Jumaat, 10 April 2009

UMNO PERLIS KECEWA TIADA WAKIL PERLIS TERSENARAI – berita hairan


Umno Perlis menyokong penuh pemilihan barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Najib Razak kelmarin, walaupun terkilan kerana tiada wakil negeri tersenarai.

Ini diakui sendiri Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Shahidan Kassim, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shahidan ketika diminta mengulas berkata, sebagai sebuah negeri yang mencatat kemenangan besar melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, Perlis terkilan kerana tiada wakil daripada negeri disenarai sama ada untuk menjawat kedudukan Menteri atau Timbalan Menteri dalam senarai kabinet baru terbabit.



kah kah kah… MAT NGOOOOOK ADA LAGI… kah kah kah…

woit… SENYAP LAH … NANTI KENA TANGKAP BARU TAHU.. kah kah kah…

woit . KES APA ?... KES ORANG BODOH…..kah kah kah..



HINDRAF BERI MASA 100 HARI KEPADA PM – Mkini


Hindraf, yang mendapat dukungan popular komuniti India, akan menangguhkan sebarang bantahan termasuk demonstrasi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Najib Razak.

"Sebagai tanda sangka baik dan harapan akan wujud pembaharuan sebenar dan positif berhubung nasib kaum India di Malaysia, Hindraf tidak akan menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum," kata pengerusinya P Waythamoorthy hari ini.


kah kah kah… BAIK HATI HINDRAF….BARU BETUL…. kah kah kah…

kah kah kah….LEPAS 100 HARI APA JADI?....kah kah kah…



GEMPAR SATU MALAYSIA! GEMPAR SATU DUNIA


MINUM PELARUT DALAM TAHANAN POLIS
- mikini


Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis.

Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

Laporan polis dijadual dibuat di ibu pejabat polis daerah Kelang jam 10.30 pagi esok.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli parlimen PKR bagi Kapar, S Manikavasagam dijangka turut hadir menyatakan sokongan.

Mereka tidak berpuas hati dengan insiden tersebut dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap Adi Anwar, yang ditahan jam 11.30 malam Selasa lalu bagi kes dadah.

Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."

Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya.

Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.


kah kah kah... INI LAH SATU MALAYSIA.... SATU MALAYSIA GEMPAR !....kah kah kah..

woit... CAKAP PERUBAHAN.... kah kah kah....SAMA SAJE... kah kah kah...



MADEY TAK LAKU - ZAID



KUALA LUMPUR, April 10 - Zaid Ibrahim memperlekehkan Madey sebagai orang tak laku. Seperti Mugabe dan Suharto, Madey tidak tahu bahawa orang tidak mahukan dia lagi.

Mengikut Zaid , Madey datang berkempen tapi undi Pakatan Rakyat bertambah. Kalau betul Madey ada pengaruh mesti Pakatan Rakyat ruyup tetapi yang ruyup gerombolan.

Mengikut bekas Menteri Undang Undang ini – bukan gerombolan yang menjemput Madey tetapi Madey yang menyondol masuk. Orang oarang dalam gerombolan hari ini merasa takut dengan Madey. Mereka takut jadi macam Dolah Badawi. Kah kah kah.




KENYATAAN PERMERHATI POLIS


PENDERAAN


Satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga Anwar bin Mansor 23 tahun di IPD Klang.

Laporan polis ini bersangkutaan dengan penderaan polis terhadap Anwar.

Mengikut peguam N.Surendran yang mewakili keluarga – Anwar yang menjdi mangsa penderaan kini sedang di rawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.




SATU PENILAIAN KEMBALI


PEMUDA BUNUH JURUTERA AUSTRALIA KE TALI GANTUNG



PUTRAJAYA: Harapan seorang pemuda berusia 24 untuk dibebaskan tahun depan selepas mengakhiri hukuman penjara 10 tahun kerana membunuh jurutera warga Australia, Hans Herzog, berkecai semalam apabila hukuman itu digantikan dengan hukuman mati.


RAKYAT MALAYSIA DIHUKUM MATI DI CHINA MAHU TEMUI KELUARGA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang menunggu hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah di Xiamen, China memohon bantuan rakyat negara ini untuk mencari keluarganya sebelum menjalani hukuman itu dalam masa terdekat.



SAYA TIDAK MAHU JADI TUHAN


Iris kesorangan. Selama 45 tahun dia berjuang untuk menyatakan kepada dunia bahawa adiknya Derek Bentley tidak bersalah tetapi telah digantung pada tahun 1952 atas tuduhan membunuh.

Ketika di London saya sering terbaca tentang kesah Iris Bentley yang tidak putus putus menulis surat, berkempen dan menerangkan kepada umum bahawa adiknya bukan pembunuh. Satu kesilapan telah berlaku menurut si Kakak ini.

Menurut si Kakak, adiknya Derek tidak mungkin membunuh walau pun dia berumur 18 tahun tetapi dia bukan anak biasa – biolojinya 18 tahun – akalnya terencat berperangai seperti anak 11 tahun. Juga Derek menghidap sawan babi.

Akhirnya penat lelah - setia kakak kepada adik menjadi satu ombak.

Sebenarnya pada ada dua kes besar – tersalah gantung – telah berlaku di Britain. Ini menjadikan masyarakat yang bertamadun jijik terhadap hukuman gantung. Pada tahun 1969 hukum gantung dihapuskan sama sekali di United Kingdom.

Si Kakak tidak putus asa walau pun hukum gantung telah dihapuskan. Apa yang diingini oleh Iris ialah Derek diakui sebagai tidak bersalah. Penggantungan adiknya adalah satu kesilapan.

Pada tahun 1991 Peter Medek membuat sebuah filem tentang Derek – Let Him Have It. Bila filem ini di buka di kota London, pada minggu pertama saya telah menntonnya. Filem ini menjerut hati dan telah membawa kesedaran yang lebih meluas betapa satu kesilapan telah dilakukan ke atas Derek – anak muda terencat akal.

Akhirnya pada 29 July 1993 Derek Bentley telah diampunkan. Di pagi itu apabila saya membaca akhbar The Guardian saya telihat gambar Iris. Inilah kesetiaan seorang kakak yang sepanjang hidupnya ingin membuktikan bahawa adiknya tidak bersalah. Di pagi itu saya menghadiah sebuah doa kepada roh Derek agar tiada ada lagi sesiapa pun yang akan di gantung.

Saya adalah insan yang telah melaporkan diri untuk menolak hukuman gantung.

Saya tidak mahu jadi tuhan.

Saya seorang manusia yang banyak melakukan kesilapan. Saya tidak memiliki kudrat untuk mengundi agar si anu hidup atau si anu mati. Saya merasa bahawa manusia tidak memiliki keupayaan untuk mengadili satu insan hingga melucutkan hayatnya.

Betul pembunuhan berlaku. Betul ada kecelakaan. Betul ada mayat yang bergelempangan. Semuanya dibukti betul. Tetapi saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk melupuskan hayat sesiapa sahaja.

Apa yang berlaku sekiranya kita tersilap. Apa yang terjadi jika kita tersalah tangkap. Apa yang terjadi apabila kita tersalah temu bukti. Apakah kita dapat mengembalikan Derek kepada kakaknya? Tidak mungkin. Kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini China, Iran, Saudi Arabia, Pakistan, Amerika dan Iraq adalah diantara negara yang terus meneruskan mengamalkan hukuman mati.

Sebanyak 93 buah negara telah meghapuskan hukuman mati. Sebanyak 32 negara masih ada hukuman mati tetapi selama 10 tahun kebelakangan ini hukuman ini tidak dijalankan. Sebanyak 64 buah negara masih memiliki hukuman mati didalam perundangan negara.

Undang undang di dalam negara ini - kitalah sebagai warga yang membuatnya. Apa sahaja yang berlaku dalam negara ini kita sebagai warga adalah bertanggung jawab. Salah benar hukum hakam dalam negara ini kita sama sama bertanggung jawab. Kita tidak boleh melarikan diri dari tanggung jawab ini.

Tanyalah diri kita sendiri apakah kita telah melintasi nilai dendam dan benci sehingga kita sanggup mencabut nyawa. Apakah kita tidak dapat memenuhi nilai kemanusiaan kita untuk melihat bahawa nyawa itu amat berharga.

Saya menolak niat membalas dendam diatas satu satu kes pembunuhan. Saya rasa membalas dendam bukan nilai yang positif. Jika kita mengakui bahawa kita bertamadun maka marilah kita buktikan dengan menolak hukuman mati. Pastilah kita sebagai insan memiliki akaliah untuk mencari hukuman lain sebagai jawapan.

Saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk mengundi siapa hidup dan siapa mati. Saya hanylah seorang manusia yang penuh dengan kesilapan.(TT)



SELAMAT TINGGAL


Selamat tinggal azalina ku
Sprm akan datang selalu

Selamat tinggal jj ku
Raba raba bontot idaman mu

Selamat tinggal kj ku
Pastikah kau akan selamat selalu

Selamat tingga tengu adnan ku
Bila pula hang ni jadi tengku

Selamat datang mukriz ku
Inilah dia daddy kasi mu




KHAIRY TERCICIR, MUKHRIZ MASUK KABINET - mikini


Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet pertamanya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri.

Pencabar Khairy dalam pemilihan pergerakan itu bulan lalu, Datuk Mukhriz Mahathir bagaimanapun tersenarai sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.



kah kah kah… PELIK… PELIK… PELIK…. TETAPI BENAR…kah kah kah..

woit…INI TANDA PERANG MADEY BELUM SELESAI….kah kah kah…

kah kah kah… BETUL KE YANG LAIN TAK RASUAH….kah kah kah…

woit… KALAU MACAM INI KJ BOLEH MEMOHON UNTUK MENJADI ALHI PBS…. kah kah kah…. KALAU DI TERIMA…. KALAU TIDAK MASUK PPP…. PARTI PPP TAK ADA NAIB PRESIDEN…. kah kah kah



MADEY YAKIN NAJIB TEGAS DALAM MELANTIK KABINET - melayau


Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti “pembersihan dalam parti” sedang berlaku.

“Najib bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini di Tingkat 86, Menara Petronas.

“Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy Jamaludin) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti
.


kah kah kah… BETUL KE YANG LAIN TAK RASUAH…kah kah kah..

kah kah kah… BETUL KE 150 RINGGIT BUKAN RASUAH….kah kah kah…

woit… KOMISEN BUKAN RASUAH KE ?.... kah kah kah