Isnin, 18 Januari 2010

BAGIMANA TANAH MELAYU TERJUAL




MELELEH AIR LIOR CUKONG MELIHAT TANAH PENJARA PUDU




YTL TERIKAT DENGAN PERJANJIAN - melayaua

Syarikat pemaju, Yeoh Tiong Lay (YTL) tidak boleh membangunkan apa jua jenis pembangunan komersial lain di kawasan yang telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah kos rendah di Kampung Railway, Sentul.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana syarat menetapkan sebahagian kecil kawasan pembangunan perumahan adalah untuk rumah kos rendah dan sederhana.

“Sudah termaktub dalam perjanjian iaitu setiap pembangunan khususnya melibatkan pihak swasta, 30 peratus daripada kawasan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

“Oleh sebab itu, mana-mana pemaju termasuk YTL harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Mereka tidak boleh membuat pembangunan komersial yang lain selain daripada perumahan kos rendah,” tegasnya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, YTL menerusi anak syarikatnya Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.

Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.

Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat surat daripada YTL yang menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“YTL perlu mengutamakan perjanjian tersebut iaitu membina rumah kos rendah untuk penduduk-penduduk di sana.

“Selain itu, kebajikan mereka (penduduk) juga perlu dijaga memandangkan sebahagian besar di antara mereka telah menetap selama 60 tahun di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Tambah Saravanan lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menukar syarat-syarat yang telah ditandatangani pada 1994 itu.

Bagaimanapun, harga penjualan rumah yang pada asalnya sekitar RM25,000 akan dinaikkan kepada RM40,000 seunit.

“Kami juga mengambil kira akan kos pembangunan sekarang memandangkan harga bahan mentah juga berbeza jika dibandingkan dengan harganya sekitar 16 tahun dahulu.

“Saya percaya masalah ini akan selesai dengan segera dan nasib penduduk-penduduk di sana akan terbela selepas saya dan YTL berbincang dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

nota:
lihat inilah cara cukong merembat tanah.
inilah mondus operandi yang mereka lakukan

pertama : cari tanah kerajaan
kedua: cari melayu untuk jadi kaki sogok – kalau boleh jadikan pengerusi
ketiga: buat kertas kerja dan cadangan
keempat: dalam cadangan katakan akan disediakan juga rumah rumah murah, padang bola, rumah ibadah.
kelima: melayu kaki sogok akan bergebang tentang projek cukong ini – untung untung dapat amoi
keenam : menteri luluskan – perjanjian dibuat – fulus masuk
ketujuh : dirikan kondo.
kelapan : lambatkan membuat rumah rumah murah, padang bola, tempat ibadat – rembat tanah tanah ini juga
kesembilan : minta batal perjanjian buat rumah murah untuk rakyat
kesepuluh : hairan ke? ini trik lama... trik para cukong tipu melayu kah kah kah

nota:
inilah caranya kenapa semua kota kota dan pekan pekan dalam negara
kita ini dimiliki oleh cukong cukong – inilah caranya.

nota:
akan lingkup penjara pudu
akan lingkup jalan peel
akan lingkup tanah tanah kerajaan di sekitar dewan bahasa
akan lingkup opis stesen keretapi dsebelah masjid negara
akan lingkup kawasan perumahan saan peng
sedang lingkup tanah disebelah muzium negara ( sedang dipangar sekarang)

nota:
ketuanan melayu berdegar degar
tanah melayu tinggal saekar kah kah kah





KESAH ITU BERSAMBUNG LAGI



ANAK MUDA BESAUDARA YANG AKU TEMUI DI TASEK BURUNG MANDI





MENCARI TONGKAT WARAN

lalu aku meninggalkan mersing. air laut cina selatan masih bergelora pagi itu. menyisir pantai mersing melihat betapa hijau dan subur bumi yang menghasilkan makanan. di kiri kanan jalan ladang pisang, sawit dan sayuran.

akhirmya sampai ke wilayah sawah padi.

masih terdapat beberapa ruamh rumah tumpangan orang kampong. lalu aku terfikir: tanah tanah subur landai ini pasti tidak akan selamat. para cukong dari singapura akan meleleh air liur apabila melihat bumi indah ditepi laut. yakinlah sepuluh tahun dari hari aku menulis ini tanah tanah ini akan wafat untuk menjadi pantai hiasan orang kaya kaya.

pasti kita akan terbaca tentang bagaimana perlu didirikan hotel dan chalet untuk membawa dana ke kantong negara.

kumudian aku sampai ke kawan hutan-hutan paya bakau dimana kolam undang tersusun.

tetus berjalan ke hadapan hingga ke tebing laut. sebuah chalet indah tertulis : private property. nah laut tuhan pun di jadikan hak milik persendirian. ini lah hukum ekonomi kapitalis. tidak mahu berkongsi alam yang indah ini. semua wajib dipagari. semua wajib dimiliki.

di tepi tebing laut aku bersua dengan dua lelaki melayu baru –berkereta besar, berbaju indah dan berkasut licin. mereka memerhatikan sekeliling. mereka – aku agakkan dari bentuk dan pakaian adalah orang kota yang datang untuk melabor bukan macam aku yang selekeh bercelana pendek dan berkaki ayam. mereka menunjuk nunjuk ke arah bukit. nah ! aku rasa bukit ini pasti tidak selamat lagi.

berpusing kembali – lalu berhenti di tepi sebuah kolam kerana terlihat seorang lelaki yang sedang menabur sesuatu ke dalam kolam. aku bertanya. lelaki kurus muda ini seorang pak tani . dia menerangkan bahawa dia sedang memberi makan ketam. daging daging ikan dipotong lalu dilempar ke dalam kolam yang airnya hitam coklat. kolam ini adalah rumah kediaman ketam nipah.

pak tani ini memberi tahu dia seorang sahaja yang memilihara ketam di sini – pak tani yang lain tidur dengan udang. dia cukup berpengalaman – menurutnya ketam ini hanya ada satu musuh. bila aku bertanya apa musuhnya : nyamuk. nah ! nyamuk bukan menggigit kulit ketam yang keras tapi mata si ketam. ini ilmu pengetahuan yang terkumpul oleh pak tani – yang didapati tanpa berjumpa atau mendengar kelentong si kang kong dari sintok atau upm.

aku ternampak ketam ketam ini menjalar. tapi si ketam agak malu. lalu aku bertanya berapa sekilo. nah – harganya lebih mahal dari ijazah phd para kang kong. asanya 30 ringgit sekilo dan harga terus melonjak. aku cukup senang hati mendengar kesah ini. insan bekerja di bumi tuhan. bertungkus lumus dengan tenaga sendiri dan bukan jual kontrek atau membodek projek.

lalu kami bersalaman dan aku beredar.

tapi ada satu yang wajib dilakukan sebelum meninggalakn mersing. aku mahu merasa masakan asam pedas orang johor.


lalu singgah di sebuah restoran melayu - betul betul dalam pekan mersing. aku berharap akan bertemu dengan masakan asam pedas ini. anak anak sekolah sedang berkeliaran – entah pergi entah datang tidak pula aku halusi.

masuk sahaja ke restoran aku terus masuk ke dapor. mak cik dan kakak tercengang melihat aku memerhati setiap gulai gulai yang tersusun di rak jualan. nasib baik - aku ternampak asam pedas kepala ikan. terus melamar. bila aku tanya ikan apa si kakak memberi tahu ini ikan laut – jomuhak. bila aku tanya tentang udang galah maka jawapannya ialah: air laut bergelora dan tidak ada nelayan yang berani ke laut.

aku - cucu orang asli negeri sembilan - tidak berapa pandai dengan masak assam pedas. ini makanan orang selatan – melaka dan johor - yang tidak tahu menggunakan santan kelapa.

wah – enak asam pedas ini tetapi masih tidak seenak ikan termerlian tempoyak di jerantut – yang aku anggap nemuro uno untuk masa kini.

selesai makan kami beredar. sebelum beredar bertanya arah jalan. inilah indahnya berjalan tanpa peta. berjalan tanpa di rancang. berjalan merentas dan meredah. kadang kadang bertemu kadang kadang kosong.

harapan membuak ingin ke kuala sedeli untuk mencari tongkat waran.

entah kenapa aku teringat dengan si arwah. ketika dia wafat aku dalam penjara. aku hanya tahu sehari kemudian apabila pak gard memberitahu tentang ada seorang yang terkenal telah meninggal dunia di kuala lumpur. pak gard yang bukan pencinta shaer tidak pula tahu akan namanya – hinnga aku berkata : apakah yang mati usman awang. makan ialah jawapanya.

dua minggu sebelum tongkat wafat aku ada menulis sepucuh surat dari kamunting. hingga ke hari ini aku masih tidak tahu apakah surat itu sempat dibacanya. aku juga telaah diberitahu bahawa tongkat telah berwasiat: barang barang dari rumahnya dilarang dari dikeluarkan. justeru aku sampai ke hari ini tidak tahu apa terjadi dengan suart ini.

aku juga telah membuat sebuah filem 35 minit – Usman The Poet – yang aku buat dengan16mm – ketika kami berjumpa di london pada tahun 1992 – aku telah berikan kopinya kepada tongkat. kemana filem ini masih juga menjadi tanda tanya.

( jam 4.09 – aku wajib tidor – aku akan sambung lagi - seperti Kitāb 'alf layla wa-layla – seribu satu malam – shahrizat akan menyambung kesahnya lagi)






BERITA SEDIH - TANAH DI RAMPAS LAGI



ZIONIS LUAR NEGARA RAMPAS TANAH TOK ARAB





ZIONIS TEMPATAN RAMPAS TANAH DI BEREMBANG




MAHU PAMPASAN SETIMPAL - melayau

ALOR GAJAH Kira-kira 115 penduduk Kampung Pulau Sebang di sini merayu keprihatinan kerajaan negeri bagi membela nasib mereka setelah diarah meninggalkan kediaman yang didiami sejak lebih 50 tahun lalu.

Penduduk tersebut diarah berbuat demikian oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula Pekan Pulau Sebang yang dirancang kerajaan negeri.

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk, Abu Samah Abu Kaseh berkata, pihak berkuasa terbabit sudah mengeluarkan notis pindah dan mengarahkan penduduk mengosongkan rumah biarpun mendapat bantahan pemilik tanah.

Katanya, daripada 36 lot tanah yang terlibat dengan pengambilan tersebut, empat pemilik lot tanah di situ enggan berpindah walaupun ditawarkan bayaran pampasan pada harga tinggi.

‘‘Ada sebahagian penduduk sudah menerima notis pindah. Berikutan itu, semua penyewa rumah di kawasan terlibat sudah mengosongkan rumah mereka dan ini menyebabkan pemilik hilang punca pendapatan.

‘‘Ini terutama mereka yang bergantung kepada hasil sewa rumah, dan sebahagian besar pemilik tanah ini sudah uzur serta tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup mereka,” katanya.

Abu Samah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah pembangunan semula Pekan Pulau Sebang di sini hari ini.

Pengambilan tanah di situ melibatkan kawasan seluas kira-kira enam hektar yang didiami oleh 115 pemilik tanah termasuk penduduk yang mengusahakan ternakan ikan.

Selain itu kata Abu Samah, melalui rundingan awal, penduduk ditawarkan pampasan oleh Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah sebanyak RM7 dan RM9 bagi sekaki persegi.

Bagaimanapun katanya, jumlah tersebut dianggap terlalu rendah berbanding RM20 hingga RM30 sekaki persegi yang dinilai oleh syarikat penilaian tanah swasta yang dilantik jawatankuasa bertindak penduduk.

Ujarnya, justeru penduduk kesal dengan jumlah pampasan yang ditawarkan apatah lagi setelah merujuk kepada undang-undang Warta Tanah, pihak berkuasa terlibat wajar membayar pampasan pada harga yang lebih tinggi.

‘‘Atas alasan itu, sebahagian besar pemilik tanah berhasrat membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan pampasan sewajarnya sekali gus menyelesaikan segala kekalutan yang membelenggu penduduk,” katanya.

Namun, katanya, penduduk sedia berbincang lebih lanjut dengan pihak berkuasa berhubung tawaran untuk berpindah bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan.

Salah seorang warga emas yang juga pemilik tanah, Norya Abd. Wahab, 82, berkata, sejak diarahkan berpindah ke tempat lain, kesihatannya mula terjejas ekoran runsing memikirkan masa depannya selepas kehilangan punca pendapatan.

‘‘Mak cik sedih kerana diarah keluar dari rumah yang merupakan satu-satunya harta peninggalan keluarga sejak berkurun lamanya. Malah pesan Allahyarham ibu untuk terus mempertahankan harta pusaka ini turut tidak akan kesampaian.

‘‘Sekarang, semua penyewa rumah mak cik sudah mengosongkan rumah, bagaimana mak cik nak tampung perbelanjaan harian,” katanya.

Selain itu menurut Yah Abdullah, 83, dia amat bergantung kepada pendapatan hasil rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan.

Dia berharap agar pihak berkuasa terlibat dapat mempertimbangkan semula tindakan mengambil tanah di kawasan itu demi menjaga kepentingan penduduk yang majoritinya terdiri daripada warga emas.

nota:
tak habis habis cerita tanah orang kampong dirampas
ada shaja projek nak dibuat di atas tanah orang kampong.
rampasan ini dibuat kerana telah ada akta tanah negara
semua tanah boleh dirampas jika ada projek untuk orang ramai
seperti nak buat sekolah, pos opis, hospital, taman riadah.
bunyinya indah.

tapi sebenarnya ada projek cukong. makin terasak makin terasak
macam kampong berembang, macam kampong abdullah hukum
macam kampong chu badak

nak tahu siapa luluskan akta ini?
firaun eee – siapa lagi.

pelik tak ada pula rancangannak ambil bukit genting untuk buat hospital
pelik tak ada pula rancangan nak ambil bukit bintang untuk buat padang bola
asik asik tanah kampong kena rembat
abis lari orang kampong hingga ke ulu tembeling
ini pun tak jamin selamat kerana vincent tan nak buat resort kah kah kah




TAK HABIS HABIS KANG KONG MEMBODEK




SATU LAGI PERTANDINGAN NAK BUAT REKOD SATU MALAYSIA





REKOD 30,000 APAM GUBAH LOGO SATU MALAYSIA
- malaysiakini 6:31pm

Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di Shah Alam yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar.

Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Prof Mohd Shukri Ab Yajid berkata proses menyusun kuih apam berkenaan di atas sebuah meja di kawasan padang kolej itu dimulakan seawal pukul 8 pagi tadi.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… TAK ABIS LAGI KERJA BODOH MEMBODEK… kah kah kah..

kah kah… KANG KONG INI BETUL BETUL KANG KONG… kah kah kah..

woit… DARO….BANYAK BONA APAM KAU… kah kah kah…

kah kah kah… DARO … POGI PAKAI KAIN….SURUK KAN APAM TU… kah kah kah..

kah kah kah… LAAA… NAK TAU APA APAM… TANYA ORANG NEGORI…kah kah kah…

kah kah kah… APAM NI MACAM IKAN SEPAT… kah kah kah..




SAMPAH SERANAH SUDAH BANYAK MASUK




INI CHINA DOLL JADI CUK GI DI BUKIT BINTANG




PERKETAT VOA ELAK PELANCONG LESAP – berita hairan

RAMAI yang meminta visa waktu ketibaan (VOA) dihapuskan kerana berpendapat ia banyak mendatangkan masalah akibat kebanjiran warga asing yang boleh menggugat keselamatan dan keharmonian negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), i Mahmood Adam dilaporkan berkata, kementerian itu sedang mengkaji kemungkinan untuk menghentikan kemudahan itu bagi India, China dan negara di benua Afrika kerana banyak visa disalah guna dan ramai yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

"Kajian terperinci mengenainya sedang dibuat dengan mengambil kira kepentingan faktor pelancongan dan keselamatan negara," katanya.

Kenyataan Mahmood itu perlu dipandang serius lebih-lebih lagi banyak warga asing yang menyalahgunakan visa itu terbabit jenayah dan mengganggu ketenteraman awam. Contohnya, ramai warga China ditahan terbabit kes pelacuran, manakala warga benua Afrika sering menggunakan VOA untuk masuk ke negara ini tetapi menyalahgunakannya sebagai pas pelajar dan melakukan jenayah.

nota:
ini bermula apabila ee madey ingin jadi raja afrika
ramai rakyat afrika masuk
ini bermula bila gila nak jual tempat belajar
mencurah curah amoi masuk
amoi ni bukan nak belajar
amoi ini nak mengajar ilmu blow job kah kah kah

nota:
kalau uk kenakan kita visa
maka kita juga wajib kenakan warga uk visa
kalau uk bagi visa sebulan untuk kita
kita juga beri visa sebulan untuk mereka

ini baru dilihat negara merdeka

ini kalau kita nak pergi negara mat saleh susah dapat visa
tapi mast saleh datang ke sini – senang tak perlu visa
apa ke jadahnya jadi negara merdeka
kalau masih menyembah dan mengagungkan mat saleh


pergi mampuslah mat saleh yang cafri kerja disini
semua ini mat saleh third kelas – kalau terer tak kan
datang cari makan ke sini kah kah kah

nota:
mata saleh macam ini di panggil:
FILTHfailed in london try hong kong