengguna jika mendapati harga barang termasuk gula dijual melebihi harga kawalan iaitu RM1.65 sekilogram.

Kata beliau, aduan pengguna perlu kerana ia akan memudahkan usaha pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang ingkar.

“Kita sudah menasihatkan peniaga supaya jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang terutama barang kawalan, jika ada peniaga yang ingkar kita tidak akan berkompromi.

KAH KAH KAH…

woit… MALAOAN INI CUKUP HEBAT… kah kah kah..

woit… AJAK PERGI SAMA BELI BARANG DENGAN MALAOAN INI… kah kah kah..

kah kah kah… AJAR MALAON INI SIKIT CARA KE PASAR… kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN NAK SURUH MINAH INDON KE PASAR…kah kah kah..

woit… NAK LAPOR PADA SAPA?... kah kah kah..

woit… KES DUA BELAS BILION LESAP DARI PERLABUHAN KLANG LAGI TAK ADA SIASAT… kah kah kah..

woit… INI NAK SIASAT HARGA GULA NAIK LIMA SEN… kah kah kah..

kah kah kah… KEPALA BANA PUNYA MALAON… CAKAP IKUT SEDAP… kah kah kah…