Khamis, 30 April 2009

SATU MEI UNTUK KAMU DARI KAMI




KAUM BURUH BERSATULAH !

Tangan yang membuat
Tangan yang membina
Tangan yang merombak
Tangan yang membidak

Kaum buruh bersatulah!

Tenaga kamu melintasi sempadan
Dari nepal
Dari madura
Dari mukah
Dari kalimantan
Dari jawa
Dari medan
Dari kuala perlis
Dari kerala
Dari dacca
Dari lahore
Dari gombak
Dari kg gajah
Dari seberang takir
Dari rompin
Dari vietnam
Dari muar
Tangan kamu mendirikan bumi ini

Sekali kamu bertempek
Dunia bergegar
Sekali kamu letakkan pungkeh
Satu bangunan gagal
Sekali kamu enggan memasang keluli
Sebuah pabrik runtuh bergegar

Kamu buruh - kamulah pembuat dunia

Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di chicago
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di paris
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di dubai
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klcc
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klia

Kaum buruh lihatlah dunia hari ini
Semua adalah hasil tangan mu
Kaum buruh lihat bagunan itu
Adalah tanda tangan tenaga mu

Kaum buruh satu mei adalah hari mu
Kaum buruh acungkan tangan mu tinggi
Kembang dadamu luas
Segala setan
Segala puaka
Kaum pemodal antarabangsa
Akan mengelupur kecut melihat gengaman tangan mu !




TER KINI !!! TERNOW !!! BERITA YANG MENAKUTKAN



SATU PILIHANRAYA KECIL DI SELANGOR



Wakil Kota Alam Shah M Manoharan, yang sedang di tahan di Kamunting bercadang untuk melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat..

Ketika ini sang isteri S Puspaneela telah menjalankan tugas untuk menjaga kawasan. Ini telah membeban kan sang isteri


kah kah kah…KAH KAH KAH… kah kah kah…

woit…. TAKUT ?.... KECUT?.... PERUT?.... MEMERUT?.... kah kah kah..

woit….. SENANG AJE… TAK PERLU ADA PRK…. BEBAS KAN WAKIL RAKYAT INI…. kah kah kah…

kah kah kah…. MANSUHKAN ISA…. kah kah kah..



SATU MALYSIA TERPERANJAT !!!




120,000 PESARA GLC TERIMA PENCEN RM130
– berita hairan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kecewa dengan sikap pengurusan syarikat mereka yang mengabaikan kebajikan pekerja dengan membayar pencen serendah RM130 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kesatuan itu, Mohamed Shafie BP Mammal, berkata bayaran rendah di bawah kategori paras kemiskinan itu tidak munasabah pada masa sekarang, lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda krisis kewangan.

Beliau berkata, bayaran pencen itu terlalu rendah berbanding pencen minima kakitangan kerajaan iaitu RM720 sebulan.

Dianggarkan kira-kira 30 peratus atau 120,000 ahli kesatuan itu yang mewakili 80 GLC di seluruh negara menerima bayaran pencen RM130 sebulan meskipun berkhidmat lebih 25 tahun.


kah kah kah… NAK MAKAN APA DENGAN 130 RINGGIT … kah kah kah..

kah kah kah… SEHARI BELANJA DI PASAR CHOW KIT DAH ABIS…. kah kah kah…

woit…. SATU SKREW KAPAL SELAM PUN TAK DAPAT BELI DENGAN 130 RINGGIT… kah kah kah..

woit… BAYANGKAN KALAU TAK BELI KAPAL SELAM… 120 ORANG PENCEN INI DAPAT 1000 RINGGIT SEBULAN … kah kah kah…



RAMAI ORANG MANANGIS !!!



SELANGOR WARTA HUTAN SIMPAN


Minggu dahulu harta orang asli yang dirompak telah di beri pampasan.

Minggu ini hutan diselamatkkan


KOTA DAMANSARA: Kerajaan Selangor baru-baru ini mewartakan semula kawasan taman botani Hutan Komuniti Kota Damansara sebagai hutan simpan berkuat kuasa serta-merta bagi mengelakkan kawasan hijau itu dibangunkan secara komersial.

Menteri Besar,Khalid Ibrahim, berkata dengan pewartaan itu kawasan hijau itu akan dikenali sebagai Hutan Simpan Kota Damansara.

“Kerajaan negeri bersetuju mewartakan kawasan hijau berkenaan sebagai hutan simpan selepas meneliti kepentingan pengekalan serta pemuliharaan ekosistem terhadap kawasan Kota Damansara serta Selangor.

“Status kawasan berkenan sebagai taman botani membolehkan kawasan hijau itu dibangunkan secara komersial pada bila-bila masa, berlainan jika statusnya ditukar sebagai hutan simpan.

“Saya berjanji pewartaan Hutan Simpan Kota Damansara ke status asalnya hanya akan mengambil kurang tiga bulan daripada sekarang,” katanya ketika melancarkan Hari Bumi Kota Damansara, di sini.


kah kah kah… KAH KAH KAH…kah kah kah..

kah kah kah… MENANGISLAH GEROMBOLAN YANG DAH AMBIL DUIT DARI TOWKAY…. kah kah kah…

kah kah kah…MENAGIS LAH TOWKAY YANG PANDAI JOLOK… KINI TAK BOLEH JOLOK JOLOK LAGI…. kah kah kah...



SATU MALAYSIA NAK KETAWA


BERTANDING DI PENANTI : KEPUTUSAN NAJIB ATAU MADEY


(HARAKAH) - Presiden Umno, Najib Razak semakin sukar membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti pada 31 Mei ini.

Pertama, Najib makin sukar mengelak campur tangan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dalam pemerintahan beliau.

Mahathir mula menyusun anaknya Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz dalam Kabinet Najib dan mencantas musuh politik beliau dan anaknya. Beliau makin berani mengkritik ahli Kabinet yang tidak disukainya.


KAH KAH KAH… kah kah kah … KAH KAH KAH…

kah kah kah… KALAU TANDING RAKYAT KATA IKUT MADEY… KALAU TAK TANDING RAKYAT KATA TAKUT ANWAR…. kah kah kah

kah kah kah… MAT MONGOL DAH FLIP FLOP…. kah kah kah…

woit… BIK MAMA KATA APA?.... kah kah kah..





USUL LUCUT JAWATAN SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER
– mkini

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.


kah kah kah …. KAH KAH KAH… kah kah kah…

kah kah kah…..MACAM MANA NAK BUAT NI ?...SPEAKER TAK BOLEH DI BUANG KECUALI DIA LETAK JAWATAN … ATAU DEWAN DI BUBAR ….kah kah kah…

kah kah kah… BILA DEWAN BERSIDANG SPEAKER DAH ADA….kah kah kah..

kah kah kah….SPEAKER BUKAN BODOH MACAM TELO… BILA ADA AJENDA NAK BUANG…. SPEAKER TAK TERIMA AJENDA ITU..... kah kah kah…

kah kah kah... FRUST MENONGGENG...kah kah kah....

kah kah kah… INI MACAM PAK PANDIR NAK MAKAN PISANG BAKAR… kah kah kah….

woit……BUBAR SAJE DEWAN UNDANGAN…. kah kah kah…

kah kah kah… TEST MARKET …. NAK JADI PAK PANDIR NAK BUAT APA?….kah kah kah..

p/s: ADA NAMPAK KHIR TOYO ? KALAU JUMPA DIA TOLONG MINTA PENYAPU kah kah kah.



IKANG TAMBAH BUSUK



GENG KUMPULAN 18 MUNCUL
- mkini


Kumpulan 18 ADUN BN Terengganu yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said berharap mereka akan diberi jawatan utama dalam rombakan Umno negeri yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.

ADUN Paka, Zakaria @Ariffin Abdullah - salah seorang dalam kumpulan tersebut - berkata jika kumpulan itu terus dipinggirkan, kemelut politik tersebut tidak akan reda.

"Syaratnya kumpulan ini (kumpulan 18) mesti ada wakil dalam badan perhubungan Umno nanti.

"Jangan jadi seperti sebelum ini - kumpulan itu ditolak sehingga menyebabkan ia menjadi perpecahan di dalam parti," katanya.


kah kah kah…. NI MACAM GENG 18 YANG KONTROL PUDU …. kah kah kah…..

kah kah kah… ATAU INI GENG 18 YANG KES RASUAH BESAR…. SAMPAI SEKARANG RAKYAT MENUNGGU…. kah kah kah…

kah kah kah… GOCOH DAH LAMA …. DAH MASUK ROUND KE BERAPA?... kah kah kah…

woit….. BUAT UNDI TAK PERCAYA PADA MB…. APA LAGI…. PAKATAN MESTI SOKONG…. kah kah kah



INI JAWAPAN UNTUK GENG 18


HANYA RAKYAT BOLEH NILAI SAYA - AHMAD SAID
- mstar

HULU TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Said berkata hanya rakyat yang boleh membuat penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal dalam menerajui negeri ini.

Ahmad berkata rakyat menjadi "hakim" sama ada mereka masih mahukannya memimpin mereka atau sebaliknya kerana kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan rakyat menggambarkan sentimen mereka.

"Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat.

"Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya," katanya ketika diminta mengulas sama ada kemelut politik yang berlaku sekarang menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terenggan
u.


KAH KAH KAH… kah kah kah…. KAH KAH KAH

woit… MUNKEE NI DAH JOIN REFORMASI…. RAKYAT HAKIM NEGARA!!!....kah kah kah…

kah kah kah… LAWAN TETAP LAWAN…. kah kah kah…

kah kah kah….SATU MALAYSIA SUKA HATI BILA GEROMBOLAN GADUH…. kah kah kah…

kah kah kah… GADUH… GOCOH… BELANKONG…TIBAI…. RAKYAT SEMUA SUKA…. kah kah kah….

p/s: ADA NAMPAK AZALINA ? DIA ZOOOOOOM KE MANA ?... kah kah kah..