Jumaat, 3 April 2009

TERGEMPAR !!! TER NOW !! SUARA KEADILAN/ HARAKAH BEBAS


SUARA KEADILAN dan HARAKAH BEBAS - AKHBAR SUARA RAKYAT BEBAS


Suara Keadilan dan Harakah bebas dari penjara!!

Beberapa tahan ISA akan juga bebas !!!

PPSMI bila nak lupus ?




OBAMA AKAN LAWAT INDONESIA TAHUN INI


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata President Barack Obama akan melawat Indonesia tahun ini.

Obama hendak jumpa geng lama dia di Jakarta.

Obama ketika membesar tinggal di Jakarta. Dia belajar di sebuah Madrasah di Jakarta. Ibunya ketika itu bekerja di Jakarta.

Kesampaian Obama ini pasti membawa impak yang hebat untuk Indonesia terutaama madrasah tersebut.

Apa jadi dengan anak anak yang sama bersekolah dengan Obama?

Dimana mereka sekarang ?

Sayang sekali Obama tidak ngelencong ke Sabah untuk melawat rumah birasnya di Kota Kinabalu.




SPRM LEMBAB SIASAT ISU DAKWAAN RASUAH – AZALINA – berita hairan


Azalina Othman Said semalam menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Menteri Pelancongan itu berkata, SPRM kini dilihat berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan terutama selepas selesai saja Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang menyaksikan beliau tewas dalam merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Jadi saya tengah nak tanya SPRM ni... saya tengah nak naik angin ni... apa yang dia (SPRM) nak buat ni, nak tunggu apa. Kalau nak siasat, siasat lah. Kalau tak ada kes, buang sajalah. Saya tak pasti kenapa ini berlaku.

“Saya rasa mereka (SPRM) jatuh cinta dengan saya,” katanya.


kah kah kah… KAH KAH KAH…. kah kah kah…

kah kah kah… HEBAT ...HEBAT....SPRM JATUH CINTA DENGAN PURTAN… kah kah kah..

woit… NANTI KALAU SPRM MEMINANG MACAM MANA?.... kah kah kah



BERITA TER%BAIK HARI INI



JEANNE TERIMA ANUGERAH BERGELAR TUN
- bernama


Isteri bekas Perdana Menteri, Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur.


kah kah kah ….KAH KAH KAH… kah kah kah…

kah kah kah…. KAH KAH KAH…. kah kah kah…



ISU ALTANTUYA : POLIS NAFI LARANG – UMNO KATA KERAS KEPALA – mkini


Umno menyifatkan gabungan pembangkang "keras kepala" apabila tidak mengendahkan larangan polis agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak semasa berkempen dalam pilihanraya kecil sekarang.

"Mereka (pembangkang) akan menggunakan apa sahaja perkara, asalkan mereka dapat sokongan," Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dipetik berkata hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua polis negara menafikan larangan tersebut dan seterusnya menyalahkan pegawai polis daerah Taiping yang mengeluarkannya, 30 Februari lalu.

Tan Sri Musa Hassan menegaskan, arahan polis itu merujuk ulasan yang boleh dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahkamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan.



kah kah kah… MI NO SPIK INGLIS… MI NO PIL POM… kah kah kah..

kah kah kah… MI NO UNDERBERDIRI SUBJUDIS….kah kah kah



TAK SALAH PENGANUT LAIN GUNA NAMA ALLAH


Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menyebut nama Allah kerana ia hak agama masing- masing.

''Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah.

''Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah," katanya ketika berkempen untuk calon PKR, Jawah Gerang, 55, di Pekan Lubok Antu di sini malam tadi.




KENYATAAN YANG DI TUNGGU


MUSA HASSAN NAFI POLIS BANTU BN DI BUKIT GANTANG
- mStar

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa kehadiran pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Changkat Ibol petang semalam adalah untuk mengawal keadaan keselamatan di situ, bukannya mengawal petugas Barisan Nasional (BN) sebagaimana didakwa PAS.

"Kami hanya memantau. Kalau kita tengok keadaan sesuatu tempat itu akan menimbulkan keadaan yang tegang, kita akan hadir di situ...kami tak iringi manamana parti politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


POLIS TIDAK MEMIHAK MANA-MANA PARTI – MUSA
-melayau

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, kehadiran polis di tiga kawasan pilihan raya kecil adalah semata-mata bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukannya menyokong mana-mana parti politik.

Beliau berkata, adalah pemandangan biasa dalam proses pilihan raya jika polis menempatkan anggotanya berkawal di lokasi tertentu bagi menjaga keselamatan.

Bagaimanapun, katanya, mungkin ada pihak tersalah anggap apabila melihat kehadiran polis bersama petugas parti semasa memasang poster atau bendera lalu menuduh polis menyokong mereka.