Sabtu, 14 Februari 2009

BERITA TERKINI !!! 200 MENYERBU LAPANGAN TERBANG KUCING SERAWAK – 200 MENYERBU !!

jam 5.15 waktu TT


Dua ratus orang penyokong Parti Keadilan Rakyat telah datang menyerbu ke lapangan terbang Kucing Serawak.

Mereka ada sebahagian dari ahli-ahli PKR yang seharus mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Sivarasa di Kucing pada jam 3.00 petang tadi.

Sivarasa sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pindaan Perlembagaan PKR telah datang ke Serawak untuk menemui ahli-ahli parti dan menerangkan apakah pindaan perlembagaan tersebut.

Sivarasa seharusnya mengadakan dua perjumpaan – jam 3 petang di Kucing dan jam 9.00 malam di Miri. Dua program PKR ini telah di batalkan.

Kerana terlalu ramai penyokong yang datang maka pihak imigrisen lapangan terbang terpaksa membenarkan Sivarasa keluar untuk bertemu dengan ahli parti yang sedang menunggu untuk bersetia kawan.

Pihak imigrisen telah memberi tahu Sivarasa bahawa kerajaan Negeri Serawak telah memberi arahan kepada jabatan imigrisen untuk tidak membenarkan Sivarasa memasuki Serawak.

Pada jam 5.30 ini Sivarasa akan pulang ke Kuala Lumpur.
( TT)

NOTA : Serawak satu ketika dahulu pernah di jajah dan di seksa oleh Raja Berook.




7 TUJUH 7 TUJUH MARCH - GMP NEKAD ANJUR PERHIMPUNAN RAKSAKSA - Mkini


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada 7 Mac bulan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha GMP, Hasni Abas menjelaskan bahawa perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang itu akan tetap diteruskan walaupun berkemungkinan pihak polis tidak mengeluarkan permit.

"Orang (pejuang) bahasa berani dan nekad menghadapi pelbagai kemungkinan demi perjuangan memartabatkan bahasa," kata beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.



woit …. MADEY ! INI DEWAN BAHASA DAN BUDAYA YANG ANJUR ? …kah kah kah…

kah kah kah…. MASIH LAGI BUKAN BUDAYA KITA ?.... kah kah kah

kah kah kah.... JANGAN NAK LEBONG.... JANGAN NAK KELENTONG.... kah kah kah



PEMECAH BERITA - BERITA PECAH - BERSULTAN DI MATA BERAJA DI HATI - RAJAH BEROOK !!!



Jam – 2.10 waktu tt



Peguam Sivarasa ketika ini sedang tersangkut di Lapangan Terbang Kucing Serawak.

Ahli Parlimen Subang dari Pakatan Rakyat ini telah di tahan dalam perjalanan beliau ke Kucing untuk urusan guaman.

Pihak imigrisen telah TIDAK membenarkan Sivarasa masuk ke Serawak atas arahan kerjaan negeri. ( TT)




PENDUDUK BERJAYA TUTUP TOL




KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penduduk setempat telah berjaya melawan untuk tidak membayar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2 arah Kuala Lumpur) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) berhampiran Kampung Dato’ Harun.

Selama ini penduduk kawasan ini telah di ganggu dan di kacau kehidupan mereka dengan kemunculan tol ini.

Pada petang Jumaat 13hb Febuarari 2009 tol yang di benci ini telah di hapuskan sama sekali. Ini satu sejarah kemenangan rakyat.

Inilah contoh yang berani berani berjuang dan berani mendapat kemenangan.

NOTA : Mengikut Kamus Rakyat Tol adalah satu sistem rompakan yang tersusun.




JANGAN BELI BIADAP – Mkini



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.



kah kah kah…. kah kah kah….. kah kah kah……


woit …..BIADAP NI BUAH APA ?.... ADA JUAL KAT MANA ?.... kah kah kah…

kah kah kah… SETANDAN BIADAB ADA BERAPA KILO ?.. SEKILO BERAPA SEN ?... kah kah kah



BACA SENTIMEN RAKYAT DENGAN TEPAT : ISTERI ROSMAH –berita hairan


MIRI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemimpin Barisan Nasional mesti berusaha membaca sentimen rakyat dengan tepat agar sokongan terhadap kerajaan lebih kukuh lagi.



kah kah kah …. kah kah kah…. kah kah kah….


NAH ! BACA INI KAJIAN ILMIAH LAGI SAINTIFIK DARI MERDEKA CENTER

Culaan suara ini dilakukan kepada pengundi berdaftar di Perak. Culaan ini di kendalikan oleh Merdeka Center pada 8hb Ferbuari 2009.

APA YANG DI TEMUI :

- 74 peratus berpendapat Dewan Undangan Perak wajib di mansuhkan sebaik sahaja tiga Adun PKR berpaling tadah.

- 76 peratus berpendapat ‘ orang ramai, melalui pilihanraya yang seharusnya mendirikan kerajaan’.

- 62 peratus berpendapat ‘peranan Istana membuat keputussn’ bermakna Istana tidak mengitiraf kemahuan rakyat

- 66 peratus berpendapat mereka tidak dapat menerima kerajaan negeri yang didirikan melalui ‘ berpaling tadah ’.

- 59 peratus merasakan krisis di Perak ini akan menghakiskan lagi sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional

Secara keseluruhan culaan ini berpendapat MB dan BN boleh duduk di kerusi kerajaan Perak tetapi ramai rakyat Perak tidak menghalalkan kuasa mereka.


kah kah kah…. kah kah kah…. kah kah kah….

koit … TAK ADA PULAK NAK LAPOR DALAM MEDIA … kah kah kah...

kkah kah kah.... KALAU ADA LAPOR BOLEH AHLI GEROMBOLAN MEMBACA DAN BELAJAR... kah kah kah



TERJEMAH TAAT SETIA KEPADA RAJA MENERUSI PILIHANRAYA KECIL - melayau


KUANTAN 13 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO berharap pengundi di Bukit Gantang, Perak menterjemahkan taat setia mereka kepada raja menerusi pilihan raya kecil Parlimen kawasan tersebut pada 7 April ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat dan pengundi Bukit Gantang perlu membuat keputusan berdasarkan sokongan mereka terhadap konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.



kah kah kah…. INI BEST … kah kah kah….INI TERBAIk… kah kah kah

woit…. KALAU DUA KERSUI MENANG ERTINYA RAKYAT MINAT REPUBLIK….. kah kah kah

kah kah kah... KITA TUNGGU BULAN EMPAT INI.... kah kah kah .. APA JAWAB RAKYAT...kah kah kah...



KHIR TOYO DI TAHAN CUBA SERAH MEMORANDUM KEPADA KARPAL – melayau



PULAU PINANG 13 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo hari ini ditahan polis ekoran cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana mahu menyaman Sultan Perak.


kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah..

woit… INI SUDAH SILAP… PASAL APA TAHAN MUNKEE NI ?.... kah kah kah

kah kah kah… MUNKEE NI PATUT DI TANGKAP KES REMBAT TANAH DI SELANGOR…. kah kah kah…

woit… BUAT HEBOH NI NAK KEMPEN JADI KETUA GEROMBOLAN KE ?... kah kah kah