Jumaat, 21 Ogos 2009

IKLAN SUDAH DI BUKA



PENGUMUMAN UNTUK SATU MALAYSIA




IKLAN KERJA KOSONG


SIAPA NAK KERJA SILA ISI BORANG

Nota:
Sila nyatakan nama
Sila nyatakan umur
Sila nyatakan kelulusan
Sila sebutkan sais kasut
Sila sebutkan sais leher
Sila sebutkan sais kepala dan rambut

Berapa kilo berat badan?
Agar Unisel dapat menempah kerusi besi yang kukuh kah kah kah.




PERMATANG PASIR - KRISMAS DATANG AWAL !!!



SANTA CLAUS MADE IN CHINA



WANG PALSU RM100 UNTUK UNDI BN - malaysiakini

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

woit... INI BETUL TAK BAIK PUNYA KERJA... kah kah kah...

kah kah kah... URUT.. URUT... TAPI TAK PANCUT... kah kah kah...

kah kah kah...GEROMBOLAN DAH ABIS PITIS KE ?.... kah kah kah...

kah kah kah....ATAU INI HANYA USIK USIK DULU...PEMBUKA SELERA.. STARTER... kah kah kah...

kah kah kah... NAK BAGI ORANG KAMPONG KENAL RUPA DUIT 100 RINGGIT...kah kah kah..

kah kah kah... NANTI JAMBAN TAN BESAR AKAN DATANG....kah kah kah...

kah kah kah.... SATU HELIKOPTER...FULUS MASUK....kah kah kah...



PERMATANG PASIR – HOT HOT HOT !!!




ROHAIZAT NAFI DAKWAAN ADA ISTERI KEDUA
- mallaysiakini

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya."

KAH KAH KAH…


Kah kah kah…. INI SUDAH LEBIH…. Kah kah kah…

Kah kah kah….. INI BUKAN ISU RAKYAT… kah kah kah…

Kah kah kah…. ISU PUNAI BERCABANG INI…BUKAN MACAM SONGLAP DUIT….kah kah kah…

Kah kah kah….SENANG SAHAJA…. PERGI CARI MISS SITI CIK PUAN HAFIZAH…. Kah kah kah…

Kah kah kah…. TANYA CIK PUAN INI…kah kah kah…

Woit… ESOK PUASA…. TAK BAIK… LEPAS KENTUT MASA CERAMAH….kah kah kah



INI BERITA BETUL




LETAK JAWATAN JIKA TAK MAMPU BERKHIDMAT
- malaysiakini

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah supaya melepaskan jawatannya jika tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata langkah meletakkan jawatan adalah yang terbaik sekiranya sudah tidak mampu berkhidmat kepada rakyat kerana PKR tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

KAH KAH KAH…


Woit…. ORANG PELABUHAN KELANG NAIK MENYAMPAH…..kah kah kah..

Kah kah kah… BEROK PKR SEKOR INI NAK MELONCAT…MELONCATLAH…kah kah kah…

Kah kah kah….. BEROK TEMBAM INI BUAT SUDAH RAKYAT JE… kah kah kah…

Kah kah kah….JANGAN BAGI ORANG KELANG HANGAT ATI…kah kah kah..

Woit… NAK MASUK GEROMBAL…PEGILAH… WHAT IS THE BECAUSE….TUNGGU TUNGGU…. kah kah kah….



SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA




PENGUMUMAN






UMAT ISLAM BERPUASA MULAI SABTU INI


Adalah di beritahu bahawa penganut agama Islam di Malaysia
akan mula berpuasa hari Sabtu ini.

Ertinya malam ini adalah malam pertama kita makan sahur.

Tukar Tiub mengucapkan Selamat Berpuasa.


p/s:
Mula simpan duit bukan untuk beli kasut raya
tapi untuk bersedekah kepada yang memerlukan.





MANA BERITA YANG BETUL ?




SAYA DI JADIKAN KAMBINH HITAM : RAKAN KONGSI ROHAIZAT
– berita hairan

BUKIT MERTAJAM: Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.

Yusri, 39, yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat selama lima tahun dari 1999 berkata, urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan yang berlaku. Saya nak nyatakan segala perjalanan pejabat termasuk soal cek dan kemasukan fail dilakukan dengan perbincangan bersama rakan kongsi.

"Ertinya apa yang dilakukan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung kedua-dua belah pihak, bukan saya sahaja," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini, hari ini.

Selasa lalu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Yusri mengakui beliau menyediakan perjanjian jual beli tanah untuk koperasi itu dengan persetujuan Rohaizat.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun berkenaan," katanya yang mengenali Rohaizat sejak 1989 kerana belajar di universiti yang sama.

Mengenai dakwaan bahawa beliau melarikan wang syarikat, Yusri berkata: "Kalau ada tuduhan saya lari dengan duit, duit yang ada dalam bank tak boleh dikeluarkan dengan tangan. Kena keluar dengan cek. Sila tampil untuk kemukakan nombor cek."

Yusri, yang tidak berhasrat membuat laporan polis berhubung perkara itu berkata, peguamnya sedang menyediakan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menggelap dan menyalahgunakan wang syarikat.

Katanya beliau tampil untuk membuat penjelasan itu bagi membersihkan namanya yang telah tercemar tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

"Saya harap penjelasan saya ini dapat membersihkan diri saya daripada "dikambinghitamkan" dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan peguamcara," katanya.

Katanya beliau akan meminta kebenaran daripada pakatan pembangkang untuk menjelaskan kedudukan sebenar melalui kempen pilihan raya mereka.

Yusri yang ketika ini bekerja sebagai ahli perniagaan berkata beliau tidak lagi menjadi pengamal undang-undang dan lesen guaman sivilnya tidak dibatalkan tetapi beliau tidak memperbaharuinya sejak 2004.


SAYA DIJADIKAN KAMBING HITAM – RAKAN KONGSI ROHAIZAT
-melayau

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.

Yusri, 39, yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat selama lima tahun dari tahun 1999 berkata urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.

“Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan yang berlaku. Saya nak nyatakan segala perjalanan pejabat termasuk soal cek dan kemasukan fail dilakukan dengan perbincangan bersama rakan kongsi.

“Ertinya apa yang dilakukan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung kedua-dua belah pihak, bukan saya sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini, hari ini.


BEKAS RAKAN KONGSI ROHAIZAT DAKWA UMNO BERBOHONG – harakah daily

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan adalah bohong.

Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

KAH KAH KAH….

Kah kah kah…. SATU SIDANG AKHBAR….SEORANG YANG BERCAKAP…kah kah kah…

Kah kah kah… ADA 3 LAPORAN YANG BERBEZA… kah kah kah…

Kah kah kah…. MANA YANG KELENTONG …. kah kah kah….

Kah kah kah…. ADAKAH DARI WARTAWAN YANG KATA ULTRA VIRES ERTINY HINA SULTAN ?.... kah kah kah…

Kah kah kah…. ADAKAH DARI WARTAWAN YANG TAK KENAL SIAPA KARPAL SINGH?... kah kah kah…

Kah kah kah… ATAU DARI WARTAWAN KATA I HANYA BACA MAJALAH FESEN BOGIU.. kah kah kah….

Kah kah kah….ATAU DARI WARTAWAN YANG KATA I SUKA BACA KARTON WINI DE PU AH… kah kah kah

Kah kah kah…. ATAU INI LAPORAN DARI WARTAWAN PRE LANCH… kah kah kah

Kah kah kah….TUGETER GETER KITA CARI JAWAPAN…. Kah kah kah..

Kah kah kah…. KEEP TOUCHING….kah kah kah…



BERITA SEDAP DI DENGAR




KERAJAAN NAFI ADA PIHAK MAHU AMBIL ALIH PLUS
– berita hairan

Kerajaan menafikan ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mengambil alih Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, berkata sehingga kini Unit Perancangan Ekonomi (EPU) tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengambil alih Plus.

"Saya menafikan ada syarikat yang mahu mengambil Plus. Laporan itu tidak benar," katanya selepas melawa bilik operasi RTM di Hotel Sunway, Seberang Jaya sebentar tadi.

KAH KAH KAH…


Kah kah kah…. NAFIKAN SAJA …. kah kah kah…

Kah kah kah… NAFI NAK BUAT APA ?.... kah kah kah…

Kah kah kah…..BETUL KE PENAFIAN INI…. ATAU NAK BAGI SEDAP TELINGA DENGAR…. kah kah kah….

Kah kah kah…. BUKTIKAN….BUKAN SUSAH NAK BUKTIKAN…kKah kah kah…

Kah kah kah…. SAMAN LAH SURAT KHABAR SINGAPURA ITU…kah kah kah


Nota :
Apa jadi dengan saham beras/padi negara kita?
Bila nak beli balik saham 30% yang
telah dibeli oleh towkay
hong kong ?

Takanlah tempayan beras negara orang
luar yang jaga. Nanti apa satu malaysia
nak masak. Nak rebus pasir ?

Pasir pun abis di beli singapura kah kah kah.




SATU LAGI PROJEK JAMBAN TAN




SPEAKER DUN KEDAH MAHU PILIHAN RAYA KECIL SEPUTEH
– berita hairan

ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abdul Isa Ismail mahu satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Kota Siputeh yang dianggapnya kosong kerana mendakwa penyandangnya melanggar Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional, yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama penggal keempat berutut-turut, didapati tidak menghadiri dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lepas tanpa kebenaran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya Artikel 51 menetapkan bahawa jika mana-mana ahli Dewan Negeri tidak hadir dengan kebenaran Speaker dua kali mesyuarat berturut-turut, maka tempatnya hendaklah menjadi kosong.


KAH KAH KAH…

Kah kah kah… PASAI APA DAH DATANG MAJLIS… kah kah kah…

Kah kah kah…. RAKYAT LANTIK ... MINTA HANG PEGI METING… kah kah kah..

Kah kah kah…. WHAT IS THE BECAUSE….. kah kah kah…

Kah kah kah….. TAK KAN NAK MENUAI GAJI SAHAJA…. kah kah kah…

Kah kah kah….. TURUN KE BENDAN ... NAPA HANG MALAS…. kah kah kah….